Column

Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Friday, October 9, 2015

Bongkar Rahsia Diet Sihat Hanya Di Tangan


Jom bongkar!

Korang tau tak, cara nak sukat makanan kita senang sangat.  Ada dalam tangan je.  Sebenarnya SA baru tau. Hehe....  Tu pun sebab pergi event Nestle; 'Lagi Sihat Lagi Happy' tempoh hari.  Dapatlah ilmu yang sangat berguna ni.  Entah-entah korang pun dah tau awal lagi dari SA kot kan tapi sorok tak nak share.  Hurmm (cebik bibir).  Takpelah, untuk yang belum tau, meh baca.  SA share untuk panduan kita bersama.



 Untuk makanan berbentuk karbohidrat macam daging, ayam, tofu, roti bun, idli, dan ikan, kita perlu ambil sebesar tapak tangan sahaja (seperti dalam gambar).  Ketebalan untuk makanan tersebut juga diambil kira di mana ketebalannya juga sama seperti tapak tangan kita sendiri.

Untuk diet harian, kita hanya perlukan 2 saiz hidangan karbohidrat dalam sehari bermaksud 1 saiz hidangan untuk lunch dan 1 saiz hidangan untuk dinner.

SA cadangkan, kalau dah amik daging time lunch, time dinner tu makan roti je.  Roti apa jenis pun tak apa, potato bun ke, raisin bun ke, roti putih biasa pun boleh tapi janganlah makan sampai habis sebantal roti tuh! :D



Next part ni SA paling suka! Sayur! Protein ni korang amik sepenuh tangan korang ye.  (refer gambar kat bawah ni).  Caranya nak sukat macam korang cedok air guna tangan.  Camtulah penuhnya potion protein yang sesuai untuk korang amik.

Antara sayur dan kekacang yang mengandungi protein adalah red beans, kacang kuda, sayuran yang dimasak (jangan masak layu, nanti protein hilang, tinggal hampasnya je), sweet corn dan kismis. Bagus makan kismis bebanyak tapi had sehari cuma 21 biji je ye.  (Ikut sunnah nabi).   Bagus untuk otak.  Especially anak-anak.



Lepas tu, yang ni hidangan paling sesuai untuk breakfast.  Segenggam je.  Korang boleh pelbagaikan untuk seminggu.  Contohnya, pasta, koko krunch, salad, buah, aiskrim pun boleh (2 scoop je) dan kentang (boleh buat mashed potato atau baked potato).





Last but not least, saiz perasa.  Perasa mesti ada kan?  Kalau tak, tawar je la semua hidangan yang kita masak.  Saiznya HANYA sebesar ibu jari tangan je tau.  Tak boleh banyak-banyak.  Memula memang akan rasa pelik.  Tapi kalau dah jadi kebiasaan, insyaAllah semuanya jadi sedap.  Family pun sihat. :)



Ni antara perasa yang sering kita guna, sos cili, sos tomato, sos tiram, minyak masak (SA suka sangat!), krimer dan jugak peanut butter (buat sapu kat roti...hmm...sodapppp!).



So, lepas ni, kita boleh dah buat diet sihat untuk diri sendiri dan keluarga.



Semoga bermanfaat!





Nota kaki sHiLaZiZi: Tengah giat #25dayschallenge Usaha sendirian berhad.  Hari ni, hari ke-3.  Takde paksaan dan sponsor dari mana-mana.  Sendiri nak sihat, kenalah cari jalan alternatif.  

Tuesday, October 6, 2015

Diet dan Senaman: Gerenti Fit & Firm!

Mesti ramai yang nak turunkan berat badan kan?  SA pun sama tapi more to nak fit & firm je.  Janji badan sihat, berat lebih sikit pun takpe. Asalkan bila berjalan tak termengah-mengah dan bila balik kerja boleh terus urus anak dan masak-memasak.  Korang dah baca jenis-jenis senaman kat entri sebelum ni?  Semua senaman ada fungsi tersendiri. Kali ni SA nak share serba sedikit pasal otot di badan kita dan senaman yang sesuai kita buat untuk lebih efektif.  Lepas buat exercise ni,  dalam 30 hari, korang akan dapat body yang fit & firm!

