Column

Monday, February 28, 2011

Kita Sama atau Berbeza?

PERLU ditanya pada diri sendiri, berkahwin kerana keinginan peribadi atau desakan orang lain?

Barangkali ada yang belum ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga tetapi atas paksaan, lalu dia menjalani sebuah perkahwinan.

Pilihan pasangan hidup adalah lebih penting daripada apa jua yang dilakukan untuk membahagiakan rumah tangga. Bunyinya seperti mudah saja dilakukan tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha dalam membuat keputusan yang baik.

Jika anda belum ada pasangan dan baru berhasrat menjalin hubungan dan melangsungkan kehidupan berdua yang membahagiakan, renungkan petua ini:

· Memilih pasangan sendiri. Ramai yang sering memilih pasangan semata-mata untuk menggembirakan orang lain tetapi amat penting supaya orang yang hendak berkahwin itu sendiri gembira dengan pilihannya. Keputusan hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian sendiri.

· Harapan yang tidak wajar. Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai yang memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan perasaan romantik mereka ketika bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya, rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.
· Masalah peribadi dan tingkah laku. Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila berkahwin.
Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup untuk menghabiskan masa sehingga ke akhir hayat untuk menangani ciri keperibadian pasangan yang tidak disenangi.

· Banyak pengalaman hidup. Pengalaman yang dilalui tidak bergantung pada usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan.
Ambil contoh mudah misalnya melalui lalu lintas yang sesak atau jalan kampung yang becak. Dari situ, dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.

· Bayangan orang yang ingin dikahwini. Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda.
Bayangkan dengan jelas sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam mengenai penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan seumpamanya.
Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada bayangan anda ini. Jika tidak, anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.

· Pasangan bersifat seakan-akan diri anda. Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifatnya akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumah tangga yang dibina kekal bahagia.
· Mempunyai cita-cita seiring. Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa.
Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

· Kebolehan berkomunikasi. Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagiaan rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan bukanlah caranya.
· Kebolehan selesaikan masalah. Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin.

Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka.

Sunday, February 27, 2011

Hakikat C.I.N.T.A

Cinta memang sukar diperolehi bila kita terus
menerus mencarinya
Tapi cinta itu kengkadang takkan datang bila kita
hanya diam
Namun… cinta tak perlu dicari

Sebab…
Cinta datang dan pergi tanpa izin, tanpa kata,
tanpa suara, tanpa bentuk
Cinta boleh membuat kita melakukan hal di luar
kemampuan tanpa disedari
Cinta juga boleh membuat kita melayang di langit ke
tujuh

Seperti Romeo & Juliet, Laila & Majnun atau Kassim
Selamat & Sabariah
Yang tidak mampu menghentikan segala cinta
mereka
Meski pun mereka tau cinta itu membuahkan luka

Jadi…
Jangan biarkan dirimu terluka oleh cinta
Namun jangan pula kau merana kerana kau takut
jatuh cinta
Cinta itu indah dan ikhlaslah dalam mengambil
keputusan tentang cinta

Berangan-angan Menjadi....

Karya aku kira-kira 4 tahun dulu (lebih kurang tahun 2007).
 
Kadang-kadang aku mengimpikan untuk menjadi seekor burung…bebas…bebas bergerak..berterbangan mengikut kata hati sendiri…tiada siapa yang membantah…tiada siapa yang melarang…pergilah ke mana sahaja asalkan niat kita betul…namun pabila ada yang terlihat keistimewaan yang kita miliki…segala-galanya menjadi impian semata-mata…kita dipikat…diletak di sangkar yang indah…terpaku untuk seketika…tidak pernah kunikmati sebegini indah…tinggal di tempat yang tak pernah ku impikan…makan dan minum dilayan…kehidupan serba mewah…segala-galanya disiapkan…tapi aku cepat tersedar bahawa tempat yang indah itulah yang meragut kebebasanku…kini, hanya pandangan yang dapat ku lontarkan ke luar sangkar sedangkan jasad ku terkurung dan tersiksa…segala-galanya dilakukan mengikut kehendak mereka…bukan kemahuanku..saat itu aku rasakan lebih baik menjadi ayam hutan..
 


Ayam hutan???ya..ayam hutan…bebas di dunia sendiri..berdikari…mencari makan sendiri…mencari tempat tinggal sendiri…segala-galanya dilakukannya sendiri…tanpa perlu melibatkan orang lain…walaupun tidak mampu terbang di angkasa namun cukup sekadar dapat melakukan segalanya mengikut kehendak kita sendiri…itulah yg aku impikan..namun itu semua hanya tinggal impian pabila sang pemburu memasang jeratnya…saat kita terleka…saat kita tersilap langkah…menyerahkan diri ke dalam jerat sang pemburu…dan saat itu sang pemburu ketawa gembira melihat jeratnya mengena…gembira dengan kealpaan kita…saat itu hanya satu yang menjadi kenyataan…kita bakal menjadi hidangan keluarganya…kata mereka daging ayam hutan itu sedap…lebih sedap dari daging ayam kampung dan ayam bandar…maka, tamatlah riwayat kita sebagai seekor ayam hutan yang kononnya pandai berdikari…DAN di saat itu baru aku sedari betapa bertuahnya aku dijadikan sebagai seorang manusia…




Aku tidak mampu untuk menjadi seekor burung yang terbang bebas tanpa kawalan…akibatnya nanti mak abah yang menanggung malu jika aku hinggap pada dahan yang salah…lagipun sayapku ini tidaklah sekuat mana…aku juga tidak mampu untuk menjadi seperti si ayam hutan…hidup sendiri tanpa bantuan…akibatnya nanti segala keputusan yg ku ambil tiada siapa yang ambil peduli…terkontang-kantinglah aku sendiri menilai keputusan itu…HAKIKATNYA aku masih perlukan orang di sekelilingku untuk membantu, melindungi aku dan berikan pendapat…


Memang bertuah aku menjadi manusia…mempunyai akal untuk berfikir..mampu menilai baik dan buruk setiap perbuatan…namun di sebalik nama manusia itu, pelbagai cabaran, dugaan dan halangan yang menanti…tidak seindah gelarannya..manusia…saat itu, aku sedar betapa gelaran itu memikul 1001 tanggungjawab yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata…tanggungjawab aku sebagai hamba Allah di bumi tuhan ini…sebagai seorang anak perempuan yang taat kepada mak abahnya…sebagai seorang kakak yang boleh membimbing 4 orang adiknya…sebagai seorang pelajar yang rajin berusaha…sebagai seorang pekerja yang melaksanakan tugasan dengan sempurna…sebagai seorang kekasih yang setia terhadap kekasihnya dan yang paling penting adalah sebagai SEORANG AKU…

Saturday, February 26, 2011

Tika

tika itu
aku mengenalimu hanya melalui satu nama
aku menemuimu pada keadaan yang tak terduga
aku memandangmu dengan senyuman dan lirikan mata

tika ini
aku memahamimu melalui satu renungan
aku merinduimu melalui satu ungkapan
aku mengingatimu pada sebuah kenangan
aku menyayangimu terciptanya satu perhubungan

dulu, kini dan…….
aku merasai kehadiranmu…dalam hatiku
dan aku mahu begini…setia di sampingmu
walau kau jauh dari mataku..
insyaallah
jika diizinkan tuhan kita pasti bersama akhirnya….
jika tidak
pasrahlah pada qada’ dan qadar Yang Maha Esa
tentu ada hikmah di sebaliknya…

Friday, February 25, 2011

Antara Lemah dan Lembut

Setelahku selongkar beberapa blogku yang lama, aku terjumpa kata-kata ini.  Aku nak share dengan korang semua.

