Column

Saturday, January 29, 2011

ACCIDENT!!!

Petang tadi, dalam pukul 2.30petang, aku masak kat dapur.  Lauk untuk lunch hari ni cuma ikan merah masak sambal tumis je.  Tengah syok-syok sembang dengan mak aku, tetiba aku dengar bunyi BOOMM!!! Tersangatlah kuat.  Aku ingatkan ada budak terlanggar pasu bunga mak aku kat luar rumah sebab depan rumah aku ada bonggol... tapi yang sebenarnya berlaku ada budak accident kat area depan rumah aku.  Pengsan!!  Dihempap motor sendiri.
Budak tu baru Form 2.  Yang bestnya, aku dengar ayah dia baru je belikan dia motor tu pagi tadi!!  Fuh, ni memang menempah maut untuk anak namanya!!  Kalau ikutkan hati, memang aku tak nak tolong hantar ke klinik sebab geram .  Umur baru 14 tahun tapi dah bawa motor. Tak cukup dengan tu, siap bawa laju giler pulak.  Kesian abang yang dia langgar tu.  Tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan.  Tapi mungkin disebabkan masih ada sifat perikemanusiaan dalam diri aku ni, jadinya, aku hantar jugalah.  Lagi pulak aku pergi rumah dia nak bagitau famili dia pasal mangsa tapi adik dia kata, mak ayah kerja.  Kesian pulak.  Disebabkan yang ada kat rumah dan ada kereta cuma aku, jadi aku menjalankan tanggungjawab sosial aku untuk hantar mangsa ke klinik.  Bukan nak bangga diri tapi sifat tolong-menolong tu penting dalam kejiranan kan…
Sampai je kat klinik, MA buat rawatan.  Baru aku perasan yang kepala budak tu bengkak sebelah kiri.  2 urat dia membengkak.  Mungkin akibat dihempap motor kot.  Lepas dah terima rawatan kecemasan, budak tu dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut sebab dikhuatiri terjadi pendarahan di bahagian dalaman terutama kepala.
Lebih kurang jam 6 petang, aku pergi lawat budak tu di hospital.  Dia ditempatkan kat Wad Pemerhatian.  Aku tengok bengkak kat kepala dia tu adalah surut sikit.  Mungkin doktor dah inject ubat kot.  Yang aku tak pahamnya bila call mak dia, nada suara macam tak ada apa-apa berlaku kat anak dia.  Relaks je.  Orang lain yang gelabah giler.  Bukan dia nak tanya keadaan anak dia, mak dia boleh tanya motor ok ke tak??  Hisy, sungguh la aku tak paham.  Lagi tak paham, dia boleh suruh aku tolong tengok-tengokkan anak dia kat hospital.  Tak ada akal ke??  Ntah orang ada hal lain ke apa ke, nak suruh tengokkan anak dia.  Dia sendiri tak ambil berat pasal anak dia.  Kalau mak aku, memang dah gelabah cipan ar....Ye lah kan, anak sendiri kemalangan!! Bukan menang AF!!  Sangat-sangat tak paham dengan dunia sekarang.
Post a Comment