Column

Wednesday, November 30, 2011

Meng'GUA'....Apa tu??

Meh kita sambung, meh! Korang dah baca entri http://shilazizi.blogspot.com/2011/11/perang-nyamuk.html  ni tak?  Kalo belum, pergi baca dulu. Baru thrill baca entri yang ni.. Sebelum tu, aku nak bagitau gak kat korang, kan dalam entri tu aku kata aku penat sangat kan..korang tau apa jadi on the 2nd day?  Aku terbabas time tido! Sekali dengan roomate aku si Yati.  Almaklumlah kan aku baru je balik dari JJFR terus pergi Team Building ni plak kan, haruslah aku kepenatan sampaikan tak pergi senaman pagi jam 7 pagi.  Aku sedar je tengok jam dah pukul 7.30 pagi.  Malulah nak pergi tapak senaman tu.  Dok je lah dalam bilik sampai waktu breakfast.  Lepas breakfast je, bersiap untuk caving. 
 
Ini kira macam kesinambungan la kan..hehe...Itu gado dengan nyamuk, yang ni meng'GUA' pulak.  Mesti korang tertanya-tanya kan, pe plak la yang sHiLaziZi merepek ni..ada pulak word mengGUA..hishh... meh, aku terangkan ye.
 
Ni 1st time aku caving tau.  Tau tak, caving tu apa?  Caving tu mengGUA lah!  Shila, please stop repeat & repeat again the same word.  Hokay, I tak repeat dah..maksudnya aktiviti masuk dalam gua la.  Ha, sekarang dah paham??  (semua angguk kepala sambil senyum..)  Bagus...
 
Welcome to Gua Kota Gelanggi
(setia dengan baju JJFR tu..)
 
Ni antara gua yang aku dah jelajah sepanjang xpdc ni ler...Gua Gajah (Memang ada gajang yang sangat gadang kat dinding gua-macam real!), Gua Sanding (memang ada pengantin bersanding dalam tu-batu ler; lelaki berdiri sambil peluk tubuh, perempuan duduk bersimpuh; lagi satu pasangan suami isteri tengah istirehat sambil si isteri melentok mesra di bahu sang suami...perghh...kelas tak ayat aku?), Gua Tongkat dan ada lagi 2 gua, aku tak ingat namanya...almaklumlah time masuk ke gua tak bawa nota untuk tulis..hehe..
 
 
Laluan nak ke gua..
 
Apa yang aku boleh cakap, memang caving ni sangat adventure dan yang penting tersangatlah bestnya!! Wuhuuu...Tang lalu kat lubang angin tu yang paling mencabar.  Korang bayangkanlah lubang yang hanya boleh masuk satu badan sebesar Lisa Surihani tu, kitorang kena lepasi sensorang.  Korang pun boleh agak kalau tengok picca aku, yang badan aku tak seslim Lisa.  Ajaib tak, bila badan beso aku ni pun boleh lepas lubang tu.  Kuasa Yang Maha Esa membantu hamba-hambaNya.  Kat dalam gua tu, pergh..tersangatlah besaunya...Macam-macam bentuk dalam gua tu aku dapat lihat.  Tengkorak, keris, pedang, dinasour, potret Monalisa pun ada! Sejibik dengan potret asal.  Korang tak nampak bolehlah kata ada orang lukis, tapi lokasi potret tu kat siling gua yang tinggi melangit tanpa apa pun dapat capai. Tepi cerun pulak tu.  Haruslah jadi sendiri kan. Mother nature kot..Tak mungkin ada orang lukis.  Subhanallah!! Sangat cantik! Sorry ek sebab takde picca yang aku dapat snap dalam tu sebab dilarang. Huhuhu...Korang bawa kamera canggih mana pun tak guna, sebab dilarang amik gambo dalam tu kecuali sesetengah tempat yang tour guide korang benarkan. Hasilnya??
 
Ni je gambo yang boleh amik...
 
