Column

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, April 28, 2016

Dah 31!

Alhamdulillah, pada 25 April 2016 yang lepas SA dah bertambah setahun lagi umurku. 31 dah dek non! Syukur alhamdulillah dengan apa yang ada pada umur sekarang. Ada my own family, suami, anak dan bakal bertambah lagi seorang, insyaAllah...

Ucapan-ucapan kengkawan, family, sedara-mara dalam fb, whatsapp, call siap nyanyi2 sangatlah SA hargai.  SA sukaaaaa sangat. Dan yang lebih mengharukan kejadian malam sebelum birthday SA.

Gendut dan Aisyah beriya ajak pergi shopping mall, SA refuse sebab badan kaki tangan, semua rasa tak larat. Penat sesangat. Penyudahnya dia suruh tunggu dalam kereta. SA turunkan kat entrance, lepas tu pergilah parking kereta.

Okay, kita pun tunggu dalam kereta. Lebih 30minit, still tak datang ke kereta lagi. SA call tak pulak dapat. Bateri hp Gendut habis! Dah tu nanti macam mana dia nak tau kereta kat mana kan? Dalam badan tak berapa best tu, turunlah jugak..merayau dalam mall tu cari 2 beranak tu. Tak jumpa! Dah lebih kurang 45minit tetiba ternampak depa keluar kedai. Senyum je. Awak ni dah la hangin, cari deme merata tak jumpa, ni dah jumpa, siap sengih2 bagai. Tak kuasa aku!
SA terus ajak balik sebab badan betul2 tak lalu. Lesu.

Dalam kereta, Gendut cakap kat Aisyah, 'Aisyah, jom kita wish birthday mak awal. Jap lagi balik, mak nak tidur. Esok, mak dah nak kerja'. Ceh, ingat rupanya dorang ni pasal birthday SA. TERHARU!

Tuesday, December 29, 2015

Nur Aisyah Humairah Turn 1!

Pejam celik...pejam celik, 9.12.2015.... dah setahun umur puteri tersayang, 
Nur Aisyah Humairah. 

Sempena ulangtahun pertama Aisyah, atau lebih dikenali sebagai #Cikunit dalam fb/ig aku, Gendut decide bawa Aisyah dan mak Aisyah sekali ke Genting Highlands.  Nak celebrate katanya.  Siap beli kek dulu kat bakeri area rumah.  Hahaha... Excited babahnya.



Kami naik skyway je sebab nak rasa experience naik skyway anak-beranak.  Hehe... Apa yang dapat time naik skyway? 
Mak: gayat, kejap2 tutup mata, kejung satu badan
Anak: Cool je. Mulut melopong tengok pokok-pokok menghijau.  Suka! Sengih dan mulut bising.
Babah: Mengimbau zaman kerja kat sini dedulu...



Banyak sangat port bergambar sempena promotion filem Alvin and the Chipmunks.  Apalagi kan?  Babah memanjang jadi photographer je.  Mengabadikan gambar birthday girl yang happy sesangat tu.  



Shot ni aku rasa paling sweet...orang kesejukan kat atas nun, Aisyah relax je.  Memang budak tak takut sejuk betullah kamu dik ooi...


Wish you a HAPPY BIRTHDAY!!

Tangan memang tak reti diam budak ini.  Kalau tak ada puting, memang ginilah dia, manjang je masukkan tangan ke mulut...



Babah belikan princess hadiah.  2 pasang baju Poney.  Dah la tu dapat special kiss jugak tau. Tengoklah stroller tu, dah budak takmo duduk, beg mak, beg Aisyah yang duduk dalam tu.  Haha... Budak dah dapat kaki kan, memang nak berjalan je kerjanya.



Kasih mak dan babah sampai bila-bila....



Taraaaaa....ni la birthday cake Aisyah yang kami beli dari bawah bawa ke atas.  Dok lepak kat Marrybrown, lepas lunch, sesi cake cutting.  Sepotong cukuplah untuk kami bertiga.  Beli 3 potong sebenarnya.  Balance bagi kat Chinese family kat belakang tu.  


