Column

Tuesday, August 23, 2011

Berbuka Puasa: Karenah di SDCC

Dah masuk 23 hari kita berpuasa kan? Semalam aku berbuka kat Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.  Harga buffet RM87 seorang. :-O surprise Huh, mahalnyaaa!! (bagi aku ler sebab aku ni tak sekaya korang).
 
Tapi aku pergi makan semalam free je :D big grin sebab ada duty sempena Program Berbuka Puasa KPWKM bersama Media. LOL... Makanan, ok la. Sedap jugak cuma mee rebus kureng sikit.  Masin!!  Antara makanan yang aku makan; kari kepala ikan (best!), udang harimau masak apa entah-tak tau nama ler plak! (Orait gak), nasi beriani kot sebab warna kuning-kuning kan.  Kalau salah, saya minta maaf ye:"> blushing Lepas tu ada ayam masak merah, kuih-kuih Malaysia, lepat pisang, sate pun ada weih.  Air bandung ok-ok la.  Tapi aku prefer air masak lagi. 
 
Aku dapat goodies bag lagi, ada kad raya dari my menteri, kuih raya, serunding dan keropok.  Yang penting aku pun dapat MP4.  Bukan MP4 yang biasa-biasa tau. Ada bacaan ayat Al-Quran dan terjemahannya sekali.  Sangat best!  Lepas ni boleh la aku dengar ayat-ayat Allah ni di mana-mana je.  Oopps, tapi aku tak boleh bawa masuk toilet.  Boleh je la bawa sebenarnya tapi kena off kan la kan.
 
Aku duty kat registration for Chinese Media, Blogger & Online Media.  Memacam karenah ada.  Penat sungguh melayan karenah diorang ni.  Ada yang kekwat semacam especially sorang blogger ni.  Tak yah reveal nama la ek.  Aku rasa ada yang kenal ni. Agak famous amos la jugak (walaupun aku baru kenal dia semalam kot tapi dia kata dia famous), boleh??  Dah ko tak rsvp kan, for sure la nama ko tak masuk dalam namelist yang hadir, lepas tu, nak kecoh-kecoh.  Tak nak join event, boleh balik la. Tapi memandangkan etika aku waktu itu sebagai penjawat awam, kenalah hormat tetamu kan.  Senyum je lah (walaupun tak berapa nak ikhlas).
 
Yang penting, dah lepas kenyang makan, relaks kejap.  Then, balik dengan happy.  Lupakan segala kepahitan. Cheewahh!!;) winking

Friday, August 19, 2011

Alkisah Jumaat: Cuci Mata-Sebelum Shopping, Tengok Maksiat Dulu!! Tak Malu Betul!

Hari ni tak tau nak ke mana time rehat.  Almaklumlah, government kan rehatnya lama.  Biasanya aku tido je tapi hari ni teringin nak ber'window shopping' la pulak.  Teruslah drive ke Jusco Maluri.  Standard la jalan jammed tu kan tapi nasib aku baik sebab sampai je kat carpark, terus dapat parking.  Betul-betul depan pintu.
 
Di hari Jumaat yang mulia ni, aku nak bergosip sikit. Korang tau je la kat Jusco tu kan parkingnye berdepan antara 1 sama lain.  Time aku parking tu ada kereta depan aku (tak sure pulak kereta brand apa).  Tengok couple dalam kereta tu.  Dalam hati aku,'sweetnya couple ni, sebelum solat Jumaat, kiss dahi wife dulu'.  :) happy Pastu aku bolayan je la. Aku terus amik beg, tengok duit dulu. Kenalah check ongkosnya dulu dong, buatnya tak cukup, kan memalukan diri sendiri namanya tu.  Dah siap kira.  Ok. Beres. Aku sandang handbag, buka pintu & nak melangkah keluar, tetiba.... Jeng..Jeng..Jeng...
 
