Column

Tuesday, July 24, 2012

WAJIB BACA!! : Punca Anak Derhaka

Perkongsian ilmu sempena bulan Ramadan Al-Mubarak.  Jom baca sesama. Jadikan bulan Ramadan ini, waktu sahur dan berbuka, malah waktu solat subuh dan maghrib juga sebagai waktu untuk berdampingan dengan anak-anak.


Petikan ucapan Dr Fadhilah Kamsah:

Kepada semua ibu bapa, bakal menjadi ibu bapa dan kita sendiri sebagai anak. APA PUNCA ANAK DERHAKA? Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.

Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah… "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

    "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok."

   "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita… DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL.

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah. BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


Sunday, July 22, 2012

501 Tips: Winners


Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers. Adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka di kalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Nikmat Makan Murah. Terima Kasih McDonalds =)

Balik dari berpesta di Sunway Lagoon, perut rasa lapar pulak.  Ajak Gendut makan tapi katanya dia nak makan McD. Ha, korang dah baca entri yang ni kan. Bukan korang je excited, SA pun sama. Terus offer kat Gendut.  Nasib baik dia setuju.  

Asalnya, dia nak makan double Big Mac, lepas tau pasal Chicken Foldover buy 1 free 1 tu, terus tukar plan.  Hehe...  Kitorang drive thru je.



Beli 2, bayar untuk 1 je. 
Murah kan?



Dapatlah 2 Chicken Foldover!
Yeay! Kenyang perut...

Korang yang rasa nak dapatkan harga special macam yang SA dapat ni, jangan lupa check fb McDonalds Malaysia. Promosi ni untuk masa yang terhad je, dari 12-25 Julai 2012 je.  Cepat sebelum menyesal di kemudian hari. Boleh buat juadah berbuka puasa ni tau. =)




Saturday, July 21, 2012

Summer Clinique Beach Party 2012

It was an awesome Saturday!! Tau tak kenapa? Hah, dah tengok ni? SA bergumbira dengan Gendut. Hehehe.. Ala-ala dating gitu. Kan SA ada citer kat entri yang ni. Hasilnya dapatlah berjimba-jimba tanpa perlu bayar entry fee kat Sunway Lagoon tu =)



Harus tepek gelang dulu sebelum masuk!




Ready for party =)



Pakai sunblock dulu. Best woo..sunblock pun orang pakaikan. Sampai terpejam mata.Hehe...



Mana venue? Surf beach ler...


Bumbung biru ni semua booth aktiviti Clinique Summer Party 2012.  

Antara booth yang ada; booth sunblock, pastu booth 'air brush tattoo'/hairdressing by Cleo & Cosmopolitan, booth 'quick touch up', photo booth, booth Summer Girl Search dan tak lupa jugak booth consultation pasal kulit.



Tengoklah DJ yang kat stage tu. Kemain kuat diorang on muzik.  Betul-betul rasa macam kat kelab je rasanya. *Ha, camne SA tau pasal kelab-kelab ni? Kan kalau kita lalu kat Bukit Bintang depan kelab yang bebanyak tu, mesti dengar muzik yang membingitkan telinga tu.  

SA takmo letak gambar-gambar guest yang lain sebab...boleh mengurangkan pahala puasa =) Semua in 2-piece. Paham dak?  Tak paham? Bebuat paham sudah ler ye. Chill!


Antara staff Clinique yang sporting. Overall memang sporting pun.

Kalau nak citer semua aktiviti dalam entri ni memang tak cukup muka surat le jawabnya... Eh, ada ke tak cukup muka surat?? Hehe.. Kita sambung kat entri lain la ye.. Tu tak citer pasal artis yang buat persembahan, kuiz, aktiviti yang aku join bagai..Banyak lagi wei..

So, stay tune...*macam kat tv pulak =)












Checklist Awal Ramadan


Kredit: Pakcik Google



Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang baru menjelma, jomlah kita sesama bersihkan hati kita dan jiwa kita dari segala kehitaman...


Ni ada beberapa petua yang boleh kita amalkan sebagai amalan seharian. 
InsyaAllah

  • Siramlah hati dengan air cinta dan kasih sayang sebanyak tujuh kali.
  • Siraman yang kelapan, campur dengan debu memaafkan orang yang telah menganiaya dan mencaci kita agar kita dapat hidup dengan tenang dan bahagia. 
  • Kita harus membunuh kala jengking-kala jengking yang bersemayam di hati kita dengan pisau kesabaran, kelembutan dan kemurahan hati.
  • Kita harus menyembelih serigala nafsu kita yang selalu mengajak kepada kejahatan dengan pedang keimanan.
  • Kita harus membersihkan halaman roh kita dari sampah2 fikiran yang jahat dan hina.
  • Kita juga harus menanam pada kebun kita dengan pokok2 hikmah, bunga2 pengetahuan dan mawar2 ilmu.
Nasihat untuk diri SA dan kita semua...

Selamat melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain.

Menang Lagi! Yeah!!! Jomm Party....


Since memang perangai hodoh aku yang sangat suka bertangguh ni, jadinya, baru dapat publish beberapa entri pasal event last week..Banyak weii, dalam draf duduknya.

Aku ni memang suka join contest! Hari tu aku ternampak 1 contest kat Harian Metro pasal Summer Clinique Beach Party 2012.  Tangan pun gatal taip-taip e-mel pastu send kat pihak Clinique (Penganjur la ni).  Aku memang jenis kalau dah sertai apa-apa contest, confirm lupa untuk check status pemenang (padahal selalu je kalah..hahaha...).  Nasib aku agak baik sebab aku memang tak pernah lupa nak check e-mail setiap hari.  24/7 katanya. =) Tetiba aku terbaca:



Yeay! Aku menang!!


Yang bestnya, tang dress code tu- ready to get wet! Yes, I'm ready! Yeehaa...Eh..eh!! Cer tengok aturcara programnya? 


Macam best je kan?? Hmm...

Since aku dapat 2 tiket, haruslah bawa bodyguard a.k.a bff aku selamanya, insyaAllah.. Mr. Gendut.  Bab main air ni pass je kat dia, memang champion!






Wednesday, July 18, 2012

Aku Sesat

Korang tau tak apa dah jadi kat aku semalam? S.E.S.A.T di jalan yang benar.  Ha??? Korang pelik ek? Itulah kebenarannya.  Ceritanya begini...

Aku nak pergi kursus kat KL.  Disebabkan malas nak melalui jalan yang jem tu, aku decide untuk naik LRT je.  Sampai tempat kursus, aku tengok tempatnya gelap je.  Sorang umat pun tak ada.  Huh, kursus batal ke? Call ofis untuk confirmation.

Kakak ofis: Shila, hari ni baru 17 haribulan, esok baru 18 haribulan.  
Aku: Hah??? Ye ke? Bukan hari ni 18 haribulan ke?
Kakak ofis: Ko dah kenapa? 

Aku salah harilah weiiiii...Terpaksa menapak balik ke stesen LRT.

Dah naik LRT, aku ralit sampailah terlajak 1 stesen dari stesen yang sepatutnya. Terus terpaksa turun untuk tukar tren.  Gila menapak lagi naik turun tangga.  Lepas tu, dah naik tren yang betul, sekali lagi aku terlajak stesen untuk aku turun.  Turun lagi.  Tukar LRT lagi sebab kena patah balik.  

Dah sampai kat kereta, aku pun geraklah untuk masuk ofis sebab still awal lagi. Baru kul 9.30 pagi. On the way tu, sepatutnya aku straight je dari traffic light tu, sekali aku turn left pastu sampai kat tol baru perasan, 'Eh, nape aku balik rumah pulak ni? Sepatutnya aku masuk ofis' Gila lah! Dah dekat nak sampai rumah, baru aku perasan aku salah simpang.

Dah alang-alang, aku balik terus ke rumah.  Perut dah la tengah lapar, langsung tak sarapan pulak tu.  Sampai je kat rumah, betis aku rasa berdenyut-denyut sangat.  Almaklumlah dah lama tak exercise kan.  Rasa nak nangis pun ada. Apa punya malanglah aku hari tu. Tambah pulak, mak aku pun gelakkan aku.  Mak aku kata aku berangan nak kahwin tu yang sampai sesat barat tu. Huh..


Monday, July 16, 2012

Penat Tapi Best!

Weekend baru ni aku dengan teman sejati a.k.a my bombom Mr. Gendut join 3event. Ada memacam peristiwa jadi sepanjang 3 hari tu. Ingatkan balik dari event, aku nak update buah hati ni tapi kaki terasa lenguh link pulak dengan kemalasan transfer gambo yang baaaaaaaaanyaaaakk dalam kamera & henpong *nampak tak betapa banyaknya gambar untuk 2 hari kat situ..hehe... jadinya tertangguhlah semua entri2 hot dek kerana kemalasan aku...kui.kui.kui...eh bukan malas la tapi penat sangat. Mata pun tak larat bukak.

InsyaAllah aku update hari ni.


Nota sHiLaziZi: Hidup dalam kenangan adalah sangat sesuatu.. *eh, paham ke? Buat2 paham je la ek ;)

Saturday, July 14, 2012

Kat Mana Ni?


Hari ni SA kat sini!!


Perempuan kan..hehehe....


.....dan sini jugak!!




Buat apa dan kenapa SA ada kat sini?  

Tunggu next..next entri ye...
Layan entri yang lain dulu

Nota sHiLaziZi: Kita gerak dulu...hooray..hooray..hip hip hooray...



Friday, July 13, 2012

Alkisah Jumaat: Cermin Mata Pecah!!

Sangat tragik tengah hari ni bila spek yang SA sangkut kat baju terjatuh dalam ladies time aku tunduk untuk buka kain *ooppsss jangan bayangkan hokay!.  Ternganga kejap! Oh no!!! Beli spek tu sama dengan angah, angah pun yang bayarkan.  Tapi, kena bayar balik kat dia, consider as installment :) Sekali, belum habis installment, cermin dah jatuh dan pecah! 



Tu la ngah, dah kata dah kaklong kau ni tak boleh pakai yang takde bingkai.  Ganas! SA nak beli yang ada bingkai, adik SA cakap muka skema, so, ikutlah cakap dia dengan mak SA. Penyudahnya?? Abis pecah.  Walau pun yang pecah cuma 1 side je, tetap tak boleh pakai jugakk!!! Huwaaaaa!!!

Kira fair jugaklah kan sebab angah punya lebih dulu jatuh berkecai sebelum kejadian yang menimpa SA hari ni.hehehe...Nasib kita serupa.

Sape nak belanja SA ganti cermin yang baru?? Sila angkat tangan komen cepat! 



Nota sHiLaziZi: Perasan tak, entri ni penuh dengan !!!! je... Ni namanya entri terkezuttt!!!

Thursday, July 12, 2012

Camni Ke Hospital Kerajaan?

Ni nak citer pasal pengalaman SA jaga abah kat salah sebuah hospital kerajaan kat Malaysia ni.  Ni bukan citer nak mengaibkan hospital kerajaan ke hape sebab dulu SA pun pernah terlantar kat hospital kerajaan ni cuma keadaan je yang berbeza.  Dulu SA masuk wad, layanan memang boleh kata setanding hospital swasta la. Setiap 2jam sekali nurse datang tengok perkembangan kesihatan kita.  Kalau ada nurse praktikal pun mesti datang sesama dengan nurse yang pakai uniform putih..means diorang buat kerja ada kawalan la. Takdelah main taram je kan. Tapi....

.
.
.
.
.
.

Abah punya kes ni kesian tau, dah la dia baru 1st time masuk wad, lepas tu dibuat macam bahan eksperimen.  Semua nurse & doktor praktikal yang buat. Tak dipantau oleh doktor/nurse yang bertauliah ke? Kalau dah buat silap tak ada pun nak say 'sorry'.  Main boohh je.  Geram je aku tengok. Diorang cucuk tangan abah sampai lebam-lebam.  Makcik SA yang pangkat sister kat government hospital pun terkejut tengok tangan abah camtu.  Memang rasa macam nak buat komplen kat pengurusan hospital tu je tapi macam tak sampai hati sebab kesian kat nurse/doktor praktikal tu.

Then, bila bos abah datang everyday, tengok condition abah still sama je,tak ada apa yang berubah, terus dia suruh kitorang minta discharge.  Esoknya, bos abah bawa abah ke Gleneagles Intan kat Ampang tu.  Tau tak apa doktor tu cakap?  Abah cuma kena penyakit saraf je.  Doktor tu bagi injection dengan ubat saraf.  Lepas seminggu, alhamdulillah abah dah kembali sihat cuma dia still masih kena jaga kesihatan untuk control darah tinggi dia.

Nampak tak, bezanya? Dok hospital kerajaan 4 hari, tak ada pun sebarang perubahan tapi pergi jumpa doktor kat Gleneagles tu, tak payah pun masuk wad, terus.....hmm...


Kecik-Kecik Pakai Henpon Touch Screen

Aku dulu nak dapat gajet elektronik ni bapak punya susah. Gigih kumpul duit belanja sekolah sikit-sikit sampai cukup semata-mata nak beli kamera yang pakai kodak tu.  Sanggup tolong mak jual nasi lemak kat asrama sebab nak sangat kamera tu.  Almaklumlah, dedulu suka pergi camping, so, apa yang penting? Kerjasama Kamera lah! Kan nak simpan gegambo semua tu untuk kenangan.

Budak skang, jangan katakan nak beli kamera, beli henpon pun dapat wehh...Tengok la duit belanja sekolah depa, kalau tak dapat 5 hengget memang bukan budak sekarang la namanya. Budak sekarang bukan macam budak dulu, nak pakai henpon pun bukan yang alang-alang punya.  Nak yang touch screen, ada aplikasi fb, twitter, youtube bagai.  Huh...Kalau aku dulu minta kat abah henpon, agak-agak aku dapat apa?  Kompom dapat pelangkung!! Kekeke...


Abang dengan henpon barunya
 (Baru Tingkatan 1 je wei...)

Actually, ni second handphone dia lepas handphone first dia, HTC ala Blackberry terendam  time rumah aku banjir awal tahun aritu..  Hebatkan budak sekarang ni. Aku dulu first time pakai henpon pun umur 18 tahun hasil kerja part time kat McDonalds.  Beli pun henpon second hand je. Abang a.k.a adik aku ni first time pakai henpon umur 11 tahun. Untungnya ko bang..


Ni lah henpon abang, Samsung Corby II

Nak belikan data package, takut dia salah guna, maklumlah kan bebudak zaman sekarang ni, expert-expert belaka. Tak macam kita dulu.  So, bila dia nak get thru fb or youtube, dia kena tunggu aku balik sebab dia nak pakai tethering hotspot henpon kaklongnya ni ha!...  Bila aku cakap henpon kena bar, memang ghupe cacing kepanasan la dia..muahahah...padan muka ko bang.  Tapi tak lama, aku kesian, aku bukakan juga bagi dia guna.  Dia nak tengok video lawak-lawak kat youtube je pun.

Kalau ko tak pandai gak belajar bang, kaklong tak tau la. *Harapan seorang kakak...



Chicken Foldover...McDonalds Bagi FREEEE!!!

Mesti korang teruja baca tajuk ni kan? kan? kan?  Hehe...SA lagiiii teruja berbanding dengan korang sebab SA antara peminat setia Chicken Foldover McDonalds ni...

Promosi ni mula ESOK tau!!

Korang beli dulu 1 chicken foldover McD dan korang akan dapat 1 lagi dengan percuma! Promosi ni untuk 1 resit cuma boleh dapat 1 offer je tau.  Nak beli banyak, kenalah beli untuk resit asing-asing. Hehe.. Malas la nak cerita banyak, korang tengok je la gambar kat bawah ni...


Boleh buat hidangan buka puasa nanti. :) Nak tau lebih lanjut? 

Tengok fb McDonalds Malaysia. Cepat tau.  Jangan lupa bagitau kat kawan-kawan yang lain juga.

Wednesday, July 11, 2012

Burger Bakar YB...Tersangatlah besarnya!!!

Lama dah entri ni berkepuk dalam draf..

Macam yang SA cerita kat sini, Gendut belanja makan BURGER SAIZ SUPER sempena birthday SA yang ke-27. Uishh...tetiba rasa tua pulak kan..hehe... Okay, okay, back to the topic, disebabkan Gendut teringin sangat nak makan burger giant tu lepas terbaca kat suratkhabar, kitorang terus ke Seksyen 7, Shah Alam.  

