Korang tau? Sesampai je, aku dah terbeliak bijik mata. Umangai! Ramainya orang...
Beratur punyalah panjang. Tukang amik order tu belakang Hilux tu. Gerainya pulak nun disebalik pokok yang besar tu. Memang fenomena betul!
Akhirnya giliran aku pun tiba. Ha, amik ko! Orang yang ke-103. Time ni, diorang tengah siapkan order no.48. Korang kiralah sendiri berapa jauh nombor aku. Ni, kalau kat klinik, memang aku balik terus. Terus rasa sihat je, tak yah dah jumpa doktor. Tapi yang ni teringin punya pasal, tunggu pun tunggulah. Walaupun kena berdiri lelama. Seat semua penuh!
Nampak tak asap-asap tu? Ha, tu la dia tempat diorang grill daging burger. Aku dengar diorang jual lebih 1000 patty untuk satu malam. Staf pulak, setakat yang aku tengok ada la dalam 10 orang termasuk, tukang amik order, tukang bancuh air, tukang bakar, tukang bungkus, tukang bubuh segala maknek sayur. Ramai kan. Tu pun katanya nak pakai staf part time lagi. Business Bumiputera yang sangat memberangsangkan. Kat atas tu semua antara customer yang sesame tunggu order macam aku. Kematu wei kaki nunggu. Sabarrrr...
Hasil kesabaran menunggu sampai kul 10.15 malam, nombor aku pun dipanggil...jeng..jeng...jeng...
Time to taste it!
single beef RM 7.50 | aku punya :-p
-single chicken (set) with 2 sosej + drink RM 10.00 | abang+adik
Sosej dengan air awal-awal dah habis. Penangan tunggu order lama sangat, tekak pun kering. 2 jam ko nak nunggu burger siap. Nasib order sikit. Kalau order bebanyak, kesian orang yang datang kendian.
Triple petty+cheese RM 21.00 | Gendut+aku
< nampak tak gelojohnya di situ? Tadi dah makan 1, ni share lak lagi >
Yang ni memang sangat marvelous! WAJIB cuba.
Apa yang boleh aku cakap, walaupun gerai Burger Bakar Kaw-Kaw ni sempoi je, tapi keenakannya memang TERBAEK!! Berbaloi-baloi...Halal pulak kan =)
Nanti aku cerita pulak kisah burger saiz Giant yang aku dah cuba jugak. Walaupun jauh, sanggup aku terjah hanya untuk rasa burger Giant yang menyimpan sejarah aku akhirnya. Apa sejarahnya? Kena tunggu next entri la ye..Chowcincaw!