Column

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

Coconut Shake Klebang di Pantai Kundur

Hari ke-2 di Melaka....Gendut bawa kitorang ke Pantai Kundur.  Ambil angin laut sekali-sekala memang best.  Almaklumlah dok kat hutan bandar...celik mata tengok bangunan je keliling...back to nature, ajar Aisyah main air laut, main pasir...




Time kitorang sampai tu, tak berapa ramai orang lagi.  Yang ada pun kaum India yang sambut Deepavali.  Sape suruh pergi holiday time Deepavali kan?? Deme yang cuti, SA pulak yang sibuk sama kan... hahaha...




Orang ramai tengok je kami bergambar bertiga.  Maaflah ye, kami ni memang kaki bergambar gila-gila macam ni.  Nampak gayanya, Aisyah bakal mewarisi perangai gila gambar mak dan babahnya.



Bagi Aisyah jejak pasir.  Punyalah takut sampai menangis tapi nampak air laut, kemain suka.  Menggedik ko ye dik.  Memandangkan ke pantai tanpa planning awal dari hotel, so, tak bawa baju lebih untuk bermandi-manda.  Lagipun panas terik.  Bahang wei...  Hitam pulak Aisyah nanti..uwekkkk...hahaha....




Lepas amik angin laut, kami ke Klebang Coconut Shake lepas gian.  Memang setiap kali ke Melaka, gerai ni memang menjadi pilihan utama kami.  Sodappppp....


Notakaki Shilazizi:  Seronok berjalan walaupun bajet ciput...Janji hati happy!

Asam Pedas Hajah Mona Memang Asli!

Lepas kahwin, ni kali kedua SA ke Melaka. Sebelum kahwin dulu selalu je ke Melaka sebab... Entah! SA memang suka ke Melaka. Tak tau sebab apa. Tak pernah bosan. Hehe.... Ada tak yang sama macam SA? Tak bosan pergi ke tempat yang sama banyak kali. No proper planning for this trip. Main redah je. Hehe...

This time ke Melaka sebab nak ke Sky Tower dan Oceanarium. Tarikan baru bandar Melaka tu. Nanti SA citer dalam entri lain ye bab tu. SA memang jenis yang suka buat percutian bajet. So, this time pun cuti bajet jugak. Hehe... Dah nama pun cuti bajet, stay pun kat budget hotel la. Standard la kan kalau time public holiday, harga hotel akan naik sikit. SA stay kat LB Hotel untuk 2 malam, RM130. Lepas dah survey 5-6 budget hotel, kitorang decide hotel ni sebab konsep dia Japanese Concept. Tilam tanpa katil. Tak risau Aisyah jatuh kalau tidur. Hehe...


First night kitorang dinner kat Restoran Asam Pedas Hajah Mona. Memang recommended! Even dah tengah malam, ramai je orang kat sini. Sebab apa? Sedap. Memang terbaik.


Menu kitorang malam tu....

Asam pedas ikan pari dana asam pedas kepala ikan tenggiri.  Dihidangkan pulak dengan nasi putih dan telur masin.  Ya Allah sedap tak terkata dah.. Aisyah pun ikut makan.. :)

Kuah yang cukup pekat bagi SA dan cukup pedas. Memang akan repeat kedai ni lagi kalau datang Melaka lain kali. Servis pun cepat. Tak adalah kita tunggu lelama.  Harga pun berpatutan.

Keseluruhan, SA bagi 8/10


Notakaki Shilazizi: Banyak sangat kedai makan best-best kat Melaka sampai rambang mata :D  Korang suggest tempat makan best serata Malaysia kat SA boleh?  Nanti bila jenjalan lagi boleh try suggestion korang tu. 



Thursday, November 5, 2015

Amboi! Baru 10 bulan Dah Pandai Nak Shopping

Kemain excited atok bawa cucu berjalan naik kereta baru wanchik. Oopss!!  Aisyah pun apa lagi, sukalah dia.  Siap atok belanja beli susu sepeket dengan sabun mandi lagi.  Thank you atok.  



