Column

Wednesday, June 20, 2012

Abah Sakit.

Saat aku menaip entri ni, abah dah pun dimasukkan ke wad. Abah disahkan strok kecil. Doktor sahkan malam tadi, abah kena makan pakai tiub sebab anak tekaknya dah ke dalam.  Semua orang hairan camne orang sesihat abah boleh kena strok secara tiba-tiba. Inilah kuasa Allah. Dari Dia kita sihat, dari Dia juga kita diuji dengan penyakit.  Kami sekeluarga redha dengan ketentuan Allah.

Aku, mak dan adik-adik memang sangat rapat dengan abah. Harap kitorang dapat sambut birthday abah 25 Jun ni dengan keadaan dia yang masih ada sedikit kesihatan. Esok masih belum ada kekuatan untuk kerja. Jawabnya, aku apply cuti lagi.

Update: Abah aku tak jadi guna tiub untuk makan sebab abah boleh makan guna mulut lagi..Siap abah marah doktor pulak. Terdiam doktor tu. Alhamdulillah..

Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri

250_jom_kurus__54030
Aku sangat excited baca ni kat blog PuanBee Memang kebetulan aku tengah cari kursus atau seminar free tentang kesihatan ni.  Even aku dah kurus, tapi aku nak lebih sihat.  Badan tak berapa nak sihat sekarang ni sebab kurang bersenam.  Lagi satu kenapa aku nak sangat join Seminar Jom Kurus ni sebab ada idola kesihatan aku! Kevin Zahri!! Mesti banyak tips yang dia share dengan peserta kan. Harus pergi! Lepas habis tu siap dapat eBook yang memang dah lama aku idamkan..hehe...

Sekarang ni aku tengok masalah obesiti dah jadi masalah dunia. Tau ke korang obesiti tu apa? Bukan sakit Mak Siti ye.. Obesiti tu masalah berat badan yang berlebihan. Macam mak aku..(mak jangan marah ek :p) Akibat tak jaga makan, pastu makan junk food gila punya banyak. Akibatnya? Tanggung sendiri.  Macam mak aku tu sampai sakit lutut, sakit peha, sakit pinggang. Cuma yang agak hebatnya, mak aku belum ada sakit 3 serangkai. Hopefully 3beradik tu tak singgah kat mak aku la.

Di saat aku menulis ni, aku dapat perkhabaran abah sakit! Abah telefon aku, katanya mulut dah senget sebelah! (Air mata tak boleh tahan dah...sorry) Pegang handle motor pun tetiba tak kuat dah, nak berkumur pun tak kuat...arrgghhhh...tak mampu nak tulis lagi.. Dan ini jugak sebab aku nak pergi seminar tu secepat mungkin.  Sebab nak cari penawar sakit abah jugak! Prevention is better than cure.

Ni la details program tu:
  • Tarikh: 8hb Julai 2012 (Ahad)
  • Masa: 2-5pm
  • Lokasi: Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur
  • Speaker: Kevin Zahri (my health idol!!)
  • Bilangan Peserta: 40 sahaja
  • Penyertaan percuma , selain dari itu blogger yang hadir akan mendapat eBook percuma selepas sesi seminar.
Syarat Penyertaan : Untuk menyertai sessi percuma Jom Kurus ini, anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Mesti mempunyai blog yang aktif
  • Create satu blog post tentang: 1) kenapa anda ingin join seminar ini dan 2) kenapa rasanya ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan. (simple2 je )
  • Include logo Jom Kurus dalam blog post tersebut.
  • Penting! Sila email link blog post anda kepada PuanBee di puanbeedotcom@gmail.com
Kriteria Pemilihan
  1. Ada blog - yes!
  2. Buat blog post - yes!
  3. Submit url ke email puanbee - yes!
  4. Sebelum mencukupi 40 peserta penyertaan di terima - hopefully!
Semoga aku terpilih jadi peserta!!!

p/s: kawan-kawan, doakan abah sHiLaziZi cepat sembuh ye.

Sunday, June 10, 2012

Bunga..Burger..Birthday..3B

Huh, kenangan terlampau banyak dalam hidup aku ni. Yang pahit, yang manis, semua ada.  Saat aku sambut hari lahir yang ke-27 pun ada kenangan yang tersendiri.  Huh, dah 27 umur aku??? Umangai! Tuanya...

Aku sebenarnya hampir terlupa hari tu birthday aku.  Malam menjelang 25 April, Gendut datang umah. Time tu hujan lebat.  Korang tau dia datang untuk apa? Dia kata dia nak jadi orang yang pertama wish birthday aku.    


Dia datang semata-mata nak bagi bunga ni!! 
So romantic! 

Tak sangka aku dia ada jiwa bunga-bunga camni.  Katanya, belum cukup bulan, so, bunga sekuntum je.  Nanti dah ujung bulan baru dapat hadiah beso sikit.. Apalah agaknya kan...