Otot Manusia
Kredit: Cik Google


Otot dada (Pectorals)-otot ini terletak di bawah lapisan breast kita.
Senaman yang sesuai: Wall push ups, Push up (Original & Modified)

Otot bahu (Deltoids)-otot yang banyak kita gunakan ketika angkat barang/bebanan.
Senaman yang sesuai: Shoulder press, Front raise

Otot lengan atas depan (Biceps) - SA cepat lenguh part ni kalau selalu angkat barang berat.
Senaman yang sesuai: Biceps curl

Otot bawah lengan (Triceps) - Ha, yang ni part SA paling menyampah tengok.  Ada 'buaian'.  Hehe... Lendut je siap boleh goyang2 lak tu.  Lemak terlebih. Nak firmkan (pejalkan) bahagian ni, korang boleh buat triceps dip on chair.

Otot leher ke bahu (Trapezius) - Ni otot yang ahli bina badan selalu jaga.  Hok yang berketul atas bahu tu. Kalau untuk kaum Hawa, tak payah beriya nak exercise part ni, nanti
Senaman yang sesuai: Y-T-I Raises

Circuit Training
Kredit: Cik Google

Otot perut (Abdominals) - perut ni la bahagian utama yang semua orang target nak slimkan termasuk SA. Hehe... Part ni jugak yang abang2 sado suka nak exercise...almaklumlah nak six packs katanya...
Senaman yang sesuai:  Crunches, Leg raises, Plank, Heel touch

Otot punggung (Gluteus Maximus) - Korang kalau rasa nak ber'punggung' macam JLo, part ni la kena titik beratkan.  Banyakkan exercise kat sini.
Senaman yang sesuai:  Squat, step back lunges, single leg raises, jump squat(yang ni kalau lutut tak kuat, jangan buat ye...pilih senaman yang lain), single leg bridge

Otot peha depan (Quadriceps) - Korang boleh buat sumo squats untuk pejalkan otot peha ni.  Korang juga boleh buat senaman yang sama untuk otot punggung.

Otot peha belakang (Hamstrings) - Untuk part ni korang boleh buat jump lunges atau buat je senaman sama macam punggung, dan untuk quadriceps tu.  Sekaligus korang akan dapat punggung dan peha yang cantik.  Tak ada dah lemak berlebihan bergayut celah peha korang tu. Hehe...  Kalah JLo ko!


Otot betis depan (calves) dan Otot betis belakang (soleus) -  Senaman terbaik untuk kedua2 bahagian ni adalah naik turun tangga



Nota kaki sHiLaZiZi: Semua senaman ni tak perlukan alat yang khusus.  Buat depan tv je pun boleh sambil golek dengan anak-anak :)

Thursday, October 1, 2015

Diet dan Senaman: Jenis Senaman dan Fungsinya

Lepas join Bengkel Fitness For Women tempoh hari, memang semangat terus naik mencanak untuk exercise sebab dah tau beza setiap jenis senaman dan fungsinya.  Dah la excited tengok coach berzumba sejam tanpa lelah.  Lepas tu sambung pulak circuit training 2 round untuk 20 minit.  Coach tu dah ada 3 cucu tau tapi fit ngalahkan anak dara ko.  Now, SA nak share dengan korang yang ada niat nak menyihatkan badan or nak fit and firm, ilmu yang SA dapat.  
Apa pun korang kena tau apa fungsi senaman yang korang buat.  Kalau setakat jogging tak berhenti, senaman lain tak buat, tak effective jugak.  Memang berat turun tapi korang akan frust and stress sebab tengok bodyshape masih sama. 

Senaman ni ada 3 kategori rupanya.  

1. Cardiorespiratory Fitness

Tujuan: 
Menguatkan jantung dan paru-paru serta membetulkan sistem pernafasan kita.  Kalau dalam waktu bersenam, korang tak mampu nak bercakap atau termengah-mengah, tu tandanya korang belum fit.

