Column

Monday, January 31, 2011

Sate Kajang Haji Samuri

Hari ni aku dah mula ada mood cuti panjang (sempena CNY ni)..ahakz...ye ye je aku amik cuti macam aku pulak nak beraya ek....Angah dan abah masih bekerja macam biasa lagi hari ni.  Esok baru semua cuti sebab cuti Hari Wilayah.  Adik-adik aku tetap pergi sekolah macam biasa sebab diorang sekolah dalam Selangor.  Tak boleh la nak hooray! hooray! Macam kakak-kakak dan abahnya. Hehe... 

Disebabkan hari ni dah mula cuti dan semua family members aku ada, kitorang pun decide la nak makan kat luar malam ni.  Actually, memenuhi hajat adik aku yang nombor 3, Kak Chik.  Teringin sangat nak makan sate perut katanya.  Dan sebagai memenuhi hajat Kak Chik dan menyambut Hari Wilayah keesokan harinya, abah belanja kami 1 family makan sate kajang.  Kat mana? 


Kat sinilah!!!

Dah tajuk pun sate kajang kan?? For sure lah kat Kajang, Selangor.  Lebih kurang 30 minit je dari Hulu Langat tu.  Sekejap je kan 2011 dah nak masuk ke bulan kedua.  Sungguh cepat masa berlalu.  Happy giler rasa time ni sebab semenjak tahun baru, ni baru 1st time dapat dinner dengan semua family members.. Hari tu pergi dinner birthday mak, Kak Chik tak ada.  Kali ni, saya sangat-sangat suka!!! Chilll lah!!

Giler gambo


Keluarga tercintan...Abang as photographer

Adik aku si Angah memang tak suka bergambo ni. Ada masa meroyan dia datang, baru dia nak bergambo....Makan kat sini memang best la.  Kiranya ni sate terbaik antara yang terbaik kat Malaysia lah!

Meja tepi longkang...


Kuah sate & nasi impit...sate mane????

Kuah memang terbaek dari ladang.  Sedap giler...  Dari aku kecik lagi suka makan sate kat Kajang ni.


Taraa....dah sampai...banyak tak air untuk 7 orang??

Kitorang ni kalau bab minum air memang macam ni la pe'el nya.  Mesti kurang-kurang pun sorang 2 cawan.  Air manis 1, air suam/ais kosong 1.  Jawabnya atas meja ada 14 gelas.  Belum campur air yang order kendian lak.  Sampai budak yang hantar air tu buat muka pelik.  Aku tau dah apa yang dia pikir, 'orang ni ada 7 orang je tapi order air sampai penuh 1 dulang'.. 

Sate ayam, sate daging, sate perut lembu

Family aku kalau pergi makan sate macam ni memang tak banyak pun order.  Ntah kenapa malam ni banyak pula order sampai 60 cucuk.  Tapi yang peliknya boleh pulak habis tu!!  Siapakah yang tersangat lapar itu?? Semestinya bukan gue dong...Gue makan cuma 6 cucuk je dan nasi impit sepinggan.   Tak banyakkan??Hehe...

Apa-apa pun, memang malam ni dinner terbaik mengakhiri Januari 2011..
Welcome February!!!


Saturday, January 29, 2011

ACCIDENT!!!

