Kenalkah anda dengan wajah ini??
Itulah dia, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad!! Misinya bukan sahaja dilihat untuk memperkatakan tentang keselamatan rakyat Iran tetapi juga keselamatan dan keamanan bagi seluruh negara Islam.
Majalah penuh berinformasi, Milenia Muslim keluaran Februari 2011 telah mendedahkan beberapa fakta menarik tentang Ahmadinejad yang aku rasa boleh dicontohi dan diteladani pemimpin-pemimpin seantero dunia.
Berikut adalah 12 fakta menarik tentang beliau:
1. Semasa pertama kali menduduki pejabat Presiden, beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid di Teheran dan menggantikan dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan. (Kalau hantar kat masjid di kampung-kampung pun alhamdulillah..)
2. Beliau lihat ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tetamu VIP, lalu ia memerintahkan menutup ruang tersebut dan bertanya pada protokol untuk ganti ruangan biasa dengan dua buah kerusi kayu, meski sederhana tetap dilihat menarik. (2kerusi kayu tu dah macam kat rumah aku je. Hehe...)
3. Di banyak kesempatan beliau beramah mesra dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat Presiden. (Tukang sapu kat Malaysia ni jarang ada pegawai besar yang nak beramah mesra. Diorang tahu arahhhh je!!)
4. Menteri-menterinya diminta menandatangani dokumen arahan, terutama yang menekankan hidup sederhana, penyata peribadi hatta kerabat dekat pun diawasi. (Pengisytiharan/Perjanjian dengan Presiden tuuu....)
5. Langkah pertama selepas mengambil alih pentadbiran adalah mengumumkan kekayaan dan harta dimilikinya. Terdiri dari sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun lalu di daerah kumuh di Teheran. Penyata bank wang yang berjumlah kecil, dan satu-satunya wang masuk adalah gaji bulananya sebagai pensyarah di sebuah univesiti hanya berjumlah US$ 250. (Sekarang semua materialistik!!)
Ni ha ghupe Peugeot 504..antik kan??
6. Beliau sebagai Presiden masih tinggal di rumahnya. Hanya itulah sahaja yang dimiliki. Beliau tidak mengambil gaji, alasannya adalah kerana semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya. (Sangat baik hati presiden macam ni)
7. Satu hal yang membuat staf jabatannya kagum ialah beg yang selalu dibawa setiap hari hanya berisikan sarapan roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya. Beliau makan dengan gembira, dan menghentikan kebiasaan sediakan makanan khas Presiden. (Bersederhana dalam segala hal)
Agaknya macam ni la roti keju yang dibuat si isteri ye..
8. Pesawat terbang Presiden, beliau ubah jadi pesawat kargo menjimatkan negara dan beliau sendiri menggunakan penerbangan biasa kelas ekonomi. (Pemimpin lain sibuk mengambil harta kerajaan untuk dijadikan hak milik peribadi)
9. Sentiasa bermesyuarat dengan menteri-menterinya, dapatkan info tentang kegiatan yang sudah dilakukan. Abaikan protokol istana sehingga menteri-menterinya mudah jumpa terus dengannya tanpa halangan. Menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, publisiti peribadi, atau hal-hal seperti itu masa mengunjungi berbagai tempat di negaranya. (Berjiwa rakyat)
10. Kalau terpaksa menginap di hotel, beliau akan meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana tidak suka tidur di atas tilam tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut. Padanya hal ini tidak menjatuhkan imej Presiden. (Korang sanggup tidur atas lantai?? Aku sanggup!! Best..hari-hari pun atas lantai gak...)
11. Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yang selalu mengikutnya. Menurut akhbar Wifaq, foto-foto diambil oleh adiknya, kemudian disebarkan di seluruh dunia, termasuk Amerika. (Baring sambil tengok tv)
12. Dikatakan, sepanjang solat, anda jarang dapat lihat beliau duduk di barisan depan. Bahkan ketika suara azan berkumandang, beliau terus bersolat di mana-mana pun, walaupun hanya beralaskan karpet biasa. (Ibadah solat di awal waktu...contoh terbaik untuk semua manusia)
Rupanya Ahmadinejad bukan seorang presiden yang ganjil tetapi kesederhanaannya yang tidak membazirkan wang rakyat, adalah mengikut ciri-ciri hidup sederhana Rasulullah SAW.
Sumber: Majalah Milenia, keluaran Februari 2011
No comments:
Post a Comment