Frequency (Kekerapan):  
3 - 5 kali seminggu.  Lepas tu WAJIB ada 1 day off  supaya muscle korang dapat rest dan recover. 

Intensity (Kekuatan melaksanakan senaman): 
20 minit - 1 jam dalam sehari.

Jenis senaman: 
Berbasikal, menari (termasuk aerobik), berenang, naik turun tangga, jalan kaki laju (bukan lenggang mak limah tau) dan berzumba.


2. Muscular Strength & Endurance


Circuit Training
Kredit: Cik Google

Tujuan: 
Pejalkan otot. So, lepas ni tak ada la lebihan bawah lengan, bawah betis yang longlai tu. :)

Frequency (Kekerapan):
2 - 3 kali seminggu.  Kalau nak sama dengan exercise No.1 pun boleh.  Yang penting kena ada 1 day off.

Intensity (Kekuatan melaksanakan senaman): Biasanya disebut Circuit Training
To the point of fatique atau lepas diulang 2-3 set. Dalam setiap set ada 5-10 jenis senaman dan perlu buat sekurang-kurangnya 30 saat untuk setiap jenis.  Perlu rehat 30 saat - 1 minit selepas 3-5 jenis senaman berterusan.

Jenis senaman: Mengikut jenis otot.  Lain otot, lain jenis senaman.  Akan diterangkan dalam entri yang lain.


3. Flexibility (Kelenturan)

Yoga
Kredit: Cik Google
Tujuan:
Senaman statik ini adalah untuk ketenangan minda dan membentuk kelenturan badan yang baik.

Frequency (Kekerapan): 
2-3 hari seminggu (10 -30 saat setiap rutin)

Intensity (Kekuatan melaksanakan senaman): 
Buat hingga terasa meregang (stretching to tightness at the end of the range of motion, but set to pain) atau berhenti bila terasa sakit.

Jenis senaman: 
Yoga dan senaman regangan


Nota kaki sHiLaZiZi: WAJIB buat senaman regangan (warming up) sebelum bersenam dan cooling down lepas selesai bersenam.  Kalau tak nanti otot-otot korang akan stress.







Wednesday, January 30, 2013

Melabur Untuk Kesihatan...Berbaloi-baloi

Sebenarnya Shila dah tau pasal benda ni dah lama. More than 5 years ago.  Tapi buat tak tau je.  Kengkonon tak perlulah kan.  Ye lah, Shila ni slim je orangnya.  Buat apa nak pakai ni semua kan.

Ha, sekali Allah bagi ujian besar kat makcik ni, ACCIDENT! Bukan sekali tau tapi 2 kali dan kedua-duanya agak tragis.  First time, accident masuk gaung.  Second time, kereta melekat kat pokok dan dok terus dalam lane motosikal.  Ha, kan! Action lagi kau!

Untuk pengetahuan semua, akibat kemalangan tu, Shila alami sakit tulang belakang yang tiada berkesudahan.  Dari hujung ke pangkal.  Sometimes, memang pedih sangat akibat duduk terlampau lama.  Mak kerja jaga bos dek non, haruslah dok berlama-lama kat ateh kerusi tu.  Kalau korang nak tau lagi, bila setiap kali susah nak buang air besar, memang tulang akan sangat2 effect.  

 
Sakitnya, subhanallah! Rasa nak guling-guling.. tapi kat ofis kan, bukan boleh nak rehat kan.  Penat bila setiap tahun, asal sakit je kena telan ubat, sakit je telan ubat.  Huhu...tak tahan dik ooi... Especially part yang paling dekat dengan tulang pinggul tu... 


Ubat hospital ni asalnya bahan kimia yang dicampur-campur, so, bila terlampau bergantung kat ubat, akan jadi ketagih dan boleh mengakibatkan sakit organ-organ dalam badan.

Hasil dari kesedaran tu la, Shila cari inisiatif lain.  Bertahun-tahun dah cari, akhirnya Shila bertemu semula dengan benda ni.  Nak tau apa dia?

-

-

-

-

-

PREMIUM BEAUTIFUL CORSET!!!



