Column

Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Tuesday, November 3, 2015

Siakap Stim Limau Terbaik!

SA join 1 contest kat FB.  Share & Tag.  Rezeki family SA.  SA menang pulak.  Dah la check midnight.  Tetiba teringat nak check.


Eh eh, tengok nama SA ada.  Terus PM page dorang.  Dapatlah dinner FREE kat Restoran Nuur. Yeay! Alhamdulillah.


Gambar menu je sebab hujan lebat tak dapat nak snap gambar depan kedai. Huhu...



Dalam hujan SA pergi dengan family ke restoran ni.  Dari Hulu Langat ke Taman Puncak Jalil, adalah 45 minit.  Semangat ni nak nikmati makan freeeee....  Sampai je kat restoran, mak SA tanya kat waiter tu sama ada halal ke tidak sebab tengok memasing cakap Siam..Hehe... risau dah dia sebab sebelum ni SA pernah bawa mak makan kat 1 restoran Thai ni.  Dah habis makan baru teringat nak tanya, sekali staf cakap, owner Cina Siam.  Allah!  Terdiam SA dengan mak time tu.  Tu yang risau pisang berbuah 2 kali tu.  Nasib baik kali ni, Restoran Nuur ni pemiliknya beragama Islam.  Confirm Halal!  Tiada was-was lagi. :)


Promosi 1 Okt - 1 Nov 2015
Murah Giler!!! Berbaloi-baloi

Inilah pakej yang SA menang tu.  Kalau nak dikira sesatu memang cecah RM50 juga rasanya ni. Macam biasa, korang tengok-tengok dulu menu kat bawah ni ye.. hehe....


Macam-macam ada

Actually, tuan punya restoran ni ada sediakan makanan western juga selain makanan thai tapi Yen's Steaks & Grill ni letak bersebelahan je dengan Restoran Nuur.  So, pelanggan ada pelbagai pilihan makanan kalau datang reramai.  Nak makan masakan Thai boleh, western pun boleh order sekali tau.

Next time, SA cuba menu western ni pulak ye.  


Western Food pun ada

Kebetulan 1 November, birthday adik SA yang bongsu, so, sempena nak meraikan dia, bawa dia sekali makan free... Untunglah dik, sefamily makan free di hari jadimu.  Yang diraikan tiada dalam gambar.  Dia dok sebelah mak SA tu, kamera tak capture..hehe...
Adik bujang SA yang snap gambar ni...ngeleto tangan katanya...haha....
Tu yang bergegar ni...
 Taraaaa...ni menu yang kami nikmati malam itu dikala hujan lebat.... :)


Siakap Stim Limau
SA suka sos deme ni.  Sedap gila! Ikan tak hanyir.  Bersih pulak tu.  Cuma agak pedaslah.  SA okay je bab pedas-pedas ni sebab memang gila makan pedas tapi kesian kat mak SA, dia tak tahan pedas. Sedap punya pasal, balun jugak ler.. :)  


Tomyam Campur

Tomyam campur ni memang heaven.  Pedas, manis, masam semua secukup rasa je.  Sedap giler. Isinya ada sotong, ayam dan udang.  Kuah yang pekat.  Memang terasa keaslian masakan Thai tu. Teringat pulak masa kat Phuket dulu.  Sama!  Yang tak best, dalam gambar presentation lain, tapi sampai kat meja jadi lain!  Dapat dalam mangkuk je :( 


Nasi Putih
Nasi putih dihidangkan dalam mangkuk besar.  So, tak risau membazirkan.  Macam makan kat rumah je gayanya. :) Adik SA kata dah macam makan kat Hadyai. Haha...


Daging Masak Merah

Daging lembu yang lembut, sos sesedap rasa.  Mak dan adik-adik SA suka sangat.  Manis dan tak berapa pedas.