Esoknya, aku dapat perfume dari member ofis aku as my birthday gift.

Ni time dah hujung bulan, punya jauh dia ajak aku jenjalan..rerupanya, seperti yang dijanjikan.. Jeng..jeng...jeng...


Giant burger@YB Burger, Shah Alam 
(Model: Bakal adik ipar den ler..sebab birthday dia sama bulan dengan aku)
Memasing dapat sorang sebijik.  Hambek!! Makan sampai sudah!

Tapi burger ni tak boleh lawan burger yang ini. Apa pun, thanks so much Gendut sebab nak membesarkan badan saya macam badan awak. 

Hadiah yang paling best bila mak abah wish ler kan.. Kata-kata semangat dan nasihat sampai terlekat dalam jiwa aku.  Apa yang mak abah wish kat aku?  Biarlah aku simpan sensorang ek.. Hadiah yang tu takmo share. Kedek sikit...kekeke...

Hidup penuh dengan kenangan memang masyuk..Bahagia weih... =)



Wednesday, June 6, 2012

Kaw Kaw Burger Bakar | Grill Burger

Ni pun kesah 2 bulan lepas.  Semua kesah yang dah basi kan. Tapi takpe aku nak jugak blogkan sebab nanti anak cucu aku boleh baca kesah mak nenek dia yang kaki jalan dan kaki makan ni. Hehe...


Korang sure pernah makan burger bakar kan.  Aku lak, baru ni 1st time nak makan.  Terus ajak Gendut ke Burger Kaw Kaw, burger bakar yang famous amos kat Seksyen 2, Wangsa Maju tu.  Aku bawa adik dengan abang sekali.  Kitorang sampai dalam kul 8.10 malam.

Korang tau? Sesampai je, aku dah terbeliak bijik mata.  Umangai! Ramainya orang...


Beratur punyalah panjang. Tukang amik order tu belakang Hilux tu. Gerainya pulak nun disebalik pokok yang besar tu.  Memang fenomena betul!


Akhirnya giliran aku pun tiba.  Ha, amik ko! Orang yang ke-103.  Time ni, diorang tengah siapkan order no.48.  Korang kiralah sendiri berapa jauh nombor aku.  Ni, kalau kat klinik, memang aku balik terus.  Terus rasa sihat je, tak yah dah jumpa doktor. Tapi yang ni teringin punya pasal, tunggu pun tunggulah. Walaupun kena berdiri lelama.  Seat semua penuh!


Nampak tak asap-asap tu?  Ha, tu la dia tempat diorang grill daging burger. Aku dengar diorang jual lebih 1000 patty untuk satu malam.  Staf pulak, setakat yang aku tengok ada la dalam 10 orang termasuk, tukang amik order, tukang bancuh air, tukang bakar, tukang bungkus, tukang bubuh segala maknek sayur.  Ramai kan.  Tu pun katanya nak pakai staf part time lagi.  Business Bumiputera yang sangat memberangsangkan. Kat atas tu semua antara customer yang sesame tunggu order macam aku.  Kematu wei kaki nunggu. Sabarrrr...

Hasil kesabaran menunggu sampai kul 10.15 malam, nombor aku pun dipanggil...jeng..jeng...jeng...
Time to taste it!



 single beef RM 7.50 | aku punya :-p


-single chicken (set) with 2 sosej + drink RM 10.00 | abang+adik

Sosej dengan air awal-awal dah habis.  Penangan tunggu order lama sangat, tekak pun kering.  2 jam ko nak nunggu burger siap.  Nasib order sikit.  Kalau order bebanyak, kesian orang yang datang kendian. 


 Triple petty+cheese RM 21.00 | Gendut+aku 
< nampak tak gelojohnya di situ? Tadi dah makan 1, ni share lak lagi >

Yang ni memang sangat marvelous! WAJIB cuba.  

Apa yang boleh aku cakap, walaupun gerai Burger Bakar Kaw-Kaw ni sempoi je, tapi keenakannya memang TERBAEK!!  Berbaloi-baloi...Halal pulak kan =)


Nanti aku cerita pulak kisah burger saiz Giant yang aku dah cuba jugak.  Walaupun jauh, sanggup aku terjah  hanya untuk rasa burger Giant yang menyimpan sejarah aku akhirnya.  Apa sejarahnya? Kena tunggu next entri la ye..Chowcincaw!




Tuesday, June 5, 2012

Persembahan Jemputan oleh AIM

Tarikh 14.4.2012 ni memang banyak bawa kenangan suka duka dalam hidup aku. Tahun ni je 2 peristiwa terjadi kat aku.  Siang kereta abah hilang, dah gelabah.  Sedih pun tak hilang lagi.  Malam kena bawa budak untuk dinner show kat Restoran Al-Rawsha, Kg. Pandan untuk Malam Amal Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Bahagian...urmm aku tak ingat la pulak.  KL aku rasa. (Maaplah ye, event dah hampir 2 bulan lepas, hilang ingatan dah aku..keke...)


