Column

Friday, November 26, 2010

Dah Menang!!! The Social Network

Firstly, aku nak ucap berbanyak-banyak terima kasih kepada ManggaAd sebab bagi tiket free untuk filem THE SOCIAL NETWORK  pada 29 November 2010 di TGV Sunway. Boleh la tengok wayang free kali ni. Sangat excited lorr..

Since aku dapat 4 tiket, 2 tiket aku amik untuk aku dan Mr. Gendut dan lagi 2 aku bagi kat member aku si Jebat n wife.  Hope we enjoy watching the movie..

THANKS AGAIN MANGGA ADS...

Friday, November 19, 2010

Saya ingin menonton filem The Social Network!!

Tukang sponsor tiket..kalau aku antara insan terpilih la
Tak dapat tiket free, kena la minta Mr. Gendut sponsor

"Ingin mengetahui bagaimana Facebook bermula? Filem ini menceritakan bagaimana, seorang mahasiswa Harvard dan genius dalam pengaturcaraan komputer, Mark Zuckerberg membina rangkaian sosial dunia yang merevolusikan komunikasi. Antara pelakon-pelakon terkenal adalah seperti JESSE EISENBERG, ANDREW GARFIELD, JUSTIN TIMBERLAKE, ARMIE HAMMER and JOSH PENCE, dan ramai lagi. Filem ini adalah berdasarkan sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich. Filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai 2 Disember 2010!".  Kalau korang nak review lebih, boleh tengok kat website rasmi filem ni.

"You don't get to 500 million friends without making a few enemies"

Aku kan hard core facebooker. Jadi, The SOCIAL NETWORK adalah antara filem yang MESTI aku tengok. Tambah pulak ada Justin Timberland Timberlake dalam tu. For sure, filem ni jadi WAJIB untuk aku. Plus, ada bonus untuk peminat filem ni kalau diorang ada akaun ManggaAd  So that, diorang akan dapat tiket FREE!!. Consider  ManggaAd belanja tengok wayang la tu kan. Aku bab free2 ni memang suka.. Auww!!

Now, wait for the free ticket!!!!!... Hopefully I'll get it.  Tak dapat yang ManggaAd sponsor, Mr. Gendut sponsor pun ok la kot kan..LOL...

Tuesday, November 16, 2010

Go Crazy With Pizza Hut EXTREME CHEESY 6 PIZZA


Extreme Cheesy 6 Pizza!!

Hari Deepavali yang lepas aku pergi Pizza Hut kat Jalan Kuchai Lama. Dah lama sebenarnya nak pergi makan pizza tapi tak berkesempatan. Jadi, lepas je aku tengok iklan Pizza Hut's Extreme Cheesy 6 Pizza. Buntut ni macam panas je. Tak boleh nak dok diam dah. Terus je aku ajak adik-adik aku pergi makan pizza yang ada 6 jenis keju yang best-best tu. Kitorang ni memang gila kalau dengar perkataan 'CHEESE'. Pantang betul! Bukan pantang apa pun. Kitorang ni pantang dengar dan pantang nampak, memang nak terjah je. Kebetulan pulak hari tu ada perayaan besar Malaysia untuk kaum India, Deepavali. Lagipun, ni antara moment yang akan terabadi untuk adik aku yang last, si Mira sebab minggu tu result UPSR akan keluar. So, aku bawa dia pergi makan supaya dia tak risau sangat dan tak payah nak fikir-fikir sangat pasal result tu. Kesian gak kat dia.

Memang Pizza Hut's Extreme Cheesy 6 Pizza tu terbaiklah!! Wallah!! Aku paling suka combination keenam-enam jenis keju tu, parmesan, mozzarella, romano, cheddar, provolone and Monterey Jack.


Sampai berebut sekeping pizza

Suapan penuh kasih sayang
Meleleh air liur. Tambah pulak makan dengan sup cendawan yang memang enak dan beberapa side dishes favourite aku, Beef Bolognese dan garlic bread. Sampai sekarang masih terasa keenakan dan kelazatan kejunya. Memang kenalah aku dan adik-adik aku yang gila-gila makan pulak Pizza Hut's Extreme Cheesy 6 Pizza yang memang untuk orang gila kentang keju macam kitorang ni.



Yummy! Yummy! 6 keju dalam 1 pizza


Bila balik ke rumah, aku sampai terbawa-bawa dalam mimpi pasal pizza yang terbaek ni. Sampai gigit bantal, ingatkan makan pizza. Memang tak boleh blah la. Sangat best!!


I’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeese!

Monday, November 1, 2010

Kursus 'English for Effective Communication'

Minggu lepas aku pergi kursus 'English for Effective Communication' dari 25 hingga 28 Oktober 2010 di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam.  Macam-macam kenangan dan pengalaman aku kat sana. Team aku semua wanita-wanita sejati.  Hahaha....ayat, xhingat!!! Dah namanya pun kursus berkaitan komunikasi kan, jadinya, semua aktiviti pun melibatkan komunikasi la. Yang paling special bila kitaorang main game 'Taboo'.  Korang pernah dengar tak game ni?  Bagi aku, ni adalah kali pertama aku dengar nama game ni. Game ni pasal 'word'.  Meh sini aku describe sikit pasal game ni.

Game: Taboo
Cara nak main game ni.  Kena ada seorang yang pegang kad tu dan cuba menggunakan apa sahaja perkataan untuk describe word yang ada pada kad tu untuk ahli kumpulannya yang lain teka tetapi tak boleh guna 5 perkataan (kata kunci) yang ada pada kad tu.  Contohnya: perkataan yang dicari: STAR perkataan yang tak boleh sebut: MOON, SKY, DAY, FILM, MOVIE. Kalau ahli kumpulan dapat teka.  Dapatlah markah.

Memang time main game ni, semua orang enjoy, semangat berkobar-kobar nak dapatkan jawapan yang betul.  Disebabkan peserta kursus cuma 20 orang. So, ada 2 kumpulan je la time main game ni. Aku dgn roomate aku siap minta kebenaran dengan lecturer tu minta bawa balik ke bilik kitorang untuk main game tu. Hehehe...punyalah syok main.

Saat-saat yang best lagi adalah waktu kitorang diminta siapkan presentation.  Waktu tu lah macam-macam hal jadi. Kelakar ada, seram ada, best pun ada.  Macam-macam idea yang keluar. Logik ada. Tak logik pun ada. Bab seram tu pulak, bila one of my housemate terdengar dan ternampak sesuatu. Memang malam kitorang tidur sebilik la jawabnya. Elok-elok berdua (twin sharing), terus jadi berempat. Diorang siap bawa kain selimut, bantal bagai datang bilik aku. Memang kelakar. Lawak tak hingat!

Kesimpulan aku dapat dari kursus ni, aku dapat improve English aku sikit-sikit dan pengalaman yang tiada bandingannya.

P/s: Lepas ni kalau ada kursus kat tempat ni lagi (as mention above) memang aku tak mau pergi lagi. Serik!!