Bersungguh dia nak makan kek suap sendiri.  Siap suap mak dengan babah sekali sampai comot baju. Tak apalah dik, Hari ni kamu princess of the day, so, I will let you do whatever you wanna do.  Mak awal-awal dah bawa bekal baju lebih.  Tau dah perkara gini akan terjadi. :)


 Dah tukar baju!

Macam citer hindustan, ada tukar-tukar baju pulak kan.  




Mulut memang nak mengunyah je macam mak dia.  Anak mak la katakan.  Puas berjalan, kitorang kembali ke tempat asal...hehe...balik rumah ler...



Inilah hadiah yang Aisyah dapat dari babahnya.  Mak bagi hadiah special.  Senyuman yang menawan dan kasih sayang sepanjang zaman. :)

Friday, November 13, 2015

Hanya Sate Je Yang Halal Dimakan Kat Sini

Huh, akibat kepenatan balik bercuti dan banyak urusan untuk diselesaikan, lambat pulak citer pasal Aisyah join birthday party last weekend.  Ceritanya bila abah ajak SA sefamili ke rumah bos dia untuk celebrate birthday cucu sulungnya, Derek.  Umur sebaya pun dengan Aisyah.  Tua sebulan je pun.  Derek 7 November, Aisyah 9 Disember.  Dari atok, anak sampai ke cucu pun semua sebaya.  Pandaikan abah cari majikan? Haha...

Bila tengok khemah sempoi, tak ada pun scallop bagai.  Khemah togel gitu je.  Tapi yang penting khemah mesti warna merah.  Ong maaaa... 

Derek turn 1
He loves to take a pic.  Asal nampak kamera je, senyum sampai mata hilang. :)  Tapi dia memang suka betul dengan abah.  Pantang nampak abah je, hulur tangan nak salam.  Derek ni dibesarkan di Australia sebab parents dok sana.  Balik Malaysia sebab nak sambut birthday je.  Cool kan?  Anak Malaysia kan! Parents dia dah dididik untuk tak lupa tanah air even migrate ke negara orang. 


Mummy's sweethearts

Aisyah bergambar bila ada mood je.  Ni on good mood tu yang bulat je mata.  Derek berkenan giler kat cekak si Aisyah.  Yang Aisyah pun gedik je nak pegang-pegang muka baby boy tu..Haish....

Blow candle...blow candle...
Bila disuruh tiup lilin, dia senyum pulak.  Memang murah dengan senyuman la awak! Mommy pulak yang tolong tiupkan.


Potong kek!

Ah Han (Derek's daddy) said that kek tu keras.  Ah Han, this is fondant cake.  That's why it's hard.  Senyum je dia bila SA kata gitu.  Wah, you know about it ha.  Setakat fondant tu tau ler.  Kalau tanya lelebih memang SA suruh ke bakery, tanya kat sana.  Hehe...  


Sate sedap!!

Bila dah ke birthday party Chinese, banyaklah makanan yang tak boleh dimakan as a muslim sebab katerernya Cina piaw!  Kami cuma makan sate dengan air tin je.  Tu pun memang bos abah panggil katerer khas sate Melayu demi chaffeur kesayangan.  Terbaiklah boss! 


Happy family!

Notakaki Shilazizi: Ada je orang yang tibai makan segala.  Lamb chop pun depa taram!  

Tuesday, November 3, 2015

Siakap Stim Limau Terbaik!

SA join 1 contest kat FB.  Share & Tag.  Rezeki family SA.  SA menang pulak.  Dah la check midnight.  Tetiba teringat nak check.


Eh eh, tengok nama SA ada.  Terus PM page dorang.  Dapatlah dinner FREE kat Restoran Nuur. Yeay! Alhamdulillah.


Gambar menu je sebab hujan lebat tak dapat nak snap gambar depan kedai. Huhu...