Bayangkanlah, aku kena buat 2 perkara yang agak remeh dalam masa yang sangat singkat. Makeup & hair done just in 2 hours for 8 girls. Fuhh!! Memang berpeluh.  Nasib ada Anis, mak buyung yang tengah sarat tu tolong mekapkan.  Aku just setting rambut budak-budak ni je.


Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma makanan arab ni, memang bukan selera aku. So, aku cuma makan french fries je. Nasi dengan ayam tu makan sesikit je.

Dalam kelam-kabut, dah sampai destinasi, baru aku perasan henpon aku tercicir! Memang tak senang duduk wei.  Sanggup aku patah balik.  Siap minta budak joki tu reserve parking. Cecepat aku drive balik.  Nasib baik tak jauh tempat tu.  Fuhh! Rupa-rupanya tertinggal atas meja time aku betulkan tudung aku.  Yelah kan, takkan dancers je nak cantik, cikgunya pun nak cantik jugek.. =)

Time aku datang balik kat restoran tu, cecepat mamat joki tu minta semua orang bagi laluan kat aku.  Korang pernah rasa jadi VIP tak? Alah, yang turun bebetul depan pintu utama tu.  Pastu semua orang pandang kat ko sorang je. Ala-ala artis glamor yang nak lalu kat red carpet time award tu..  Ha, itulah perasaan aku bila si mamat joki tu bagi aku parking bebetul kat tempat VVIP.  Korang bayangkanlah, kiri kanan kereta aku tu, kereta import.  Sebelah BMW 7series, sebelah lagi tak ingat. Tapi mewah jugaklah.  Sekali terselit mr.VIVA yang comel pemalu tu kan. Hahaha... Jangan kata korang, aku pun tergelak sensorang time tu.  Orang semua pandang semacam je.  Dulik hape aku kan.

Apapun, aku happy sebab show malam tu success! Alhamdulillah... =)


Friday, June 1, 2012

Kereta Hilang!!!!!

Walaupun kisah ni dah lebih sebulan berlalu tapi aku tetap nak share thru my blog about it.  Kejadian 14.4.2012 (Sabtu) 



Bila Gendut call aku untuk bagitau kereta hilang pepagi buta, memang buat aku terus terjaga, even aku sebenarnya berniat nak bangun lambat pagi tu.  Korang bayangkanlah, aku termelompat bangun dari katil.  Sangat tangkas dan cargas!!  Gila la kan dengar benda-benda emergency camni leh lepak-lepak pulak kan. Aku capai tuala, terus mandi.  Then, keluar rumah terus.  Terserempak pulak dengan mak kat depan rumah.  Aku tak berani nak cakap banyak sebab confirm nanti mak marah sebab kereta yang hilang tu, kereta abah! Kereta yang paling banyak jasa kat aku & family. Time banjir aritu pun kereta ni la yang bantu aku untuk sampai ke tempat kerja setiap hari sepanjang tempoh kereta aku dok dalam workshop.  Sebulan lebih la jugak.. lastly, hilang pulak..hurmm...

Dengan kereta tu la, abah hantar aku ke poli untuk further study. Dengan kereta tu jugaklah abah dengan mak cari duit lebih. Jual nasi lemak! Kereta tu pun hasil jual nasi lemak jugak sebenarnya.  (Sebak saat taip entri ni..) Aduh. Memang kalut time tu. Bila dah jumpa Gendut, kitorang terus pergi buat police report.  Kat balai jugak aku call abah sebab macam tak sedap hati sebab tak bagitau dia.  Memang pasrah dah time tu.  Kena marah pun, kena marahlah. Aku terima je.  Ye lah, takkan dia nak marah bakal menantu kan... Haruslah anaknya yang kena.  Tapi 1 keajaiban telah berlaku.  Korang tau tak apa yang dah jadi?  Abah langsung tak marah weihhh... Just cakap, 'takpe la long, dah tak ada rezeki.  Lepas ni boleh beli kereta baru'.  Aku memang terkedu.

Andai aku yang hilangkan, confirm aku yang kena marah kaw-kaw punya.  Sayang menantu bakal menantu nampak! Kalau kes jenayah curi kereta ni memang makan masa yang lama kat balai.  Bayangkanlah aku dengan Gendut kat balai tu dari kul 8.00 pagi sampai 5.00 petang.  Dah la sepatutnya aku pergi makeup bebudak show aku kul 2.00 petang untuk dinner show malam tu. Terus tertangguh.  

Yang buat aku masih berfikir sampai sekarang kenapa abah langsung tak marah??? Aik?? Musykil...musykil...

Sehingga ke saat ini, kereta abah tu masih belum dijumpai..huhu...Proton Saga WBV5905