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut…..
besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan …
kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..
kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam,
wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam,
wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani…
di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat …
celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…
di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…
bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…
bersantai di hadapan tv tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,
mengemas rumah yang berselerak
Lelaki, keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah…
terus berlumba dengan masa
Memandikan anak,
melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud…
menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,
anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati…
ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita….
memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adaptradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami membantu isteri mengemas rumah,
menjaga anak
Membasuh pakaian,
menyediakan keperluan isteri
alangkah gemberinya hati si isteri
andainya suaminya sebaik akhlak nabi…
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

DAH PUAS HATI??>>Entri Lepas Geram

Kita sebagai warga Malaysia ni memang sangat berbudi bahasa.  Ada jugak la yang kureng berbudi bahasa tu tapi golongan minoriti.  Selebihnya memang sangat-sangat berbudi bahasa dan prihatin.  *Tetiba kan?? Ada kaitan dengan tajuk entri ker???*  Opkos ada la...ni namanya mukadimah...hehe...senyum sinis dulu ye.

Kes 1: Aku dah rasa...
Lepas exam (tak kisah la UPSR ke, PMR ke, SPM ke, final uni ke, exam perkhidmatan-untuk gomen staf)

Result dapat berapa?Dapat sekolah mana?Dapat sambung ke mana?Dapat uni mana?
(Kalau ok-depa senyum mcm tak puas hati, awat? Anak hangpa dapat cangkoi ja ka?)
(Kalau ko-depa senyum juga tapi senyum mengejek. Dalam hati, hmm aku dah agak dah anak si polan ni memang tak pandai macam anak aku)

Kes 2: Aku pun dah rasa...
Lepas habis further study (dah graduate-tak kira la sijil ke diploma ke ijazah ke master ke phd)

Dah dapat kerja?Berapa gaji sebulan?
(Kalau ok-depa cakap Alhamdulillah, baguih la tu. Boleh tolong orang tua nanti. Kami boleh tumpang sama<tumpang senang>)
(Kalau k.o: kerja jual burger tepi jalan, jaga kedai buku, kerja restoran - depa cakap Alhamdulillah, tak kisah la kan kerja apa pun janji halal tapi dalam hati, memang la ko dapat kerja macam tu je sebab ko tu memilih!!)

Kes 3: Bab ni lagilah...
Dah kerja (tak kiralah baru kerja atau dah lama, sama je aku rasa)

Baru kerja:  Dah kerja ni, lepas ni boleh la beli kereta pulak. Takde la susah-susah nak naik turun bas hari-hari lagi.  Boleh belikan mak ayah rumah.  Untung diorang ada anak macam kamu
Kerja dah lama: Lama dah kerja, takde calon lagi ker??(Ingat calon pilihanraya ke? Main petik jer...) Cepat-cepatlah cari kalau takde lagi, kalau dah ada jangan tunggu lama-lama, bila lagi?

Kes 4: Aku tak ada pengalaman lagi bab ni
Dah kahwin (tak kiralah baru ke lama)

Bila la mak ko nak bercucu ni ye? atau dah ada isi ke? atau dah berapa bulan perut tu?(sambil memuncungkan mulut ke arah perut yang buncit-belum tentu ada hamba Allah lagi dalam tu, entah-entah memang bunc semulajadi macam aku ni...kekeke....)

Kes 5: Ni pun belum lagi
Dah ada anak (tak kira banyak atau sikit atau belum ada rezeki lagi)

Berapa orang dah anak ko? Tak ada plan nak tambah lagi ke? (Macam dia pulak jadi mak bidannya kan...hurmmm)
Tak ada anak lagi? Siapa yang mandul ni? Lama dah kan korang kahwin? (Memang nak kena cili orang yang bertanya ni...)

Kes 6: Ni pun sama, belum rasa lagi
Dah tua

Besar dah anak-anak ko Jah (bukan nama sebenar).  Bila nak kahwin si Angah tu? si Along tak bunting lagi ke? Alang dapat sambung belajar kat mana? Achik periksa hari tu dapat berapa?

Kes 7: Ada ke kes ni???
Sebelum kembali ke rahmatullah

Mak Aji, bila agaknya nak mati? Lot kubur dah booking? Batu nisan dengan keranda dah tempah? Amal buat bekalan dah cukup? Tak nak tambah lagi ke? Dah taubat?