Shopping tu shopping jugak, pose tetap maintain you!  Ni la penangan kalau dah maknya kaki bergambar.  Haha....  Habis semua row dia nak jelajah.  Karenah budak 10 bulan ni...memacam...alahai anak!




Mak sedara, pak sedara sibuk shopping kat DIY, dia pun nak join sama.  Action lak tu, tak nak dipegang.  Nak jalan sendiri.  Dapat belon dari promoter DIY tu.  Aisyah ni bukan jenis suka cengkam belon, so, selamatlah belon tu dari meletop. Hehe... Kalau tak, jangan mimpilah kau dapat pegang belon tu nak ooi... 




Puting tetap melekat kat mulut tau.  Kalau tak, batang belon tu yang dimasuk ke mulut. Opah tak larat berjalan dah, dok kat luar kedai ni.  Nasib baik disediakan kerusi.  Kalau tak, kesian opah Aisyah kena berdiri tunggu anak-anaknya shopping.




Tengoklah tu, lelaju ke rak dekat dengan kaunter tu, pap! Dicapainya keychain bebiri tu. Nasib baik rak tu tak jatuh.  Brutal sangat cara amik tu Aisyah ooi.. Memang comel tapi.... tak payah la dik.  Membazir.  Mak dah berlambak keychain kat rumah dik.  Nasib baik dia tak ngamuk bila maknya amik bebiri tu letak ke tempatnya.  Dia pandang 'daring' je.  Orang kedai pun gelak tengok cara Aisyah tu.



Dah selesai shopping, atok Aisyah nak ke toilet pulak.  Hmm... Wanchik, Pak Teh & Pak Su layankan je si Cikunit ni sementara tunggu atok.  Kemain lagi kau kan.  Semua orang sayang.   Mentang-mentanglah dia sorang je yang paling kecik.  (Tak boleh kata dia sorang comel sebab Wanchik kata, Wanchik lagi comel...kahkahkah....)


Nota kaki sHiLaZiZi: Rezeki cucu sulung kan, memacam dapat.  Semua orang take care. Hehe...  


Thursday, October 1, 2015

Jalan-jalan Raya Haji

Hahaha...cerita Hari Raya Haji tak habis lagi.. Mohon jangan muak ye. Hehe :D

SA ni kan jenis tak reti dok dendiam kat rumah.  Kaki ni gatal je nak keluar.  Tapi tak tau nak ke mana.  Kalau ikutkan hati, banyak mall baru buka kat area KL ni, nak je terjah semua. Hahaha... Tetiba teringat pulak Nestle ada buat promotion carnival kat 1Utama.  Terus SA ajak Gendut ke sana.  Luckily Gendut nak pergi! Yeay!  He's understood bininya ni tak boleh dok diam.  Hehe...  Sesaja jalan bawa Aisyah dan family mentua.  Time tu kan masih raya haji lagi.  Baru hari raya ke-2 pun. :)


Wefie! Besar muka Gendut di situ.

Wefie dengan Sien, one of the Nestle crew kat event ni. Ni selepas main game pasal balanced meal.  Iols menang hokay! Dapat la pengalas gelas sebagai hadiah.  Kira okaylah, since SA memang suka event yang ada game bagai ni.  SA suka hadiah!




Babah Aisyah memang suka buat muka time bergambo tau!

My in laws family in action!

Dapat free slot for photography bila beli sepeket Kit Kat Green Tea.  Mak mentuaku excited nak bergambo, so dia beli sepeket.  Gendut tu memang gitu, gambo tak pernah yang senonoh..hmm... Siap depa printkan sekeping tau.  Suka giler mama! 


Robot Kit Kat yang serba boleh! 

Lepas kitorang bergambo, ada pulak slot bersama Robot Kit Kat.  Robot ni comel je saiznya tapi yang buat semua orang impress especially anak-anak kecil, robot ni boleh menari dan berkarate!  Aisyah yang dah terlentok kat bahu babah tu pun boleh tergoyang tangannya dengar muzik time robot tu menari.  Aduhai anak... Mata pejam, tangan bergerak. Haha...