Kailan ikan masin yang dijanjikan dalam menu SA tak dapat.  Tetau yang sampai kangkung goreng belacan.  Tapi SA tak sempat nak snap gambar sebabnya menu ni sampai agak lambat.  Walaupun menu bertukar tanpa diberitahu awal tapi rasanya tetap sedap.  Kangkungnya tak masak layu, sedap je kunyah.  Crunchy.  Hehe... Mungkin restoran boleh baiki part ni dengan inform customer lebih awal. Supaya customer tak terkejut.  Jangan disebabkan bagi makan free, pemenang dilayan sesuka hati. Ikut suka je nak bagi menu apa.  Sedih gak la part ni.  

Sirap Selasih

Jarang ada restoran yang menghidangkan menu minuman, sirap selasih ni.  Terasa bagai di bulan Ramadan pulak.  Hehe... SA suka air ni sebab tak manis. Setakat manis buah je.  Okaylah.  Kalau uols nak manis, boleh request.


Susun atur dalam kedai pun dah macam kat Siam nun...

Ada lagi... Kitorang makan otak-otak.  Sedapnyaaaaa....Terasa ikannya...dan...tak tau nak cakap apa lagi, sedap sangat.

Baru nampak muka birthday boy!
HAPPY 11th BIRTHDAY AMER!
Credit: Restoran Nuur

Terima kasih RESTORAN NUUR belanja kami sekeluarga.  Sedap semua makanannya.  Next time, boleh belanja western pulak..hehe...

Keseluruhan, SA bagi 7/10.

Korang yang gemar makanan Thai or tinggal dekat Puchong/Seri Kembangan/Bukit Jalil, boleh cuba makanan Thai kat sini.  Confirm tak menyesal!


Nota kaki sHiLaZiZi: Babah & atok jaga Aisyah kat rumah sebab memasing nak tengok Gegar Vaganza 2. Hehe...

Monday, November 2, 2015

PETPET Bagi Diapers Free

Balik je rumah mak, mak cakap pampers Aisyah dah sampai.  Aik, bila pulak beli pampers online lagi ni?  Baru je beli hari tu, tak habis pakai pun lagi.  Sekali tengok, diapers by PETPET. Alhamdulillah, bertambah stok pampers Aisyah.  Baru teringat yang SA pernah sign up exclusive program by Petpet kat FB.  Kiranya yang dapat ni is Token of Appreciation by Petpet.  Semenjak dah jadi mak ni, semua program berkenaan baby/anak, memang SA excited join.  Hehe...Perangai mak-mak sangat...



Korang pun boleh join kalau ada baby dari umur 0-36 bulan.  Korang pergi kat FB page Petpet.  Klik 
'Happy Comfort Delights Program'. SA nak mudahkan korang, so, korang klik je link ==> PETPET Happy Comfort Delights 


Program Eksklusif untuk ibu dan anak


FB Page PetPet Malaysia

Nanti akan keluar form untuk korang isi butiran korang dan anak.  Isi je.  Bila dah complete, akan keluar page macam kat bawah ni.


Journey Aisyah membesar
Actually, journey tu sampai 36 bulan (3 tahun), so, korang boleh keep track perkembangan anak korang sampai 3 tahun.  Setiap setahun akan ada special goodies untuk baby korang.



Di ketika umur Aisyah 9 bulan, PetPet bagi Token of Appreciation by mail. Tu yang dapat set diapers travel pack size 'L', drypants 2 keping, sehelai towel muka dan woven bag yang comel.




Now, PetPet tengah buat contest baby tidur.  Nanti nak cuba nasiblah, mana tau ada rezeki Aisyah lagi. Hehe....  Korang pun join sama tau!



