Column

Thursday, March 31, 2011

Botak Yang Berjaya!!

Awal-awal tahun 2011, aku dah inform kat adik aku pasal reward exam.  Aku dah bagitau kalau dia dapat fullmark dalam exam for all papers dan dapat nombor 1 dalam kelas, aku akan bagi hadiah.  Biasalah bebudak ni bukan macam aku dulu-dulu.  Sebut je sekolah melonjak-lonjak nak pergi.  Tapi budak sekarang ni sebut je kena pergi sekolah, muka dah mencuka semacam.  Kalau sebut cuti sekolah baru la rupa macam kera dapat bunga.  Tapi adik aku yang sorang ni ada ikut jejak kaklong dia rasanya sebab dia sangat suka pergi sekolah.  Pagi pun senang je nak kejut untuk pergi sekolah.
Bila offer reward macam tu semangat dia nak pergi sekolah lagi berkobar-kobar.  Last week, si adik dengan muka tersengih-sengih bagi exam paper kat aku.  Suruh tengok markah la tu.  Aku tak confident pun dia boleh dapat 100% untuk semua paper.  Sekali, ha, amik ko!!  Aku yang terkejut macam nampak hantu.  Semua 100%!!!!! 
Disebabkan aku dah janji nak bagi reward, aku bawa la adik pergi Karnival Harian Metro.  Kan diorang ada buat poco-poco besar-besaran kat Dataran Merdeka.  Kebetulan pulak aku free time tu.  Bukan main suka lagi dia.  Yelah dapat hadiah berjalan-jalan mengikut kehendak dia kan, sape yang tak suka kan.  Aku sibuk berpoco-poco, dia pulak sibuk mengutip belon dari gerai ke gerai.  Penyudahnya balik, penuh belon dalam kereta.
Sempat lagi adik amik picca kaklong dia...

Aku tanya nak ke mana lagi lepas tu.  Dia minta aku bawa dia pergi KLCC.  Nasib baik kat KLCC ada Petrosains, terus je gerak pergi sana.  Adik aku ni 1st time masuk Petrosains.  Tengok dia happy giler + excited.  Aku pun teruja sama.  Seronok tengok dia happy macam tu.  Memang dia memanfaatkan sepenuhnya masa kat Petrosains tu.  Semua dia nak cuba.  Tak sia-sia beli tiket tu.  Hehehe... Hampir 3 ½ jam kitorang kat dalam tu. 
skali watermark tertinggal huruf 'm' daaa...

Aku ingat dah keluar tu dia nak balik terus sebab dah lama berjalan dari pagi sampai ke petang.  Rupa-rupanya dia nak berjalan lagi.  Aku bawa dia ke Taman Tasik Titiwangsa pulak.  Lepas dah puas berjalan, aku ajak dia balik.  Mula-mula tak nak balik, tapi lepas aku pujuk-pujuk, baru dia nak.  Tu pun siap ada syarat lagi.  Nak tau apa syaratnya??  Kenalah tunggu entry yang seterusnya..

Rombongan Cek Joyah ke RTM


Tak pasal je aku kena pergi rancangan Dialog LIVE kat TV1, RTM. Ni semua arahan mengejut. Bukannya jadi panel atau tetamu pun. Penonton je tapi tetap glamor ko. Walaupun program tu jam 10.00 malam. Dah la naik coaster. Bukan roller coaster tau. Apa kejadahnya naik roller coaster kat Angkasapuri?? Korang ingat ni kat Genting ke? LOL… Sampai kat pos Guard depan Angkasapuri tu, kitorang semua kena turun dan menapakkan diri sampai ke Wisma TV. Nasib baik aku batalkan niat nak pakai heel. Kalau idak, hrmmm, kematu la kaki nak mendaki bukit tu.

Memang havoc betul geng yang pergi ni. Maklumlah Geng Cek Joyah...(Harap maklum tak ada sesape dalam grup ni bernama Joyah ye...Rekaan semata-mata) Dari dalam coaster lagi bisingnya sampai ke balik. Dah la kitorang sampai awal. 8.15malam. Awal tak kalau programnya hanya pada 10.00 malam tapi kul 8 lebih dah sampai? Giler awal dowh… Pekerja cemerlang memang macam ni. Ikut arahan bos. Bos suruh datang awal, kitorang pun datang awal. Kitorang la barisan pertama yang sampai kat lokasi. (sekali angkat bakul sendiri daaa).


Team yang havoc gitu!!

