Column

Friday, March 30, 2012

Kosong....Najwa Latif

Sekali aku dengar lagu ni terus jatuh cinta.... Ni kira lagu penaik semangat aku jugak ler...Meh, aku share liriknya dengan korang...video? Korang cari la kat youtube..melambak! Nak cover version pun ada.
Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
kosong .. kosong ..
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong .. kosong ..
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Ooo..woo~
Kosong .. kosong..
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
kosong .. kosong ..
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Korang suka tak lagu ni?? Meh, share pulak dengan aku...


Diet Sihat 7 Hari Je

Rahsia Achik turun berat sampai 2kg dalam 3hari je...

thru fb aku...


Diet ini adalah untuk anda yang ingin menghilangkan berat badan dalam waktu singkat. Diet ini diberikan oleh salah sebuah hospital di Maryland, USA, untuk para pesakit jantung yang perlu menurunkan berat badan dengan cepat sebelum dibedah. Program 7 hari ini digunakan sekerap mungkin sesuai keperluan. Jika diamalkan secara tepat dan dijalankan secara penuh, program ini akan membersihkan sistem metabolisme yang akan membantu ketahanan tubuh dan memberikan tubuh yang segar yang sebelumnya tidak dirasakan.
Hanya dalam jangka waktu beberapa hari, anda akan merasakan tubuh anda akan menjadi lebih ringan sekurang-kurangnya 10 pounds (+/- 4 kg) dan bahkan mungkin hingga 17 pound (7.5 kg) serta memiliki lebih tenaga. Teruskan program ini selama anda inginkan dan rasakan perbezaannya.

Program ini adalah diet pembakaran lemak dan rahsianya adalah bahawa anda akan membakar kalori lebih banyak daripada kalori yang anda ambil. Ini akan membersihkan sistem pengolahan dalam tubuh dan memberikan kesegaran.

Disebabkan perbezaan sistem pencernaan masing-masing, program ini akan memberikan efek yang berbeza-beza bagi setiap orang. Sesudah 3 hari menjalani program, maka anda akan merasakan kesegaran dan memiliki energi lebih besar dari sebelum anda mengikuti program ini, dengan syarat - *JANGAN SEKALI-KALI MELANGGAR PANTANG-LARANG!*.
Setelah beberapa hari mengikuti program ini, anda akan merasakan perubahan yang ketara terhadap perut anda. Walaupun anda masih boleh minum kopi hitam tanpa pemanis atau gula, anda pasti merasakan bahawa setelah 3 hari mengikuti program ini, keperluan anda terhadap kafein, tiada lagi.

*SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DIAMBIL SEPANJANG PROGRAM*

1. ROTI / NASI

2. MINUMAN BERALKOHOL

3. MINUMAN BERGAS (COKE, SPRITE, GREEN SAND, AIR SODA, dll)

4. MINUMAN DIET (DIET COKE, dll)

5. MAKANAN YANG BERGORENG

6. GARAM DAN BAHAN PERASA


*YANG BOLEH DIAMBIL*

1. AIR PUTIH

2. KOPI HITAM TANPA PEMANIS/GULA

3. TEH TANPA PEMANIS/GULA

4. CRANBERRY JUICE

5. SUSU RENDAH KALORI - HANYA PADA HARI YANG DITETAPKAN SAJA


Sup pembakar lemak ini dapat diambil setiap saat ketika merasa lapar - makanlah sebanyak yang diinginkan dan sesering yang anda mahu, kerana sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh sama sekali. Makanlah sebanyak yang anda inginkan.

*Semakin banyak sup yang anda makan, semakin besar lemak anda yang terbakar*.

Anda juga dapat memakan ayam yang direbus atau dipanggang (tanpa kulit) menggantikan daging. Sekiranya anda terpaksa mengambil ubat-ubatan selama masa diet, jangan bimbang, ia tidak akan mengganggu program ini sendiri. Jika anda lebih menyukai ikan dibandingkan daging, anda dapat menukar menu daging dengan ikan.


*SUP PEMBAKAR LEMAK*

*BAHAN-BAHAN (satu resepi)*

3-6 BAWANG BESAR BOMBAY
6 BIJI TOMATO SEGAR
1 BUNGA KOBIS
2 BIJI LADA CAPSICUM HIJAU
AIR

*CARA MEMBUAT*

Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus selama 10 minit atau sampai empuk.

