Column

Friday, July 29, 2011

Jalan-jalan...makan-makan...masuk contest...dapat RM100!

24 Julai 2011- Aku pergi Empire Shopping Gallery kat Subang.  Tujuan utama hanya 1.  Join contest Xplorasi Klik Berita Harian 2011.  Hadiah utama RM10,000 tuuu.... Dah lama sebenarnya aku tak jejak Subang ni.  Dulu time aku kecik-kecik, mak abah selalu bawa aku pergi Subang Parade.  Sekarang takde lagi dah.  Empire ni baru lagi rasa aku.  Jelajah la sekitar Empire tu. 
 
Memula time sampai tu, masuk je entrance kat parking lot, nak naik eskalator je, aku dah nampak orang jual macarons.  Teringin memang dah lama.  Nak rasa apa la rasa macaron ni ek??  Aku pun pergi terus kat kedai tu, tengok macaron yang colourful. Gila cantik dan comel-comel belaka.  Sedap je nampak.  Aku ingat nak beli 1 each (kat situ adalah dalam 8+ jenis).  Sekali tengok harga, telan air liur dulu. Sebiji RM 3.90!  Macaron nya kecik je. Besar syiling 50sen tapi harga mak aii... Teringin punya pasal, aku beli jugaklah tapi memang tak menyesal sebab memang sedap. :) happy
 
Lepas tu, aku memang teringin nak makan eskrem Tutti Frutti.  Dengo orang citer sedap bukan main.  Kebetulan lokasi pertandingan tu kat tengah hall, so, dongak skit je dah nampak Tutti Frutti. :"> blushing Suka giler aku. Terus naik eskalator & terjah kedai eskrem tu.  Dah la self-service.  Aku yang tak berapa nak pandai ni, mintaklah staf dorang ajo.  Nasib sume staf friendly.  Aku belasah beli eskrem coklat dengan strawberi.  Mahal la skit sebab eskrem pakai timbang ikut berat harganya.  Tapi puas hati.  Memang sedap.  Proven!! Dah alang-alang berjalan sampai ke Subang kan.
 
Time contest tu, aku pergilah daftar.  Aku ni sesi 3.  Ramai gak. Orang lain semua datang dengan family...
Berita Harian bagi aku paper Berita Minggu dengan thumbdrive exclusive 2GB (wristband lak tu...senang nak simpan..pakai je kat tangan, takdelah hilang kan).  Tak susah pun pertandingan tu.  Semua peserta diberi laptop sorang satu.  Jawab semua 20 soalan dalam laptop tu dan buat semua task yang dia bagi.  Antara tasknya, ketuk ketampi atas stage 5kali, tiup belon sampai pecah, minum air 500ml mesti habis & dapatkan 5 tandatangan pengunjung Empire.  Berpeluh la jugak.  Tapi nasib aku cuma layak dapat nombor 4 je. So, terlepas la ketiga-tiga hadiah utama.  Tapi takpe, aku dapat gak saguhati RM 100.  Boleh la buat belanja bulan pose ni..hehe...
 
Apa pun aku happy sangat hari tu. Special thanks tu my Mr.G sebab menjadi penyokong setia time contest tu. 

Tuesday, July 26, 2011

Homestay 5 Bintang ++

Last week aku kena pergi outstation ke Jeli, Kelantan untuk Program NUR.  Walaupun dah berkali-kali aku jejakkan kaki kat Kelantan tapi ni la 1st time aku ke Jeli.  Almost aku pergi KB dan daerah sekitarnya je (tak ingat aku nama tempat yang lain tu...).  Not bad gak la tempatnya.  Baru nak membangun.. Nak dijadikan cerita, tetiba bajet tak cukup.  Kitorang (aku & beberapa insan yang terlibat) diminta untuk keluarkan duit sendiri dulu buat bayar hotel.  :-O surpriseTerkejut jugak la kan sebab tengah bulan kan..Gila ko poket tengah rabak biasanya kan.  Tapi, nasiblah aku bukanlah jenis staf yang suka nak berkira sangat bila kena outstation ni.  Kebetulan pulak masih ada duit dalam poket yang boleh menampung setakat 1-2 hari sewa hotel tu.  Pergi pun 2 hari je.(asalnya 3 hari). 
 
Nasib kitorang agak baiklah kan sebab ada sorang member yang join kitorang ni memang asal Jeli pun.  Dia pun tau masalah kitorang bab tempat tinggal ni, terus je dia offer berkampung kat rumah dia.  Lagipun dia dah lama tak balik kampung.  Kiranya 2 in 1 la ni. Apa lagi? :) happyHappy la sebab tak payah pikir pasal hotel lagi.  Dah ada homestay!! Tapi homestay ni untuk insan-insan terpilih je..Tak terbuka untuk orang ramai..hehe...
 