Nak tunggu siaran kan lambat lagi, jadinya, kitorang ber’camwhore’ la dulu. Tak sudahnya dengan photoshoot sendirian berhad menggunakan kamera henpon aku yang tak berapa nak android ni kan.. Kat memana pun jadi. Tengah syok-syok bergambo, pegawai RTM ajak makan dulu sebelum rancangan on air.

Inilah makanan yang disediakan. Kemain pedas lagi ko. Aku yang suka makan pedas pun tak boleh tahan sampai penyudahnya tak boleh habis. Pelik gak la kan, aku makan tak habis?? Itulah kenyataannya.


Memang sedap gilerrr sampai boleh keluar asap ikut telinga, mata, mulut segala....

Korang tau tak ada perkara yang agak funny bagi aku time makan ni. Nak tau apa dia? Ha, baca terus entri ni ye.


Korang nampak tak makanan ni? Korang agak ini apa?

Soalan hanya untuk orang-orang yang tak join program ni sahaja ye. Yang join sila jawab kalau tak paham Bahasa Malaysia. Hehehe....

Jawapannya.....?????bihun goreng Singapore!!!

Korang tau aku ingat tu apa? Aku ingatkan suhun.
Ala yang orang Jawa selalu masak campur kacang panjang dengan tempe goreng tu. Diorang panggil sayur goreng. Bantai semua yang dok semeja dengan aku gelak bila aku cakap yang aku ingat benda tu suhun. Terserlah kejakunan aku time tu. Tambah pulak tersalah menilai antara limpa dan hati. Buek malu orang kampung yo... Aku ingat yang aku amik sekeping tu limpa, rupanya hati. Nasiblah dalam team tu ada seorang chef. Pandai nilai. Dialah yang bagitau kat aku. Ha, agak-agak kalau korang, malu macam aku tak? Ke korang memang tak tau malu?? LOL...

Nak tau kisah dalam studio secara LIVE?  Kena la baca entry coming soon...



Pesanan Shilazizi:  Nak reveal jawapan, korang highlight kat sebelah word Jawapannya....???? Pandai tak?? Tak pandai, ni aku nak ajo korang.  Korang bawa tetikus korang kat sebelah word 'Jawapannya....????', pastu korang klik & drag cursor tu.  Nanti dapatlah jawapannya...hehehe....  Dapat ke idak??

Thursday, March 24, 2011

Penangan Redmummy!!

Selepas entri seram aku yang tersiar kat Redmummy.com ramai pulak yang jengah blog aku yang tak seberapa ni... Thanks you all!! Very appreciate it! Entri tu sebenarnya salah satu antara banyak-banyak kisah seram yang aku alami sendiri sepanjang hidup ni. 


Aku memang tengah dalam pembikinan Koleksi Kisah Seram Shilazizi.  Semua dok dalam deraf.  Kebetulan pulak ada segmen untuk citer hantu kat blog kak red tu, tu yang aku amik satu citer n lantingkan kat kak red (ha, kak red, aku dah guna word 'lanting' ko..jangan marah ek tapi kalau akak tak bagi saya leh removekan word tu).  Tu la fanatik bebeno dengan Redmummy sampai terikut-ikut cakap-cakap dia.  Tapi tak semua ye. Baru satu tu aje pun.



Based on feedback yang aku baca kat komen under entry hantu tu, memacam ada.  Yang percaya, yang tak, yang kata mengarut.  Terpulanglah kan..  Tapi bagi aku benda-benda ni memang wujud.  Kita kan berkongsi bumi yang sama dengan semua makhluk Allah.  Yang penting aku tak ganggu dia dan dia pun tak ganggu aku, kira ok lah tapi ada gak yang sesuka je nak memain dengan kita sebagai manusia ni.  Sabar jelah...

Apapun, aku nak ucap bebanyak kat Redmummy sebab aku dah menumpang ke'glamor'an hakak yang memang pemes tu.  Orang lain cakap aku tumpang glamer, aku pedulik hape!!  Tapi kalau Kak Red yang cakap camtu, aku kena amik peduli.  Hehe...Yelah kan tuan badan dah bersuara, gila ko tak amik kesah...






Motif??? Tak paham...

Ni 1st time aku pergi seminar yang aku sendiri tak tau untuk apa.  Main redah je.  Dah naik nama aku kan, gila ko aku tak pergi.  Tak pasal je aku kena buat memo tunjuk sebab kang.  Dah la aku n the gang antara yang paling awal sampai kat Menara Usahawan, Putrajaya (tempat seminar tu ler). 

Haruslah jadi specky sebab dok kat meja belakang...


Boy's team yang seangkatan dengan aku..

Kitorang je dah memenuhkan 1 meja bulat.  Mula-mula tu lepas register je aku tengok backdrop ni rasa macam tau la seminar pasal apa. 