Sesatunya lembu tak kena korban Raya Haji tahun ni...


Ada info yang berguna sangat kat karnival Nestle: Lagi Sihat, Lagi Happy ni.  Especially siapa yang nak diet dengan sihat. Segalanya based on tapak tangan je. Nanti SA share kat entri lainlah ek.. Panjang nak citer kat sini. :)


Baru dapat kaki

Aisyah baru dapat kaki.  Baru pandai berjalan.  So, mak babahnya bawa round mall supaya dia tak kekok jalan bila pakai kasut.  Ni, setiap kali berjalan, mesti pandang kasut dia.  Bukan pandang depan.  Pelik agaknya.  Selalu berjalan kaki ayam je. :)


Tengok la tu, asyik pandang kasut je.  Nenek happy dapat jenjalan dengan cucu-cucunya.

Adam, sepupu Cikunit yang seronok jenjalan.

Gediks! >--<

Mama pernah kerja kat 1Utama dedulu.  Lama dah.  So, bila bawa dia ke sana, excited gila lah!  Dia bawa kitorang pergi tengok akuarium besar.  Kawasan akuarium ni hujung sekali. Pastu cantik pulak walaupun malam.  So, apalagi?  Mak Cikunit dan Mokcu memang menggediks bab bergambo ni.  Abadikan 2,3 keping kat situ.  Ala-ala citer Bawang Merah panggil Ikan Kaloi...hahaha....




Tuesday, September 15, 2015

Cikunit Jalan-jalan

Selalu bawa Aisyah jenjalan ke shopping mall yang dekat rumah je.  Bila tengok post fb member pasal diapers mamypoko half price, terus ajak Gendut ke 1Utama.  Gendut ok je pulak.  Alhamdulillah.  Dapatlah bawa Cikunitku itu hangout jauh sikit.  Kebiasaannya, dia akan tidur bila sampai mall.  Tapi kali ni agak luar biasa, dia tidur dalam kereta, bila sampai terus buntang matanya.  Excited kot mak babah bawa jenjalan jauh sikit.  Hehe...

Kitorang terus tuju ke tempat kejadian.  Malangnya, diapers yang dicari dah kehabisan stok. :(  Tapi tak apalah, dapat jalan-jalan bawa Aisyah jadilah.   Masuk ke Candylicious.  Kemain suka dia tengok colourful dalam kedai tu.  Babah suruh dia jalan, Boleh pulak dia duduk kat situ.


Belek kasut...nampak cantik je... :p

Moksu excited tengok bantal macaron yang colourful! 

Tengoklah telatah Cikunit ni...semua benda dia nak pegang sendiri.  Gebu pulak topi-topi dan bantalnya.  Rasa macam nak tidur kat situ je. Hahaha....


Apa ni??

Topi waffle ni besarlah!
 Mak dan Moksu bergambar lepas di 'makeover' oleh team Shizen.  Best woo...Datang tak pakai apa, sampai je, ada orang tolong mekapkan.  :)  Memang produk Shizen best la.  Rasa nak beli je.

Candy Diva!

Babah bawa lari anak

Sempat lagi...


Nota kaki sHiLaZiZi: Time ni la baru dapat makan pasta dan kebab Humble Chef yang dah lama nak sejak mengandungkan Cikunit.  Now,  Cikunit dah 9 bulan pun. :)

Thursday, August 14, 2014

Teruja Si Bapa

Balik kerja ingatkan nak makan laksa, call Gendut ajak pergi cari laksa.  Tapi sampai je kedai makan terus tukar jadi nasi goreng kampung. Ha, camne tu?  Ni lah peel orang mengandung kan, nak sesatu benda tu, time tu je, kalau dah lambat sikit, terus jadi tak nak.  Gendut boleh pulak terkejut tengok aku makan sepinggan nasi licin dengan sup sekali.  Cik abang kenalah paham, selera mak buyong sekarang ni mengalahkan selera gajah.  Hmm...