Korang perasan tak benda ni semua berlaku pada kita.  Kiranya dah jadi kitaran hidup kita la. Seronok ke korang tanya benda-benda sensitif (sebahagian kes kat atas nun...) kat orang lain sampai orang tu rasa segan dan malu nak berhadapan dengan korang mahupun orang lain.

Kes ke-7 aku tak pasti tapi kes ke-8 ada aku rasa (bab tanya harta arwah, banyak ke sikit ke bagi kat sapa).  Kita ni asyik dok sibuk dengan hal orang lain.  Cuba sesekali tu tengok kat diri kita sendiri.  Dah sempurna ke? Sampai kita nak kata orang lain tu tak sempurna...Puas ke hati korang kalau dapat buat orang yang korang tanya tu sakit hati, merana?

Bila kes-kes ni jadi kat aku, lagi-lagi kes 3, isyy...cukup menyampah. Orang yang kena kes 5 lagi kesian. Ni ibarat penderaan mental dan penyeksaan jiwa untuk diorang tau!!..Kesian kat diorang...

Cuba korang bagi contoh lagi warga Malaysia prihatin dan berbudi bahasa tapi tak kena pada tempatnya...


Tuesday, February 22, 2011

Salah Siapa?

Nama pun manusia kan.  Setiap kali buat salah memang jarang ada yang terus minta maaf dan mengaku kesalahan.  Yang pointing to others tu memang baanyakkk sangat.  Susah sangat ke nak minta maaf dan mengaku salah tanpa tuduh orang lain? 

Ikut pengalaman aku, pernah jugak aku buat macam ni.  Ngehh....  Biasalah kan, nak elak dari hukuman.  Especially time sekolah rendah dulu.  Sendiri buat salah (speak in Malay) tapi tuduh kawan sebelah.  Kesian kat kawan tu sebab dia yang kena rotan dengan cikgu.  Sekolah aku dulu tak boleh cakap Bahasa Melayu.  Wajib cakap English.  Nak cakap bm pun kena bisik-bisik tapi bisik-bisik pun kena jugak.  Bila dah naik secondary school, aku pulak yang kena macam tu.  Kawan yang buat jahat, aku yang kena tuduh. Balasan. Tapi yang kena pukul, kena denda, dua2 kena (aku dan si pengadu)..hahaha...baru adil kan!!

Bila dah habis sekolah, masuk poli jadi kureng baik sikit tapi tak adalah sampai kena tatatertib kan. Masih berhemah lagi tau aku ni walaupun agak kureng sikit.  Kekeke.... Kowtim dengan warden blok, pak guard bila nak outing lepas waktu (malam la ni).  So, tak adalah kena marah atau kena denda dengan ketua warden dan felo.  Ada ciri-ciri berhemah ke macam ni?? Up to you..

Habis zaman study, dah kerja, pandai pulak bercinta.  Time ni memasing tak nak mengaku salah sendiri.  Selalu aku je yang mengalah.  Mengaku bersalah dan minta maaf sebab dia yang ajar aku macam tu.  Alih-alih dia pulak yang tak buat macam tu.  Cakap tak serupa bikin! Huh!! Tapi...tapi kan (ada tapi nya pulak) bila nak pujuk aku memang dia sangat-sangat mengalah dan mengaku salah.  Tapi...tapi...(ada tapi lagi..) bila dah okay sehari dua, dia buat balik.  Ni lah karenah orang bercinta kan.  Kejap ok, kejap tak ok.  Lagi satu bila kita dah terangkan perkara yang sepatutnya, masih jugak tak paham-paham.  Isy...memang buat orang naik darah.  Nasib baik aku ni ada ilmu asas kesabaran (chewaahhh!!)

As conclusion, aku tetap sayang dia (tetiba kan...) walaupun kengkadang dia menyakitkan hati aku. (Dia je ke?? Ha, ni salah siapa?)