Sebab nak cari penawar kan, cuba jugaklah walaupun harganya..ermmm agak mahal jugak.  Harap-harap hasilnya berbaloi la kan dengan pelaburan yang dibuat.

Reminder: I bukan nak slim hokay, just untuk kurangkan sakit belakang ni je.. Tak semestinya pakai korset hanya untuk kurus.  I dah memang already slim-melim  =)

Selepas pakai 3 hari berturut-turut selama 8 jam, korang tau apa jadi?

Sakit belakang dah kurang dan hampir tak terasa walaupun Shila duduk lelama.  WOW!! Patutlah ramai orang pakai.  Shila ni jenis kalau tak cuba sendiri, Shila takkan percaya.  Sekali dah try, memang menakjubkan!  

Selepas pakai 5 hari berturut-turut pulak, keputihan dah tak ada! Keputihan ni datang bila Shila stress (means hormon tak stabil la tu..)  Bila langsung tak ada ni macam pelik pulak rasa.  So, lepas ni dah boleh jimat duit sebab tak payah nak beli pantiliner lagi =) Yes!! 

2 malam lepas (kira-kira lepas 10 hari guna PB),  Shila try pulak untuk kurangkan rasa migrain (baca kat blog kawan-kawan), alhamdulillah berkesan.

Nampak tak? Dari nak cari penawar 1 penyakit, terus dapat penawar untuk 4 penyakit sekaligus!! Shila rasa sangat berbaloi-baloi bila beli PB ni.  

Alhamdulillah pelaburan yang tak sia-sia.

Kalau you all nak result macam Shila ni, 
boleh contact/sms/whatapps Shila di 012-9144154. 

Shila sedia membantu =)
Perkara yang baik, kita share sesama...



Nota kaki sHiLaziZi: Dah cuba macam-macam jenis korset sebelum ni dengan tujuan kurangkan perut yang membuncit..hehe...tapi takde kesan untuk sakit tulang pun...huhu...only for beauty (perut still maju ke depan seperti biasa..hahaha....) but this one..MIRACLE!! Sangat tak sangka!

Thursday, January 10, 2013

Trafik Naik Hanya Kerana Diet Sihat

Wow!

Trafik tinggi? Eh, ye ke ni? Betul ke? Sampai gosok-gosok mata still macam tak percaya.  Ramainya orang baca blog ni. Macam teruja jap. *Blog tak hebat mana pun...blog picisan je kan.. 

Padahal blog orang lain lagi berpuluh ribu, ratus ribu pageviews, baru 1000++ dan happy bagai nak gila! *ooopss belum gila lagi hokay!

Sampailah saat cik Anna Norule ni bagitahu kat Shila: 

Thank you adik comel yang baru dapat kereta baru semalam!


Ketidakpuasanhati telah menyebabkan Shila sendiri try search by myself guna keyword 'diet sihat' kat google dan......taraaaaaaa!!!



Yang teratas! 
Agak mengagumkan...


Tetiba Shila terfikir, mungkinkah lepas ni Shila boleh menulis lebih banyak lagi pasal diet yang sihat ni?  Hurmmm....what say you??


Nota kaki sHiLaziZi: Gaya hidup (Life style) perlu seimbang antara kesihatan dan kemewahan... Health come first, then wealth will follow =)




Monday, July 9, 2012

Kalori...Kevin Zahri...Kurus....Sinonim kan? :)

SA memang antara orang yang suka bersosial dalam apa jua situasi.  Yang penting sihat.  Tapi kalau ajak pergi bersosial di kelab-kelab yang orang panggil 'kilang lampu' tu memang tak lah kan.  Itu tak sihat namanya. No no no.. :)  Terima kasih buat Puan Bee sebab anjurkan sebuah seminar Jom Kurus untuk para blogger dan SA antara yang terpilih.  Terlupa pulak, terima kasih buat Prince Court Medical Centre sebagai penaja tempat seminar.  Beruntung you!! First time masuk PCMC ni..hospital berprestij kat KL tu..