Nota kaki sHiLaZiZi: Semoga makin murah rezeki Aisyah lepas ni.  Untung mak dan babah. Hehe...Tumpang rezeki anak namanya ni.  Aisyah tak kisah kan..kan...kan... :)

Wednesday, September 9, 2015

Hadiah Kenduri Kahwin Paling Rare

Hari Ketiga kami di Perlis bersamaan hari terakhir kami di sini.  Time untuk jamah nasi kenduri la pulak.  Thank Ned, jemput SA ke kenduri kahwinmu.  Kawan SA ni kerja di Langkawi tapi kampungnya di Perlis.  So, merasalah SA ke kenduri di hujung utara Malaysia kali ni.  Nak cari rumah Ned memang senang.  

Okay, now, jom cerita pasal makanan pulak.  Iols memang suka makan. Hehe... Lauk kenduri Ned memang rare.  Nasi putih, sup tulang berempah yang super sedap, ayam masak merah dan kerabu mangga.  Air sirap oren.  Selalu kenduri orang hidang nasi minyak kan, kali ni tak ada nasi minyak.  Yang ada makan ala-ala kedai tomyam je.  Tapi semua super delicious hingga menjilat jari! Kenduri SA dulu berangan nak buat menu nasi lemak ayam panggang...tapi tak kesampaian...huhu...

Malas nak cerita banyak, let's the picture tell you the story...

Cikunit yang happy!

Ned, si Pengantin yang cantik

Umpama di kayangan

Mama teruja tengok bilik pengantin yang super cantekkk ini

 Korang tau tak hadiah apa yang kami dapat sebelum balik?  Alah, yang goodie bag selalu tuan rumah bagi tetamu tu. Ada sesetengah orang panggil 'berkat'.  Setiap sorang daripada kitorang dapat perfume Hugo Boss dan minyak gamat.  Rare kan?  Dah la makan sedap, goodies pun wallah! Best sesangat.  Thank you Ned and family.  Memang peramah sungguh orang Perlis ni. 


Sebelum balik, abadikan foto di sini
Diorang hantar kami sampai depan laman rumah.  Dah macam kami ni part of their family pulak.  Apa pun, Selamat Pengantin Baru Ned...Semoga dapat baby yang comel dan cantik macam mamanya.

On the way balik, kitorang singgah Penang sebab nak bagi mama dan adik rasa lalu kat Jambatan Pulau Pinang tu.  Memula ingat nak lalu yang baru tapi memandangkan jambatan tu terlalu panjang dan tol pun boleh buat mulut nak menyumpah, terus cancel...Lalu je kat jambatan pertama.  Sempat pergi makan pasemboq kat Gurney Drive dan ke masjid terapung di Batu Feringghi.  Actually, masjid tu di Batu Feringghi ke Tanjung Bungah? Eh, tak kisahlah.  Janji lerah tu jugak.  Malam tu lepas melepaskan lelah di Penang, terus gerak balik Kolumpo dengan hati yang puas.  Terima kasih awak, bawa saya jenjalan.  Dan....bajet sebenar untuk trip kali ni HANYALAH RM1600 je.



Nota kaki sHiLaZiZi: Tak sabar nak holiday lagi!

Monday, May 6, 2013

Good Good Goodie Bag

Awal bulan ni kan ada hari special untuk kita semua yang bergelar pekerja.  Ha...korang dah baca citer aku menang bowling hari tu?  Itu game sempena Hari Pekerja.  Kali ni nak citer pulak pasal penghargaan yang aku terima.  Walau pun nampak kecik je tapi ingatan tu yang lebih penting, betul tak?  


Taraaaaa....goodie bag for me
Ni kira token untuk semua staf termasuk AKU! =) 


Jarang-jarang ada majikan nak hargai staf dengan buat macam ni kan.. Dapat RM30 lagi tu.  Bukan topup tau tapi duit cash..Alhamdulillah, boleh la buat duit minyak.. 



Nota kaki sHiLaziZi:  Thank you boss!

Saturday, May 4, 2013

Juara Bowling? Yeay!

Jangan tak caye, aku juara bowling weyy!! Juara!!! Ceh, bukan aku sorang la..Team yang menang.  Aku punya mata tak banyak mana pun. Hahaha...tu la namanya rezeki...

Time cuti hari pekerja hari tu kan, ofis aku buat Bowling Tournament kat The Mines. Semua pakat bawa batalion memasing.  Anak, menantu, cucu, anak sedara, kawan, adik, biras, tunang (aku la tuh..hahaha...) semua depa pakat hangkut ramai-ramai.  No strict t&c. Best kan.. Baru boleh have fun! hadiah lucky draw je lebih dari 20.  Dah tu semua pemain akan dapat hadiah tak kira menang ke kalah.



 My group member of the day...Kak Maria, Pejal & me =)
eh..sorang lagi takde
Warna group: Merah Jambu
Nama group: APTB (Apa Pun Tak Boleh! Hahaha)



Lucky Draw...Are we lucky??



Yes, we are!! 
Sangat tak sangka hokay. Aku dan Gendut, dedua menang lucky draw!
Hadiah hitam tu hadiah special tau..hehe..nak tau? Tengok kat bawah ni



Gaya sang juara!
 Gendut diisytihar 'The Loser' a.k.a. Juara Longkang! 
Kira orait ar tu sebab ni kali pertama dia main bowling.  Selalunya dia teman aku main je.
Yang hadiah warna hitam kat atas tu, hadiah Gendutlah...hehe...


 

Kamilah JUARA! 

Dari APTB terus tukar APB (Apa Pun Boleh! Hahahahahahahaha)
Yang lagi best, Kak Maria jadi best bowler kategori wanita =)



Nota kaki sHiLaziZi: The best bowling tournament ever for me!

Friday, April 26, 2013

SHILAZIZI Dah 28 Tahun


credit to: Mr Google


Semalam genap umur aku 28 tahun.  Terima kasih mak abah sebab melahirkan dan membesarkan aku dengan didikan yang cukup sempurna dan kasih sayang yang membawa hingga ke tahap ini.  Aku nak ucap terima kasih jugak kat semua yang wish thru facebooktwitter, phone call, sms, whatapps, dan wechat; makcik pakcik, adik-adik, kawan-kawan dan Gendut yang wish birthday aku semalam. Moga doa-doa kalian dimakbulkan Allah s.w.t. 

Semalam ada surprise untuk aku by officemate yang join untuk lawatan ke Port Dickson.  Dalam bas, diorang boleh pulak menyanyi reramai sekali dengan mak-mak datin ni.  Aku macam..eh..eh...terkejut pun ada, happy tu haruslah kan...tak tau nak kata apa.  Diorang semua memang sporting.  Terasa macam zaman aku belajar dulu lah pulak. Diorang bagi hadiah pulak lagi...tapi semua makanan..hahaha...nak suruh aku cepat membesar la tuh! 


*cedok dari instagram 
Me in purple...
kat belakang tu, anak pokok yang aku tanam. 
Semoga membesar dengan sihat... =)


Lagi best bila ada program penanaman pokok di tepi pantai kat Port Dickson tu. Pokok yang aku tanam, aku bagi nama 'The 28th'. Haruslah lepas ni kalau pergi PD, aku mesti singgah tengok progress pokok tu. 


Kawan-kawan belanja makan cendok kat Teluk Kemang.


Mak wish by phone call. Mak pesan jadi anak yang solehah, jangan tinggal solat, ubah perangai sebab dah nak jadi isteri orang.  Jangan malas-malas, belajar masak.  Ha, banyakkan pesanan mak! Bab ubah perangai tu yang tak tahan.  Aduhh... Baik mak, kaklong cuba yang terbaik.  Terima kasih mak!

Pastu angah pulak wish siap ada Video birthday wish and suruh aku nari-nari sekali...adoyaii...tapi cute.. thanks ngah.

Last sekali hadiah terbesar aku malam tadi!


Hidangan special!! Hahaha...