Korang rasa pasal apa?  1st impression aku, seminar ni pasal pembangunan personaliti seorang pekerja.  Personaliti aku tak cukup menarik ke atau dah kurang menarik?? Ntah la.  Tak tau la aku.


Aturcara program...simple jer...

Start je seminar terus aku blurr...se'blur'2 nya...sorang-sorang dipelawa untuk share experience... Yang jadi mc dan principal seminar tu Nizal Mohammad. Bekas pengacara TV3 tu..


Lepas habis je sesi cakap-cakap & sharing-sharing tu, kitorang main game ni..Dah macam dalam TV Show: Catur Bestari yang kat TV1 tu..

Nilah dia barang-barang time game...

Lupa nak bagitau yang seminar ni organised by School Of Life...

Penganjurnya

Sampai la pukul 2 kitorang main game yang aku rasa langsung tak ada kaitan dengan personality development sebagai seorang pekerja.  Game tu lebih kepada cara menguruskan kewangan kita je.

Kesimpulannya, aku tak rasa apa-apa pun yang aku dapat sepanjang seminar tu melainkan kata-kata best macam ni jer...


Apa tanda manusia jati
Bekerja keras di mana pun jadi;
Apa tanda manusia bertuah
Bekerja tidak bercabang lidah;
Apa tanda manusia beradat
Menghadapi kerja hatinya bulat;
Apa tanda manusia pilihan
Bekerja tekun di jalan tuhan;
Apa tanda manusia beradab
Dalam bekerja, bertanggungjawab;
Mencari ilmu buangkan jemu
Mencari tahu buangkan malu;
Isi perut selebar talam
Isi dada selebar alam;
Apabila kerja sudah menyalah
Aib terbuka malu terdedah.



Saturday, March 19, 2011

R&B (Red 'n Black)


7 penyeri Majlis Hi-Tea PUSPANITA KPWKM..Setelah sekian lama aku tak meronggengkan diri, inilah kali pertama aku kembali ke lantai dansa.  Biarkan apa orang nak kata.  Bolayan sude..LOL

Geng R&B ni gabungan generasi baru dan lama.  Memang gempak abis.  Kitorang menari 2 jenis tarian; country dance & rock n roll.  Yang best lagi, time makan asyik tergelak je tak sudah-sudah.  Dah tu tengah sedap-sedap makan, manager panggil sebab turn menari dah sampai. Hehe...Telan je la apa yang ada dalam mulut. 


roses...dah macam team panca sitara pulak

Alhamdulillah tak ada silap yang aku buat macam time rehearsal n training.  Nasib baik.  Kalau tak kompom malu sebab aku dok depan sekali.  Dah tu centre of the stage lak tu.  Betul-betul depan meja VIP.

cikgu yang ajo nari...u're the best

Aku tak sangka yang aku still can dancing well.  Time menari rasa macam kejung je.  Lepas tengok video yang member aku record, memang maintain lagi rupanya. Hehe...Sangat tak sangka.  Lembut gak aku menari. Keke..

Friday, March 18, 2011

Entri Lepas Geram: Budak Kurang Ajo!!!

Tadi time balik function kat KL, aku nak singgah Cheras jap.  Aku memang biasa masuk kawasan perumahan je kompom slowkan speed kereta.  Sampai je kat 1 kawasan perumahan kat BTR, tetiba ada budak melintas depan kereta aku.  Sikit pun tak toleh kanan kiri.  Awal-awal aku dah brek sebab dah nampak budak tu dengan 3 orang lagi kawan dia gayanya macam nak lintas jalan.  Tapi yang kengkawan dia tu boleh lak berhenti tepi jalan tengok dulu kanan kiri.  Yang dia menonong je jalan.  Pe lagi, aku terus terlanggar dia even dah brek mengejut pun.  Penyudahnya bukan budak tu dapat sakit, dapat la kot sikit kat tangan dia sebab terhentak kat kereta aku tapi yang lebihnya aku yang dapat sakit.  Mana taknya, nak elak dari langgar dia, aku yang tersembam kat stereng.  Sakit giler dada aku. 

Aku dah la trauma bab-bab eksiden ni...Lepas terlanggar terus lembik 1 badan.  Apa pun tak boleh buat.  Nak tekan pedal minyak tak boleh, nak tukar gear pun tak boleh, nak bercakap pun tak boleh.. Dah la dok tengah jalan. 

Korang tau apa yang dia buat kat aku lepas aku langgar dia?  Dia angkat tangan je pastu lari mencecet.  Tak sempat aku nak buka tingkap panggil dia, dia dah hilang.  Sangat kurang ajo kan!!