Petang tadi, dalam pukul 2.30petang, aku masak kat dapur.  Lauk untuk lunch hari ni cuma ikan merah masak sambal tumis je.  Tengah syok-syok sembang dengan mak aku, tetiba aku dengar bunyi BOOMM!!! Tersangatlah kuat.  Aku ingatkan ada budak terlanggar pasu bunga mak aku kat luar rumah sebab depan rumah aku ada bonggol... tapi yang sebenarnya berlaku ada budak accident kat area depan rumah aku.  Pengsan!!  Dihempap motor sendiri.
Budak tu baru Form 2.  Yang bestnya, aku dengar ayah dia baru je belikan dia motor tu pagi tadi!!  Fuh, ni memang menempah maut untuk anak namanya!!  Kalau ikutkan hati, memang aku tak nak tolong hantar ke klinik sebab geram .  Umur baru 14 tahun tapi dah bawa motor. Tak cukup dengan tu, siap bawa laju giler pulak.  Kesian abang yang dia langgar tu.  Tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan.  Tapi mungkin disebabkan masih ada sifat perikemanusiaan dalam diri aku ni, jadinya, aku hantar jugalah.  Lagi pulak aku pergi rumah dia nak bagitau famili dia pasal mangsa tapi adik dia kata, mak ayah kerja.  Kesian pulak.  Disebabkan yang ada kat rumah dan ada kereta cuma aku, jadi aku menjalankan tanggungjawab sosial aku untuk hantar mangsa ke klinik.  Bukan nak bangga diri tapi sifat tolong-menolong tu penting dalam kejiranan kan…
Sampai je kat klinik, MA buat rawatan.  Baru aku perasan yang kepala budak tu bengkak sebelah kiri.  2 urat dia membengkak.  Mungkin akibat dihempap motor kot.  Lepas dah terima rawatan kecemasan, budak tu dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut sebab dikhuatiri terjadi pendarahan di bahagian dalaman terutama kepala.
Lebih kurang jam 6 petang, aku pergi lawat budak tu di hospital.  Dia ditempatkan kat Wad Pemerhatian.  Aku tengok bengkak kat kepala dia tu adalah surut sikit.  Mungkin doktor dah inject ubat kot.  Yang aku tak pahamnya bila call mak dia, nada suara macam tak ada apa-apa berlaku kat anak dia.  Relaks je.  Orang lain yang gelabah giler.  Bukan dia nak tanya keadaan anak dia, mak dia boleh tanya motor ok ke tak??  Hisy, sungguh la aku tak paham.  Lagi tak paham, dia boleh suruh aku tolong tengok-tengokkan anak dia kat hospital.  Tak ada akal ke??  Ntah orang ada hal lain ke apa ke, nak suruh tengokkan anak dia.  Dia sendiri tak ambil berat pasal anak dia.  Kalau mak aku, memang dah gelabah cipan ar....Ye lah kan, anak sendiri kemalangan!! Bukan menang AF!!  Sangat-sangat tak paham dengan dunia sekarang.

Friday, January 28, 2011

Ciri-ciri Hidup Sederhana Rasulullah SAW

Pernah ke korang dengar tentant seorang pemimpin yang menjalani kehidupan mengikut ciri-ciri hidup sederhana Rasulullah SAW.  Nak tahu siapa pemimpin tersebut??


Kenalkah anda dengan wajah ini??

Itulah dia, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad!! Misinya bukan sahaja dilihat untuk memperkatakan tentang keselamatan rakyat Iran tetapi juga keselamatan dan keamanan bagi seluruh negara Islam.

Majalah penuh berinformasi, Milenia Muslim keluaran Februari 2011 telah mendedahkan beberapa fakta menarik tentang Ahmadinejad yang aku rasa boleh dicontohi dan diteladani pemimpin-pemimpin seantero dunia. 

Berikut adalah 12 fakta menarik tentang beliau:

1. Semasa pertama kali menduduki pejabat Presiden, beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid di Teheran dan menggantikan dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan. (Kalau hantar kat masjid di kampung-kampung pun alhamdulillah..)

2. Beliau lihat ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tetamu VIP, lalu ia memerintahkan menutup ruang tersebut dan bertanya pada protokol untuk ganti ruangan biasa dengan dua buah kerusi kayu, meski sederhana tetap dilihat menarik.  (2kerusi kayu tu dah macam kat rumah aku je. Hehe...)

3.  Di banyak kesempatan beliau beramah mesra dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat Presiden.  (Tukang sapu kat Malaysia ni jarang ada pegawai besar yang nak beramah mesra. Diorang tahu arahhhh je!!)

4.  Menteri-menterinya diminta menandatangani dokumen arahan, terutama yang menekankan hidup sederhana, penyata peribadi hatta kerabat dekat pun diawasi. (Pengisytiharan/Perjanjian dengan Presiden tuuu....)

5.  Langkah pertama selepas mengambil alih pentadbiran adalah mengumumkan kekayaan dan harta dimilikinya.  Terdiri dari sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun lalu di daerah kumuh di Teheran.  Penyata bank wang yang berjumlah kecil, dan satu-satunya wang masuk adalah gaji bulananya sebagai pensyarah di sebuah univesiti hanya berjumlah US$ 250. (Sekarang semua materialistik!!)


Ni ha ghupe Peugeot 504..antik kan??

6. Beliau sebagai Presiden masih tinggal di rumahnya.  Hanya itulah sahaja yang dimiliki.  Beliau tidak mengambil gaji, alasannya adalah kerana semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.  (Sangat baik hati presiden macam ni)

7.  Satu hal yang membuat staf jabatannya kagum ialah beg yang selalu dibawa setiap hari hanya berisikan sarapan roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya.  Beliau makan dengan gembira, dan menghentikan kebiasaan sediakan makanan khas Presiden.  (Bersederhana dalam segala hal)


Agaknya macam ni la roti keju yang dibuat si isteri ye..

8.  Pesawat terbang Presiden, beliau ubah jadi pesawat kargo menjimatkan negara dan beliau sendiri menggunakan penerbangan biasa kelas ekonomi.  (Pemimpin lain sibuk mengambil harta kerajaan untuk dijadikan hak milik peribadi)

9.  Sentiasa bermesyuarat dengan menteri-menterinya, dapatkan info tentang kegiatan yang sudah dilakukan.  Abaikan protokol istana sehingga menteri-menterinya mudah jumpa terus dengannya tanpa halangan.  Menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, publisiti peribadi, atau hal-hal seperti itu masa mengunjungi berbagai tempat di negaranya.  (Berjiwa rakyat)

10. Kalau terpaksa menginap di hotel, beliau akan meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana tidak suka tidur di atas tilam tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.  Padanya hal ini tidak menjatuhkan imej Presiden.  (Korang sanggup tidur atas lantai?? Aku sanggup!! Best..hari-hari pun atas lantai gak...)

11.  Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yang selalu mengikutnya. Menurut akhbar Wifaq, foto-foto diambil oleh adiknya, kemudian disebarkan di seluruh dunia, termasuk Amerika.  (Baring sambil tengok tv)

12.  Dikatakan, sepanjang solat, anda jarang dapat lihat beliau duduk di barisan depan.  Bahkan ketika suara azan berkumandang, beliau terus bersolat di mana-mana pun, walaupun hanya beralaskan karpet biasa.  (Ibadah solat di awal waktu...contoh terbaik untuk semua manusia)

Rupanya Ahmadinejad bukan seorang presiden yang ganjil tetapi kesederhanaannya yang tidak membazirkan wang rakyat, adalah mengikut ciri-ciri hidup sederhana Rasulullah SAW.

Sumber: Majalah Milenia, keluaran Februari 2011



Thursday, January 27, 2011

Seramnya KHURAFAT!!!

Semalam aku, Mr. G, abang dan kakak aku pergi tengok Khurafat.  Dari sehari ke sehari nak tengok tapi masih je tak berpeluang.  Ada je halangan.  Bila dapat peluang semalam, terus pergi tengok kat TGV Cinema, KLCC (favourite aku untuk tengok movie).  Dah la jalan jem nak menuju ke KLCC tu.  Aku dengan Mr. G belanja tengok wayang, abang belanja makan popcorn kat wayang dan lepas habis movie.

Masuk je dalam panggung, dah mula rasa seram.  Maybe sebab aku ni penakut kot..kekeke....Dapat seat area depan (G16-G19) but it's ok la.  Janji tengok kan.  Sepanjang tengok Khurafat tu memang aku khusyuk giler sampai tak terfikir pun nak makan porpcorn dan minum air.  Bab-bab suspen cerita ni memang boleh diberi 5 bintang la.  Ni antara filem Melayu terbaik yang aku pernah tengok sebab bukan je ada unsur-unsur mistik (percaya pada alam yang lain) tapi juga ada unsur-unsur mendidik.  Walau pun aku asyik terkejut je, dah tu makin lama makin menggelongsor ke bawah (takut punya pasal!) tapi perasaan nak tengok sampai habis tu buat aku nekad tengok jugak sampai ke penghujung cerita.


Seram habis!!