Kedai burger ni tak susah nak cari sebab kedudukannya yang strategik, kat medan selera je. Kalau setakat student UiTM tu, memang tau sangatlah kan.  Kitorang sampai dalam kul 6.00 petang.  

Sampai-sampai je, ni yang aku nampak! 


Panjang weh....barisannya...

Walaupun panjang, Gendut sanggup beratur jugak demi nak merasa keenakan burger besau ni. *kata orang la kan.. Kena rasa sendiri baru tau enak ke tidak. Dah la ngam-ngam je sampai turn kitorang, abg Yazid, owner kedai cakap diorang tutup order untuk sementara waktu.  Gila! Dah la beratur lama, tetiba cakap tutup order, memang macam nak maki je dah.  Nasib Gendut tu penyabar.  Dia suruh aku sabar macam dia.  Nasib baik, tak lama lepas tu diorang buka order balik.  Rupa-rupanya, diorang takut stok daging burger tak cukup.  Hmm..lain kali habaq la awai-awai...


Muka ngantuk... Time ni dah 3 jam tunggu. 
Means time ni dah kul 9 lebih.



Besarkan burger diorang...
Abang baju merah: burger 250gm
Abang baju purple: burger 500gm & 1kg

Nasib Gendut kurang baik sebab burger bersaiz 1kg dah habis stok time kitorang nak order.  Hmm...Tapi kitorang amik je yang 500gm tu 2 yakni 1 untuk aku dan 1 lagi untuk adik dia.


Punyalah besar burger diorang sampai takde kertas pembalut yang muat untuk bungkus burger tu.

Memandangkan burger kitorang lambat lagi siap, perut pun dah berkumandang rentak disko, Gendut ajak aku makan nasi dulu.  Kat depan gerai diorang ni ada kedai nasi Arab.  So, kitorang makan la kat situ sementara tunggu burger siap.

Lebih kurang pukul 11.00 malam baru burger kitorang siap.  Lama tak kitorang tunggu??  Haruslah perut masuk hangin kan..  Bawa balik burger, semua orang dah tidur.  Mana taknya, sampai rumah dah kul 12 lebih.  Tengah malam kot... Rumah Gendut je yang belum tidur.  Burger part aku, makan sampai pagi esoknya. Tak caya?? Caya je lah, memang macam tu pun.

Apapun, rasa burger ni kurang menepati selera aku berbanding yang ini. Setiap orang punyai pendapat berbeza dan rasa tekak yang tak sama.  So, korang pergilah cuba sendiri ye.. Ni semua cuma pendapat aku je. =) Selamat mencuba!






WW | Julai 2012-Minggu ke-2 |

 Blogger jugekkk....

Yang penting, bukan SA yang dimaksudkan.... =)


Monday, July 9, 2012

Kalori...Kevin Zahri...Kurus....Sinonim kan? :)

SA memang antara orang yang suka bersosial dalam apa jua situasi.  Yang penting sihat.  Tapi kalau ajak pergi bersosial di kelab-kelab yang orang panggil 'kilang lampu' tu memang tak lah kan.  Itu tak sihat namanya. No no no.. :)  Terima kasih buat Puan Bee sebab anjurkan sebuah seminar Jom Kurus untuk para blogger dan SA antara yang terpilih.  Terlupa pulak, terima kasih buat Prince Court Medical Centre sebagai penaja tempat seminar.  Beruntung you!! First time masuk PCMC ni..hospital berprestij kat KL tu..


Ilmu yang kitorang dapat sepanjang sesi seminar tu sangat-sangatlah berguna even SA ni dah kurus tapi SA nak lebih sihat dan pandai kawal pemakanan.  Sebab SA sangat kuat makan.  Pantang memang pantang, pantang nampak! Hehehe...Selagi perut ni muat, selagi tu nak sumbat.  So, ilmu yang dicurahkan oleh Kevin Zahri, Wellness Speaker Malaysia ni sangatlah penting untuk aku juga.


Sebelum seminar mula, kitorang dapat snack ni sorang satu...