Lepas makan, Gendut ajak aku tengok-tengok barang baby. Kitorang pergilah ke AEON Jusco Taman Maluri. Ni 1st time nak usha barang baby.  Excited sungguh laki aku ni! Time belek-belek barang tu, dia kata amik je terus.  Eh awak! Duit tak withdraw lagi ler... Terus dia ajak aku ke atm.  Nak beli barang baby katanya.  Ha, nampak tak keterujaan si daddy to be ni di situ?  Dia siap cakap, 'kalau awak tak larat jalan, tak apa. Nanti saya amik troli, saya masukkan awak dalam troli tu.' Huh! Bukan nak amikkan wheelchair tapi troli! Semangat sungguh la laki aku ni....


Salah satu baju baby yang dibeli gara-gara teringatkan adik aku yang gila panda...
Mak ngah punya pasal!


Berderap gak la duit beli barang baby sesikit pun.  Tapi puas hati dan happy tengok keterujaan Gendut.  Adoilah suamiku. Tapi aku pun teruja jugak sebenarnya. Almaklumlah beli barang untuk anak sendiri...Dedulu aku beli barang untuk adik-adik.  Ada adik kecik ni memang beruntung sebab dapat pengalaman macam mana nak beli barang untuk anak pulak. Hehe...

Balik je rumah, terus minta Gendut urut belakang aku dengan kaki sekali.  Sakit wooo....penat menapak walaupun tak lama.  Adalah dalam sejam dua je.  Sempat gak la singgah KFC sebab teringin cheezy wedges. :)


Nota kaki sHiLaziZi:  Petang ni pulak Gendut ajak pergi Sogo. 2nd phase shopping katanya.  Betul-betul excited ni.  Soalannya, mampukah aku berjalan lagi??

Monday, March 18, 2013

Karnival WOW....Memang WoW! Panasnya

Semata-mata nak temankan Gendut join Pertandingan Makan Sosej, kitorang terjah Karnival Wow Putrajaya 2013 ni.  Berpanas teriklah kat sini sampai pertandingan mula.  Disebabkan bukan tujuan untuk shopping, so, kitorang just jenjalan je la.  Makanan pun tapau dari rumah tau.  *Berjimat uols..hikhik...


Senyum sebab dapat aircond di tengah hari rambang

Memang Putrajaya ni, aku rasa panasnya membahang.  Terasa menggigit kulit walaupun pakai long sleeve t-shirt.  Woohoo!!  Okaylah, back to the story, sebelum pertandingan mula, kitorang sempat la tengok Upin Ipin buat persembahan, Siti Nordiana nyanyi...banyak lagi lah...tak larat nak citer..hahaha *dasar pemalas kan! =P 

Aku join pertandingan makan tembikai terpantas.  Memang tak terdaya wei sebab tembikai tu sangat besar dan aku memang jenis makan lambat.  Confirm kalah punya..hohoho... Aku tengok adik yang sebelah aku tu, sekelip mata je selesai tembikai tu! Wow! Badan lagi kecik dari aku kot.. Nasib kitorang baik sebab untuk pertandingan ni semua orang dapat hadiah.. Best kan..

Layan je la gambar ni ek..

Muka ada ala-ala mat rempit gitu, sekali ukir buah, nah! Melopong aku!


Sampailah giliran Gendut untuk pertandingan makan sosej.  Malangnya, untuk pertandingan tu, penyertaan dah penuh, so, dia beranikan diri untuk Lawan makan burger giant 1kg. Giler besar kot.  Aku yang tengok pun takut.  Apetah lagi dia yang nak kena makan.



Ready...burger 1kg tu..
Abang baju belang tu yang menang.. Dahsyat woo...
psstt...akak baju biru tu ambil video ada stail lah!



Gendut dapat tempat ke-3, jadilah..


Nota kaki sHiLaziZi: Time makan biasa boleh la makan banyak, time pertandingan camni, dengan nervous lagi...huhu...