Nak cerita pasal takut ni, memanglah semua orang takut tapi ada ke patut orang yang takut sampai mencederakan insan tersayang.  Suspen tak ayat aku ni??? Ha, bukan cobaan tau, ni betul-betul.  Alkisahnya semalam, ada sorang kakak ni dok sebelah aku.  Sebelah dia laki dia la kot. Kakak ni punya takut sampai genggam tangan husband dia kuat-kuat.  Tetiba aku dengar abang tu marah, "Isy, saya lempang awak kang baru tau, sampai luka tangan saya awak pegang!".  Dalam samar-samar tu aku tengok memang belakang tangan abang tu calar-calar. Luka.  Dahsyat betul kakak tu sampai macam tu sekali dia buat kat husband dia.


Teraju utama: Liyana Jasmay, Syamsul Yusof, Sabrina Ali
Credit pic: runwitme

Kesan terhebat pada aku adalah apabila aku sangat-sangat takut untuk drive balik ke rumah mak aku kat Hulu Langat malam semalam.  Huhuhu...Sangat ngeri!!

Sekarang ni pulak tengah tengok cerita seram kat TV3, Saka Jentayu...isy..makin penakut la aku jawabnya... Tengok sorang-sorang pulak tu.


Monday, January 24, 2011

Umat Islam di Singapore digesa kurang patuh kepada agama!!!

Aku tak tau kenapa la aku marah sangat dengan statement bekas PM Singapore tu.  WTF!!! Ha, amik ko! geram tul aku la. Cuba korang baca KAT SINI

Bagi aku sangat-sangat menyakitkan hati.  Dia dah menyentuh sensitiviti agama dan isu perkauman.  Nasib la perkara ni di Singapore. Kalau kat Malaysia ni, aku rasa ada yang kena tahanan ISA. 

Wednesday, January 12, 2011

Selamat Hari Lahir Mak!!!

Tahun 2011 sambut birthday mak yang ke-48 ala kadar je. Tak ada kek. Cuma bawa mak celebrate kat luar je. Makan kat kedai makan (ye lah kan, xkan makan kat kedai tayar pulak...ahakzz). Tu pun in advanced (birthday mak 12 Januari).  Tau tak pasal apa?? Pasalnya aku terlupa yang 12hb. ni hari jadi mak akuuuu!!!

Boleh pulak lupakan??

Nasib baik aku dah buat reminder kat komputer ofis aku. Tu pasallah tak tempah kek.  Aku tak nak beli kek readymate takut tak sedap.  Lagipun family aku bukannya makan sangat kek-kek ni.  Sebiji kek tu, 1 family cuma makan sepotong je. Kan membazir namanya. Itu yang buat aku nak tempah cupcake tu. Cupcake memang laku. Semua suka.

Telan air liur je la...nyum..nyum...

Yang penting ada celebration walaupun kecik-kecik aje...Semua family member ada except adik aku yang no.3, Achik sebab dia di luar kawasan (further study kan).

Sorry la ye sebab kualiti gambar kurang memuaskan...just enjoy k...

Mak, abah, angah, adik

Insan yang diraikan...mak tersayang...Puan Noriha binti Ahmad


Fotografer aku: si Abang...



Mesti korang tercari-cari gambar aku kan3??? Hehe..memang takdo lah..sebab...aku fotografer UTAMA!!!
Ni kan majlis untuk family aku, so, aku tak payah la nak bergambo kan..

Tuesday, January 11, 2011

FASTER Memang best!!!

Memang best!! Itu je yang aku boleh respon tentang filem....


eh, tak! Bukan filem 'Tron' ni...tapi

FASTER ni
 
Gempak habis!  Terima kasih ManggaAd sebab bagi tiket FREE untuk screening filem ni.  Tak rugilah pergi tengok.  Aku pergi tengok dengan Mr. Gendut, abang dan kakak aku.  Seronok sebab semua kepala giler2...


Dapat 2 tiket free ni untuk aku dan Mr. G
Pastu dapat extra 2 tiket lagi untuk kakak dan abang aku 

Sementara nak tunggu time movie tu, kitorang pergi makan dulu kat Signature.  Sebab nak cukupkan masa, jadinya kitorang pun makan share-share je la..Sharing is caring la katakan..ahakzz...