Aku tertengok couple tadi bercium molot weih!!!  :-O surprise Terus hati aku terdetik, 'Takkan ada marriage couple yang nak berkiss2 bagai tengahari rambang ni'  Nampak sangat bukan laki bini weih!!  Dah la tak pergi solat Jumaat, buat maksiat tengahari buta pulak!  Confirm tak puasa la kalau dah macam tu kan. 
 
Aku amik kunci kereta, start engine, tekan hon.  Sekali hon aku problem pulak.  Tak berbunyi! X( angry Aku keluar je kereta, kunci. Pastu lalu depan kereta diorang.  Aku tengokkan je aksi diorang.  Tau pulak malu. Dedua tunduk pandang bawah.  Apahal korang nak malu?  Tadi bercium bagai tak malu pulak! Nasib baik aku tak ada kamera..Kalau tak memang aku amik gambar diorang tu.  Biar diorang tambah malu.  Aku yang tengok ni rasa lagi malu.  Anak bangsa sendiri yang ada akal fikiran, dah ada kerjaya sendiri pun memasing tapi perangai macam orang takde iman.
 
Cukup cerita maksiat takat tu.  Aku nak cerita pasal menyopping pulak.  Suka aku bab-bab ni..hehe...:D big grin   
 
Puas aku pusing nak beli yang berkenan tapi tak jumpa.  Pi shoe department, ada yang berkenan, saiz aku abis pulak!  Maklumlah kaki mak ni sebesau anak gajah je nok.  (Saiz 9/10 atau 40/41/42..Ha, ko hado?? ) Pi side baju, ada yang berkenan tapi tak suit dengan body pulak.  Adoi, susah jadi aku ni.  Semua serba tak kena.  Mungkin belum rezeki aku lagi kot.  Memang banyak choice, sale pun boleh tahan.  Gila-gila punya sale.  Tapi sayang, aku tak dapat beli apa pun.  Penyudahnya time jalan keluar nak ke kereta, aku singgah kedai magazine, beli majalah Nur dengan Eh!.  Lama dah rasanya aku tak beli magazine ni. 
 
Start engine...gerak balik ofis.  Sedihnya tak dapat shopping...

Tuesday, August 16, 2011

Mata Aku Kena Mercun!!!

Kelmarin, aku balik rumah, aku tengok adik aku, si abang tengah nanges.  :(( crying Abah cakap mata dia kena mercun time balik solat terawih.  Ada geng yang main mercun tepi surau kat area umah aku tu.  Diorang baling mercun kat adik aku.  Terus meletup dekat depan mata.  Menggagau abang balik rumah.  Nasib baik ada kawannya tolong hantarkan.
 
Semalam, time aku nak pergi kerja:
 
Abang, mata ok tak?
Kabur.
Tak payah la pergi sekolah. Dok rumah je.
Takpe la, boleh nampak sikit-sikit..
 
Aku pun terus pergi kerja macam biasa.  Kat pukul 10.00 pagi, abah call aku suruh amik abang kat sekolah sebab cikgu call suruh amik.  Mata dia dah tak nampak.  Walhal, dia dok paling depan kat dalam kelas.  How come??  Memang cemas la aku time tu.  Terus minta permission bos nak balik.  Aku explain la kan nape nak balik awai.  Kang tak pepasal ada orang ingat aku suka-suka je nak balik.  Hati aku memang tak tenang time bawa kereta.  Risau giler. 
 
Sampai sekolah, aku jumpa cikgu abang, tanya kelas dia katne, then, terus amik dia bawa pergi klinik.  Hamik ko!! Tingkat 4 kelasnya.  Bapak tinggi!!  Mendaki la aku ke kelas si abang.  Semput aku sampai tingkat 4.  Kesian aku tengok abang, menggagau dia nak turun tangga.  Kabur katanya.
 
Abang kata malam sebelum tu dia mimpi yang mata dia yang kena mercun tu tak dapat diselamatkan.  Tu yang dia tak nak pergi klinik awal-awal.  Sabo je aku dengar. Budak-budakkan..
 
