Column

Saturday, April 28, 2012

Pasca Banjir...Terima Kasih buat Semua!!

Dah sebulan lebih berlalu peristiwa banjir besar kat Hulu Langat a.k.a rumah aku gak.  Bantuan dari pelbagai pihak dah pun aku dan famili terima.  Walaupun sesetengah pihak tu cuma 'cakap kosong' je.  Memberi harapan palsu pada si mangsa macam kami ni.  Aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada yang sudi menghulurkan bantuan. 

Antara yang menghulurkan bantuan, barisan Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, barisan pembangkang pun ada jugak, MPKJ yang tolong bersihkan kawasan yang penuh dengan perabot-perabot yang rosak.  Berminggu-minggu MPKJ bersihkan.  Memang sangat membantulah diorang ni.  Bersyukur sangat-sangat.

Dan beberapa lagi bantuan yang langsung aku tak sangka, aku terima dari mereka:

Eyriqazz = brader ni memang baik wa cakap lu..tak sangka lepas dia prihatin dengan masalah kereta aku yang hancus dek banjir dia post entri kat blog dia.  Lepas tu aku tengok akaun ada bantuan masuk.  Alhamdulillah sikit-sebanyak membantu jugaklah..

Ofis aku = tak sangka orang ofis aku sesama buat derma kilat untuk aku.  Alhamdulillah jugak..dengan duit tu aku dah buat apa yang patut..

Pihak insurans = tak sangka rumah aku ni ada insurans yang cover banjir.  Alhamdulillah aku dah pun terima duitnya..cuma untuk repair rumah ni, mak aku kata tunggu nak raya nanti baru buat semua..Ala-ala rumah baru untuk raya gitu..hahaha...

Cuma yang aku agak kesal bila ada pihak-pihak yang menggunakan mangsa banjir untuk keuntungan peribadi.  Janji memacam tapi habuk pun tak ada. Masuk tv bagai, semua bagitau mangsa dah terima bantuan, tapi kenyataannya?  Cakap tak serupa bikin! Huh!!

Thursday, April 19, 2012

Bersawang lagi!!!

Sekali lagi bersawang blog aku ni..

Ni semua akibat aku ditimpa penyakit M yang macam biskut ni...kejap ada kejap takde!  Harap sangat penyakit ni pergi jauh dari hidup aku.  Penyakit ni menyebabkan hidup aku gundah-gulana.  Syooohh!! Syoohhh!! Keluarlah kau dari jasad dan hati aku!


Penyakit MALAS ni memang susah nak ubat.  Perlukan iman yang kuat dan teguh..huhu...