Dalam hujan SA pergi dengan family ke restoran ni.  Dari Hulu Langat ke Taman Puncak Jalil, adalah 45 minit.  Semangat ni nak nikmati makan freeeee....  Sampai je kat restoran, mak SA tanya kat waiter tu sama ada halal ke tidak sebab tengok memasing cakap Siam..Hehe... risau dah dia sebab sebelum ni SA pernah bawa mak makan kat 1 restoran Thai ni.  Dah habis makan baru teringat nak tanya, sekali staf cakap, owner Cina Siam.  Allah!  Terdiam SA dengan mak time tu.  Tu yang risau pisang berbuah 2 kali tu.  Nasib baik kali ni, Restoran Nuur ni pemiliknya beragama Islam.  Confirm Halal!  Tiada was-was lagi. :)


Promosi 1 Okt - 1 Nov 2015
Murah Giler!!! Berbaloi-baloi

Inilah pakej yang SA menang tu.  Kalau nak dikira sesatu memang cecah RM50 juga rasanya ni. Macam biasa, korang tengok-tengok dulu menu kat bawah ni ye.. hehe....


Macam-macam ada

Actually, tuan punya restoran ni ada sediakan makanan western juga selain makanan thai tapi Yen's Steaks & Grill ni letak bersebelahan je dengan Restoran Nuur.  So, pelanggan ada pelbagai pilihan makanan kalau datang reramai.  Nak makan masakan Thai boleh, western pun boleh order sekali tau.

Next time, SA cuba menu western ni pulak ye.  


Western Food pun ada

Kebetulan 1 November, birthday adik SA yang bongsu, so, sempena nak meraikan dia, bawa dia sekali makan free... Untunglah dik, sefamily makan free di hari jadimu.  Yang diraikan tiada dalam gambar.  Dia dok sebelah mak SA tu, kamera tak capture..hehe...
Adik bujang SA yang snap gambar ni...ngeleto tangan katanya...haha....
Tu yang bergegar ni...
 Taraaaa...ni menu yang kami nikmati malam itu dikala hujan lebat.... :)


Siakap Stim Limau
SA suka sos deme ni.  Sedap gila! Ikan tak hanyir.  Bersih pulak tu.  Cuma agak pedaslah.  SA okay je bab pedas-pedas ni sebab memang gila makan pedas tapi kesian kat mak SA, dia tak tahan pedas. Sedap punya pasal, balun jugak ler.. :)  


Tomyam Campur

Tomyam campur ni memang heaven.  Pedas, manis, masam semua secukup rasa je.  Sedap giler. Isinya ada sotong, ayam dan udang.  Kuah yang pekat.  Memang terasa keaslian masakan Thai tu. Teringat pulak masa kat Phuket dulu.  Sama!  Yang tak best, dalam gambar presentation lain, tapi sampai kat meja jadi lain!  Dapat dalam mangkuk je :( 


Nasi Putih
Nasi putih dihidangkan dalam mangkuk besar.  So, tak risau membazirkan.  Macam makan kat rumah je gayanya. :) Adik SA kata dah macam makan kat Hadyai. Haha...


Daging Masak Merah

Daging lembu yang lembut, sos sesedap rasa.  Mak dan adik-adik SA suka sangat.  Manis dan tak berapa pedas.

Kailan ikan masin yang dijanjikan dalam menu SA tak dapat.  Tetau yang sampai kangkung goreng belacan.  Tapi SA tak sempat nak snap gambar sebabnya menu ni sampai agak lambat.  Walaupun menu bertukar tanpa diberitahu awal tapi rasanya tetap sedap.  Kangkungnya tak masak layu, sedap je kunyah.  Crunchy.  Hehe... Mungkin restoran boleh baiki part ni dengan inform customer lebih awal. Supaya customer tak terkejut.  Jangan disebabkan bagi makan free, pemenang dilayan sesuka hati. Ikut suka je nak bagi menu apa.  Sedih gak la part ni.  

Sirap Selasih

Jarang ada restoran yang menghidangkan menu minuman, sirap selasih ni.  Terasa bagai di bulan Ramadan pulak.  Hehe... SA suka air ni sebab tak manis. Setakat manis buah je.  Okaylah.  Kalau uols nak manis, boleh request.


Susun atur dalam kedai pun dah macam kat Siam nun...

Ada lagi... Kitorang makan otak-otak.  Sedapnyaaaaa....Terasa ikannya...dan...tak tau nak cakap apa lagi, sedap sangat.

Baru nampak muka birthday boy!
HAPPY 11th BIRTHDAY AMER!
Credit: Restoran Nuur

Terima kasih RESTORAN NUUR belanja kami sekeluarga.  Sedap semua makanannya.  Next time, boleh belanja western pulak..hehe...

Keseluruhan, SA bagi 7/10.

Korang yang gemar makanan Thai or tinggal dekat Puchong/Seri Kembangan/Bukit Jalil, boleh cuba makanan Thai kat sini.  Confirm tak menyesal!


Nota kaki sHiLaZiZi: Babah & atok jaga Aisyah kat rumah sebab memasing nak tengok Gegar Vaganza 2. Hehe...

Friday, April 26, 2013

SHILAZIZI Dah 28 Tahun


credit to: Mr Google


Semalam genap umur aku 28 tahun.  Terima kasih mak abah sebab melahirkan dan membesarkan aku dengan didikan yang cukup sempurna dan kasih sayang yang membawa hingga ke tahap ini.  Aku nak ucap terima kasih jugak kat semua yang wish thru facebooktwitter, phone call, sms, whatapps, dan wechat; makcik pakcik, adik-adik, kawan-kawan dan Gendut yang wish birthday aku semalam. Moga doa-doa kalian dimakbulkan Allah s.w.t. 

Semalam ada surprise untuk aku by officemate yang join untuk lawatan ke Port Dickson.  Dalam bas, diorang boleh pulak menyanyi reramai sekali dengan mak-mak datin ni.  Aku macam..eh..eh...terkejut pun ada, happy tu haruslah kan...tak tau nak kata apa.  Diorang semua memang sporting.  Terasa macam zaman aku belajar dulu lah pulak. Diorang bagi hadiah pulak lagi...tapi semua makanan..hahaha...nak suruh aku cepat membesar la tuh! 


*cedok dari instagram 
Me in purple...
kat belakang tu, anak pokok yang aku tanam. 
Semoga membesar dengan sihat... =)


Lagi best bila ada program penanaman pokok di tepi pantai kat Port Dickson tu. Pokok yang aku tanam, aku bagi nama 'The 28th'. Haruslah lepas ni kalau pergi PD, aku mesti singgah tengok progress pokok tu. 


Kawan-kawan belanja makan cendok kat Teluk Kemang.


Mak wish by phone call. Mak pesan jadi anak yang solehah, jangan tinggal solat, ubah perangai sebab dah nak jadi isteri orang.  Jangan malas-malas, belajar masak.  Ha, banyakkan pesanan mak! Bab ubah perangai tu yang tak tahan.  Aduhh... Baik mak, kaklong cuba yang terbaik.  Terima kasih mak!

Pastu angah pulak wish siap ada Video birthday wish and suruh aku nari-nari sekali...adoyaii...tapi cute.. thanks ngah.

Last sekali hadiah terbesar aku malam tadi!


Hidangan special!! Hahaha...



Spend time with my baby michelin...Sharifah Nur Amani

Pantang nampak kamera! Bersembang je dia dengan aku...Non-stop... Very talkative, walaupun aku tak paham apa yang dia cakap tapi layankan aje...Ni baru anak angkat, kalau anak sendiri camnelah gayanya ek...hahaha...

Nota kaki sHiLaziZi: Terima kasih buat semua yang sedia mengingati 25 April as my birthday! Thank you all!! =)

Sunday, June 10, 2012

Bunga..Burger..Birthday..3B

Huh, kenangan terlampau banyak dalam hidup aku ni. Yang pahit, yang manis, semua ada.  Saat aku sambut hari lahir yang ke-27 pun ada kenangan yang tersendiri.  Huh, dah 27 umur aku??? Umangai! Tuanya...