 

Tuesday, November 29, 2011

JUMBO JAMBOREE FELDA RIDE 2011

Sorry ler ye..lambat up story ni sebabnya ada probs untuk upload picca...
 
20.11.2011 - Best je tengok nombor yang datang sekali seumur hidup aku ni.  Tarikh keramat ni..Korang tau kenapa? Sebab....aku join jadi urusetia program Jumbo Jamboree Felda Ride 2011 (JJFR'11).  Program untuk mountain bikers yang tegar.  Memang terbaeklah!  Aku gerak ke Felda Pasoh 1 tu dengan kereta Ferrara abah (Gendut yang panggil kereta abah tu Ferrara..nasib baik tak ferraro rocher..B-) cool Asal ideanya, aku ngajo senamrobik tapi disebabkan hujan yang agak lebat malam sebelum kejadian, padang dah becak.  Terus dibatalkan.  Jadilah aku krew yang tolong buat semua benda.  Dari potong tag lucky draw kat beskal pelumba, tag 1st check point sampailah habis acara, jadi pemerhati..hehe...
 
On your mark...get set...go!!!
 
Korang tau tak apa yang paling best?? (mula dah gatai nak mai ni..>:) devil) Dapat jumpa ramai mamat hensem kat situ.  Yelah participant ada 360 orang tu..Semua golongan ada. Yang tua, yang muda, yang sedang-sedang. Body? Pergh...memang mantap! Basikal semua cecanggih.  Harga ribu-riban. Yang cecah harga sama dengan kancil pun ada.  Padahal beskal je kot.  Tapi memang best ar beskal diorang.
 
Bila diorang dah mula berkayuh, kena redah trek yang agak challenging, aku buatlah kerja-kerja lain. Pasang banner untuk majlis penutup ler, susun hadiah ler, setup meja untuk urusetia letak makanan peserta ler..Aku kan bukan jenis dok diam, kalau boleh semua benda nak buat.  Gila kuasalah katakan. Hehee... Jangan ler kome salah paham.  Bukan gila kuasa betul-betul pun, cuma niat ikhlas untuk membantu.  Ye lah kan, dah terlanjur jadi krew kan, kerja la sama-sama. Bak kata Wonderpet, 'Apa yang penting?' KERJASAMA!!
 
Ramai kan.....
 
Bila sampai je rider di garisan penamat, tugas aku mula lagi untuk bagi tag nombor pemenang.  Aku memang salute kat abang-abang, akak-akak, atok-atok, adik-adik yang berjaya habiskan riding 42km.  Tinggi betul stamina diorang.  Teringat time aku dulu-dulu.  Memang aku kena tingkatkan stamina aku sekarang ni.  Payah? Jangan cakaplah tapi kan nak seribu daya, tak nak dok diam-diam bela perut. Muahaah....:D big grin  Ada gak bikers yang tak abis pusing trek sebab injured.  Aku jugak jadi paramedic.  Nasib ada sesikit ilmu di dada.  Saki baki terlibat dengan PBSM dulu.  Berhasillah jugak.
 
rezeki kakak ni...hebat woo dia cycling...kalah aku!!
 
Lepas dah agih lunch untuk bikers, aku balik homestay untuk solat zohor sebelum nak teruskan dengan majlis penutup.  Time ni la ada peristiwa tak berapa best jadi..Nanti aku citer dalam entri yang lain la kot ek.  Panjang bebeno pulak kang.  Memang simple je majlis penutupnya..  Aku pun tak ingat YB apa ntah nama yang rasmikan penutupan event tu.  Tak penting ar bab tu (aku kata..) Yang penting lucky draw untuk bikers.  Semua pakat tunggu je.  Hadiah boleh tahan la kan.  Banyak pihak yang sponsor.  Hadiah utama 2 buah mountain bike yang bukan calang-calang harganya. Wow!! Yang menang pun cantik je.  Sorang pompuan, sorang lelaki.  Memang cun ah!
 
mmbeekkkkk!!!
 
