Column

Thursday, January 5, 2012

| Bootcamp | Survivor Fitness Challenge | Day 1

 
Our Trainers Were Featured On The Biggest Loser Asia
 
Sekarang ni selalu je aku cepat penat.  Korang bayangkan je la kalau aku naik tangga yang tak sampai sepuluh pun anak tangganya. Sampai kat atas dah tercungap-cungap.  Kalau ada apek tua lalu sebelah aku time naik tangga tu mesti dia lagi cepat dari aku..fuhh...Terfikir jugak untuk kembali aktif macam dulu.Sekali time aku godek-godek internet, terbaca kat Groupon pasal bootcamp ni.  Harga biasa memang mahal. RM299 untuk sebulan.  Pergh..memang tak ar kan aku nak join kalau bayar macam tu punya harga.  Sekali kat Groupon tu diorang buat sales gila. RM35 seorang untuk sebulan.  Memang tak fikir panjang la. Terus beli groupon tu dan register terus.  Excited beb!! Beli time bulan 10/2011. Aku pilih bulan Januari 2012 sebab konon-konon nak fitkan body balik time tahun baru. Aku ajak Gendut dengan KN join sekali
 
Ni kisah 1st day aku join bootcamp.  Memandangkan trainer yang train aku tu bekas trainer program The Biggest Loser Asia, haruslah aktiviti pun ala-ala program tu kan.  I just can tell you in one simple word. CRAZY!! Memang gila la wei.  Aku keluar rumah 5.30 pagi sebab nak amik Gendut dengan KN sekali.  Lepas tu kitorang gerak sekali. Bukannya apa, sebab 1st day kan, kenalah pergi together-gether sebab nak arrange timing lagi kan.
 
Warming Up
Sepanjang training, kitorang tak boleh pegang apa-apa pun. Semua simpan dalam kereta. Yang boleh letak tepi padang cuma botol air je. Kunci kereta letak dalam box yang diorang dah sediakan. Time warming up je dah mengah-mengah. Belum lagi start 1st task.  Warming up routine-normal jog-high knee jog-high heels jog. Dah macam nak main bola sepak pulak. Dah lama aku tak berlari, tak bersukan. More than a year.
 
Task
Lari mengikut point - Memang letih tapi ini la yang menguji kecergasan aku pun. Nampak nau aku ni dah lemau kan.  Baru lari sikit dah pancit. Setiap kali lari point to point kena kira. So total aku dapat lari dalam tempoh 5 minit, 32 round. Kira ok la.
 
Cabaran Seminit - Ada 3 task: sit up, push up, grans (entah betul ke tidak aku eja ni). Grans tu aku biasa panggil lompat robot. Sama jugak yang ini semua kena kira. Yang paling tak boleh blah aku cuma dapat 3 kali push up je sebab memang aku rasa badan aku berat sangat. Ada yang body dah fit tu boleh dapat sampai 30++ dalam masa seminit. Memang kagum la.
 
Cabaran 2km - Ha, ni cabaran terakhir untuk 1st day.  Kena lari keliling kon yang diorang dah susun tengah padang (macam lari kat balapan dalam stadium tu) 10 round! Gila besar bulatan tu!! Baru 2 round dah pancit. Tapi dengan semangatnya aku tetap teruskan walaupun kengkadang aku hanya mampu berjalan je. Tak larat dowh..Lama kot tak exercise kan..Ni lah akibatnya.  Yang aku rasa bangga sikit sebab aku berjaya habiskan larian 10 round = 2km tu dalam masa 16.30 minit..Memang aku rasa masa tu sangat lama! Dulu time aktif, lari 4km=11 minit je. Yang ini??? Ha, korang calculate la sendiri.  Nampakkan kelemauan aku..Hihi...
 
Tamat training 1st day...dengan semangat yang baru. Memang sangat best. Nanti aku update pasal 2nd day yang lebih menggerunkan. Dah rupa komando wei!!!

No comments: