Column

Friday, November 13, 2015

Hanya Sate Je Yang Halal Dimakan Kat Sini

Huh, akibat kepenatan balik bercuti dan banyak urusan untuk diselesaikan, lambat pulak citer pasal Aisyah join birthday party last weekend.  Ceritanya bila abah ajak SA sefamili ke rumah bos dia untuk celebrate birthday cucu sulungnya, Derek.  Umur sebaya pun dengan Aisyah.  Tua sebulan je pun.  Derek 7 November, Aisyah 9 Disember.  Dari atok, anak sampai ke cucu pun semua sebaya.  Pandaikan abah cari majikan? Haha...

Bila tengok khemah sempoi, tak ada pun scallop bagai.  Khemah togel gitu je.  Tapi yang penting khemah mesti warna merah.  Ong maaaa... 

Derek turn 1
He loves to take a pic.  Asal nampak kamera je, senyum sampai mata hilang. :)  Tapi dia memang suka betul dengan abah.  Pantang nampak abah je, hulur tangan nak salam.  Derek ni dibesarkan di Australia sebab parents dok sana.  Balik Malaysia sebab nak sambut birthday je.  Cool kan?  Anak Malaysia kan! Parents dia dah dididik untuk tak lupa tanah air even migrate ke negara orang. 


Mummy's sweethearts

Aisyah bergambar bila ada mood je.  Ni on good mood tu yang bulat je mata.  Derek berkenan giler kat cekak si Aisyah.  Yang Aisyah pun gedik je nak pegang-pegang muka baby boy tu..Haish....

Blow candle...blow candle...
Bila disuruh tiup lilin, dia senyum pulak.  Memang murah dengan senyuman la awak! Mommy pulak yang tolong tiupkan.


Potong kek!

Ah Han (Derek's daddy) said that kek tu keras.  Ah Han, this is fondant cake.  That's why it's hard.  Senyum je dia bila SA kata gitu.  Wah, you know about it ha.  Setakat fondant tu tau ler.  Kalau tanya lelebih memang SA suruh ke bakery, tanya kat sana.  Hehe...  


Sate sedap!!

Bila dah ke birthday party Chinese, banyaklah makanan yang tak boleh dimakan as a muslim sebab katerernya Cina piaw!  Kami cuma makan sate dengan air tin je.  Tu pun memang bos abah panggil katerer khas sate Melayu demi chaffeur kesayangan.  Terbaiklah boss! 


Happy family!

Notakaki Shilazizi: Ada je orang yang tibai makan segala.  Lamb chop pun depa taram!  

No comments: