Giler best ar!! Memang terbaiklah filem ni. Aku yang tak suka cerita perang asalnya pun terus jadi tersuka pulak gara-gara filem ni. 5 bintang aku bagi. Aku syorkan korang semua pergilah tengok. Sangat-sangat best. Selalunya cerita lebih durasi 90minit membosankan tapi bagi aku filem ni tak langsung. Best sangat-sangat...
Bayangkanlah, punya sedap tengok aksi lawan-lawan diorang sampai tangan aku dok je dalam pop corn cup tu. Tak gerak dah. LOL..Penyudahnya, Mr. Gendut aku yang habiskan. Hampes tull!!
Thanks ManggaAd sebab bagi aku tiket preview ni..
Showing posts with label World Invasion. Show all posts
Showing posts with label World Invasion. Show all posts
Tuesday, March 15, 2011
Wednesday, March 2, 2011
Saya ingin Menonton Filem World Invasion: Battle Los Angeles!
Nukilan
SHILAZIZI
Genre: Aksi
Pengarah Filem: Jonathan LiebesmanPelakon: Aaron Eckhart,
Michelle Rodriguez, Ramon Rodriguez,
Bridget Moynahan, Ne-Yo, Michael Pena
Sinopsis: Untuk beberapa tahun, terdapat dokumentasi kes-kes penemuan UFO di serata dunia – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. Akan tetapi pada 2011, apa yang hanya merupakan penemuan sahaja untuk seketika waktu dahulu, kini menjadi realiti yang menakutkan apabila Bumi diserang oleh kuasa-kuasa yang tidak dikenali. Semasa penduduk dari serata dunia melihat kejatuhan bandar-bandar terhebat di dunia, Los Angeles menjadi tempat tumpuan terakhir untuk pertempuran yang tidak diduga. Kemenangan bergantung kepada staf sarjan Marine (Aaron Eckhart) dan platun barunya untuk bertempur dengan musuh yang tidak seperti mana-mana yang pernah ditemui sebelum ini.... "
Aku suka jugak nak tengok filem perang macam ni. Lama dah tak tengok. Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam terdekat pada 17 Mac 2011. Butiran lanjut mengenai filem ini boleh didapati kat sini
Lagi sekali aku harap dapat tiket free dari ManggaAd. Aku bab free ni memang suka. Lagi-lagi filem genre macam ni, kalaulah aku dapat tiket memang ni filem pertama genre sebegini yang aku tengok kat wayang. Mesti best giler lah!!
Ada lagi! Kalau ulasan menarik dapat pulak hadiah-hadiah ni..
Dah macam set untuk McGyver pulak..
Apa lagi? Jomlah pergi nonton sesama...
Subscribe to:
Posts (Atom)