Column

Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Friday, October 22, 2010

4 Blog Terbaik (Carta Shilazizi)

Ni aku nak share sikit tentang blog-blog yang aku sempat ber'blogwalking' dan finally, aku terjatuh cinta dengan blognya (dengan blog je wehh, bukan dengan tuannya aje tau!!). Tapi blog ni aku senaraikan takdelah ikut ranking. Ni ikut suka aku. Hahaha...

1. RedMummy - Blog ni aku suka sebab semua ada. Ni blog superstar ko! Macam one stop centre gitu! Bab makan, travel, hal-hal wanita dan keluarga, semua adalah. Tak caye, korang review la sendiri.

2. Coretan Perantau - Blog ni pulak aku suka sebab banyak perihal kehidupan di London. Almaklumlah kan, nak pergi London, aku belum mampu lagi setakat ni. So, story-mory dalam blog ni memang membuatkan aku terasa bagai di London, ecewahh!! Mana tau, lepas ni aku dapat rezeki ke sana, dah tau perkara yang do & don't kan...lagi2 bab shopping tu kan.hehehe...

3. Hanis Zalikha - Blog ni aku suka the way she wrote, memang best la. Banyak petua-petua yang boleh diamalkan oleh pemuda-pemudi macam aku dan aku yakini keberkesanannya sebab ada yang aku dah amalkan.

4. Hanieliza's Cooking - Blog ni bab masak-memasak. Aku ni bukanlah rajin sangat memasak dan bukan juga tak tahu masak langsung. Jadinya, blog ni menjadi rujukan untuk aku belajar-belajar masak selain mak aku yang selalu jadi bahan rujukan aku waktu aku nak memasak. (Via phone call ask for the recipe) Memang mak terbaek la. Tapi blog ni banyak bagi aku ruang dan peluang untuk belajar dan menguji segala jenis resipi dia dan alhamdulillah aku dapat manfaatkan dan berhasil mengikut resipi yang diberikan.

Selain yang ni, banyak lagi blog-blog yang aku rasa menarik jugak. Tapi dalam carta Shilazizi, ni yang The Best of The Best!!

Shilazizi:
 Bila baca blog-blog yang ada ni, kekadang aku tersenyum dan ketawa sorang-sorang depan pc macam orang tak betul pulak rasanya. Hehehe....



Wednesday, October 20, 2010

Dunia Baru!!

1 Oktober 2010: Bermulalah hidup aku dengan sesuatu yang baru. Kalau dulu dunia aku cuma, ofis, rumah dan hutan (sebab aku ni gila outdoor-camping, jungle trekking, daki gunung, etc). Tapi sekarang, dunia aku berubah sikit, ofis, rumah, set penggambaran (sebab aku dah mula bergiat jadi pelakon tambahan-extra). It's so interesting. Maklumlah, dunia baru aku kan. Walau pun penat tapi sangat best.  Setakat ni dah ada 2 filem yang aku shoot. Filem 'Sekali Lagi' dan '321 Cinta'. Baru mula berlakon, terus ke layar perak. Tak ada dialog pun. Tunjuk muka je. Bak kata orang, interframe je lebih. Dua2 filem tu akan masuk panggung tahun depan (2011). Terbitan MIG Production.

Asst. Director, Kak Eyra & Mia

Mia yang sangat comel

Aku, Katina dan Nad

Scene filem 'Sekali Lagi'
Pelakon utama: Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara, Bront Palarae
Lagi scene dalam filem 'Sekali Lagi'
Pelakon tambahan untuk filem '321 Cinta'. Scene playback

Korang kenal tak mereka ni? Teraju utama filem '321 Cinta'

Aku dengan Feeya Iskandar

Scene dalam filem '321 Cinta'



Extra filem '321 Cinta'
Cukuplah gambar banyak tu je. Nak lebih-lebih, korang kena pergi tengok wayang sendiri tahun depan. Memang best filem-filem ni.

Shilazizi:
 Merasalah jugak apa yang pelakon2 tu rasa. Dok seharian kat set. Memang penat tapi best!!