My beloved bro & sis
Me & My Mr. Gendut (ha, demok tak???)
Sekretariat pun best. Sporting.  Ramai betul yang join tengok citer ni...Ye lah kan, hadiah tiket untuk 186 orang..penuh la 1 panggung tu...
Krew ManggaAd yang sporting
Lepas ni, leh join contest lagi...hehe...

Saturday, January 8, 2011

Yeay!! Menang Lagi

Pagi semalam aku buka emel:


Hoyyehhh!!!! Dah menang!!!


Seronoknya. Aku menang 2 tiket filem FASTER dari ManggaAd. Terima kasih ManggaAd! Isnin depan aku boleh la pergi tengok dengan my Mr. Gendut.

Dapat tiket ekstra lagi...tocheh..tocheh..      


Jadi, aku boleh ajak abang dan kakak aku sama-sama untuk tonton filem ni Isnin nanti..Hooray!!! Jom kawan-kawan, kita ramai-ramai pergi tengok filem ni.


Confirm tak rugi lah! (Aku confirm la tak rugi sebab tiket free...manfaatkan semaksimum mungkin..hehe...)

Friday, January 7, 2011

Tak Nak Marah-Marah Lagi...


Korang pernah marah tak? Sure pernah punya kan...kan..kan.. Jangan tipu tau. Sebaik mana pun manusia tu, sesabar mana pun orang itu tetap juga akan ada perasaan marah dalam diri. Korang jangan risau pasal tu sebab kalau ada rasa nak marah tu, tandanya korang sihat. Mental dan fizikal!



 Marah biar bertempat...

Aku memang mengaku yang aku ni ada kalanya pemarah jugak. Ye lah kan, sabar kita ada tahapnya. Kalau dah korang cabar tahap kesabaran aku sampai ke langit ketujuh, tak ke berdentum guruh di langit?? Eceh... Berfalsampah pulak aku. LOL. Sebenarnya memang la marah ni tak baik.  Tak elok jugak untuk otak dan hati. Biasalah kan, bila dah marah, mana ada orang fikir baik buruknya, ye tak?? Semua main redah semacam jer..

Apa yang aku buat bila aku marah, biasanya, aku tarik nafas dalam-dalam, lepas tu aku cakap kat diri aku sendiri, “Shila, sabar Shila, sabar, sabar, sabar...”. Actually, terapi menyabarkan diri sendiri ni sangatlah berkesan kepada aku.  Terapi ini aku belajar time sekolah menengah dulu.  Alhamdulillah sampai sekarang aku praktikkan. Tapi biasalah, kekadang tu aku tak boleh sabar, aku termarah jugak. (Tersengih) Especially time penyakit aku datang (ha, korang mula nak fikir yang bukan-bukan la tu kan?) Penyakit tu, hari nak datang bulan la..Penyakit orang perempuan ler.


Sabar...sabar....sabar...


Kebetulan, aku terbaca Harian Metro (HM) hari ni pasal bab marah ni. Korang baca la kat sini Tarik Nafas Hilang Marah

Banyak buruk dari yang baik apabila kita marah  



Akibat marah ni memang selalunya buruklah.  Macam artikel dalam HM tu la kan.  Aku dulu pun pernah ada kisah tragis akibat marah ni. 

Oops...tak mo citer ar...

Tapi biarlah aku simpan kemas dalam memori aku. Tak payah la nak story-mory kat sini.  Seram aku kalau ingat balik peristiwa-peristiwa dulu tu.
 
Sempena masuk tahun baru 2011 ni semua orang macam diwajibkan ada azam baru kan, jadi aku berazam untuk tak nak marah-marah lagi tahun ni.  Tapi kalau dah tak boleh tahan sangat, minta maap je la ye, memang terlepas juga kemarahan tu. LOL. 

 Jerit je kuat-kuat sampai hati puas

Apa korang buat kalau korang marah?? Jom share.


Wednesday, January 5, 2011

Saya ingin Menonton Filem FASTER!

Sekali lagi aku nak minta tiket wayang free!! (minta ke???LOL) Kali ni nak tengok FASTER pulak. Hey, korang ingat aku main minta-minta je ke?? Kena buat kerja jugak sikit tau. Ala, buat blog post je pun...bukan susah nau pun...(Ada macam bodek tak??hehe...)

