Column

Showing posts with label Clinique. Show all posts
Showing posts with label Clinique. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

Make Over La Sangat!!

Nak jadi model, muka tak lawo tapi asal ada part make over je, mesti gila nak tadah muka! 

Gila glamor kan? Nasib ar. Janji aku tak nyusahkan orang kan. Tengok je kat side blog aku ni, kemain lagi berposing kan.. Baru-baru ni hakak dapat join make over lagi.  Actually, tu make over untuk cari cover girl Cleo dan Metropolitan.  Aku memang awal-awal dah tau, aku tak layak tapi sebab nak feeling retis kan, orang touch up muka, jadinya, aku join la sekali..



Ambil borang, isi dan peace!





Make over time =)


Selesai make up, dapat 1 copy make up list Clinique yang amoi ni guna kat muka aku...



With my make up artist


Pose!
One & only with hijab ;)



Juri untuk Summer Girl Search by Cosmopolitan & CLEO

The winner are.....

Nina & Belle Loh! Congrats girls!

Kalau korang nak tengok muka diorang jadi cover girl, 
belilah CLEO & Cosmopolitan yang latest!





Saturday, July 21, 2012

Summer Clinique Beach Party 2012

It was an awesome Saturday!! Tau tak kenapa? Hah, dah tengok ni? SA bergumbira dengan Gendut. Hehehe.. Ala-ala dating gitu. Kan SA ada citer kat entri yang ni. Hasilnya dapatlah berjimba-jimba tanpa perlu bayar entry fee kat Sunway Lagoon tu =)



Harus tepek gelang dulu sebelum masuk!




Ready for party =)



Pakai sunblock dulu. Best woo..sunblock pun orang pakaikan. Sampai terpejam mata.Hehe...



Mana venue? Surf beach ler...


Bumbung biru ni semua booth aktiviti Clinique Summer Party 2012.  

Antara booth yang ada; booth sunblock, pastu booth 'air brush tattoo'/hairdressing by Cleo & Cosmopolitan, booth 'quick touch up', photo booth, booth Summer Girl Search dan tak lupa jugak booth consultation pasal kulit.



Tengoklah DJ yang kat stage tu. Kemain kuat diorang on muzik.  Betul-betul rasa macam kat kelab je rasanya. *Ha, camne SA tau pasal kelab-kelab ni? Kan kalau kita lalu kat Bukit Bintang depan kelab yang bebanyak tu, mesti dengar muzik yang membingitkan telinga tu.  

SA takmo letak gambar-gambar guest yang lain sebab...boleh mengurangkan pahala puasa =) Semua in 2-piece. Paham dak?  Tak paham? Bebuat paham sudah ler ye. Chill!


Antara staff Clinique yang sporting. Overall memang sporting pun.

Kalau nak citer semua aktiviti dalam entri ni memang tak cukup muka surat le jawabnya... Eh, ada ke tak cukup muka surat?? Hehe.. Kita sambung kat entri lain la ye.. Tu tak citer pasal artis yang buat persembahan, kuiz, aktiviti yang aku join bagai..Banyak lagi wei..

So, stay tune...*macam kat tv pulak =)












Menang Lagi! Yeah!!! Jomm Party....


Since memang perangai hodoh aku yang sangat suka bertangguh ni, jadinya, baru dapat publish beberapa entri pasal event last week..Banyak weii, dalam draf duduknya.

Aku ni memang suka join contest! Hari tu aku ternampak 1 contest kat Harian Metro pasal Summer Clinique Beach Party 2012.  Tangan pun gatal taip-taip e-mel pastu send kat pihak Clinique (Penganjur la ni).  Aku memang jenis kalau dah sertai apa-apa contest, confirm lupa untuk check status pemenang (padahal selalu je kalah..hahaha...).  Nasib aku agak baik sebab aku memang tak pernah lupa nak check e-mail setiap hari.  24/7 katanya. =) Tetiba aku terbaca:



Yeay! Aku menang!!


Yang bestnya, tang dress code tu- ready to get wet! Yes, I'm ready! Yeehaa...Eh..eh!! Cer tengok aturcara programnya? 


Macam best je kan?? Hmm...

Since aku dapat 2 tiket, haruslah bawa bodyguard a.k.a bff aku selamanya, insyaAllah.. Mr. Gendut.  Bab main air ni pass je kat dia, memang champion!