Time gerak balik, aku kena ikut muntut kambing bebiri.  Bising je mulut diorang.  Sekali aku ajuk cakap kambing tu 'mbeekk'.  Terus semua kambing tu stop, pandang aku.  Gendut cakap,'mesti kambing tu terkejut tengok ada 'kawan' dia naik kereta'.  Hampeh je. Ada ke kata aku ni pun kambing gak.  Tapi memang kelakar la tengok kambing tu tetiba stop pastu memasing tengok aku. ????? Cuak gak..nasib tutup tingkap..pheww..
 
 Macam biasa, on the way balik, aku megholoh je..Gendut yang drive..
 

Friday, November 25, 2011

Perang Nyamuk!!

Much appreciate it!!  Wah, tetiba nak speaking London nih.  Aku nak ucap terima kasih kat bos aku sebab bagi aku pelepasan untuk join kursus yang 100% outdoor ni.  Dia tahu yang PA dia ni memang lasak.  Setakat nak ber'ayu-ayu', kat ofis boleh la kan.  Kat luar, relax je dah ler.  Balik je dari JJFR Ahad malam, Isnin pepagi dah gerak pergi kursus kat Felda Residence Tekam, Jengka, Pahang.  Kiranya aku ni lepas keluar felda, masuk balik felda..Memang terbaek jugak lah kursus ni. (Suka nau aku dengan word 'memang terbaek' ni.) Kalau dah memang best, haruslah aku puji kan. Kalau dah macam harem je, nan hado aku nak puji, haruslah aku keji pulak kan. hehe...
 
Nak dijadikan cerita aku la orang pertama yang sampai kat tempat berkumpul tu.  Mana taknya, aku dah la tumpang adik aku sampai LRT, pastu naik je tren sebab aku malas nak drive.  Lama kot nak tinggalkan kereta.  Takmo la. Lagi baik tinggalkan kat rumah.  Selamat!  Ha, aku nak citer gelagat manusia dalam tren. Almaklumlah dah lama kot tak naik tren kan.  Hari-hari drive je.  Aku dah la ngantok lagi.  Aku sandar kat tiang tengah tu siap lentok.  Sempat la lelap mata.  Tetiba aku terkejut dengar orang menyanyi dengan kuatnya.  Bebetul kat telinga aku.  Nasib baik tak latah tau.  Rupanya dak tu pakai earphone, volume tahap maksima. Haruslah dia rasa macam dia dalam dunia dia sendiri je.  Nyanyi kekuat macam dalam bilik air tu.  Semua orang pandang dia.  Dia buat derk je... Lama tau dia nyanyi.  Lepas satu lagu, satu lagu lagi.. Ntah lagu apa pun aku tak tau sebab lagu tu macam lagu rock metallica tu ha, aku bukan minat rock kapak ni.  Haruslah aku tak tau kan. 
 
7.30pagi aku dah terpacak depan Cosmopoint tu.  Sempatlah tengok student keluar masuk bangunan tu.  Teringat jugak zaman belajar dulu.  Kenangan terindah kot.  Mana boleh lupa.  Sejarah wei..sejarah. Ok back to the topic, dalam bas sepanjang perjalanan tu aku tido je.  Lebih 8 kali aku tidur, terjaga, tidur, terjaga..tengok-tengok tak sampai-sampai jugak.  Rupa-rupanya dah terlajak. Sesat!! Jauh pulak tu.  Ada la dalam setengah jam.  Pastu aku tak leh tidur dah.  Sampai kat resort, masuk bilik rehat jap, terus keluar buat aktiviti.
 