Monday, February 21, 2011

Kelas Mekap

Sabtu lepas(19 Feb 2011) aku join kelas mekap.  I'm inviting by the beauty consultant, Wahida.  Sebenarnya dah banyak kali dia invite aku tapi bila last minute je, ada je aral melintang yang buat aku tak boleh pergi.  Memang frust la jugak kan.  Tapi alhamdulillah akhirnya aku dapat jugak memenuhi undangan dia.  Happy gila time nak pergi kelas ni.  Almaklumlah kan, ai ni memang suka bab santek-santek ni.  Lagi-lagi untuk diri sendiri kan.  Auwww!!!  Kelas free pulak tu.  Ai ulang yek, FREE..PERCUMA!!  Haruslah pergi kan.

Kali ni kelas diorang buat kat Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.  Ala yang korang semua panggil IYC tu.  Ala yang tu..yang tu...(macam kompom je korang tau kan...kekeke).  Ala yang depan HUKM tu la.  Ha, sangat senang landmark dia tau.  Kelas mula pukul 2.  Aku terlambat sikit sebab jalan yang maha sesak dari HL.  Tak lambat mana pun.  2.05petang dah sampai.  Aku ajak geng geli-geli aku.  Kak Nora.(ha, korang jangan nak pikir yang bebukan ye...maksud aku geng geli-geli tu orang yang suka meronggeng dengan aku la). 

Kelas mula dengan sesi hand spa.  Lepas tu sambung dengan facial wash.  Rupanya semua ada teknik.  Nak tahu teknik-teknik tu.  Jom la pergi kelas lagi sesama lepas ni.  Ai tak nak reveal the secret kat sini awal-awal.  Nama pun kelas percuma kan, dapat buat facial mask pun separuh muka je la.  Diorang ni bukanlah kedekut tapi diorang nak bagi kita tengok perbezaan sebelum dan selepas selesai facial.  Jangan fikir negatif tau.  Yang penting, uols tengok iols punya tudung ada macam tudung Dato' CT tak???  Ahakz, sangatlah perah santan kan...(perasan)


Ada macam dalam Filem 'The Mask' tak?

Habis je sesi facial, last segment, makeup session!!  Ni yang mak suka ni nyah...  Bab conteng-conteng muka memang suka habis!  Macam-macam aku belajar.  Ada yang aku dah tahu, ada jugak yang aku baru je tahu masa kelas ni.


belajar mekap mata

Hasil make over..santek tak??kui..kui...

Taraa...inilah hasilnya...buat sendiri tau!

Lepas ni dengar cerita akan ada advance makeup class.  Harus kena join. Hehe...Mana tahu boleh jadi MUA part time ke kan..(cecita melangit ko..)

Habis kelas pukul 6petang.  Yang penting aku enjoy pergi kelas ni sebab sikit pun tak rasa masa berlalu.


Sunday, February 20, 2011

HENPON HILANG

Jumaat lepas ada kejadian yang langsung aku tak sangka-sangka berlaku kat aku.  Kejadian henpon hilang!!! Waaaa.... Memang nangis tau!  Nak tau camne boleh terjadinya peristiwa tu?  Ha, baca entri ni sampai habis tau.

Jumaat lepas aku join perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kementerian aku kat KL.  Aku dengan geng ofis ler (kontinjen ofis).  Ada la dalam 35 orang.    Kitorang gerak dari ofis naik bas.  Dah la gerak lambat sebab masalah teknikal.  Biasalah kan memasing dengan songeh tersendiri kan (agak-agak korang paham tak ayat aku ni.  Tak paham pun buat-buat paham je la ye).  Sampai je kat tapak program, bos aku dah geleng kepala sebab sampai sangatlah lambatnya.  Nasib baik masih qualified.  Kalau tak, memang nangis la semua.  Ye lah dah berlatih bagai nak rak sehari sebelum hari pertandingan kan, tetiba disqualified.  Mau tak melalak kat situ. 

Habis je perarakan, ada pulak ceramah oleh Ustaz Hizbur Rahman (Naib Johan program Imam Muda).  Memang best.  Lepas tu adalah persembahan-persembahan oleh artis in-house kementerian.  Kitorang semua dapat sorang satu bunga telur warna putih.


Putih suci...