Ilmu yang kitorang dapat sepanjang sesi seminar tu sangat-sangatlah berguna even SA ni dah kurus tapi SA nak lebih sihat dan pandai kawal pemakanan.  Sebab SA sangat kuat makan.  Pantang memang pantang, pantang nampak! Hehehe...Selagi perut ni muat, selagi tu nak sumbat.  So, ilmu yang dicurahkan oleh Kevin Zahri, Wellness Speaker Malaysia ni sangatlah penting untuk aku juga.


Sebelum seminar mula, kitorang dapat snack ni sorang satu...


Kevin tengah bagi penerangan pasal cara nak kira kalori, BMR dan lelain.


 Kak Nadot tengah tulis menu sihat tu :)


Inilah penganjurnya Tq kak ;)


Antara blogger yang hadir;  Kak Nadot, NamiacintaKak KujieSiezukaKak LongYana Yassin dan yang lelain tu, sorry SA tak ingat nama...(daya ingatan dah kurang..padahal baru 27 tahun hidup kot..)

Now, tak sabar tunggu e-book Kevin yang bakal terbang ke inbox SA... I dapat free you!




Nota kaki: Special thanks to Gendut sebab jadi driver cum photographer tak berbayar...upah? makanlah... baucer Pizza Hut kan masih ada... *senyum sambil mengangkat2 kening

Wednesday, June 20, 2012

Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri

250_jom_kurus__54030
Aku sangat excited baca ni kat blog PuanBee Memang kebetulan aku tengah cari kursus atau seminar free tentang kesihatan ni.  Even aku dah kurus, tapi aku nak lebih sihat.  Badan tak berapa nak sihat sekarang ni sebab kurang bersenam.  Lagi satu kenapa aku nak sangat join Seminar Jom Kurus ni sebab ada idola kesihatan aku! Kevin Zahri!! Mesti banyak tips yang dia share dengan peserta kan. Harus pergi! Lepas habis tu siap dapat eBook yang memang dah lama aku idamkan..hehe...

Sekarang ni aku tengok masalah obesiti dah jadi masalah dunia. Tau ke korang obesiti tu apa? Bukan sakit Mak Siti ye.. Obesiti tu masalah berat badan yang berlebihan. Macam mak aku..(mak jangan marah ek :p) Akibat tak jaga makan, pastu makan junk food gila punya banyak. Akibatnya? Tanggung sendiri.  Macam mak aku tu sampai sakit lutut, sakit peha, sakit pinggang. Cuma yang agak hebatnya, mak aku belum ada sakit 3 serangkai. Hopefully 3beradik tu tak singgah kat mak aku la.

Di saat aku menulis ni, aku dapat perkhabaran abah sakit! Abah telefon aku, katanya mulut dah senget sebelah! (Air mata tak boleh tahan dah...sorry) Pegang handle motor pun tetiba tak kuat dah, nak berkumur pun tak kuat...arrgghhhh...tak mampu nak tulis lagi.. Dan ini jugak sebab aku nak pergi seminar tu secepat mungkin.  Sebab nak cari penawar sakit abah jugak! Prevention is better than cure.

Ni la details program tu:
  • Tarikh: 8hb Julai 2012 (Ahad)
  • Masa: 2-5pm
  • Lokasi: Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur
  • Speaker: Kevin Zahri (my health idol!!)
  • Bilangan Peserta: 40 sahaja
  • Penyertaan percuma , selain dari itu blogger yang hadir akan mendapat eBook percuma selepas sesi seminar.
Syarat Penyertaan : Untuk menyertai sessi percuma Jom Kurus ini, anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Mesti mempunyai blog yang aktif
  • Create satu blog post tentang: 1) kenapa anda ingin join seminar ini dan 2) kenapa rasanya ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan. (simple2 je )
  • Include logo Jom Kurus dalam blog post tersebut.
  • Penting! Sila email link blog post anda kepada PuanBee di puanbeedotcom@gmail.com
Kriteria Pemilihan
  1. Ada blog - yes!
  2. Buat blog post - yes!
  3. Submit url ke email puanbee - yes!
  4. Sebelum mencukupi 40 peserta penyertaan di terima - hopefully!
Semoga aku terpilih jadi peserta!!!

p/s: kawan-kawan, doakan abah sHiLaziZi cepat sembuh ye.

