Column

Showing posts with label personaliti. Show all posts
Showing posts with label personaliti. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Kita Sama atau Berbeza?

PERLU ditanya pada diri sendiri, berkahwin kerana keinginan peribadi atau desakan orang lain?

Barangkali ada yang belum ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga tetapi atas paksaan, lalu dia menjalani sebuah perkahwinan.

Pilihan pasangan hidup adalah lebih penting daripada apa jua yang dilakukan untuk membahagiakan rumah tangga. Bunyinya seperti mudah saja dilakukan tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha dalam membuat keputusan yang baik.

Jika anda belum ada pasangan dan baru berhasrat menjalin hubungan dan melangsungkan kehidupan berdua yang membahagiakan, renungkan petua ini:

· Memilih pasangan sendiri. Ramai yang sering memilih pasangan semata-mata untuk menggembirakan orang lain tetapi amat penting supaya orang yang hendak berkahwin itu sendiri gembira dengan pilihannya. Keputusan hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian sendiri.

· Harapan yang tidak wajar. Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai yang memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan perasaan romantik mereka ketika bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya, rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.
· Masalah peribadi dan tingkah laku. Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila berkahwin.
Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup untuk menghabiskan masa sehingga ke akhir hayat untuk menangani ciri keperibadian pasangan yang tidak disenangi.

· Banyak pengalaman hidup. Pengalaman yang dilalui tidak bergantung pada usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan.
Ambil contoh mudah misalnya melalui lalu lintas yang sesak atau jalan kampung yang becak. Dari situ, dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.

· Bayangan orang yang ingin dikahwini. Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda.
Bayangkan dengan jelas sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam mengenai penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan seumpamanya.
Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada bayangan anda ini. Jika tidak, anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.

· Pasangan bersifat seakan-akan diri anda. Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifatnya akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumah tangga yang dibina kekal bahagia.
· Mempunyai cita-cita seiring. Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa.
Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

· Kebolehan berkomunikasi. Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagiaan rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan bukanlah caranya.
· Kebolehan selesaikan masalah. Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin.

Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka.

Friday, January 28, 2011

Ciri-ciri Hidup Sederhana Rasulullah SAW

Pernah ke korang dengar tentant seorang pemimpin yang menjalani kehidupan mengikut ciri-ciri hidup sederhana Rasulullah SAW.  Nak tahu siapa pemimpin tersebut??


Kenalkah anda dengan wajah ini??

Itulah dia, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad!! Misinya bukan sahaja dilihat untuk memperkatakan tentang keselamatan rakyat Iran tetapi juga keselamatan dan keamanan bagi seluruh negara Islam.

Majalah penuh berinformasi, Milenia Muslim keluaran Februari 2011 telah mendedahkan beberapa fakta menarik tentang Ahmadinejad yang aku rasa boleh dicontohi dan diteladani pemimpin-pemimpin seantero dunia. 

Berikut adalah 12 fakta menarik tentang beliau:

1. Semasa pertama kali menduduki pejabat Presiden, beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid di Teheran dan menggantikan dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan. (Kalau hantar kat masjid di kampung-kampung pun alhamdulillah..)

2. Beliau lihat ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tetamu VIP, lalu ia memerintahkan menutup ruang tersebut dan bertanya pada protokol untuk ganti ruangan biasa dengan dua buah kerusi kayu, meski sederhana tetap dilihat menarik.  (2kerusi kayu tu dah macam kat rumah aku je. Hehe...)

3.  Di banyak kesempatan beliau beramah mesra dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat Presiden.  (Tukang sapu kat Malaysia ni jarang ada pegawai besar yang nak beramah mesra. Diorang tahu arahhhh je!!)

4.  Menteri-menterinya diminta menandatangani dokumen arahan, terutama yang menekankan hidup sederhana, penyata peribadi hatta kerabat dekat pun diawasi. (Pengisytiharan/Perjanjian dengan Presiden tuuu....)

5.  Langkah pertama selepas mengambil alih pentadbiran adalah mengumumkan kekayaan dan harta dimilikinya.  Terdiri dari sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun lalu di daerah kumuh di Teheran.  Penyata bank wang yang berjumlah kecil, dan satu-satunya wang masuk adalah gaji bulananya sebagai pensyarah di sebuah univesiti hanya berjumlah US$ 250. (Sekarang semua materialistik!!)


Ni ha ghupe Peugeot 504..antik kan??

6. Beliau sebagai Presiden masih tinggal di rumahnya.  Hanya itulah sahaja yang dimiliki.  Beliau tidak mengambil gaji, alasannya adalah kerana semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.  (Sangat baik hati presiden macam ni)

7.  Satu hal yang membuat staf jabatannya kagum ialah beg yang selalu dibawa setiap hari hanya berisikan sarapan roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya.  Beliau makan dengan gembira, dan menghentikan kebiasaan sediakan makanan khas Presiden.  (Bersederhana dalam segala hal)


Agaknya macam ni la roti keju yang dibuat si isteri ye..

8.  Pesawat terbang Presiden, beliau ubah jadi pesawat kargo menjimatkan negara dan beliau sendiri menggunakan penerbangan biasa kelas ekonomi.  (Pemimpin lain sibuk mengambil harta kerajaan untuk dijadikan hak milik peribadi)

9.  Sentiasa bermesyuarat dengan menteri-menterinya, dapatkan info tentang kegiatan yang sudah dilakukan.  Abaikan protokol istana sehingga menteri-menterinya mudah jumpa terus dengannya tanpa halangan.  Menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, publisiti peribadi, atau hal-hal seperti itu masa mengunjungi berbagai tempat di negaranya.  (Berjiwa rakyat)

10. Kalau terpaksa menginap di hotel, beliau akan meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana tidak suka tidur di atas tilam tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.  Padanya hal ini tidak menjatuhkan imej Presiden.  (Korang sanggup tidur atas lantai?? Aku sanggup!! Best..hari-hari pun atas lantai gak...)

11.  Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yang selalu mengikutnya. Menurut akhbar Wifaq, foto-foto diambil oleh adiknya, kemudian disebarkan di seluruh dunia, termasuk Amerika.  (Baring sambil tengok tv)

12.  Dikatakan, sepanjang solat, anda jarang dapat lihat beliau duduk di barisan depan.  Bahkan ketika suara azan berkumandang, beliau terus bersolat di mana-mana pun, walaupun hanya beralaskan karpet biasa.  (Ibadah solat di awal waktu...contoh terbaik untuk semua manusia)

Rupanya Ahmadinejad bukan seorang presiden yang ganjil tetapi kesederhanaannya yang tidak membazirkan wang rakyat, adalah mengikut ciri-ciri hidup sederhana Rasulullah SAW.

Sumber: Majalah Milenia, keluaran Februari 2011