Lepas tu ada budak datang kat aku tanya aku ok ke tak tapi aku tak boleh nak kata apa sebab 1 badan aku lemah dengan mulut sekali.  Mesti budak tu ingat aku sombong kan.  Ye lah dia dah datang nak offer bantuan kat aku tapi aku buat nyombong je dengan dia kan..tak pelah. Bukan aku sengaja pun, dah seluruh body lemah.  Takleh nak kata apa la.

Thursday, March 17, 2011

[PREVIEW] LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal


Walaupun teater ni mula lewat sikit tapi tetap syioklah!! Aku dapat seat depaaaaaaaaan wo.  Nampak lobang idung punye...LOL.  Ni kali kedua aku tengok teater.  Durasinya lama, 3 jam tapi tak terasa pun sebab:  ssssaaaangattt best!!!  Lakonan Awie sebagai Lat memang menghiburkan.  Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) ni diarahkan 2 sahabat, Hans Isaac dan Harith Iskandar.  

Aku nak ucap terima kasih kat Berita Harian sebab bagi aku tiket.  Tu pun hasil kegigihan aku dan Che Su kumpul kepala paper tu.  Gigih ker???


Terima kasih NST & BH!!


Tiket hasil collect paper 1-10 Mac 2011


Amik tiket dalam hujan tu..kan gigih tu.

My Mr. Gendut dah ada rupa Lat dengan rambutnya, mukanya..hahaha...ramai rupanya yang perasan.  Especially time rehat, pergi washroom.  Aku buat donno je. 

Nah, aku cerita serba sedikit pasal teater ni.  Bagi korang panas pungkoq sikit. Hehe...

Mengisahkan kehidupan Lat dari kecil hingga sesudah berkahwin yang penuh suka duka.  Pelakon yang terlibat, Atilia (Faizah-bini Lat), Sandra (Mrs. Hu-cikgu Lat), Douglas Lim (Frankie-kawan Lat), Jalil Hamid (apak Lat)


Cepat! Tempah tiket korang...

Kalo kome nak tau lagi dan lagi pase ceghite ni, pegi ler nengok.  Memang tak rugi ler.  Kome ajak je semua kaum kerabat, kalau boleh ajak satu kampung bagi penuh panggung. (Cedok ayat Awie sikit..hihi)  

Depan rumah Lat..LOL

Ha, tengok dah terjangkit bahasa Perak la pulok.  Ate teman pun orang Perak jugak.  Bila tengok teater ni rase balik kampung la pulok.  Yang lagi penting bila aku terasa aku tengok kartun jadi realiti.  Aku dah masuk alam kartun weihhh...

Korang enjoy la dengan gambo-gambo kat bawah ni ye...Sorry sebab kualiti gambo tak berapa cantik. Ate amiknye pun guna henpon je.

Ramai tak? (Yang baju biru tu Norzizi Zulkifli)


Geng Gue...Mr. Gendut jadi fotografer je...

 Kesimpulannya, teater ni memang best gilerssss.....

Tuesday, March 15, 2011

Battle Los Angeles: Thumbs Up!!!

Giler best ar!!  Memang terbaiklah filem ni.  Aku yang tak suka cerita perang asalnya pun terus jadi tersuka pulak gara-gara filem ni.  5 bintang aku bagi.  Aku syorkan korang semua pergilah tengok.  Sangat-sangat best.  Selalunya cerita lebih durasi 90minit membosankan tapi bagi aku filem ni tak langsung.  Best sangat-sangat...

Bayangkanlah, punya sedap tengok aksi lawan-lawan diorang sampai tangan aku dok je dalam pop corn cup tu.  Tak gerak dah.  LOL..Penyudahnya, Mr. Gendut aku yang habiskan.  Hampes tull!!

Thanks ManggaAd sebab bagi aku tiket preview ni..

Muka BerasaP!!!

Mati hidup semula

Hurm, menakutkan je gambo ni.  Inilah akibat kena perasap dengan sorang mamat ni....Jeng...Jeng...Jeng...


Kisahnya macam ni,  aku temankan mak aku pergi urut kat Downtown Cheras sebab katanya kaki dah sakit sangat sampai dah tak larat nak pijak.  Almaklumlah, mak aku ni memang sihat orangnya.  Bukan kutuk mak sendiri tau, ni kenyataan.  Mak aku ni boleh tahan sporting jugak la.  Mana taknya, kitorang gerak pergi DC jam 11malam.  Aku memang biasa berjalan dengan mak lewat-lewat malam ni. Ha, sebelum korang nak ngata-ngata aku, meh aku habaq dulu, mak aku pun baca tau blog aku ni.  So, tak timbul isu kutuk-mengutuk ni.  Aku dengan parents aku macam kawan-kawan tau. Tak ada nak sorok-sorok bagai.