Ok, ni adalah catatan sepanjang perjalanan 2 hari KL-Kelantan-KL
 
Rabu (20.7.2011)
> Bertolak jam 9 pagi dari ofis.  Kitorang berlima (aku, Kak Nora, Ali, Nije & abg pilot-Toi)
> Stop kat Genting Sempah sebab nak isi perut dulu.  Memasing perut dah berdangdut.
> Tak tau berapa banyak kali kitorang berenti sepanjang jalan atas sebab-sebab masalah dalam badan. (Pepaham sendiri udah ler ye)
> Lalu jalan balak.  Part ni agak ngeri untuk aku sebab ikut jalan ni memang confirm2 banyak lori bawa balak.  Dah tu lelaju semuanya.  Relaks je diorang cantas kat corner2 Pak Mat..(nama corner tu aku yang bagi..sesuka ati den yo).  Aku dalam kereta ni cemas je tengok.  Tambah pulak laluan tu banyak bas lalu.  Pun sama jugak.  Laju tak hengat!  Dah la majoritinya double decker.  Melayang je aku tengok dorang cantas kat corner.
>Sampai kat Jeli area 6.00 petang.  Pergi jenguk tapak event dulu.  Dah confirm baru terus menuju ke homestay.  Sampai je kat homestay, aku terasa macam balik kampung aku la pulak.  Seronok giloss...Perasaan membara yang marah masa mula2 nak gerak dari ofis tu hilang terus dek layanan tuan rumah yang best.  Dijamu pulak dengan makanan kampung.  Tersangat best.  Kebetulan time ni musim durian.  Pe lagi kan.. Dalam sejarah aku makan durian 3 biji (bukan 3 ulas tau!!) Punya la banyak.
>Dapat bilik pun best..Katil pun best..Toilet best..Semua best lah!!
>Malam tu sambung makan durian, pastu dinner.  Pun dengan makanan kampung.  Sangat sedapppp!!! 1st time aku makan pekasam weih!!  Selalu kat rumah, aku tengok je orang lain makan.  Sedap jugak pekasam ni ek.  1st time juga aku makan singgang tulang dan ulam-ulaman yang dicelur (jagung muda, petola & terung) Pergh...O:-) angel
>Perut dah kenyang kan, tido la penyudahnya...
 
Khamis (21.7.2011)
>Bangun kul 6 pagi.  Ada bau bihun goreng.  8-| rolling eyes Baring & lepak atas katil dulu.  6.30 pagi baru bangun pergi mandi & solat Subuh.  Bersiap untuk ke tapak event.
>Sarapan dengan bihun goreng dengan keropok goreng.  Memang marvellous!! Siap bertambah2 lagi aku makan.  Memang muka tak malu betul. B-) cool
>7.30 pagi gerak pergi SK Kampung Gemang, Jeli untuk duty.  Tugas kitorang handle xtvt mewarna je.  Sangat suka sebab link dengan budak-budak sekolah.
>Time nak mula contest, aku bagi salam.  Sekali budak2 ni jawab siap berlagu sama macam time aku kecik2 dulu, "Waalaikumussalam, cikgu!!". Ha, kau! Dapat title 'cikgu' terus. 
>Makan aiskrim potong yang dah lama aku tak makan.  Nikmatnyaaa...
>12.30 tengah hari Penyampaian hadiah untuk budak-budak yang menang.  Packing barang dan balik ke homestay.  Tapi kena tunggu abg pilot dulu sebab dia time ni pergi isi minyak nun ke Tanah Merah sebab semua petrol pum yang ada kat Jeli offline pulak...hampes je..Tunggu la sampai kul 1 lebih.
>Sampai kat homestay, tolong tuan rumah masak-masak. Lepas tu, kitorang makan reramai.  Sekali lagi keenakan air tangan orang kampung yang sangat sedap. Menu: ayam goreng kunyit dengan tomyam.  Giler best wa cakap lu.
>Lepas makan, kitorang bersihkan diri & get ready balik KL.
>Siap dapat bekalan makanan untuk dalam kereta pulak tu.  Dah la makan kenyang.  Dapat bekal pulak lagi.  Untung nasib badan.
>Singgah jap kat Bukit Bunga beli sikit buah2 untuk bawa balik bersama tuan rumah. Cuaca: Hujan lebat.
>Tuan rumah hadiahkan bantal upin-ipin sorang satu.  Aku punya semestinya warna hijau!! Tanda ingatan katanya. 
>Berapa banyak kali berhenti pun tak tau sebab aku banyak tido je sepanjang perjalanan balik ni.
>Sampai ofis kul 5.00 pagi keesokan harinya (Jumaat)
>Mandi kat rumah dan bersiap, terus masuk ofis sambung kerja pulak.  Penat dan letih hanya Allah yang tahu.
 
