Column

Showing posts with label emotion. Show all posts
Showing posts with label emotion. Show all posts

Friday, October 9, 2015

Penangan Rindu Cucu

Penangan cucu sulung ni memang WOW!  Baru sehari tak jumpa, atok dengan opah dah ligan call. Semalam abah call, ingat nak cakap dengan SA, sekali dia tanya pasal Aisyah.  Cett!  Selalunya opah yang rajin call.  Bila tetiba atok call ni, tau dah la.  Nak cakap dengan cucu rupanya.  Tapi abah pandai, dia tak cakap rindu cucu.  Tak cakap pun yang dia nak cakap dengan cucu.  Tapi SA tau, kalau dah tanya tu, memang rindu la tu.  

Budak yang buat semua family meroyan sebab rindu ke dia

Bagi kat Aisyah cakap, kemain suka dengar suara atok.  Telefon memang nak pegang sendiri.  Mak pegang, dirampasnya.  Lepas tu, tekan butang merah!  Bila tak dengar dah suara atok. Marah. Nangis. Sendiri yang matikan call tu, sendiri ciwek.  Call lagi.  Happy giler muka dia.  Lagi sekali dia tekan butang merah.  Pandang muka mak, minta tolong call balik la tu.  Call lagi.  Nasib atok tak marah. Sayang cucukan.  Redha je la.

Kalau anak call bebanyak kali macam tu, memang tinggi dah suara abah tu.  Alahai atok.


Nota kaki sHiLaZiZi: Hari ni, 9.10.15, Nur Aisyah Humairah genap 10 bulan.  Padanlah asyik nak demam je.  Nak cukup umur dan tambah gigi jadi 8 batang rupanya.

Monday, January 24, 2011

Umat Islam di Singapore digesa kurang patuh kepada agama!!!

Aku tak tau kenapa la aku marah sangat dengan statement bekas PM Singapore tu.  WTF!!! Ha, amik ko! geram tul aku la. Cuba korang baca KAT SINI

Bagi aku sangat-sangat menyakitkan hati.  Dia dah menyentuh sensitiviti agama dan isu perkauman.  Nasib la perkara ni di Singapore. Kalau kat Malaysia ni, aku rasa ada yang kena tahanan ISA. 

Friday, January 7, 2011

Tak Nak Marah-Marah Lagi...


Korang pernah marah tak? Sure pernah punya kan...kan..kan.. Jangan tipu tau. Sebaik mana pun manusia tu, sesabar mana pun orang itu tetap juga akan ada perasaan marah dalam diri. Korang jangan risau pasal tu sebab kalau ada rasa nak marah tu, tandanya korang sihat. Mental dan fizikal!



 Marah biar bertempat...

Aku memang mengaku yang aku ni ada kalanya pemarah jugak. Ye lah kan, sabar kita ada tahapnya. Kalau dah korang cabar tahap kesabaran aku sampai ke langit ketujuh, tak ke berdentum guruh di langit?? Eceh... Berfalsampah pulak aku. LOL. Sebenarnya memang la marah ni tak baik.  Tak elok jugak untuk otak dan hati. Biasalah kan, bila dah marah, mana ada orang fikir baik buruknya, ye tak?? Semua main redah semacam jer..

Apa yang aku buat bila aku marah, biasanya, aku tarik nafas dalam-dalam, lepas tu aku cakap kat diri aku sendiri, “Shila, sabar Shila, sabar, sabar, sabar...”. Actually, terapi menyabarkan diri sendiri ni sangatlah berkesan kepada aku.  Terapi ini aku belajar time sekolah menengah dulu.  Alhamdulillah sampai sekarang aku praktikkan. Tapi biasalah, kekadang tu aku tak boleh sabar, aku termarah jugak. (Tersengih) Especially time penyakit aku datang (ha, korang mula nak fikir yang bukan-bukan la tu kan?) Penyakit tu, hari nak datang bulan la..Penyakit orang perempuan ler.


Sabar...sabar....sabar...


Kebetulan, aku terbaca Harian Metro (HM) hari ni pasal bab marah ni. Korang baca la kat sini Tarik Nafas Hilang Marah

Banyak buruk dari yang baik apabila kita marah  



Akibat marah ni memang selalunya buruklah.  Macam artikel dalam HM tu la kan.  Aku dulu pun pernah ada kisah tragis akibat marah ni. 

Oops...tak mo citer ar...

Tapi biarlah aku simpan kemas dalam memori aku. Tak payah la nak story-mory kat sini.  Seram aku kalau ingat balik peristiwa-peristiwa dulu tu.
 
Sempena masuk tahun baru 2011 ni semua orang macam diwajibkan ada azam baru kan, jadi aku berazam untuk tak nak marah-marah lagi tahun ni.  Tapi kalau dah tak boleh tahan sangat, minta maap je la ye, memang terlepas juga kemarahan tu. LOL. 

 Jerit je kuat-kuat sampai hati puas

Apa korang buat kalau korang marah?? Jom share.