Sambung cerita.....

Sementara tunggu turn, mak aku menyembang dengan abang tukang rawat resdung tu.  Dia ajak kitorang buat tapi kitorang kata nanti dulu.  Hey, tujuan datang nak urut kaki mak je kan.  Sembang punya sembang, time mak aku pun sampai.  Mak aku nak berurut sejam.  Baru puas katanya.  Hrmm, tunggu turn je dah dekat setengah jam.  Kaki aku dah mula lenguh ni.  Tu baru tunggu turn je.  Belum lagi time dia berurut.  60 minit pulak lagi. (Padahal boleh je sebut sejam kan tapi tak dramatik la pulak, sebut 60 nampak lagi lama kan...LOL)  Apalagi, aku ambil kesempatan buat rawatan resdung kat abang tu.


Yang bestnya abang ni dia sikit pun tak paksa buka tudung untuk buat rawatan.  Dulu, aku dengar ada yang kata kena buka tudung sebab dia nak asapkan dalam telinga.  Karut je semua tu.  Kalau memang free hair atau lelaki memang dia asap sekali dalam telinga tapi kalau yang pakai tudung tak payah katanya.  Hormat kaum wanita.  Sangat bestlah part ni kan.

Yang tak bestnya time tengah diasapkan.  Abang ni guna bee wax.  Orang pekan kata 'lilin lebah'.  Kiranya kertas yang dia bakar sebelah atas akan mencairkan madu lebah pada kertas yang terbakar.  Asap madu tu la yang diperasap kat muka kita time rawatan.  Sekali lilin lebah tu mencair dan jatuh atas muka.  Memang panas tapi tahan je.  Tu yang ada tompok-tompok kuning.  Itu bukan hama resdung tau.

Ha, lagi satu fakta, resdung terjadi akibat hama bukan ulat ye kawan-kawan!! Sambung balik.  Abang tu suruh aku bernafas ikut mulut supaya aku tak tersedut asap ikut hidung.   Rasa nak tersedak ada, nak terbatuk ada, nak hembus kuat-kuat pun ada.  Tahan je.  Memang parak ar. Tapi ai ok je.  Control beb..control...hehe...

Abang tu kata lagi, kat area bulu roma kita menegak tu la yang hama resdung tu banyak.  Based on gambar kat atas sekali tu, aku ni tahap resdung kronik jugaklah.  Maklumlah, bab makanan jarang ada yang aku tolak.  Semua aku bedal.  Aku kena buat selalu supaya boleh cepat sembuh.

Rawatan terakhir, lepas dia bersihkan muka kita yang putih macam tepung gomak tu, dia sapukan toner lebah untuk kelembapan kulit dan elak naik jerawat.

Hasil yang aku dapat selepas rawatan, aku kurang bersin dan tak ada sangat gatal-gatal hidung.  Alhamdulillah.  Rawatan tak lama pun, dalam 10 minit je.  Aku dah habis berubat, mak aku tak siap lagi berurut.  Yelah, 1 jam kan.  Lepas habis urut kaki, mak aku pulak rawat resdung.  Tapi muka mak aku tak banyak sangat berbanding dengan aku.

So, kepada kengkawan yang rasa ada simptom-simptom kat bawah ni, boleh la cuba rawatan tradisional untuk resdung ni.  InsyaAllah sangat berbaloi untuk duit dan kesihatan kita semua.

Korang ada tanda-tanda ni tak?

Tuesday, March 8, 2011

Alkisah Jumaat: Jalan-jalan ke Kopitiam

Tengah hari Jumaat lepas, aku jenjalan dengan officemate aku.  Biasalah kan, lunch hour Jumaat kan lama.  Jumaat a.k.a hari kaum hawa. Tak gitu?? Ye lah kan kaum adam yang muslim pergi solat Jumaat.  Kami yang pompuan ni apa lagi, berjimba-jimba la.  Hari ni arah tujuan nak ke Mydin Kajang.  Kononnya nak cari eye applicator.  Nak beli sepeket yang ada 5-6 pasang tu tapi sayangnya tak ada pulak.  Dah kecewa dah kat situ.  Sabar lagi.  Untuk rawat kekecewaan itu, aku pun beli powder sponge. (fuhh, ayat macam buat novel pulak...ahaksss)  Kengkawan aku beli memacam jugaklah.  Yelah kan, nama pun pergi shopping, berjimba-jimba..