 Nak tiket yang macam kat bawah ni, boleh??


 Genre: Aksi
Pelakon: Dwayne Johnson,
Carla Gugino, Maggie Grace,
Moon Bloodgood, Billy Bob Thornton

Pengarah Filem: George Tillman Jr

Sinopsis: 
Selepas 10 tahun dalam penjara, Driver mempunyai satu matlamat utama sahaja - membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Kini bebas, dia memulakan misinya - dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara dan seorang lagi pembunuh upahan. Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap.....

Pelakon pun bukan calang-calang. Semua yang hebat-hebat belaka. Tengok ni, Dwayne Johnson (Gridiron Gang, The Scorpion King, The Mummy Returns), Billy Bob Thornton (Eagle Eye, Bad Santa, Monster’s Ball) dan pendatang baru, Oliver Jackson-Cohen star alongside Carla Gugino (Watchmen), Maggie Grace (Taken) dan Moon Bloodgood (Terminator Salvation).

 Cepat!!! Cepat!!!! Kawan-kawan, jom pi nonton...

Rugi ooo kalau tak tengok..Lagi rugi kalau tak dapat tiket percuma ni. Huhu (nanges!!)  Ada lagi hadiah kalau menang blog post ni. Mangga Ad bagi BONUS!!  

BONUS: 13 blogger yang memberi ulasan filem blog post yang kreatif, menarik dan terbaik akan berpeluang memenangi salah satu Barangan Eksklusif filem Faster seperti berikut.

Aku nak!!! Semuanya nak kena FASTER!!
Kalau dapat, terima kasih bebanyak kat Mangga Ad sebab sudi bagi tiket tu kat saya. (buat muka kesian..)


Masih Sempat Lagi!!!

Selamat tahun baru 2011!! Lama jugak aku tinggalkan blog ni...Dah nak bersawang pun. Tapi belum la berkarat lagi..hurmm...Macam-macam perkara dah berlaku tahun lepas (2010). Yang baik, yang tak baik, yang sedih, yang trauma, yang kedaung pun ada. LOL ;-) 

Sorotan 2010: Tak banyak pun, ada la sikit-sikit..
-   belajar jadi pelakon ekstra
- banyak tengok wayang; antara yang masih ingat: Hantu Kak Limah Balik Rumah, Ngangkung, Aku Masih Dara, Ninja Assasin, Senario(xingat tajuk), Rapunzel 3D dan banyak lagi.
-  pindah rumah baru. Rumah aku beli sendiri..(hoyeehhh!!)
- banyak amik cuti sebab keadaan diri yang selalu je tak sihat..
-  join Makmal Transformasi Pembangunan Belia Negara (6minggu)
-  Yang penting, penghujung tahun 2010 adalah yang terbaek!!! Sebab dapat travel ke Singapore (selepas lebih 15tahun aku tak ke luar negeri).

 The Body Club??? Ai tak masuk dalam pun tau...lalu depan je..
Youth Lab Gang: Uolss memang bezza!!

Azam?? Ramai yang tanya aku pasal azam aku untuk 2011 ni. Boleh tak aku jawab tak ada azam???(Buat muka innocence) Tak adalah sampai tak ada azam langsung. Ada la 1,2 tu. Tapi biar aku ajelah yang tahu. Tak nak story-mory kat korang. Kalau azam aku tercapai, alhamdulillah. Maklumlah, aku ni bukan orang yang sangat-sangat berdisiplin. Jadinya, 1 bonus la kalau dapat apa yang azamkan tu kan...

 Persoalannya??
 Kredit pic: KartunisUbi

                             Doa dan tawakal agar tahun 2011 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya

Yang paling penting, aku tak nak cemari tahun 2011 dengan perasaan sedih yang terlampau...Rindu dengan kebahagiaan yang berpanjangan...Apa yang aku tahu, aku nak cuba semua benda yang best-best untuk aku jadikan pengalaman hidup dan boleh cerita kat keturunan aku nanti...(ecewah!! berangan tak hingat...kahwin pun belum lagi...LOL)