Acara kemuncak, makan tengahari.  Memang balun la kan.  Almaklumlah dari pagi tak makan.  Perut pun dah menyanyi dan berzanji minta diisi..Huhu...Menu, nasi beriyani daging, ayam masak merah, acar buah, buah-buahan, rendang daging kambing dan air oren (manis ya amat).  Lepas makan, perut dah kenyang, apa lagi kan, balik time!!!  Memang meriah sungguh.

Lepas dah naik bas, bas pun dah jalan, baru aku tersedar henpon aku tak ada kat aku.  Cari dalam beg pun tak ada.  Minta frenz aku call pun tak ada rasa getarannya dalam  beg (vibration la tu).  Sah sah la tak ada dalam beg.  Yang lagi best nak dijadikan cerita, henpon aku tu dalam mode silent.  Konpom tak dengar ar kalau call kan.. Aku cari merata.  Atas kerusi, bawah kerusi, dalam beg (walaupun tau memang tak ada dalam tu).  Memang nak nangis sangat rasanya.  Tapi tahan je.  Aku yakin aku memang bawa henpon tu naik bas.  Tu yang aku terus mencari.  Sampai je kat ofis, aku masuk dalam kereta terus nangis.  Aku risau sangat bila henpon hilang sebab data penting semua dalam tu. 

My handphone is my organizer ok!! 

Lepas semua orang dah masuk ofis, memasing tanya aku 'henpon ko hilang ke shila?'.  Aku dah macam tak kuasa nak menjawab.  Tapi jawab gak la.  Yang semua boleh tahu tu sebab aku post kat FB aku.




Lepas dah usaha macam-macam, Abg Hadi, ofismate aku syorkan aku baca 'alam nasyrah' sambil ikhtiar cari henpon aku yang hilang tu.  Kawan aku si Azhar pulak berusaha gak carikan balik henpon aku tu dalam bas yang kitorang naik tadi.  Nak dijadikan cerita, Azhar jumpa henpon tu kat tempat yang sama dengan aku cari sebelum tu.  Macam nak menjerit aku bila dapat balik henpon tu.  Memang berterima kasih sangat-sangat aku kat semua kengkawan yang tolong aku.  Terus buat sujud syukur ko!!  Ha, amik.  Seronok sakan rasanya.

Iktibar untuk aku kali ni, jangan mudah lupa!!  Rasa macam hilang nyawa je...

Thursday, February 17, 2011

Mengawan Time!!!!

Isnin lepas 14 Februari 2011 bukan main ramai lagi yang kena cekup kan.  Gara-gara nak buktikan cinta la konon kan.  Semua nak sambut Valentine's Day.  Hari Kekasih katanya.  Lagi baik sambut Maulidurrasul yang cuma sehari lewat dari 14haribulan.


Credit pic to topislamic


Credit pic to iluvislam.com

Yang lagi tak boleh blah bila ada yang sanggup bawa anak semata-mata nak cover perangai buruk diorang.  Ada ke nak buat maksiat siap bawa anak pulak.  Ingat Jabatan Agama tak tau ke.  Choi!!  Ni salah satu musim MENGAWAN kat Malaysia.  Kenapa aku panggil musim mengawan?  Sebab time-time ni semua nak buat anak, 9 bulan kemudian, semua pakat-pakat buang anak, dah tu ada jugak yang si ibu kena buang dek keluarga tersayang.  Boyfriend tercinta entah ke mana hilangkan jejak.  Tak nak tanggungjawab kan.  Senang betul lelaki ni, dah tabur benih, suruh orang lain tolong jaga, tolong baja, tolong siram.  Hampeh betul!!

Ni berdasarkan pemerhatian aku la kan, ada 3 bulan terfemes musim mengawan ni.  Januari, Februari dan Ogos.  Cuba korang tengok ni ek.  Januari, time sambut tahun baru.  Semua orang sibuk-sibuk sambut tahun baru, tengok bunga api.  Ada pulak yang buat projek amal penanaman benih, sewa hotel bajet, siap boleh sharing lagi.  Bulan Oktober banyaklah baby comel kena buang masuk dalam paper.  Februari tak payah la aku cerita kan sebab dah cerita kat atas.  


