Column

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

WW April 2013: Bukan Tak Nak Makan Tapi....




Hina sangat kan?? That's why lah...
Takmo hati terus gelap gara-gara makan 'air tangan' mereka-mereka ini =(
Sorry for this!


Friday, March 29, 2013

Kau Islam ke Cina?

Lagi sekali kena batang hidung aku...Time tu adik baru balik surau lepas solat maghrib. 

"Mak, along mana?"

"Along kat bilik air, mandi."

"Hah?? Baru mandi? Dah nak kul 8 ni. Dia tak solat ke?"

"Entah, pergi tanya kaklong sendiri" Mak malas layan budak bijak tu..hahaha...

Aku keluar je bilik air;
"Long, kamu Islam ke Cina? Solat lambat-lambat ni?" Hamek ko, sedas aku kena! Sebenarnya adik nak cakap,'ko Islam ke kafir?' tapi dia tak tau nak sebut tang kafir tu.

"Kaklong nak solat la ni, kan baru lepas mandi"

"TV tu jadi kiblat kamu ke? Boleh masuk syurga ek tengok tv?" Aku kena lagi...ni semua gara-gara Rindu Bertamu Di Abu Dhabi la ni...*salahkan drama pulak...hehe....

Aku malas layan dia, terus masuk bilik dan solat maghrib... Sendiri rasa malu pulak.. walhal aku sampai umah pun dah dekat azan maghrib, so, lepak depan tv dulu.  Then, iklan baru pergi mandi.  Sekali kena sound tepek daaa...


Nota kaki sHiLaziZi: Cerita ni bukan untuk tunjuk kehebatan adik ke apa, it just as cerita teladan dan sempadan untuk kita semua ambil iktibar.  Budak kecik pun boleh fikir baik buruk, inikan pulak orang dewasa macam kita kan.. Sekurang-kurangnya aku tak jaja citer orang lain kat sini :)

Thursday, March 28, 2013

Adik oh Adik


Teringat kata-kata adik aku semalam bila dia godek handphone mak aku:

"Amer buang gambar kaklong ni"

"Apsal adik nak buang gambar kaklong pulak?"

"Gambar ni tunjuk aurat, nampak rambut. Dosa orang lain tengok"
Aku terkedu jap...

"La, tu kan dalam henfon mak. Takkan mak nak tunjuk gambar kaklong kat orang lain"

"Kaklong apa tau, kalau ada orang curi tipon mak ni, pastu ada gambar kaklong ni. Mestilah diorang tengok"

Aku dengan mak sesama terdiam.

Alhamdulillah, aku dapat adik yang agak firm bab Islam ni even dia baru nak masuk 9 tahun.


Nota kaki sHiLaziZi: Allah mengurniakan adik sehebat ini untuk aku terus berubah ke arah kebaikan..Adik jugak pernah tegur aku bila pakai t-shirt yang body fit tu...maluuuuu...

Monday, January 28, 2013

Berani 2013... Berani-lah Sangat!!

Akhirnya Shila berpeluang jugak pergi one of the high rank seminar by Dr. Azizan Osman (DAO) with my fiance, of course.. Actually last year ada register untuk seminar DAO ni tapi last minute terpaksa cancel sebab ada hal kerja.  Memang rasa rugi sangat time tu tapi alhamdulillah, once again dapat peluang yang sama cuma kali ni lebih bertuah rasanya sebab.... PERCUMA! dan seminarnya dalam bulan Januari.  Means cukup bagus untuk susun perancangan hidup untuk 2013 ni.  

Macam mana pun, Shila tetap cari jalan untuk hadirkan diri.  Walaupun malam sebelum tu, Shila habis kelas lambat dalam kul 2 pagi  baru sampai rumah tapi ajaibnya, sikit pun tak rasa mengantuk.  Penangan awal before seminar.  Excited uollsss!!



Hari kejadian, terlampau ramai orang yang join sama sampai parking pun tak ada! Memang superb!  Apa yang Shila nak share dengan korang semua, bukan isu parking hokay...it's all about life..kehidupan dan cara kita kendalikan kehidupan kita dengan fikiran dan emosi.  Memang terkesan kat hati apa yang DAO cakap.  Dia cuma buka minda kita untuk berusaha ke arah lebih baik dan bantu perbaiki hidup orang lain selepas kita berjaya repair hidup kita. 

Sebelum ni, Shila selalu dengar orang cakap DAO ni mengarut lah, tak boleh percayalah...then, bila dengar sendiri, tak ada pun yang mengarut, dia cuma cakap apa sebenarnya yang terjadi sekarang, itu je.  Kalau dia tak ada niat nak bantu orang Melayu macam kita ni, takkanlah dia buat seminar free.  Dah la free siap sediakan buku lagi.  Ingat calang-calang orang boleh buat ke seminar camtu yang kos tinggi.  Selalunya mesti orang suruh bayar kan, kurang-kurang pun RM 10 kecuali some seminars yang ada agenda di sebaliknya.  Memang ada seminar beliau yang berbayar tapi untuk orang yang rasa betul-betul perlu dan mampu je.  Kalau dah rasa tak mampu, setakat seminar Berani 2013 ni pun dah cukup.  Yang penting tindakan kita lepas hadir seminar.  Kalau balik, simpan semua ilmu yang dah dapat tu bawah katil, memang tak jadi apa la.

Semua kategori orang ada kat seminar tu.  Dari yang biasa-biasa, student, penganggur sampailah ke tahap professional dan usahawan berjaya.  Yang dah jutawan pun ada! Memang giler lah!  Macam mana Shila tau golongan2 ni? Ha, haruslah Shila buat survey, tanya some of them.  Tanya sendiri tau! Bukan dengar cakap orang.

Apa yang Shila berani cakap, lepas habis seminar, macam ada 1 semangat baru dalam diri untuk terus maju ke hadapan dengan jiwa yang lebih bersih, insyaAllah... 

Since event tu sangat private, no one allowed to record or take photos sepanjang event tu berlangsung.  So, there's no any photos that I can show to you about the seminar.



Nota kaki sHiLaziZi:  Jangan mudah percaya apa orang kata tanpa kita alami sendiri