*Makanlah sup ini setiap kali anda merasa lapar, sejumlah yang anda inginkan dan tiap saat dalam sehari. Sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh anda.*


*HARI - 1*

Makanlah segala jenis buah KECUALI PISANG. Tembikai memiliki kandungan rendah kalori dibandingkan dengan buah-buahan lainnya. Makanlah hanya *sup pembakar lemak (satu resepi)* dan buah-buahan sepanjang *hari - 1* ini. Untuk minuman, boleh diambil teh tanpa gula, cranberry juice dan air putih.


*HARI - 2*

Makanlah segala jenis sayuran, baik mentah atau pun yang direbus sesuai selera. Upayakan makan sayuran hijau dan hindari sayuran berbiji seperti kacang panjang, buncis mahupun jagung. Makanlah sayuran tersebut bersama *sup pembakar lemak (satu resepi)* di atas.

Pada waktu makan malam, sebagai penghargaan terhadap komitmen anda sendiri, manjakan diri anda dengan kentang rebus. Makanlah sup pembakar lemak dan jangan mengambil buah sama sekali *hari - 2* ini.


*HARI - 3*

Kombinasikan makanan hari - 1 dan hari - 2, di hari ke - 3 ini, dan makanlah *sup pembakar lemak (satu resepi)*, buah-buahan dan sayur-sayuran.

*JIKA ANDA MENGIKUTI PROGRAM HARI KE 1 SAMPAI HARI KE 3 TANPA MELANGGAR SEDIKIT PUN, PADA HARI KE 4, ANDA SEMESTINYA TELAH KEHILANGAN +/- 3 KG*.


*HARI - 4*

Makanlah hanya pisang dan susu rendah kalori. Makanlah hingga 8 biji pisang dan minumlah susu rendah kalori sebanyak yang anda inginkan. Kedua jenis makanan dan minuman tersebut mengandungi karbohidrat dan kalori yang anda perlukan dan menggantikan keperluan rasa manis setelah 3 hari pertama program. *Sup pembakar lemak (setengah resepi)* tetap anda ambil sepanjang hari.


*HARI - 5*

Makanlah daging dengan tomato. Anda juga boleh memakan ikan (daging hingga 0.25 kg) tetapi boleh diganti dengan ayam panggang atau ikan rebus dan tomato segar sebanyak 6 biji sepanjang hari. Minum sekurang-kurangnya nya 8 gelas air putih hari ini untuk membersihkan tubuh dari uric asid. Makanlah *sup pembakar (setengah resepi)*.


*HARI - 6*

Makanlah ikan (daging - seperti hari ke 5) dan sayur-sayuran. Ambil sesuai keinginan. Anda bahkan dapat makan 2 - 3 steak hari ini TANPA KENTANG. Pastikan *sup pembakar lemak (setengah resepi)* anda ambil hari ini.


*HARI - 7*

Nasi beras merah, juice buah tanpa pemanis dan sayur-sayuran menjadi makanan anda sehari ini, berserta *sup pembakar lemak*.

*PADA HARI KE 7, SEMESTINYA ANDA TELAH KEHILANGAN +/- 6 KG. JIKA PRESTASI INI TELAH TERCAPAI, HENTIKAN PROGRAM UNTUK JANGKA WAKTU 1-2 MINGGU, DAN KEMBALILAH MENJALANI PROGRAM HINGGA BERAT BADAN IDEAL ANDA SUDAH TERCAPAI.*

SELAMAT MENCUBA!


Achik sempat bertahan hingga hari ke-3 je sebab masuk hari ke-4 je tetiba dia minta nak makan bihun goreng for breakfast.  Terkejut jugak aku sebab adik aku ni jenis sangat berdisiplin dalam bab-bab macam ni. Tak macam aku...pfffttt  Lepas lebih kurang 3 jam makan bihun goreng, dia timbang berat dia, perghh...turun 2kg! Kalau xmakan mihun goreng tu agaknya berapalah berat dia kan..hmm...

Chaiyok! Chaiyok! Achik, you can do it more than that....make it possible...

Monday, March 26, 2012

Semua Ni Pasal MAWI!!!!!!