1st aktiviti, OBSTACLE.  Bayangkanlah kitorang ber'obstacle' selepas hujan berhenti kat area pohon merimbun.  Haruslah berperang dengan nyamuk ye dak??  :-O surpriseSekali nyamuk mai serang tangan kitorang sorang-sorang ada la dalam 30-50 ekor.  Dah la spesis badan belang-belang. Aedes!!  Sekali tampar je kena dalam 20 ekor.  Nak buat aktiviti pun payah. Yelah, mana nak buat aktiviti, mana nak halau nyamuk lagi.  Abis aktiviti tu tengok tangan, semua bengkak-bengkak.  Tak campur dengan yang kena gigit tang muka.  Abis muka yang cun melecun ni.  Ecewah!! Perasan cun ler pleks..hehe...Lupa nak bagitau, aktiviti obstacle atau orang Melayu biasa sebut merentas halangan; kitorang buat angkat bola tenis/pingpong dengan tali, comando crawl, lepasi tali yang direntangkan.
 
 
 
Lepas abis je obstacle, kitorang main game boom-boom..sifir 3..Ala..yang kira ikut sifir 3 tu.1..2...boom!..4...5..boom! Memang best.  Yang penting, aku top 5 okay! Walaupun tak menang tapi tetap vouge kan..:) happy Ahakzz..tetiba!
 
Malam tido memang tak hengat dunia weh...Sampai esoknya aku tak sedo udah terbit matahari...terlepas senam pagi..hehe...
 
 
 

Thursday, November 17, 2011

Gendut dah besau!!

Isnin lepas, birthday dak Gendut tu.  Disebabkan kitorang ni memang dah biasa tak ada hadiah-hadiah gempak time-time camni, so, I treat him for lunch.  Korang tau katne?  Jeng...jeng...jeng... Kat warung tepi jalan je.. Apa? Tak romantik??  No hal lah!  Nak romantika de amor sangat, tunggu lepas nikah la deii...
 
Aku tau, kekadang dia baca blog ni..so, lepas dah wish face to face, thru sms & fb bagai....now, aku nak send dove note ni untuk dia..
 
UNTUK AWAK!!!
 
Romantik sesikit udah le...terlampau kang, dah hilang sweetnya pulak kan...kekeke...
 
 

Tuesday, November 15, 2011

Melodi Hidupku: Pintu Taubat-Zivilia

Entah kenapa setiap kali aku dengar lagu ni dan setiap bait-bait liriknya buat aku rasa sangat kerdil sebagai hamba Allah. 
Terlalu banyak dosa-dosa aku sepanjang aku hidup di dunia ini.  Semoga masih ada pintu taubat yang terbuka untukku.
Air mataku menjadi saksi...Aku tak mampu tahan air mata ini dari terus mengalir...
 
 
 
Pintu Taubat - Zivilia
 
Tersadar ku dari khilafku
Bersujud memohon ampunan
Atas segala dosa-dosaku
Yang telah lelahkan hatiku
Kebesaran-Mu ya Allah
Kasih sayang dan rahmat-Mu
Dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

Entah kapan ajal menjemputku
Mungkin esok hanya Kau yang tahu
Mungkin usiaku tak cukup lagi
Untuk hapuskan segala dosaku

Kebesaran-Mu ya Allah
Kasih sayang dan rahmat-Mu
Dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu
 
Aku hina dan tak pantas memohon ampunan
Tapi hanya Engkau tempatku untuk meminta...oooh

Kebesaran-Mu ya Allah
Kasih sayang dan rahmat-Mu
Dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah ampunkan semua dosaku
 
 

Monday, November 14, 2011

SPM?? Oh my...

SPM?? Hari ni paper Bahasa Melayu ar..  Harus jawab betul-betul sebab kalau tak lulus, tak dapat sijil.  Maknanya sama macam tak amik SPM ler. Huh, penat-penat belajar berbelas-belas tahun, alih-alih gagal BM.  Terus tak ada bukti aku pernah sekolah.
 
syhhhh :-$ don't tell anyone shh!
 