Selesai di Mydin, masuk pulak ke Metro Point.  Kononnya nak beli kasut.  Maklumlah dah lama aku tak shopping-menyopping ni (ada ke ayat ni?? Ada nok! Dalam dic shilazizi ler..LOL) Sekali masuk dalam je terus tercengang-cengang.  Tahu sebab apa?  Sebab....

Aku tak nampak 1 pun kedai kasut kat situ!! Pelik tak? Punya besar shopping mall tapi 1 kedai kasut pun tak ada. Naik 1st floor sebab kengkawan aku nak berjimba-jimba kan.  Nampaklah 1 kedai baju ni.  Luckily dia ada jual kasut tapi slack pulak sebab design kasut dia aku tak berkenan. Tak lawa! (Only my opinion ok..). Tak jadi beli.  Terus berjalan naik tingkat atas sekali.  Lupa dah tingkat berapa yang atas sekali.  Masuk kat kedai yang ala-ala Hot Market gitu. Tak ingat pulak nama kedai tu. (Mak sangat terpelupa hari ni nyah...jangan marah ye) Aku memang tak boleh tengok barang-barang dalam kedai macam tu, mulalah mereka nak beli itu, beli ini tapi sebab nekad yang kuat untuk window shopping je, aku tak adalah nak beli apa-apa pun.  Masuk kedai ala-ala vantage pun macam tu. Aku cuma amik gambo je satu benda ni je sebab aku rasa cantik..(aku rasa..aku ulang, aku yang rasa cantik bukan korang...) 


Klasik tak bunga telur ni??

Syukur, aku berjaya atasi keborosanku untuk sementara waktu itu. Hehe..

Dah habis kengkawan mek memborong, kitorang masuk Old Town for lunch.  Part yang paling best, officer aku belanja..yahoooO!!!!

Dengan my CC

Inilah tokei besar...(tq puan purple)
Sebelah tu big mama...LOL

candid!!

Mee kari yang memang super sedap

Tak ingat aku nama menu ni..

Laksa super sedap

mee jawa..
Aku makan sampai tinggal limau dengan pinggan je...caye tak?




Monday, March 7, 2011

Jumpa Dak Mok Jr!!

Sabtu lepas, ngam-ngam je aku sampai rumah malam tu, mak aku ajak aku pergi jenguk adik aku si Kakchik kat Sabak Bernam keesokan paginya.  Dak Mok Jr. aku tu.  Aku ok je.  Siap suruh ajak assistant lagi.  Siapa lagi kan, si Gendut la.  Pakcik sorang tu memang pantang diajak, laju je dia.  Lagi-lagi mak aku yang offer dia, lagi la.  Walaupun kitorang tadi baru je bertekak kan.  Biasalah memasing tak nak mengalah kan.  Dua-dua nak menang. LOL..

Dah mak aku suruh ajak, aku call la dia tanya nak ikut ke tak.  Sebenarnya mak aku suruh dia ikut supaya aku ada kawan untuk drive kereta.  Ada la co-pilot.  Boleh la tukar-tukar drive kan.  Dengan pantasnya dia kata ok.  Siap minta maaf pulak pasal bergaduh tadi.  Tu yang buat aku sayang kat dia lagi tuh. Eeiii nyampah mak!! Memang perangai dia macam tu dengan aku.  Kejap je gaduhnya, pastu elok la balik.

Pepagi Ahad kitorang gerak.  Biasalah aku kan lembs sikit bab bersiap ni. Nak mekap la, nak buat itu la inilah.  Mak aku dah membebel dah.  Katanya takut nanti Mr. Gendut tu marah sebab kitorang lambat.  Kesian kat dia tunggu kat rumah lelama.  Amboi, mak.  Over caring nampak!! Ceiii tetiba aku pulak nak jeles kan.  Mau tak jeles?? Mana tau kan betul dia jodoh aku, jadi menantu kesayangan mak mentua la pleks kan...huh...

Memula lepas pickup Mr. Gendut kat rumah dia, kitorang singgah breakfast dulu kat Kg. Baru.  Tempat ni biasa aku lepak dengan family untuk breakfast on weekend.  Semua makan nasi lemak siap dengan lauk lak tu.  Memang kenyang la kan.  Lepas tu terus gerak pergi Sabak Bernam.  Since dah ada Mr. Gendut gue, bagilah dia drive.  Aku boleh la megholoh. Bak kata orang Perak kan. Perut dah kenyang kan. Hehe... Dalam tengah hari sampai kat Sabak, amik Dak Mok bawa pergi beli segala jenis barang dia kat pekan.  Terus pergi lunch.  Memang terbaik ar makanan kat restoran tu.  Semua sedap.  Marvellous!!!  Lepas hantar dia balik ke hostel, kitorang gerak balik KL ler.  Takkan nak tido sana pulak. 