Pelik tak korang baca tajuk aku tu?  Actually, aku buka dashboard blog sebab nak tengok blog yang update untuk hari ni.  Sekali.....nah, kau! Semua blog kat timeline tu cerita pasal musibah yang melanda Mawi & Family.  Takziah sangat kat diorang kan.  Memang tragis bila aku baca lagi bab nenek dia buka pintu lepas diketuk.  Korang ni...ingat tragis tu untuk accident je ke? Bagi aku asal melibatkan sesuatu malapetaka sampai menyebabkan mangsa trauma, tu dipanggil tragis la. 
 
Allah masih melindungi keluarga diorang kan.  Itulah, malang tak berbau.  Kalau nak kena tu, kena jugak. Tak kira la ko tu pengemis ke artis ke driver ke...
 
Semoga family Mawi tabah menghadapinya.

Friday, March 23, 2012

Alkisah Jumaat: Kasut B.U.M. RM10??

Agenda hari ini adalah sesuatu yang unplanning <== ada ke ayat ni dalam bahasa omputeh? Main belasah je aku ni.  Asalnya nak lunch kat kafe, then mengoloh je.  Sekali.....ter'keluar' dari ofis la pulak dengan Achik.  Pergi borong kasut.  Hahaha...Almaklumlah dah 2 minggu peristiwa banjir berakhir, habis semua kasut-kasut di rak. Kenalah beli kasut yang baru.  Nak beli memahal belum mampu lagi sekarang ni.  Penyudahnya kitorang pergi kat warehouse BUM sebelah ofis Angah. 
 
Sampai je, tengok-tengok kasut, semua cecantik.  Gaya sporty memang favorite kitorang pun.  Haruslah macam nak juling biji mata memilih yang berkenan.  Aku tanya kat apek yang jaga tu harganya.  Sekali lagi terbeliak biji mata. RM10!!  Kat kedai pun harga RM30-50 juga sepasang. Ni dah sangat jimat. Bak kata Achik, macam beli kasut lambak kat pasar malam je Long.. Hahaha...Memang terbaek!!
 
Aku tak dapat beli banyak sebab kaki saiz giant wei...Saiz 41.  Ada 1 je yang aku berkenan.  Rembat je la.  Kasutnya pun cantik je. Material: jeans.  Achik beli 2 pasang.  Kaki kecik kan senang la cari saiz (Ada unsur dengki disitu..hahaha...)
 
Semua sekali baru RM30 berbanding harga asal yang mencecah RM100++...dah jimat.

Lembut Tapi Menikam!

Aku terbaca perkara ni dalam sebuah laman sosial...tak tau siapa yang create..nama pena, Bidadari Firdausi
 
Aku share dengan korang k =)
 
Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak
Saya SENYUM bukan bermakna saya RELA dimarah, dicaci atau dimaki oleh awak
Saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH
 
TAPI saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya
Saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN SUARA pada insan lain
dan Saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya
 
Hakikatnya saya juga seperti awak...punya hati dan perasaan
 
By: BIDADARI FIRDAUSI
 
p/s: best tak tajuk??? hehe...

Makanan Yang Aku TERINGIN Nak Makan Sekarang Ni

Aku teringin sangat nak makan semua yang kat bawah ni saat ini... Tamak kan...kekeke...
Tu pun kalau mampu dan ada orang yang baik hati nak belanja kita >_<
 
McDonalds- bestnya dapat makan set Spicy Chicken McDeluxe dengan sundae coklat...perghh....
 
Tutti Frutti - Froyo yang femes d'amor ni... Nak pulak time ni kat luar cuaca terik kan..memang menyegarkan
 
Baskin Robbin - Aiskrim yang dah lama aku mengidam nak makan.  Memang marvelous!
 
Big Apple - Donut yang dah berbulan-bulan tak makan. Semalam pergi Tesco dapat amik bau je bak kata Allahyarham P.Ramlee.
 
 
Semua makanan yang tak sihat kan..tapi ni la yang aku suka pun...Lama sangat dah wei..tak makan junkfood camni..
 
Cepat..cepat...sape nak belanja kita ni???
 

Wednesday, March 21, 2012

Bukan Hanya SPM Penentu Segalanya...

 
Congrats kat adik-adik yang berjaya dalam SPM korang.  Yang belum berjaya, bukan bermakna slip keputusan tu penamat segalanya.  Ini baru permulaan sebuah kehidupan seorang remaja.  Korang kan baru nak melangkah ke alam baru...Student di uni dan akan menempuh alam pekerjaan macam akak ni ha... (Akak la sangat...feeling2 sembang dengan adik2 pulak) So, chill la dengan keputusan tu.
 