Sampai kat klinik, terus bawa ke bilik kecemasan.  MA cuci mata dia yang kena mercun tu.  Nasib dia senyap je.  Patuh pada arahan.  Hehe... Time vision test, memang aku terkejut sebab dia cuma nampak huruf yang paling besar je.  Yang baris kedua dan ke bawah, dia tak nampak.  Padahal huruf kat barisan kedua tu besar jugak.  Lepas tu refer kat doktor pulak.  Doktor bagi krim sapu dalam mata dengan antibiotik.  Next week kena jumpa doktor sekali lagi.. Apalah nasib matamu abang ooi...:( sad
 

Sunday, August 14, 2011

Orang Putih Main

Korang rasa apa yang manusia ni nak cari? 'Orang Putih Main' (in sexual term) or 'Orang Putih Main-main' (just kidding).  Aku rasa yang 1st tu kot.  Tapi ikut hati dalam bulan puasa ni anggap je la dak ni salah taip, lepas tu terus tertekan -enter- boleh?? Logik tak agaknya ek?

Apa pun, ni sedikit warning kat orang yang menggila seks ni (in case dia masih nak baca blog secoit ni)

Woit!! Korang ingat ni blog tentang seks ke ha??  Takde maknanya.  Mak pun tak kawin lagi nok..  Yang korang pergi cari mende kat blog mak memang tak jumpa la dek non.  Kalau nak tau bab makan-makan ke tengok wayang ke nak tau apa yang aku merapukan hari-hari ke ada la...

What the fairy la kan...cari menatang ni...









 Adoyai!! Mesti korang pelikkan sebab aku labelkan entri ni seram?  Sebabnya aku seram dengan orang yang menggila cari menda2 ni kat blog secoit aku ni...haiiyooo....

Bunyi Ntah Apa-Apa TAPI Rasa & Rupa Memang Best...

Sekarang kan kita amalkan 1Malaysia.  So, kepelbagaian rakyat Malaysia bercampur pulak dengan rakyat asing ni memang ngam ngam soi la kan.  Aku saja nak bagi info bab nama-nama kuih kat Malaysia ni.  Sangatlah banyak dan kadang-kadang tak masuk akal pun tapi WUJUD!

Kuih Paling Gengster= Kuih Lompat Tikam (ala-ala filem Jackie Chan je)
Kuih Paling Sexy= Puteri Mandi (puteri betul pun ada yang skodeng)
Kuih Paling Keji= Taik Itik (kalau betul-betul punya ada yang nak makan ker?? erkk)
Kuih Bajet Cute= Cek Mek Molek (memang cute pun)
Kuih untuk Awet Mud0= Seri Muka (makan banyak kencing manis terus)
Kuih Paling Alim= Kuih Ketayap (alim-alim kucing kot)
Kuih Penyakit Lelaki Kr0nik= Batang Buruk (memang buruk pun bunyinya)
Kuih Suka Pukul= Kuih L0mpang (loghat Negeri Sembilan)
Kuih dalam Zoo= Badak Berendam (tapi tak ada unsur badak pun dalam kuih tu)
Kuih untuk Sam P0lis Trafik= Kuih Sampret (ada kaitan ker?)
Kuih yang bangun sendiri= Kuih Bangkit (opah aku suka guna word ni 'bangkit' bila kejut aku)
Kuih orang tak mandi= Kuih Bau-Lu (favorite aku ni-tapi aku mandi ye)
Kuih Paling Lembab= Kuih Siput (bila makan laju jer)
Kuih 1Malaysia= Kuih telinga Keling (Melayu, Cina, India...semua pun makan)

Unikkan nama kuih kat Malaysia ni... bunyi entah apa-apa je tapi rasa...pergh...memang kelasss uollsss...

Berbuka Puasa: Majlis kat opis jer...