On the way balik, teringin nak singgah tengok monyet kat Bukit Melawati.  Stop la sekejap.  Memang best tengok gelagat monyet-monyet tu termasuk jugak pengunjung dan penjual makanan untuk monyet tu. LOL...

Sampai KL semula lebih kurang 7.50 malam. Apa yang penting??  Bukan setakat kerjasama je tau, yang penting happy!! Muahahahaha....

Thursday, March 3, 2011

Saman!!!

Hemm....baik hati!  Itulah ayat paling sesuai untuk aku gambarkan kerajaan Malaysia ni.  Ye lah kan, hari tu beriya bagi tempoh untuk bayar saman sampai 28 Februari 2011 je.  Kiranya masuk 1 Mac, sesiapa yang belum jelaskan saman tu akan di'blacklist'kan tapi semalam berita kata kabinet bersetuju melanjutkan tempoh pembayaran saman kepada 10 hari lagi.  So, last day bayar 10 Mac 2011.  Ada pro dan kontra bab ni.

Yang pro atau yang baiknya untuk orang yang belum bayar, boleh la pergi bayar saman dalam tempoh 10 hari ni kan.  Yang kontra atau yang buruknya pulak, kesian kat orang yang berusaha cari duit semata-mata nak bayar saman sampai sanggup pinjam-meminjam, belanja bulanan family disekat dan macam-macam lagilah.  Hanya semata-mata nak bayar saman sebelum tempoh wajib bayar habis.  Alih-alih, dilanjutkan pulak..hrmm....

Alang-alang dah dilanjutkan tempoh ni, kat sini aku nak bagi info sikit cara-cara nak check saman korang:

1. SMS
    Taip:  POLIS<jarak>SAMAN<jarak>NO.K/P
    Hantar ke 32728

2. MyEG

Sepanjang observation aku lah kan, Malaysian ni memang terkenal dengan 'last minute'nya.  Bagi tempoh macam mana pun tetap pilih hari terakhir, minit terakhir dan saat-saat terakhir untuk pergi bayar saman tu.  Kalau pergi survey balai polis dan pejabat pos dalam minggu memang ternyata tak ramai yang bayar saman tapi kalau pergi survey 9 dan 10 Mac, kompom penuh punya dengan pesalah-pesalah trafik ni.

Bagi aku, kerajaan sepatutnya tegas dalam hal-hal penguatkuasaan ni supaya rakyat akan lebih terdidik.  Bukannya manjakan rakyat sampai sentiasa je nak lanjutkan tempoh untuk perkara-perkara macam ni.  Inilah antara punca-punca rakyat tak hormat sistem penguatkuasaan dalam negara kita.

Sebelum tempoh perlanjutan ni diumumkan pun, memang ramai yang dah jangka perkara ini akan berlaku termasuk abah aku.  Aku suruh dia pergi bayar saman, abah kata,"Eleh, takpe, tak payah bayar dulu, lepas ni kompom dilanjutkan lagi tarikh bayar.  Lepas tu ada diskaun lagi".  Salah siapa kalau dah rakyat jangka macam ni??


P/s: Jangan sentap ye.  Entri ni cuma pendapat aku je semata-mata.  Semua orang ada pendapat sendiri kan.

Earning Churp Churp


Aku ni tak adalah taksub sangat nak earning ni kan..Tapi aku sangat suka tengok avatar burung biru yang comel ni. So, aku bolayan la bab earning tu.  Tau-tau je ada earning jugak.  Kira ok la walaupun tak banyak.  As long as aku ada jugak earning walaupun sikit.  Tak sangka pulak earning aku ada jugak melebihi seringgit (RM 1.00).  Walaupun itu cuma earning yang datang dari campaign assignment yang Churpchurp hantar dan aku tweet dan aku terima hasilnya..(Agak-agak korang paham tak ayat ni??Ngehh...) 


Campaign Assignment yang dah buat dan dah approved


Dapat jugak RM 1.06 kann

Dan alhamdulillah bila sekarang aku selalu terima assignment dari ChurpChurp ni tak putus-putus.

Wednesday, March 2, 2011

Saya ingin Menonton Filem World Invasion: Battle Los Angeles!