Spend time with my baby michelin...Sharifah Nur Amani

Pantang nampak kamera! Bersembang je dia dengan aku...Non-stop... Very talkative, walaupun aku tak paham apa yang dia cakap tapi layankan aje...Ni baru anak angkat, kalau anak sendiri camnelah gayanya ek...hahaha...

Nota kaki sHiLaziZi: Terima kasih buat semua yang sedia mengingati 25 April as my birthday! Thank you all!! =)

Wednesday, April 24, 2013

WW April 2013: Menang GA Kali Pertama

Korang tengok tak tahap hyper join contest aku last week? Sampai 4 GA dalam sehari...haha...hasilnya?


Memula aku confuse gak, aku dalam group mana ek?
* Korang nak tau GA yang mana? Klik kat foto tu ek...


Ha!! Group 5 rupanya...and yes! Aku menang!!!
First time kot menang GA ni...tak sia-sia join bebanyak GA =)
Nanti aku review bab hadiah bila dah dapat ek..
Chow!!


Nota kaki sHiLaziZi: Ni WW yang paling tak wordless kot..hahaha...

Monday, March 18, 2013

Menang RM300 dari Watson's

Yeay!! Menang lagi!  

Actually, aku dah lupa contest apa yang aku join sampai menang ni. Memang tak ingat langsung.  Terus aku refer kat facebook Watson's Malaysia.  Ooo... Christmas Candyland Contest rupanya.  Lama dah kot contest tu, hujung tahun lepas.  Tak sangka pulak boleh menang.  Huhu... Inilah rezeki namanya. 


E-mel untuk pemenang...Lepas kerja terus shoot pergi majlis penyampaian hadiahnya. Nasib jalan tak berapa nak jem.



Simple prize giving ceremony 
Takde pun ucapan panjang meleret..
Just ucapan terima kasih untuk peserta dan terus acara serah hadiah...very simple
Tak buang masa.


Memula ingatkan nilah hamper yang dimaksudkan tu..
*alamak, takkan datang jejauh (jauhlah sangat kan..) dapat 1 beg kecik ni je kan...



Sekali, bukan paper bag tu da....Woven bag yang inilah...
Worth RM300 of Watson's products
Berat wooo bagnya...



Inilah produk Watson's yang RM300 tu..Banyak kan...

Hadiah grand prize, dress by Carven Ong..Memang cantik.

Nota kaki sHiLaziZi: Sesekali menang hadiah macam ni yang buat aku excited nak join contest lagi nih! =)

Gudang & Warehouse Bukan Sama Ke?

Ni first time dapat jemputan eksklusif ke Warehouse. Ni bukan warehouse belakang rumah tu tau, nama butik ni 'Warehouse'.  Aku pakai selipar je wei pergi sana.  Memang sempoi habis.  Tak ada pun nak beriya sangat since aku ni takde pun nak shopping kat kedai-kedai gini. Hehe... Alhamdulillah lah kan ada orang nak invite kita ke event ni. 

Asalnya ajak cousin teman, tetiba dia ada hal pulak.  Terpaksalah seret Gendut akhirnya.  Dia bukan suka sangat bab-bab shopping barang pompuan ni.  Always dia dok luar kedai, I je yang masuk dalam.  Sama la dengan event ni.  Aku dok masuk dalam tengok-tengok baju skirt bagai, dia dok luar je.  Kebetulan ada pameran F1 pulak kat situ, hah, memang sah-sah dia menebeng kat exhibition tu je.  Tak herannya kita ni.

You know what? Bila dah sampai tu, aku tengok ramai je yang pakai selipar!  Comfortable kan..hehe....  Actually, event ni diorang buat sempena memperkenalkan koleksi design Warehouse yang terkini.


Takmo amik gambo kaki sebab pakai selipar! Haha...