Ni 1st time aku hadir Majlis Berbuka Puasa untuk Ramadan 1432H.  Tu pun tak jauh mana pun, kat opis aku je.  Bajet tak berapa banyak kot. Rate yang aku boleh bagi, 3 dari 5.  Tempat solat memang kelas.  Bukan selalu nak mengimarahkan lobi opis aku tu.  Lepas tu makanan memang superb la. Ada kambing panggang, ayam bakar, kuih, buah, mee jawa, ikan bakar segala.  Memang kenyanglah.  Lagi macam tak caya je, bila aku pun sama melantak kambing panggang tu.  (Aku tak berapa makan kambing sebenonye...).  Penangan sos black pepper yang giler sedap. Sayangnya aku kena balik sebelum solat tarawih atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.  Sorry la geng, takde gambo nak upload sebab kamera takde.  Mood: happy bila makan sampai kenyang & sedih :-( bila tak dapat tunggu sampai habis majlis.  Aku jarang tinggalkan majlis sebelum selesai majlis tu.  

Lepas ni tak tau majlis berbuka puasa kat mana pulak..hrmm... Ada yang nak jemput aku join buka pose tak??

 

Thursday, August 4, 2011

Sedih: Kenangan Terindah

Sedih pulak bila nak taip n3 ni. :( sad Korang tau sebab apa?  Sebab kelas tarian aku bersama adik-adik di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi selama 3 bulan dah pun berakhir Jumaat lepas (29 Julai 2011).  Walau pun lebih 15 jam mengajar diorang untuk Tarian Cuti-cuti 1Malaysia dengan pelbagai ragam tapi aku tetap enjoy.
Pengalaman mengajar diorang adalah suatu pengalaman yang sangat best.  Bayangkanlah bila adik-adik yang agak nakal ni diajar tarian tradisi rakyat Malaysia, memang payah diorang nak ikut.  Exceptional kalau aku ajar diorang shuffle ke tactonic ke breakdance ke confirm cepat dapat. :) happy  Ni 1 pengalaman lain dari yang lain sebab aku biasanya jadi trainer untuk sehari je (certain event) takde la secara berkala macam ni.
Sebelum nak mula mengajar, aku kena la prepare diri aku sendiri dulu.  Kalau cikgu sendiri lupa step, apa kes?? Aku menari sensorang kat umah.  Mak aku boleh gelakkan pulak.  Sabo je la.  Bukan senang nak jadi guru tari ni.  Dah confident baru aku mula kelas.
Memula ajar diorang memang muka memasing nampak tension..~X( at wits' end tapi lama kelamaan aku tengok memasing enjoy cuma kadang-kadang terlupa step je.  Kekadang tu aku memang nak marah diorang sebab dah berminggu-minggu ajar pun masih tak dapat tapi disebabkan cara diorang menari tu memang buat aku tersenyum, tergelak.  Penjaga diorang si Su pun tak boleh tahan, gelak sama. Ye lah kan, budak-budak yang agak 'keras' dalam menari ni disuruh menari dengan lembut.  Memang letey yeob!!  Tapi sekali-sekala tu, aku denda la juga.  Suruh buat PT10 (lompat bintang) & bumping.  Baru diorang nak buat betul-betul.
Aku cuma dapat ajar diorang 7 jenis tarian je: Tarian Pembukaan, Melayu, Cina, Sabah, India, Sarawak & Sewang.  Tapi alhamdulillah, akhirnya diorang dapat semua lagu tu.
Hari terakhir aku ajar diorang, aku minta maaf la sebab jerit kat diorang, jerkah diorang, denda diorang bila diorang tak dapat step or memain time training.  Aku tau memasing ada yang menyumpah-seranah aku.  Standard la kan student marah cikgu bila kena denda.  Tapi aku tak amik hati pun.  Aku pun pesan kat diorang dengar cakap cikgu, jangan tinggal puasa, jadi orang yang baik dan berguna.  Macam aku pesan kat adik-adik aku je.. Korang caya tak, budak-budak hati kering macam diorang ni pun boleh meleleh ayaq mata bila sesi akhir tu.  Aku pun terkejut.  Diorang pun minta maaf kat aku sebab tak dengar cakap katanya.  Aku memang sebak tapi takmo tunjuk la kan.  Dah masuk kereta baru terleleh pulak.  Tapi skit je ar...hehe... Tak boleh tahan beb.  Diorang pun lebih kurang umur adik-adik aku je pun.