Tu situasi aku 9 tahun lepas.  Sekarang dah boleh tarik nafas lega. Dah kerja pun.  Alhamdulillah rezeki.  Ni aku nak share sikit experience SPM aku tahun 2002 dulu.  Time tu 1st paper Add Maths.  Time tu la paper gila baben, time tu pulak aku kena 'sesungut' (period pain).  Menangis-nangis time jawab paper tu.  Sekali pengawas exam lalu kat aku, sambil tengok slip exam, dia ngomel kat aku,'Tau paper tu susah tapi jangan sampai airmata tu rosakkan kertas jawapan ek'. Nasib baik aku tengah struggle melawan kesakitan dalam perut ni.  Kalau idak, memang nak je aku cakap balik kat cikgu tu, 'saya bukan nangis sebab soalan susah tapi sebab senggugut la'.  Agak-agak apa perasaan dia time tu kan..hmm...
 
 
Lagi satu pengalaman aku jawab paper akhir, Prinsip Akaun.  Aku dicabar kengkawan suruh pakai tudung labuh ala-ala ustazah.  Aku pun pakai la. Tu dia! Sampai tutup tangan terus.  Labuh tak?? Labuh tak??  Dah boleh buat telekung weih..Serupa budak sekolah agama pulak.  Aku relax je langkah pergi dewan exam.  Aku tengok member yang cabar aku tu dok terjengah-jengah depan dewan exam.  Aku tunduk je buat tak tau.  Letak beg, amik stationery, terus masuk dewan sambil baca doa.  Aku dengarlah kawan-kawan aku tertanya-tanya, 'Shila mana weih? Tak nampak pun dia turun dari asrama?  Ntah-ntah dia tak mo pakai tudung labuh tu.'  Aku sengih je.  Gila hape!! Mak aku penat-penat jahitkan tudung labuh tu untuk aku, diorang kata aku tak nak pakai!! Huh, no way man!!  
 
Lepas letak stationery atas meja, aku keluar balik, terus jerit kat diorang.  Diorang tengok aku macam tak percaya.  Aku pun senyum je.  Ye lah kan aku pakai tudung ustazah, haruslah bersopan-santun kan.  Sesuai dengan penampilan katakan.  Lepas diorang tersedar diri, baru memasing gelak tak berhenti.  'Ko ni kan, memang tak boleh dicabar la.  Confirm ko buat!!'  Ha, kan aku dah kata, ni Shila la, pantang dicabar!  Hehe....
 
Abis je paper, terus balik asrama. 
 
YahHoooOOO!!!
 
Aktiviti apa lepas tu?? Conteng sarung bantal buat kenangan!!  Semua orang turunkan amanat dan sign bagai PM kat sarung bantal asrama tu.  Bukan kat atas bantal ek, sebab nanti kena ganti dengan bantal baru pulak. Tak pepasal je.  Memang best ar. Kenangan yang tak akan dilupakan sampai akhir hayat aku.  Yang paling best bila aku still keep in touch dengan kengkawan asrama aku tu sampai sekarang even ada yang dah beranak-pinak.  Seronok seyyy....
 
 
~SPM 2012~
 
Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua adik-adik yang mula hadapi exam SPM hari ini.  Buat betul-betul sebab ini penentu masa depan adik-adik semua.
 
 
 


Friday, November 11, 2011

EKSKLUSIF!! Mulut Jahat....

Tengok situasi sekarang ni...especially situasi aku ler kan..bukan keliling aku tau...ni aku sendiri...Teringat aku time dulu-dulu, zaman-zaman aku tak berapa aktif kawan dengan dak-dak pompuan ni.  Aku memang terkenal dengan kekurangan kawan perempuan semenjak dari kecik lagi sampai la aku masuk zaman pekerjaan.  Sampai jenjiran aku pernah tanya kat mak aku.
 
Jiran (J): Kaklong tu tak ada kawan pompuan ke?
Mak (M): Ntah dia. Ada tu ada tapi 1, 2 orang je. Boleh kira dengan jari.
J: Kenapa?
M: Dia kata mulut pompuan jahat.
J: Oo ye ke?
M: Ye la. Katanya asyik nak mengata orang, mengutuk orang sana sini je. Kawan dengan lelaki bukan tak ada citer pasal orang lain tapi jarang. Dia kalau kumpul dengan kengkawan dia, balik-balik citer bab camping. Tak pernah pulak dengar citer pasal orang lain.
 