 
Mak ayah pun janganlah pandang hebat sangat kat keputusan SPM tu.  Tak bawa ke mana pun kalau dapat straight A's tapi tak ada kerja sampai ke sudah. Puncanya? Pandai sangat sampai orang takut nak bagi kerja.  Ye ke?? Pepandai je aku...  Yang tak pandai macam akak ni jangan risau, korang maybe tak pandai jawab exam yang sangat tricky tu tapi korang pandai dalam perkara lain.  Akak dulu pun tak pandai dalam SPM.  Siap bajet failed 5 subjek lagi.  Sekali time amik slip tu, cikgu siap senyum lagi.  Lulus semua subjek!! Siap ada A lagi.  Siapa sangka kan...
 
Arah tujuan lepas SPM?
 
Kalau korang tak ada A pun still leh masuk Uni lagi.  Tak caya? Try la apply tapi jangan pulak korang dah tau result korang ok-ok je pastu apply science course. Konon-konon nak jadi doktor la kan.. Memang nan hado la dek non ooii!!  Cari la kursus yang sepadan dengan result.  Kalau tak tau, korang leh rujuk dengan bekas-bekas cikgu kat sekolah memasing, kursus apa yang sesuai. Even korang tak suka pun kursus tu tapi mana tau itulah kursus yang menjamin masa depan korang. Macam akak ni la. Nak sangat jadi engineer tapi apakan daya..Keputusan exam? Nan hado... dah Allah kata rezeki dapat jadi secretary je..kira ok la..Dah 7 tahun pun kerja ni...
 
So, adik-adik redhalah dengan result yang hado tu.. Smilee....
 
 
 

Monday, March 19, 2012

Pengubat Lara...Cuci The Musical Last Kopek...

Di kala terpaku di pintu duka masih ada lorong-lorong cahaya...Ecewah...sempat nak berpuitis bagai..hehe....
Aku tengok teater Cuci last week. Tu je sebenarnya yang aku nak bagitau.
Korang pun tau kan..Aku baru je lepas hadapi ujian Allah http://shilazizi.blogspot.com/2012/03/banjir-lumpur-melanda-aku-trauma.html Hmm...trauma pun tak hilang lagi. Asal hujan je, aku dah berdebar.  Semalam, air naik lagi tapi family aku bernasib baik sebab rumah aku tak kena.  Kesian sangat dekat family yang kena musibah 2 kali tu.  Hampir sampai ke rumah aku air tu tapi nasib baik hujan berhenti lepas 2 jam turun lebat.
 
 
Firstly, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat kementerian sebab sangat menghargai staf yang dah bertungkus-lumus bekerja especially untuk Program Karisma NGO yang diadakan 4 Mac 2012 lepas.  Kitorang dapat tiket tengok Cuci The Musical Last Kopek sorang satu.  Nasib aku agak baik sebab bos tak nak pergi so tiket dia bagi aku.  Kebetulan adik aku si Kak Chik pun ada kat ofis aku so dia pun dapat 1.  Lepas tu, last minute dapat lagi 1 tiket sebab ofismate aku ni tak minat teater. Rugikan dia?? Hehe... Total dapat 4 tiket.  Aku tak fikir lain dah.  Yang aku fikir bawa adik-adik aku je.  Kira upah diorang la lepas penat cuci rumah dan buang lumpur.
 
 
My beloved botak ever... =)
(Amik guna henpon canggih je...hikhik...)
 
Aku duduk dengan adik. Abang dengan Kakcik dok tang lain.. Tapi tetap best seat. Apa yang boleh aku cakap pasal Cuci ni...Best! Memang best! Buktinya? Aku gelak non-stop sebab lawak diorang yang sangat happening! Aku yang mengantuk pun boleh hilang mengantuk asyik dok gelak je. Memang rugi sesangat sesapa yang tak tengok ni especially yang dah dapat tiket macam aku ni. Tiket FREE!! Ni la 1st teater yang aku repeat tengok. 
 
 
 
Aku repeat kali kedua...adik sweet ni yang belanja...Thanks Syafalicious
(double chin!! haiyooo...)
 