Itulah sedikit sebanyak kisah aku sepanjang 2 hari kat Kelantan.  Yang penting homestay kali ni memang boleh dapat 5 bintang ++++
Panjang kan???
 
Update thru e-mel (xleh masukkan gambo)
 

Tuesday, July 5, 2011

MTB Challenge Felda Ride 2011

Hujung minggu lepas aku dapat invitation jadi instructor senamrobik kat MTB Challenge Felda Ride 2011 di Felda Mempaga, Bentong, Pahang.  Program ni anjuran bakal pakcik aku a.k.a Pak Lang Mr. G.  Aku bukan je jadi instructor tapi jugak jadi 1 of the committee members.  Yang organised program ni, Pak Lang tapi event manager Bluebox Creative (EM).  Aku memang agak tak puas hati dengan EM ni sebab kalau ikut apa yang aku paham, kalau kita dah hire EM, for sure all about the event from start to finish, EM yang uruskan.  Tapi yang ni tak, Pak Lang (organiser) yang uruskan.  Aku pulak yang bengang.  Dia datang nak arah-arah orang buat kerja je.  Dia tak buat apa pun.  Aku memang berapi je bila sebut nama EM ni.  Hishh...tak mo la citer pasal dia.
 
Apapun yang jadi, aku tetap happy sebab sama-sama handled event ni.  Dah macam family event je sebab AJK semua family Mr. G dengan kerjasama Majlis Belia Felda Mempaga.  Dak Angah, Romzi, Isa & the baby (Eja) dan ramai lagi.  Semua giler sporting.  Suka betul aku.  Penaja utama program ni Giant.  Aku tak arif sangat bab-bab sukan berbasikal ni tapi mengikut apa yang dorang citer, Giant ni pembekal barang-barang basikal la.  Gila banyak dia sponsor termasuk hadiah-hadiah untuk lucky draw.  Penyertaan pun boleh tahan.  Padahal 1st time kot anjurkan event yang boleh dikira besar ni.  Lepas ni, insyaAllah akan ada event MTB ke-2.  Tempat?  Secret la dulu ek...Dalam perancangan pun...
 
Update thru: email (xleh masukkan gambo)

Filem: Sekali Lagi...Aku ada la dalam filem tu...

Korang dah baca ke belum entri http://shilazizi.blogspot.com/2010/10/dunia-baru.html ? Ini citer sekuel nya...Ha, kau! Bukan filem je ada sekuel tau, citer aku pun ada episod-episodnya. Hrmm..

 

Memalu kucen la plak kan...hehe...Bukan selalu muka aku nak interframe kat dalam wayang.  Lagi-lagi filem yang ada bintang paling popular 2010.  Sape lagi kalau tak abang Shaheizy Sam dengan heroin dia, Lisa Surihani tu.  Walaupun aku cuma extra je tapi tetap vogue u!!  Muka nampak clear giler.  Aku sebeno nya 1st time tengok wayang kat GSC Midvalley.  Selalu tengok kat TGV KLCC dengan The Mines je.

 

Disebabkan keluasan dan kelebaran seat yang ada, aku sampai boleh bersila dok atas kerusi tu.  Tambah pulak memang sejuk giler babas ar... Filem tu memang best ar.  Aku boleh termenangis pulak.  Mr. G siap ejek aku.  Agak kuang ajo la tu kan. Tapi takpe asalkan dia nak gak belanja aku tengok wayang kan.  Lagipun ni last filem yang aku tengok dengan dia kot untuk tahun ni.  Skang kena berdisiplin dalam soal kewangan.  Hehe...Korang mesti faham kan. Tak faham pun, buat-buat je la faham ek. 

 

Time shooting pun aku boleh menangis tengok Sam berlakon.  Memang real dowh.  Tapi yang paling best, bab Mia Sara tu.  Memang cute abis!! Cayalah Mia! Aku ni memang insan yang sangat suka mencuba sesuatu yang baru.  Dah dapat try, baru lega.  Bukan aku nak berlakon terus-terusan pun.  Nak rasa pengalaman je.  Tambah pulak nak tengok camne muka aku dalam layar perak.  Dah dapat tengok, cukuplah.  Ini memang suatu pengalaman yang berharga untuk aku.

 

Thanks to Mr. G sebab belanja gue tengok wayang ek.  Next year boleh selalu belanja tengok wayang lagi kan.