Tergamak ke korang buang bayi secomel ini??

Lepas tu Ogos.  Time merdeka.  Merdeka! Merdeka! Merdeka!  Happy je semua keluar tengok bunga api, jerit 'Merdeka! Merdeka!' terutamanya anak-anak muda Malaysia.  Diorang ni merdeka ada sebab lain.  Merdeka boleh rosakkan anak dara orang.  Yang si dara pun sibuk-sibuk nak keluar tengah malam sebab nak berkepit dengan si teruna.  Jawapannya tergadai maruah diri.  Lahir lah insan yang tak sah taraf akibat kekhilafan mak ayah pada sekitar Mei tahun berikutnya.

Merah Putih!!!

Lama kan aku tak update blog ni..hurm, sibuk je memanjang akhir-akhir ni.  Pergi ofis subuh-subuh hari sampai la ke petang.  Balik buat kerja rumah dulu.  Bila dah malam, mata pun dah layu, terus je tidur.  Tak pandang langsung blog ni.  Bersawang dah.  Ha, hari ni ada masa sikit boleh la nak cuci sawang-sawang yang ada ni. Hehehe.....

First story untuk hari ni pasal program di CNY.  Last week cousin aku lagi sorang kawin...Azua.  Setelah lama aku tak balik kampung, 4 Feb yang lepas, aku and family pun balik la ke kampung untuk hadir majlis kahwin ni kat Felcra Changkat Lada, Kg. Gajah, Perak.  Mentang-mentanglah majlis time Chinese New Year (CNY), semua nak amik 'ong' CNY tu.  Semua la nak pakai merah.  Merah menyala pulak.  Dah orangnya cantik kan, pakai apa pun cantik. 

Azua & Aiby (husband)

Tapi merah ni dah menaikkan lagi seri muka dia.  Sangat santek tau.  Husband pun stylo abis.


Semangat si Aiby ni makan...huhu...

Tengok la time makan beradab pun, makan selamba je..xde nak segan-segan pun.  Dua-dua belah family sporting, takde masalah la kan. Cameraman si Wa ni bukan main ramai lagi tapi semuanya kawan-kawan dia gak. 



Aku ada tugas istimewa time majlis ni.  Tau tak apa dia??  Aku kena jaga anak-anak sedara aku dan sepupu-sepapat yang kecik-kecik macam dalam gambar kat bawah ni.

Ni baru 30% ada lagi 70% takde dalam gambar

Semua orang pakai baju kurung, baju kebaya, cantik-cantik tapi dak kecik ni mak dia pakaikan cheongsam.  Raya Cina kan..hehe...mulutnya dah la macam Joyah Sport.  Sangat the bechok tau!


Amira Adriana yang sangat kepoh...

Akhir sekali, aku persembahkan gambar perkahwinan yang paling sempurna (kira paling ok la berbanding yang kat atas nun) untuk tatapan korang semua.

Cantik kan...


Friday, February 4, 2011

Tengok wayang dengan RedMummy!!!

Dah 4 hari aku tak berblogging.  Hari ni aku berblogging kembali even internet access via my broadband ni tersangat-sangatlah lembab nya..very very the slow.  Aku terbaca RedMummy punya tweet,

Tetiba aku teruja giler..  Ye lah kan, siapa yang tak excited bila dengar je nama RedMummy kan..kan??  Aku pun reply tweet dia...


RM ni antara idola blogger-blogger kat Malaysia ni termasuklah aku. Tak caya?? Tengok kat RedMummy ni.  Bukan ribu-riban je peminat dia tapi berjuta-juta lemon!! Aku baru je belajar bab blogging-blogging ni.  Selalu jadi silent reader je.  Ni pulak RM anjurkan tengok movie dengan RM readers.  Peluang keemasan ni.  Kenalah cuba rebut! Tak cuba, tak tahu!!!  Bukan senang nak jumpa RM, selebriti blogger ni. 
Sekali RM reply tweet aku...

Aku jumpa artis pun tak excited macam ni tau. LOL.. Hope I'll be one of the lucky RM reader.