Friday, March 30, 2012

Diet Sihat 7 Hari Je

Rahsia Achik turun berat sampai 2kg dalam 3hari je...

thru fb aku...


Diet ini adalah untuk anda yang ingin menghilangkan berat badan dalam waktu singkat. Diet ini diberikan oleh salah sebuah hospital di Maryland, USA, untuk para pesakit jantung yang perlu menurunkan berat badan dengan cepat sebelum dibedah. Program 7 hari ini digunakan sekerap mungkin sesuai keperluan. Jika diamalkan secara tepat dan dijalankan secara penuh, program ini akan membersihkan sistem metabolisme yang akan membantu ketahanan tubuh dan memberikan tubuh yang segar yang sebelumnya tidak dirasakan.
Hanya dalam jangka waktu beberapa hari, anda akan merasakan tubuh anda akan menjadi lebih ringan sekurang-kurangnya 10 pounds (+/- 4 kg) dan bahkan mungkin hingga 17 pound (7.5 kg) serta memiliki lebih tenaga. Teruskan program ini selama anda inginkan dan rasakan perbezaannya.

Program ini adalah diet pembakaran lemak dan rahsianya adalah bahawa anda akan membakar kalori lebih banyak daripada kalori yang anda ambil. Ini akan membersihkan sistem pengolahan dalam tubuh dan memberikan kesegaran.

Disebabkan perbezaan sistem pencernaan masing-masing, program ini akan memberikan efek yang berbeza-beza bagi setiap orang. Sesudah 3 hari menjalani program, maka anda akan merasakan kesegaran dan memiliki energi lebih besar dari sebelum anda mengikuti program ini, dengan syarat - *JANGAN SEKALI-KALI MELANGGAR PANTANG-LARANG!*.
Setelah beberapa hari mengikuti program ini, anda akan merasakan perubahan yang ketara terhadap perut anda. Walaupun anda masih boleh minum kopi hitam tanpa pemanis atau gula, anda pasti merasakan bahawa setelah 3 hari mengikuti program ini, keperluan anda terhadap kafein, tiada lagi.

*SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DIAMBIL SEPANJANG PROGRAM*

1. ROTI / NASI

2. MINUMAN BERALKOHOL

3. MINUMAN BERGAS (COKE, SPRITE, GREEN SAND, AIR SODA, dll)

4. MINUMAN DIET (DIET COKE, dll)

5. MAKANAN YANG BERGORENG

6. GARAM DAN BAHAN PERASA


*YANG BOLEH DIAMBIL*

1. AIR PUTIH

2. KOPI HITAM TANPA PEMANIS/GULA

3. TEH TANPA PEMANIS/GULA

4. CRANBERRY JUICE

5. SUSU RENDAH KALORI - HANYA PADA HARI YANG DITETAPKAN SAJA


Sup pembakar lemak ini dapat diambil setiap saat ketika merasa lapar - makanlah sebanyak yang diinginkan dan sesering yang anda mahu, kerana sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh sama sekali. Makanlah sebanyak yang anda inginkan.

*Semakin banyak sup yang anda makan, semakin besar lemak anda yang terbakar*.

Anda juga dapat memakan ayam yang direbus atau dipanggang (tanpa kulit) menggantikan daging. Sekiranya anda terpaksa mengambil ubat-ubatan selama masa diet, jangan bimbang, ia tidak akan mengganggu program ini sendiri. Jika anda lebih menyukai ikan dibandingkan daging, anda dapat menukar menu daging dengan ikan.


*SUP PEMBAKAR LEMAK*

*BAHAN-BAHAN (satu resepi)*

3-6 BAWANG BESAR BOMBAY
6 BIJI TOMATO SEGAR
1 BUNGA KOBIS
2 BIJI LADA CAPSICUM HIJAU
AIR

*CARA MEMBUAT*

Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus selama 10 minit atau sampai empuk.