Wednesday, January 9, 2013

WW Januari 2013: 1: Shanghai



Shanghai at night

I wanna go here...InsyaAllah, someday...
I would invite YOU to follow me
Anybody? 

Thursday, August 2, 2012

Macam zoo bebetul je weh

Feeling jenjalan kat zoo je aku ni.. Dah la masuk free, kalau pergi zoo mesti kena bayar RM20.  Memacam binatang gak ada kat sini, cuma aku tak sempat nak jenguk semua haiwan  tu sebab kaki dah lenguh berjalan. Tengok sesikit je dah la kan. Nak tengok pepuas pun, next time je la datang lagi. Enjoy dengan piccas ni semua kay!





Exit? Eh, baru sampai je kot...



Wajah-wajah sayangkan fauna..eceehhh



Banyakkan binatang kat sini?



Tengoklah botak kat sebelah tu..huhu...



Korang tau tak ni sebenarnya kat mana?

Jeng...jeng...jeng...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sunway Lagoon!!! =)




Wednesday, June 6, 2012

Kaw Kaw Burger Bakar | Grill Burger

Ni pun kesah 2 bulan lepas.  Semua kesah yang dah basi kan. Tapi takpe aku nak jugak blogkan sebab nanti anak cucu aku boleh baca kesah mak nenek dia yang kaki jalan dan kaki makan ni. Hehe...


Korang sure pernah makan burger bakar kan.  Aku lak, baru ni 1st time nak makan.  Terus ajak Gendut ke Burger Kaw Kaw, burger bakar yang famous amos kat Seksyen 2, Wangsa Maju tu.  Aku bawa adik dengan abang sekali.  Kitorang sampai dalam kul 8.10 malam.

Korang tau? Sesampai je, aku dah terbeliak bijik mata.  Umangai! Ramainya orang...


Beratur punyalah panjang. Tukang amik order tu belakang Hilux tu. Gerainya pulak nun disebalik pokok yang besar tu.  Memang fenomena betul!


Akhirnya giliran aku pun tiba.  Ha, amik ko! Orang yang ke-103.  Time ni, diorang tengah siapkan order no.48.  Korang kiralah sendiri berapa jauh nombor aku.  Ni, kalau kat klinik, memang aku balik terus.  Terus rasa sihat je, tak yah dah jumpa doktor. Tapi yang ni teringin punya pasal, tunggu pun tunggulah. Walaupun kena berdiri lelama.  Seat semua penuh!


Nampak tak asap-asap tu?  Ha, tu la dia tempat diorang grill daging burger. Aku dengar diorang jual lebih 1000 patty untuk satu malam.  Staf pulak, setakat yang aku tengok ada la dalam 10 orang termasuk, tukang amik order, tukang bancuh air, tukang bakar, tukang bungkus, tukang bubuh segala maknek sayur.  Ramai kan.  Tu pun katanya nak pakai staf part time lagi.  Business Bumiputera yang sangat memberangsangkan. Kat atas tu semua antara customer yang sesame tunggu order macam aku.  Kematu wei kaki nunggu. Sabarrrr...

Hasil kesabaran menunggu sampai kul 10.15 malam, nombor aku pun dipanggil...jeng..jeng...jeng...
Time to taste it!



 single beef RM 7.50 | aku punya :-p


-single chicken (set) with 2 sosej + drink RM 10.00 | abang+adik

Sosej dengan air awal-awal dah habis.  Penangan tunggu order lama sangat, tekak pun kering.  2 jam ko nak nunggu burger siap.  Nasib order sikit.  Kalau order bebanyak, kesian orang yang datang kendian. 


 Triple petty+cheese RM 21.00 | Gendut+aku 
< nampak tak gelojohnya di situ? Tadi dah makan 1, ni share lak lagi >

Yang ni memang sangat marvelous! WAJIB cuba.  