Tanda ingatan aku pada diorang, aku belikan buah-buahan; rambutan dan manggis untuk diorang makan.  Aku hantar hari Ahad.  Aku tau diorang tentu suka. :x lovestruck  Love U all my brothers....:x lovestruck

Wednesday, August 3, 2011

1st Time Berbuka dengan Family!!

Sangat teruja hari ni untuk balik cepat sebab hari ni aku dapat berbuka puasa dengan family kat rumah.  YahooO!!!  Walaupun hari ni dah hari ke-3 puasa tapi baru hari ni la aku dapat berbuka kat rumah sebab 1st & 2nd puasa, aku kerja kan...Berbuka kepci ler dengan kengkawan yang lain. 
Hati terasa nak telefon mak kat rumah.  Nak tanya apa juadah berbuka tapiii....tak payah la kot.  Baru surprise kan..hehe...  Tak sabar tunggu 4.30 petang ni..Dah la kat ofis ni sejuk macam kat kutub utara (macam la aku pernah jejak kaki kat kutub utara nun...) Sampai dapat flu la aku ni.  Tak sabar ni. Nak thumbs out..vroommm!!! 

Makan-makan==> Pormtip Thai BBQ Seafood Restaurant

Semalam Mr. G belanja supper kat Pormtip Thai BBQ Seafood Restaurant, Bandar Tasik Permaisuri.  Apa yang aku boleh cakap pasal kualiti makanan kat situ >> thumbs up!! Sangat sedap.  Real Thai cuisine... Layanan pun cepat.  Ni sebenarnya kunjungan kali ke-2 kitorang ke sini.
Menu kitorang:
Nasi putih
Sotong goreng tepung
Ayam sweet sour
Kerabu mangga
Air Ribena Soda
Air Suam
Harga ok-ok la.  Agak mahal sikit tapi bagi aku berbaloi sebab makanan yang sedap dan saiz hidangan yang agak besar jugak walaupun kitorang minta saiz kecik.  Boleh la makan dalam 3-4 orang maksimum. (Tapi kitorang makan berdua je...hehehe...nampak no laparnya)  Itu saiz kecik, kalau saiz besar, tak tau la aku.  Tapi kalau aku bawa family aku datang sini memang saiz hidangan yang kecik dah memadai. Air suam pun diorang bagi gelas besar.  Puas minum.
Sebelum ni aku pernah cuba tomyam seafood & ikan siakap sweet sour.  Memang terbaek!! Bulan Ramadan ni diorang ada buat buffet special untuk berbuka puasa. Dewasa: RM 23 dan Kanak-kanak: RM 11.  Ni antara buffet yang paling murah aku rasa aku pernah jumpa.  Selalunya yang aku jumpa murah macam ni mesti makanannya out!  Tapi yang ni...hmm...korang rasa sendirilah..hehe...sangat puas hati.

Tuesday, August 2, 2011

Kahwin tu apa???

Khamis lepas aku berkesempatan menonton episod terakhir Dewa Cinta kat TV3 sebab aku mc.  Tetiba pulak boleh demam.  Tak larat nak bangun, nak drive pergi kerja.  Tengah syok tengok drama bersiri tu, part si Fasha tengah bersanding dengan Iqram, tetiba adik aku tanya,
"Along, kahwin tu apa?  Untuk apa? Amer tak paham ar...Tolong bagitau sikit..".  Ha, ternganga jap aku.  . 
Tengah-tengah aku pikir jawapan, abah balik.
"Ha, adik tanya kat abah la.  Abah dah kahwin. Abah mesti tau.  Along tak kahwin lagi, tak tau la"  Pandai tak aku elak dari jawab soalan 'genius' dia tu.
"Kahwin tu untuk bahagia lelaki dengan perempuan.  Dapat anak ramai-ramai. Halal."  <==  ni jawapan abah aku.
"Oo..paham dah. Amer nak kahwin la.  Nak anak ramai-ramai" :-/ confused Blurr....
Adik aku ni baru je 7 tahun...

