Sangat tragik tengah hari ni bila spek yang SA sangkut kat baju terjatuh dalam ladies time aku tunduk untuk buka kain *ooppsss jangan bayangkan hokay!. Ternganga kejap! Oh no!!! Beli spek tu sama dengan angah, angah pun yang bayarkan. Tapi, kena bayar balik kat dia, consider as installment :) Sekali, belum habis installment, cermin dah jatuh dan pecah!
Tu la ngah, dah kata dah kaklong kau ni tak boleh pakai yang takde bingkai. Ganas! SA nak beli yang ada bingkai, adik SA cakap muka skema, so, ikutlah cakap dia dengan mak SA. Penyudahnya?? Abis pecah. Walau pun yang pecah cuma 1 side je, tetap tak boleh pakai jugakk!!! Huwaaaaa!!!
Kira fair jugaklah kan sebab angah punya lebih dulu jatuh berkecai sebelum kejadian yang menimpa SA hari ni.hehehe...Nasib kita serupa.
Sape nak belanja SA ganti cermin yang baru?? Sila angkat tangan komen cepat!
Nota sHiLaziZi: Perasan tak, entri ni penuh dengan !!!! je... Ni namanya entri terkezuttt!!!
No comments:
Post a Comment