Aku sebenarnya hampir terlupa hari tu birthday aku.  Malam menjelang 25 April, Gendut datang umah. Time tu hujan lebat.  Korang tau dia datang untuk apa? Dia kata dia nak jadi orang yang pertama wish birthday aku.    


Dia datang semata-mata nak bagi bunga ni!! 
So romantic! 

Tak sangka aku dia ada jiwa bunga-bunga camni.  Katanya, belum cukup bulan, so, bunga sekuntum je.  Nanti dah ujung bulan baru dapat hadiah beso sikit.. Apalah agaknya kan...


Esoknya, aku dapat perfume dari member ofis aku as my birthday gift.

Ni time dah hujung bulan, punya jauh dia ajak aku jenjalan..rerupanya, seperti yang dijanjikan.. Jeng..jeng...jeng...


Giant burger@YB Burger, Shah Alam 
(Model: Bakal adik ipar den ler..sebab birthday dia sama bulan dengan aku)
Memasing dapat sorang sebijik.  Hambek!! Makan sampai sudah!

Tapi burger ni tak boleh lawan burger yang ini. Apa pun, thanks so much Gendut sebab nak membesarkan badan saya macam badan awak. 

Hadiah yang paling best bila mak abah wish ler kan.. Kata-kata semangat dan nasihat sampai terlekat dalam jiwa aku.  Apa yang mak abah wish kat aku?  Biarlah aku simpan sensorang ek.. Hadiah yang tu takmo share. Kedek sikit...kekeke...

Hidup penuh dengan kenangan memang masyuk..Bahagia weih... =)



Thursday, November 17, 2011

Gendut dah besau!!

Isnin lepas, birthday dak Gendut tu.  Disebabkan kitorang ni memang dah biasa tak ada hadiah-hadiah gempak time-time camni, so, I treat him for lunch.  Korang tau katne?  Jeng...jeng...jeng... Kat warung tepi jalan je.. Apa? Tak romantik??  No hal lah!  Nak romantika de amor sangat, tunggu lepas nikah la deii...
 
Aku tau, kekadang dia baca blog ni..so, lepas dah wish face to face, thru sms & fb bagai....now, aku nak send dove note ni untuk dia..
 
UNTUK AWAK!!!
 
Romantik sesikit udah le...terlampau kang, dah hilang sweetnya pulak kan...kekeke...
 
 

Wednesday, January 12, 2011

Selamat Hari Lahir Mak!!!

Tahun 2011 sambut birthday mak yang ke-48 ala kadar je. Tak ada kek. Cuma bawa mak celebrate kat luar je. Makan kat kedai makan (ye lah kan, xkan makan kat kedai tayar pulak...ahakzz). Tu pun in advanced (birthday mak 12 Januari).  Tau tak pasal apa?? Pasalnya aku terlupa yang 12hb. ni hari jadi mak akuuuu!!!

Boleh pulak lupakan??

Nasib baik aku dah buat reminder kat komputer ofis aku. Tu pasallah tak tempah kek.  Aku tak nak beli kek readymate takut tak sedap.  Lagipun family aku bukannya makan sangat kek-kek ni.  Sebiji kek tu, 1 family cuma makan sepotong je. Kan membazir namanya. Itu yang buat aku nak tempah cupcake tu. Cupcake memang laku. Semua suka.

Telan air liur je la...nyum..nyum...

Yang penting ada celebration walaupun kecik-kecik aje...Semua family member ada except adik aku yang no.3, Achik sebab dia di luar kawasan (further study kan).

Sorry la ye sebab kualiti gambar kurang memuaskan...just enjoy k...

Mak, abah, angah, adik

Insan yang diraikan...mak tersayang...Puan Noriha binti Ahmad


Fotografer aku: si Abang...



Mesti korang tercari-cari gambar aku kan3??? Hehe..memang takdo lah..sebab...aku fotografer UTAMA!!!
Ni kan majlis untuk family aku, so, aku tak payah la nak bergambo kan..