Genre: Aksi
Pengarah Filem: Jonathan Liebesman
Pelakon: Aaron Eckhart,
Michelle Rodriguez, Ramon Rodriguez,
Bridget Moynahan, Ne-Yo, Michael Pena

Sinopsis: Untuk beberapa tahun, terdapat dokumentasi kes-kes penemuan UFO di serata dunia – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. Akan tetapi pada 2011, apa yang hanya merupakan penemuan sahaja untuk seketika waktu dahulu, kini menjadi realiti yang menakutkan apabila Bumi diserang oleh kuasa-kuasa yang tidak dikenali. Semasa penduduk dari serata dunia melihat kejatuhan bandar-bandar terhebat di dunia, Los Angeles menjadi tempat tumpuan terakhir untuk pertempuran yang tidak diduga. Kemenangan bergantung kepada staf sarjan Marine (Aaron Eckhart) dan platun barunya untuk bertempur dengan musuh yang tidak seperti mana-mana yang pernah ditemui sebelum ini.... "

Aku suka jugak nak tengok filem perang macam ni.  Lama dah tak tengok.  Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam terdekat pada 17 Mac 2011. Butiran lanjut mengenai filem ini boleh didapati kat sini

Lagi sekali aku harap dapat tiket free dari ManggaAd.  Aku bab free ni memang suka.  Lagi-lagi filem genre macam ni, kalaulah aku dapat tiket memang ni filem pertama genre sebegini yang aku tengok kat wayang.  Mesti best giler lah!!

Ada lagi!  Kalau ulasan menarik dapat pulak hadiah-hadiah ni..


Dah macam set untuk McGyver pulak..

 Apa lagi? Jomlah pergi nonton sesama...

Mesra Pelanggan, Cepat & Jimat!!

Apa tu? Ha, korang mesti tertanya-tanya pasal apa aku letak tajuk sebegitu rupa kan...Ceritanya macam ni. Korang tak payah nak tiru ayat dalam cerita Kak Limah tu..cer citer...cer citer... Ni aku nak cerita pun...hehehe...

Isnin lepas kan 28 Februari, last day untuk bayar cukai taksiran.  Aku ni biasalah kan habit buat kerja last minute.  Aku minta pelepasan kat bos nak keluar ofis awal.

Aku pergi Pejabat Tanah Hulu Langat (PTHL) kat Bangi untuk tukar alamat surat-menyurat dan bayar cukai tanah.  Dah la time drive tu aku mengantuk.  Biasalah kan, drive time tengah hari kan.  Sampai aku tersalah simpang.  Terlajak sampai ke UKM nun.  Kenalah buat u-turn balik.  Staf PTHL ni memang sangat mesra.  Dengan mesranya, kerja pun cepat, masa pun jimat.  Tak sampai 5 minit pun aku tunggu, semua kerja aku settle.  Boleh bagi 5 bintang la sebab diorang dah meningkatkan taraf perkhidmatan agensi kerajaan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Kendian, pergi bayar cukai taksiran kat Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).  Dah alang-alang kan, aku terus tukar nama pemilik rumah sekali kat situ. 

Aku memang pujilah orang-orang MPKJ ni sebab diorang sangat mesra pelanggan.  Dah la ada kaunter khas untuk OKU dan warga emas.  Ada pulak lagi kaunter untuk ibu mengandung.  Untung sungguh golongan-golongan ni.  Yang penting servis diorang memang sangat cepat. Aku sangat suka!!  Kredit untuk staf MPKJ yang dok kat kaunter dan layan aku tu.  Semua yang aku tak paham, dia bagi tunjuk ajar.  Finally, dia cakap, "Okay cik, dah settle".  Terkejut aku.  Ha, dah siap?  Tak sampai 5 minit pun aku rasa.  Cepatnya.  Dia senyum je. Hehe...  Cuma satu je complaint aku, parking lot untuk pelanggan MPKJ tak mencukupi.  Keseluruhannya, aku berpuas hati dengan servis MPKJ.  Tahniah!!

Lastly, aku nak bagitau yang aku pergi PTHL dan MPKJ tu naik Perodua Viva 1.0 saaaangattt jimat minyak.  Bayangkanlah aku cuma isi 10hinggit je pagi tu, pergi kerja kat Sg. Besi, terus gerak ke Bangi.  Lepas tu aku ke Kajang.  Finally, balik rumah kat Hulu Langat.  Esoknya pergi kerja lagi.  Minyak still cukup lagi.  Sangat jimatkan.  Terima kasih Perodua sebab dah menambah nilai pada RM saya..Ka-ching!!!

Sekarang korang dah paham kan kenapa tajuk entri ni sebegitu rupa?? So??  Moral of the stories, korang janganlah lagi nak kata agensi kerajaan ni buat kerja lembs. 2 agensi ni dah buktikan tuduhan korang tu salah!!!