Monday, August 1, 2011

Bulan Tahan Diri dari Godaan Datang Lagi...

Amacam korang?  1st day puasa ni, ada yang terbabas tak?  Aku alhamdulillah takde pulak.  Cuma kerap ke tandas je.  Maybe sebab aku amik supplement kan..so, perjalanan bendalir dalam badan aku ni normal je.  Tu yang selalu je nak jumpa Dr. Tan. 
 
Anyway, aku nak ucap selamat berpuasa dan menahan diri dari segala godaan.  Walaupun syaitan dan iblis dah diikat dan dikurung, tapi nafsu kita (especially pompuan yang ada 9 nafsu ni) kena kawal.  Banyakkan istighfar.  Baca buku-buku keilmuan.  Jangan ikut nafsu.  Sekarang nafsu bazar.  Pantang tengok, semuanya terliur.  Semua nak beli.  Jap gi time berbuka, tak habis pun semua tu.  Pastu lagi nak dekat raya kan, semua fikir nak beli serba baru...Nafsu shopping sangat membuak2...LOL ;p
 
1 benda lagi yang aku tak berapa boleh tahan bila bulan puasa ni kan, aircond kat ofis aku ni giler punya sejuk sesejuk taman firdausi (ecewah!! macam tau je taman firdausi tu.)...Ada lagi.  Time ni la boleh tengok suami soleh ke tak soleh..hahaha...Yelah, kalau dah tak puasa tu, soleh apakebendenya...itu saleh!! ooppss!! Tak ada kaitan dengan yang hidup atau hampir mati ye...;) winking
 
Tahun ni aku banyak berbuka mamam KFC!! Fuyyo, korang mesti ingat aku kaya kan...LOL.. Dah aku keje kat kepci mestilah dapat mamam free je...pe daa...Time off day baru dapat buka dengan family ke, Mr. G ke, memember ke..

Dah pandai potong ayam!!!

Weekend yang lepas aku lepak kat kedai nasi ayam kakak aku.  Itupun sebab dia minta tolong.  Aku ok je..hehe...Suka aku bab berniaga ni.  Kakak aku ni memang suka betul buat resepi baru.  Kreatif.  Ada 5 jenis nasi ayam kat kedai dia.  Ori, black pepper, madu, hainan.  Dulu ada honey lemon, sekarang dah tak buat.  Tak tau la kenapa.  Eh, bukan tu yang aku nak story-mory kan.  Aku excited nak cerita yang aku dah pandai potong ayam macam kat pasar tu!!! Ala... yang angkat parang tinggi2 tu pastu tetak..tetak...tetak...ha, dah siap ayam dipotong2..:&quot;> blushing
 
Memula memang aku tak nak potong ayam. Setakat jadi cashier, potong sayur, buat waffle ok la tapi potong ayam memang aku surrender.  Korang ingat ayam yang camne yang aku citer ni??  Aku citer ni ayam yang seekor tu la.  Yang macam ayam golek tu.  Akak aku suruh potong 14.  Ha, 14?  Cincang pandai la kot. Ahakzz.. Sumpah aku tak pernah potong ayam seekor tu weih.  Basuh ayam pandai la.  Memang dah degree dah.  Selalu beli ayam pun, aku suruh orang kat kedai tu potong siap2 ayam tu.  Hehe... 
 
Tapi dah kat kedai tu customer ramai kan, staf tak cukup, nak tak nak, aku belajo la potong ayam.  Fight dengan Mr. G, siapa pandai potong ayam dulu.  Dia cepat belajar tapi ayam yang dia potong agak hancur skit la. (skit je ek..bukan hancur semua).  Aku lambat sikit tapi hasilnya???  Jeng..Jeng..Jeng...Berhasil beb!!  Berani je aku angkat tinggi2 parang tu buat potong ayam.  Sekali2 tu terhancus la jugak ken.. 
 
Pengalaman baru aku sebelum bulan puasa...pandai potong ayam dah sekarang ni!! Yahooo!!! Lepas ni takde la malu dengan mak mentua kan...hahaha...