 
 
Yang buat aku sangat happy time Cuci ni bila adik-adik aku happy siap minta repeat teater lagi lepas ni. Jawabnya kakak korang ni kena kumpul duit bebanyak dulu la sebab kalau nak tengok teater duduk seat yang depan stage baru puas tengok.

Once again, thank you very much kepada semua yang menggumbirakan hati saya dan adik-adik saya... =)


Thursday, March 15, 2012

Banjir Lumpur Melanda!!! Aku Trauma!!

Punyalah lama aku tak update blog ni..bukan pe, mood belum mari! Cerita banyak tapi....M.A.L.A.S. Banyak tragedi dan sejarah hidup yang aku tempuh sepanjang awal suku tahun ni. Salah satu, yang terbaru, BANJIR!!  Selalunya aku yang tolong mangsa banjir (almaklumlah suka sangat jadi sukarelawan) Kali ni, rumah aku pulak yang kena air bah!
 
Kesahnya 7 Mac 2012 yang lepas, aku tengah best tidur, tetiba mak aku yang baru balik dari majlis baca Yassin buat kecoh kat rumah kata rumah kawan dia dah naik air had lutut.  Aku tengah mamai time tu, blur je...leh baring-baring lagi. Sampailah mak ajak abah pergi kebun tengok ayam-ayam abah, time tu baru aku tersedar dari mamai...aku pun nak ikut sekali. Kat luar rumah dah kecoh orang pasal rumah naik air. BANJIR!!! Baru je nak masuk dalam kebun, lebih kurang pukul 10 lebih (malam) nampak air sungai tu laju je menghala ke arah kami...Memang terus lari balik rumah. Sampai kat rumah, kelam-kabut kemas apa yang patut. Sampai tak tau apa nak buat lagi. Yang paling aku salute, abah aku yang macam langsung tak panik. Relax je mengemas. Mak aku dah bising-bising dah...Biasalah perempuan kan...memang sentiasa menghangatkan keadaan...hehehe...(Ntah2 nanti aku dah tua pun jadi macam mak jugak)
 
Tak larat nak cerita, biarlah gambar yang cerita segalanya...
 
Air datang sepantas kilat...dalam sekelip mata air dah sampai paras lutut.
 
 
Rumah aku...sedih weii...
 
 
 
Atas stage ni ada lebih kurang 300-400 orang
Dalam Dewan pun air masuk paras lutut!!
 
Semua penduduk diarahkan ke Dewan Orang Ramai Taman Sri Nanding. Aku & family pun tak terkecuali. 
 
Masa tinggalkan rumah memang dah redha je...Lepas setengah jam tu, aku jalan slow-slow harung air berkeladak tu, nak tengok rumah kononnya...tu dia, semua yang ada depan rumah dah hanyut dek air..kosong!
 
 
 
4x4 pun tenggelam wei...bos adik aku bagi pinjam...
ha, kau sekali tenggelam sama...sedih je dia..ye la kan kereta orang...tetiba kena musibah...
 
 
Part kereta aku la paling aku sedih sekali...kereta untuk cari rezeki tu...rosak habis...tak boleh nak start engine pulak tu. Sedih sangat. Mesti pakai duit banyak. Dah la time banjir ni, baru je lepas sebulan aku tunang. Haruslah duit belum sempat nak kumpul lagi.  Memang nazak kalau nak cekau duit bebanyak time ni...
 
Selepas banjir surut...
 
keadaan dalam kereta aku...menangis wei tengok...
gambo enjin dengan bonet dah tak daya nak amik. Sedih sangat...
Semua tukar warna...Coklat Lumpur!! Bau? Toksah citer la...
 
Dalam bilik air
 
Dalam bilik aku...sampai terkopak kabinet bawah tu....lajunya air
 
Ni sebahagian ruang tamu....habis semua cd-cd, perabut dll...
 
Bukit perabot terpakai untuk depan umah...
model: adik aku..kekeke...
 
Cukuplah aku tunjuk serba sedikit pasal banjir yang melanda...pendek kata, memang aku trauma bila hujan mula turun...dulu aku kemalangan pun tak ada rasa trauma macam ni.
 
Apa pun aku terima dugaan Allah ini seadanya. Terima kasih untuk semua yang membantu termasuk MPKJ, masyarakat setempat dan ECONSAVE yang hantar bantuan terus ke rumah.  Sampai ke hari ini, kami anak-beranak asyik beli makanan kat kedai je. Habis duit wei...