For me, pakaian kat Warehouse ni cantik jugak kalau pandai gayakan. Yang bertudung pun boleh pakai cuma agak mahal la bagi aku. Anyone yang suka fashion up to date especially untuk work attire, boleh la datang ke Warehouse ni.  Tak jauh pun, kat Sunway Pyramid je =)


Goodies from Warehouse
~Voucher produk Shu Eumura~
~Anting-anting~

Malangnya, aku tak pakai pun anting-anting ni...semua jenis subang, anting-anting bagai memang aku tak pakai, so, time to give to others =)  

Siapa nak??  Angkat pc/laptop/tablet korang tetinggi...yeehaaa!!


Nota kaki sHiLaziZi:  Pergi event, makan-makan, minum-minum, tengok-tengok apa yang ada, keluar dan balik...bestnya hidup...no need money for it, just for parking only =)


Wednesday, March 13, 2013

WW Mac 2013: Hadiah Lagi!




Banyaknya hadiah!!!!

Nanti kita citer sesatu ek...

Nota kaki sHiLaziZi:  Ada sesape lagi nak bagi hadiah? Ku terima dengan tangan terbuka =)

Thursday, January 3, 2013

Rebat Smart Phone, Mesti Rebut!



Pagi ni Shila dengar kat radio yang rebat untuk smart phone Pakej Komunikasi Belia masih maintain RM 200 tapi yang bestnya, jenis telefon yang boleh dapat rebat ni dah direvise dari smartphone bawah RM 500 kepada TIADA HAD! Yaahoooo....Baru boleh rebut-rebut nak beli. *Ecewah, macamlah kalau diorang tak ubah had, kita takmo beli kan... Orang Malaysia ni asal murah, asal percuma, mesti gegila nak berebut..termasuk Shila jugak..hehe...


 Ni telefon yang bawah harga RM 500 tu



Sekarang dah boleh buat pilihan antara yang kat atas ni...huhu...

Tapi kengkawan, jangan lupa kena register dulu kat sini

Jom reramai kasi abis kuota 1.5 juta belia tuuuu....


Nota kaki sHiLaziZi: Beli pastu kiv untuk hantaran kahwin...muahaha...boleh gitu?


Wednesday, August 1, 2012

IM4U - 1Malaysia For Youth

SA berpeluang meninjau keadaan masa pelancaran 1Malaysia For Youth (1M4U). SA sebenarnya pergi atas kapasiti petugas event.  Dah bos suruh pergi kan, pergi ajelah.  Memang sepatutnya pergi tengah hari tapi disebabkan kat rumah ada tetamu, takkan nak tinggal gitu je kan. So, lepas guess dah balik, terus SA shoot dengan Mr. Gendut. Nasib baik jalan tak berapa sesak, gerak dari rumah kul 3.30 petang, sampai kul 4 lebih.  Sampai-sampai je terus dapat parking.  Alhamdulillah. Memang crowd betul. 

SA dapat jenjalan separuh tapak pelancaran je. Lagi setengah tak dapat pergi sebab sesak sangat.  Tu pun SA dengan partner dah berpeluh-peluh. Ni je la hasil sepanjang sejam lebih kat sana.


Dapat helmet wei..



Yang putih kat tangan tu helmet 1M4U



Ada drumline guna barang terpakai...




Ada silap mata..ada clown bagi gula-gula dan belon



Ranggi kan akak ni? Tu belakang SA tu motor dia la tu. Huh!!


Tengoklah ramai kan orang kat sini? Macam-macam aktiviti ada.

Bukan tu je aku dapat makanan dan minuman juga dari Skuad Perodua Era. Orang yang paling banyak dapat hadiah =)


Hasil tangkapan di Skuad Perodua Era
2 botol Ribena (1 dah abis di tapak kejadian)
1 foam mandi Shokubutsu Active Guard
2 pek besar Cream Cracker Hwa Tai

Memandangkan aku takde paper bag untuk masukkan hasil tangkapan ni, terpaksalah balik awal.  Gila kau! Aku kena kepit semuanya sendiri.  Gendut sibuk dengan aktiviti camwhoring dia..