Ni lah situasinya dulu...tapi sekarang...
 
Semenjak 2menjak terutamanya bila aku dah masuk zaman kerja 6 tahun lepas...aku memang dah terasa sangat-sangat pasal apa yang aku pernah cakap kat mak aku dulu 'mulut pompuan ni jahat'.  Memang betul!!  Awal-awal kerja aku masih tak rapat dengan sesapa & aku sibuk dengan dunia hutan aku je, memang kurang sesangat aktiviti 'buat ketupat' ni.  Aku sendiri tengok orang 'buat ketupat' pun aku meluat. Ye lah perasan bagus kan, ngata orang macam awak tu betul sangat!. Mak aku ngumpat pun aku tegur. Kekadang kitorang tinggalkan je sebab malas layan. Bak kata abah aku ler, kalau orang dah mula mengumpat, tinggalkan je kalau tak boleh nak tegur.
 
Masuk tahun kedua dan seterusnya, semakin banyak saham akhirat yang minus aku dapat akibat terlampau 'prihatin' ni.  Memang payah kan bila dah kawan dengan pompuan ni. Kalau kita tak join diorang bila diorang tengah ada berita-berita hebat, kata kita tak campur orang.  Bila dah bercampur, macam ni la jadinya, susah nak tinggal perbuatan hina ni.  Dah jadi sebati dengan jiwa pulak. 
 
Allah pernah berfirman, 'Sesiapa yang mengumpat itu umpama memakan daging saudaranya sendiri'
 
Ya Allah ampunkan dosa umpatan hambaMu ini, Ya Allah...
 
Aku takut sebenar-benarnya..TAPI >:) devil
 
Kadang-kadang bukan niat kita nak mengumpat, tapi kita cuma nak luahkan ketidakpuasan hati kita je..Tetap jugak mengumpat Shila oooiii!!!! Ingat cakap abah, asalkan dah menyebut nama orang lain ketika kita berborak, itu dah dikira mengumpat.  Confirm!! Hari-hari memang ada...Free je kan orang-orang yang aku sebut-sebut tu dapat pahala.
 
Kredit to Pakcik Google
 
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, aku berazam untuk tidak mengumpat lagi.  TAPI boleh ker?? Boleh je aku rasa dengan syarat, aku kena selalu berfikir positif.  THINK POSITIVE! BE POSITIVE!
 
Semoga Allah memberikan petunjuk untuk aku jadi lebih baik...

Tuesday, November 8, 2011

Raya Korban!! Harus korbankan ego jugak!!

Hari ni dah masuk hari ke-3 umat Islam sambut Hari Raya Haji atau kat Malaysia ni sebut Raya Korban.  Dah namanya pun korban kan, haruslah korbankan ego jugak untuk manusia-manusia yang ber'ego' tinggi.  Bukan yang naik motor Ego tu ye..tu korban nyawa namanya kalau bawa lelaju!! 
 
Cer tengok ni...aktiviti 'pengorbanan'
 
Hari ni jugak ofis aku buat sambutan Hari Raya Korban buat julung kalinya.  Sekali tumbang, 2 ekor terus beb!!  So, pergi kerja hari ni, pakai t-shirt dengan track bottom je la.  Nak buat kerja katanya kan... Sesekali ber'track' macam ni best jugak.
 
Tali kat belakang tu nak tambat siapa pulak ek??
 
Aku dah la lupa bawa pisau, nasib baik ada insan-insan prihatin yang bagi pinjam pisau lepas diorang dah siat-siat kulit lembu tu.  Kerja aku dan geng wanita, pe lagi kan...melapah lembu!! Eh, bukan la..tu kerja laki-laki..melapah daging lembu je untuk masak...Sampai sakit pinggang aku..cramp weih!! duduk lama sangat membongkok time potong daging tu. 
Klik...klik...
 
Selesai kerja, pe lagi, tunggu makanan siap dimasak untuk dimakan la...
 
Taraa!!!