Column

Monday, January 9, 2012

Papa...I Love U!!!

 
Rezeki yang ada, elok share sesama kan..nak lagi afdal, share dengan insan tersayang. Macam yang aku buat dengan adik-adik kesayangan kan..hehe..(masuk lif tekan butang sendiri..ahakzz) Kan aku dapat tiket movie free 2 keping kan.. http://shilazizi.blogspot.com/2012/01/menang-lagi_09.html Memandangkan last date 31.12.2011, haruslah gunakan sebaik-baiknya kan.. Aku bawa adik-adik aku pergi tengok movie kisah kekeluargaan..Moral nya supaya diorang boleh jadi anak-anak yang lebih baik lepas ni. 
 
Actually, aku bagi diorang pilihan sama ada nak tengok Alvin The Chipmunk atau Papa..I Love U!! Keputusan undian memihak kepada Papa...I Love U!! Aku ada 2 tiket je, so, aku tambah lagi 2 tiket untuk bebudak 2 orang tu. Excited diorang tengok movie..Almaklumlah, ni 1st time tengok wayang katakan. Hmm...
 
Bagi aku cerita ni agak membosankan. Bayangkanlah aku tengok start 3.10...tetiba aku rasa macam dah lama sangat..aku pun tengok jam, ha!! baru kul 3.45?? Biar betik? Lama lagi nak tunggu abis ni. Udahler sejuk dalam tu. Adik-adik aku pun merungut bosan..Ni dah kali ke berapa entah aku tersalah pilih movie bila dapat tiket free..Sadis betul! Yang best cuma lebih kurang 10 minit terakhir dan yang membuat cerita tu hidup aku rasa, cuma adik Mia Sara sorang je. Tanpa dia memang cerita tu tak ada color langsung.
 
~Tamat~

Menang Lagi!!

 
Yeah...aku menang lagi. Terima kasih Maxis! Aku sebenarnya sesaje je join contest kat fb Maxis aritu. Tak ingat aku bila tapi yang penting tahun lepas la, 2011. Kisahnya macam ni...Aku join survey contest Maxis Home kat fb.
 
 
Tetiba last month aku dapat call dari satu company ni, FutureLab.  Dia kata aku pemenang contest Maxis.  Aku pelik jugak sebab bukan orang Maxis yang call. Kan sekarang ni berleluasa spam. Entah entah sesaje orang nak perangkap aku ke kan, mana nak tau. Aku minta nama dia, nama company dia, jenis hadiah yang aku dapat, alamat ofis dia..semualah. Lepas tu aku call Maxis untuk confirmation.  Nasib baik betul.  Baru boleh nak happy kan sebab menang contest.
 
Hadiah yang aku dapat.....
 
 
Cek bernilai RM50
2 tiket TGV
 
Aku pergi amik hadiah tu dengan Gendut kat ofis diorang lepas aku terima emel dari diorang.  First time nak pergi ke Mont Kiara sendiri kan, haruslah aku sesat jalan.  Sebabnya aku drive laju sangat sampai terlepas simpang. Nasib baik parking senang dapat.  Abah aku kata susah nak cari parking tapi nasib menyebelahi aku kan..hehe...
 
Aku memang kagum dengan ofis diorang.  Santai je. Datang kerja pun memasing pakai casual je.  Ye la company advertising macam ni kan, mana boleh nak semak-semak sangat kepala.  Tak keluar idea yang kreatif tu kan.  Work station pun sempoi je.. Suka aku tengok. Kalaulah ofis aku boleh buat macam tu..memang best beb...
 
Yang penting aku dah guna tiket wayang tu ==>http://shilazizi.blogspot.com/2012/01/dating-time_05.html Tengok cerita Papa...I Love U!!
 
 

Thursday, January 5, 2012

| Bootcamp | Survivor Fitness Challenge | Day 1

 
Our Trainers Were Featured On The Biggest Loser Asia
 
Sekarang ni selalu je aku cepat penat.  Korang bayangkan je la kalau aku naik tangga yang tak sampai sepuluh pun anak tangganya. Sampai kat atas dah tercungap-cungap.  Kalau ada apek tua lalu sebelah aku time naik tangga tu mesti dia lagi cepat dari aku..fuhh...Terfikir jugak untuk kembali aktif macam dulu.Sekali time aku godek-godek internet, terbaca kat Groupon pasal bootcamp ni.  Harga biasa memang mahal. RM299 untuk sebulan.  Pergh..memang tak ar kan aku nak join kalau bayar macam tu punya harga.  Sekali kat Groupon tu diorang buat sales gila. RM35 seorang untuk sebulan.  Memang tak fikir panjang la. Terus beli groupon tu dan register terus.  Excited beb!! Beli time bulan 10/2011. Aku pilih bulan Januari 2012 sebab konon-konon nak fitkan body balik time tahun baru. Aku ajak Gendut dengan KN join sekali
 
Ni kisah 1st day aku join bootcamp.  Memandangkan trainer yang train aku tu bekas trainer program The Biggest Loser Asia, haruslah aktiviti pun ala-ala program tu kan.  I just can tell you in one simple word. CRAZY!! Memang gila la wei.  Aku keluar rumah 5.30 pagi sebab nak amik Gendut dengan KN sekali.  Lepas tu kitorang gerak sekali. Bukannya apa, sebab 1st day kan, kenalah pergi together-gether sebab nak arrange timing lagi kan.
 
Warming Up
Sepanjang training, kitorang tak boleh pegang apa-apa pun. Semua simpan dalam kereta. Yang boleh letak tepi padang cuma botol air je. Kunci kereta letak dalam box yang diorang dah sediakan. Time warming up je dah mengah-mengah. Belum lagi start 1st task.  Warming up routine-normal jog-high knee jog-high heels jog. Dah macam nak main bola sepak pulak. Dah lama aku tak berlari, tak bersukan. More than a year.
 