*Makanlah sup ini setiap kali anda merasa lapar, sejumlah yang anda inginkan dan tiap saat dalam sehari. Sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh anda.*


*HARI - 1*

Makanlah segala jenis buah KECUALI PISANG. Tembikai memiliki kandungan rendah kalori dibandingkan dengan buah-buahan lainnya. Makanlah hanya *sup pembakar lemak (satu resepi)* dan buah-buahan sepanjang *hari - 1* ini. Untuk minuman, boleh diambil teh tanpa gula, cranberry juice dan air putih.


*HARI - 2*

Makanlah segala jenis sayuran, baik mentah atau pun yang direbus sesuai selera. Upayakan makan sayuran hijau dan hindari sayuran berbiji seperti kacang panjang, buncis mahupun jagung. Makanlah sayuran tersebut bersama *sup pembakar lemak (satu resepi)* di atas.

Pada waktu makan malam, sebagai penghargaan terhadap komitmen anda sendiri, manjakan diri anda dengan kentang rebus. Makanlah sup pembakar lemak dan jangan mengambil buah sama sekali *hari - 2* ini.


*HARI - 3*

Kombinasikan makanan hari - 1 dan hari - 2, di hari ke - 3 ini, dan makanlah *sup pembakar lemak (satu resepi)*, buah-buahan dan sayur-sayuran.

*JIKA ANDA MENGIKUTI PROGRAM HARI KE 1 SAMPAI HARI KE 3 TANPA MELANGGAR SEDIKIT PUN, PADA HARI KE 4, ANDA SEMESTINYA TELAH KEHILANGAN +/- 3 KG*.


*HARI - 4*

Makanlah hanya pisang dan susu rendah kalori. Makanlah hingga 8 biji pisang dan minumlah susu rendah kalori sebanyak yang anda inginkan. Kedua jenis makanan dan minuman tersebut mengandungi karbohidrat dan kalori yang anda perlukan dan menggantikan keperluan rasa manis setelah 3 hari pertama program. *Sup pembakar lemak (setengah resepi)* tetap anda ambil sepanjang hari.


*HARI - 5*

Makanlah daging dengan tomato. Anda juga boleh memakan ikan (daging hingga 0.25 kg) tetapi boleh diganti dengan ayam panggang atau ikan rebus dan tomato segar sebanyak 6 biji sepanjang hari. Minum sekurang-kurangnya nya 8 gelas air putih hari ini untuk membersihkan tubuh dari uric asid. Makanlah *sup pembakar (setengah resepi)*.


*HARI - 6*

Makanlah ikan (daging - seperti hari ke 5) dan sayur-sayuran. Ambil sesuai keinginan. Anda bahkan dapat makan 2 - 3 steak hari ini TANPA KENTANG. Pastikan *sup pembakar lemak (setengah resepi)* anda ambil hari ini.


*HARI - 7*

Nasi beras merah, juice buah tanpa pemanis dan sayur-sayuran menjadi makanan anda sehari ini, berserta *sup pembakar lemak*.

*PADA HARI KE 7, SEMESTINYA ANDA TELAH KEHILANGAN +/- 6 KG. JIKA PRESTASI INI TELAH TERCAPAI, HENTIKAN PROGRAM UNTUK JANGKA WAKTU 1-2 MINGGU, DAN KEMBALILAH MENJALANI PROGRAM HINGGA BERAT BADAN IDEAL ANDA SUDAH TERCAPAI.*

SELAMAT MENCUBA!


Achik sempat bertahan hingga hari ke-3 je sebab masuk hari ke-4 je tetiba dia minta nak makan bihun goreng for breakfast.  Terkejut jugak aku sebab adik aku ni jenis sangat berdisiplin dalam bab-bab macam ni. Tak macam aku...pfffttt  Lepas lebih kurang 3 jam makan bihun goreng, dia timbang berat dia, perghh...turun 2kg! Kalau xmakan mihun goreng tu agaknya berapalah berat dia kan..hmm...

Chaiyok! Chaiyok! Achik, you can do it more than that....make it possible...