Apa yang boleh aku cakap, walaupun gerai Burger Bakar Kaw-Kaw ni sempoi je, tapi keenakannya memang TERBAEK!!  Berbaloi-baloi...Halal pulak kan =)


Nanti aku cerita pulak kisah burger saiz Giant yang aku dah cuba jugak.  Walaupun jauh, sanggup aku terjah  hanya untuk rasa burger Giant yang menyimpan sejarah aku akhirnya.  Apa sejarahnya? Kena tunggu next entri la ye..Chowcincaw!




Monday, March 19, 2012

Pengubat Lara...Cuci The Musical Last Kopek...

Di kala terpaku di pintu duka masih ada lorong-lorong cahaya...Ecewah...sempat nak berpuitis bagai..hehe....
Aku tengok teater Cuci last week. Tu je sebenarnya yang aku nak bagitau.
Korang pun tau kan..Aku baru je lepas hadapi ujian Allah http://shilazizi.blogspot.com/2012/03/banjir-lumpur-melanda-aku-trauma.html Hmm...trauma pun tak hilang lagi. Asal hujan je, aku dah berdebar.  Semalam, air naik lagi tapi family aku bernasib baik sebab rumah aku tak kena.  Kesian sangat dekat family yang kena musibah 2 kali tu.  Hampir sampai ke rumah aku air tu tapi nasib baik hujan berhenti lepas 2 jam turun lebat.
 
 
Firstly, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat kementerian sebab sangat menghargai staf yang dah bertungkus-lumus bekerja especially untuk Program Karisma NGO yang diadakan 4 Mac 2012 lepas.  Kitorang dapat tiket tengok Cuci The Musical Last Kopek sorang satu.  Nasib aku agak baik sebab bos tak nak pergi so tiket dia bagi aku.  Kebetulan adik aku si Kak Chik pun ada kat ofis aku so dia pun dapat 1.  Lepas tu, last minute dapat lagi 1 tiket sebab ofismate aku ni tak minat teater. Rugikan dia?? Hehe... Total dapat 4 tiket.  Aku tak fikir lain dah.  Yang aku fikir bawa adik-adik aku je.  Kira upah diorang la lepas penat cuci rumah dan buang lumpur.
 
 
My beloved botak ever... =)
(Amik guna henpon canggih je...hikhik...)
 
Aku duduk dengan adik. Abang dengan Kakcik dok tang lain.. Tapi tetap best seat. Apa yang boleh aku cakap pasal Cuci ni...Best! Memang best! Buktinya? Aku gelak non-stop sebab lawak diorang yang sangat happening! Aku yang mengantuk pun boleh hilang mengantuk asyik dok gelak je. Memang rugi sesangat sesapa yang tak tengok ni especially yang dah dapat tiket macam aku ni. Tiket FREE!! Ni la 1st teater yang aku repeat tengok. 
 
 
 
Aku repeat kali kedua...adik sweet ni yang belanja...Thanks Syafalicious
(double chin!! haiyooo...)
 
 
 
Yang buat aku sangat happy time Cuci ni bila adik-adik aku happy siap minta repeat teater lagi lepas ni. Jawabnya kakak korang ni kena kumpul duit bebanyak dulu la sebab kalau nak tengok teater duduk seat yang depan stage baru puas tengok.

Once again, thank you very much kepada semua yang menggumbirakan hati saya dan adik-adik saya... =)


Monday, January 9, 2012

Papa...I Love U!!!

 
Rezeki yang ada, elok share sesama kan..nak lagi afdal, share dengan insan tersayang. Macam yang aku buat dengan adik-adik kesayangan kan..hehe..(masuk lif tekan butang sendiri..ahakzz) Kan aku dapat tiket movie free 2 keping kan.. http://shilazizi.blogspot.com/2012/01/menang-lagi_09.html Memandangkan last date 31.12.2011, haruslah gunakan sebaik-baiknya kan.. Aku bawa adik-adik aku pergi tengok movie kisah kekeluargaan..Moral nya supaya diorang boleh jadi anak-anak yang lebih baik lepas ni. 
 