Task
Lari mengikut point - Memang letih tapi ini la yang menguji kecergasan aku pun. Nampak nau aku ni dah lemau kan.  Baru lari sikit dah pancit. Setiap kali lari point to point kena kira. So total aku dapat lari dalam tempoh 5 minit, 32 round. Kira ok la.
 
Cabaran Seminit - Ada 3 task: sit up, push up, grans (entah betul ke tidak aku eja ni). Grans tu aku biasa panggil lompat robot. Sama jugak yang ini semua kena kira. Yang paling tak boleh blah aku cuma dapat 3 kali push up je sebab memang aku rasa badan aku berat sangat. Ada yang body dah fit tu boleh dapat sampai 30++ dalam masa seminit. Memang kagum la.
 
Cabaran 2km - Ha, ni cabaran terakhir untuk 1st day.  Kena lari keliling kon yang diorang dah susun tengah padang (macam lari kat balapan dalam stadium tu) 10 round! Gila besar bulatan tu!! Baru 2 round dah pancit. Tapi dengan semangatnya aku tetap teruskan walaupun kengkadang aku hanya mampu berjalan je. Tak larat dowh..Lama kot tak exercise kan..Ni lah akibatnya.  Yang aku rasa bangga sikit sebab aku berjaya habiskan larian 10 round = 2km tu dalam masa 16.30 minit..Memang aku rasa masa tu sangat lama! Dulu time aktif, lari 4km=11 minit je. Yang ini??? Ha, korang calculate la sendiri.  Nampakkan kelemauan aku..Hihi...
 
Tamat training 1st day...dengan semangat yang baru. Memang sangat best. Nanti aku update pasal 2nd day yang lebih menggerunkan. Dah rupa komando wei!!!

Dating Time....

 
Hari yang indah bila kita dapat meluangkan masa bersama insan yang tersayang.  Sangat bahagia. Seronok sangat. Dah lama aku tak melalui hari yang ceria seperti hari ini...31.12.2011
 
Aku hangout dengan adik-adik aku dari tengah hari sampai ke petang. Ape?? Adik-adik? Yelah..korang ingat dating dengan pakwe je ke? Dengan adik-adik takleh dating ke?? Haktui ler.. Diorang la wajah kesayangan hamba tau. Memula pergi Times Square ingat nak main bowling, sekali baucer tak boleh pakai pulak. Dah la jalan jem teruk. Pastu cari parking pulak satu hal lagi.  Lama gila! Malas ar nak cerita part ni sebab ianya akan spoilkan mood saya untuk bercerita lebih lanjut.. (Kejap aku..kejap saya...isy..ikut suka aku la kan..blog aku pun..)
 
Family is Everything to me...
 
Dah gitu halnya, adik-adik aku ajak pergi The Mines.  So, teruslah bergerak ke sana. Sampai sana, adik-adik aku kelaparan.  Aku pun sama.  Berkeriuk perut minta diisi.  Apalagi kan, terus pergi food court yang semestinya ramai orang.  Nasib baik senang nak cari tempat duduk.  All treat on my sis...Kak Chik..orang kaya sekejap katanya. Hahaha... So, aku cuma jadi driver je hari tu.  Semua belanja guna duit dia.  Lepas makan pergi cari external hard disk yang Kak Chik nak.  Senang pergi beli barang elektronik ni dengan dia sebab dia expert sikit bab-bab tu. Aku ni ngok sikit.  Kalau orang kedai tu cakap okay, memang confirm terus beli walaupun hakikatnya salesman tu cuma tipu je. Hmm...
 
Sebelum tu kitorang pergi tengok movie dulu..Kebetulan aku baru menang cabaran Maxis kat Facebook.  Dapat 2 tiket wayang TGV dengan RM50 (cheque).  Disebabkan kitorang berempat, so, aku kena beli lagi 2 tiket.  Beli untuk abang dengan adik je la. Harga bebudak murah..hehe..Tak tau sebenarnya nak tengok cerita apa..Bantai je tengok cerita Papa..I Love U. Apa yang aku rasa bila tengok cerita tu? Nanti aku cerita kat entri yang lain ye. Kang panjang sangat pulak kan..
 
 
Seronok dapat hadiah walaupun cuma RM50
 
Sebenarnya ni 1st time adik dengan abang tengok wayang..memang karenah diorang buat aku tergelak.  How happy am I...fuhh...Habis tengok wayang.....jeng..jeng...jeng...shopping time!
 
Sempat jugak aku menyopping bebarang aku..orang nak belanja kan...(mode: amik kesempatan..hikhik...) Habis beli barang, abang dengan adik nak main game.  Habis jugaklah dalam RM30. (Bukan duit aku tapi duit Kak Chik..). Segala macam games dalam games centre yang ntahpenamanyaentah..tak hengat aku..semuanya diorang nak main. Sekali terkena time aku nak main dengan abang, elok je masukkan token, sempat main tak sampai 30 saat, mesin game tu mati..tetiba tengok kat skrin tu tulis shutting down...bongok!!! Habis token aku dengan abang dengan sia-sianya..huhu.. Takpelah nasib baik mood masih di tahap yang memberangsangkan...chewah!! Lepas main, makan aiskrim McDonalds, memang superb la. Best wei...
 
Balik tu sambung shopping kat Giant Bt.9 pulak.  Udah le memula pergi tu terlajak jalan sebab ni 1st time aku pergi sana walaupun hakikatnya dekat je dengan rumah. Huh..Best la jugak..Sebab dapat jenjalan dengan wajah-wajah kesayangan hamba!!!
 
I will repeat this moment again..and again...in 2012!