Kevin tengah bagi penerangan pasal cara nak kira kalori, BMR dan lelain.


 Kak Nadot tengah tulis menu sihat tu :)


Inilah penganjurnya Tq kak ;)


Antara blogger yang hadir;  Kak Nadot, NamiacintaKak KujieSiezukaKak LongYana Yassin dan yang lelain tu, sorry SA tak ingat nama...(daya ingatan dah kurang..padahal baru 27 tahun hidup kot..)

Now, tak sabar tunggu e-book Kevin yang bakal terbang ke inbox SA... I dapat free you!




Nota kaki: Special thanks to Gendut sebab jadi driver cum photographer tak berbayar...upah? makanlah... baucer Pizza Hut kan masih ada... *senyum sambil mengangkat2 kening

Sunday, July 8, 2012

Konsert Dir...Koir Kebangsaan | best!

Firstly, SA nak ucap terima kasih bebanyak kat kakak sweet, Kak Lilis sebab offer tiket untuk tonton konsert Dir...Koir Kebangsaan kat Auditorium DBKL bebaru ni. SA pergi ni atas tiket konsert amal.  So yang ada malam tu semua dari badan kebajikan.  But, I appreaciate it! 

Apa yang aku boleh cakap, konsert ni memang awesome!  Aku yang join koir jabatan ni cuma tahu basic koir tu cuma menyanyi sambil berdiri tegak selain goyang ke kiri dan ke kanan.  Sangat 'kampung' kan.. Rupa-rupanya, memacam kita boleh buat dengan koir ni.  Tapi kalau aku nak buat kat jabatan, ada ke yang nak dengar idea picisan aku nih?? Confirm diorang kata aku ni gila menari! Mementang ler aku cikgu tari (even tak bertauliah pun sangat...muahaha) 

Korang layan la gambar aku sebelum dan selepas konsert ek sebab time konsert tak dibenarkan ber'fotografi'.


Sebelum konsert mula... muka penat lepas berkejar dari lrt akibat jalan masuk ke KL sesak teruk.  SA dengan geng semua terkandas dalam kereta lebih sejam setengah.  Padahal gerak dari Cheras je kot.  Kitorang patah balik dan decide untuk naik lrt. 8.30mlm konsert mula, 8.00mlm baru naik lrt.  Mau nya tak semput??



Segmen last, kumpulan koir ber'duet' dengan video Allahyarham Sudirman.  Macam real je.

Kumpulan koir ni bawah bimbingan penyanyi soprano hebat negara, Kak Syafinaz Selamat.  Tak sangka aku adik kak Lilis pun suara gila sedap, nyaring lak tuh!




Tengoklah goodies bag yang banyak itu...huhu..SA punya 1 aje. Yang lelain, geng punya. 
Isi dalam ada roti coklat, air kotak, pen, notepad dan pin 1Malaysia.

Konsert habis kul 10.50 malam.  Lepas bergambar bagai, bergegas pulak ke lrt untuk balik.  Yang penting best!!

Thanks again kak Lilis. :) Lain kali boleh invite kita lagi..Suka!!!!


Friday, July 6, 2012

Pizza Hut Red Carpet Party

Seronok kan kalau dapat segalanya dengan percuma.  Makan free. Main game free. Dapat hadiah pulak lagi.  Tu lah yang SA dapat bila dijemput ke Red Carpet Party oleh Pizza Hut. Sangat teruja hokay!!
Memacam ada kat situ macam photo booth, game xbox, wii, ipad games...yang penting menu pizza hut pun hot jugak!!



Sedap kan!!





Rugi tak amik gambo bebanyak kat photobooth ni...


Aku jumpa dengan blogger-blogger lain.  Depa ni hebat-hebat jugak.  Aku je blogger picisan..keke...



Eyriqazz dan wife yang sangat sporting


Bersama Edison Lim (the 19y.o magician), Ella, DJ Terry from Red.fm, Monica

Kak Nadot & friend antara yang hebat time main game.  Tengok baucer yang diorang menang memang...wow!!  Aku dengan Gendut dapat baucer Pizza Hut RM100+RM10 je.. Tu pun dah cukup happy :)  Aku tak teror sangat main game ni tapi Gendut dapat 2nd place time main iPad Racing Car...