Actually, aku bagi diorang pilihan sama ada nak tengok Alvin The Chipmunk atau Papa..I Love U!! Keputusan undian memihak kepada Papa...I Love U!! Aku ada 2 tiket je, so, aku tambah lagi 2 tiket untuk bebudak 2 orang tu. Excited diorang tengok movie..Almaklumlah, ni 1st time tengok wayang katakan. Hmm...
 
Bagi aku cerita ni agak membosankan. Bayangkanlah aku tengok start 3.10...tetiba aku rasa macam dah lama sangat..aku pun tengok jam, ha!! baru kul 3.45?? Biar betik? Lama lagi nak tunggu abis ni. Udahler sejuk dalam tu. Adik-adik aku pun merungut bosan..Ni dah kali ke berapa entah aku tersalah pilih movie bila dapat tiket free..Sadis betul! Yang best cuma lebih kurang 10 minit terakhir dan yang membuat cerita tu hidup aku rasa, cuma adik Mia Sara sorang je. Tanpa dia memang cerita tu tak ada color langsung.
 
~Tamat~

Friday, December 9, 2011

Abang!!! Selipar tu!!!!!

Tetiba teringin nak berjalan ke Jom Heboh yang last tahun ni.  TV3 buat kat Bukit Jalil. Alah, biasalah kan every year memang penutup kat sana pun.  Kebetulan cuti sekolah, haruslah aku angkut 2 superhero cilik aku tu.  Siapa lagi kalau bukan si abang dengan si adik... Driver yang tak jemu-jemu berkhidmat dengan aku setakat ini, walaupun tanpa gaji... si Gendutku yang sorang tu.  Adik-adik aku memang suka kalau Gendut ada. Best katanya.  Apa entah yang bestnya pun aku tak tau.. Lagi pun kalau berjalan macam ni dengan Gendut dan adik-adik aku, ramai yang kata kitorang ni semua adik-beradik.  Ada gak yang ngok-ngek kata abang dengan adik tu anak aku dengan Gendut. Haish!! Tapi aku dah biasa semua tu.  Itu menunjukkan aku dan Gendut dah ada ciri-ciri ibu bapa terbaik..muahahaha (geli pankreas aku time menaip ni...uwekkk..sambil buat aksi jolok tekak)
 
Walau pun panas terik, orang punyalah ramai...tapi itu bukan penghalang aku berjalan dengan diorang.  Memang happy je.. Dah lama jugak sebenarnya tak berjalan dengan diorang ni..  Sambil jenjalan tu, aku ternampak booth Chipsmore buat promosi beli Chipsmore nilai RM7.00 dapat 1 tiket masuk Chipsmore Land.  Dedulu, akulah orang yang paling suka join mende macam ni.  Sekarang dah lebih had umur sebab syarat nak join tu umur mestilah 7-13 tahun SAHAJA.  Aku ni dah suku abad weii (tetiba terasa macam kertu pulak bila sebut camtu...ngerii..) Aku tanya kat abang, dengan pantas dia jawab nak join.  Alhamdulillah. Walaupun aku tak dapat masuk, dapat amik gambo si abang pun jadilah.
 
 
1. Team mate abang...yang baju kuning tu sebaya je dengan dia tapi badannya lagi besar dari abang. Adik pinky tu yang paling berani siap boleh pegang ular tanpa rasa bersalah lak tu..
3. Safety first. Pakai elbow guard dulu..
4 & 6. Cabaran pertama-lompat tarzan..lepas!
5. Nampak je kamera walaupun aku amik dari luar. Dah macam pengintip pulak...
2. Habis sudah..
(Nombor not in a right order kat gambo tu..tu yang aku explain ikut the right order)
 
Selipar tu!!!!
 
Korang nampak selipar tu?? Memang aku hangin sebab aku perasan abang pakai selipar tu bila dah sampai kat Karnival Jom Heboh.  Ingatkan dia pakai kasut lain so, aku tak check dari rumah. Time aku bebelkan abang, dia diam je. Dia tau kaklong dia ni tak suka bawa berjalan kalau selekeh-selekeh ni.  Bergaya dah bagus tapi tang selipar tu...haish..tak leh blah la kau bang..