Column

Sunday, August 14, 2011

Bunyi Ntah Apa-Apa TAPI Rasa & Rupa Memang Best...

Sekarang kan kita amalkan 1Malaysia.  So, kepelbagaian rakyat Malaysia bercampur pulak dengan rakyat asing ni memang ngam ngam soi la kan.  Aku saja nak bagi info bab nama-nama kuih kat Malaysia ni.  Sangatlah banyak dan kadang-kadang tak masuk akal pun tapi WUJUD!

Kuih Paling Gengster= Kuih Lompat Tikam (ala-ala filem Jackie Chan je)
Kuih Paling Sexy= Puteri Mandi (puteri betul pun ada yang skodeng)
Kuih Paling Keji= Taik Itik (kalau betul-betul punya ada yang nak makan ker?? erkk)
Kuih Bajet Cute= Cek Mek Molek (memang cute pun)
Kuih untuk Awet Mud0= Seri Muka (makan banyak kencing manis terus)
Kuih Paling Alim= Kuih Ketayap (alim-alim kucing kot)
Kuih Penyakit Lelaki Kr0nik= Batang Buruk (memang buruk pun bunyinya)
Kuih Suka Pukul= Kuih L0mpang (loghat Negeri Sembilan)
Kuih dalam Zoo= Badak Berendam (tapi tak ada unsur badak pun dalam kuih tu)
Kuih untuk Sam P0lis Trafik= Kuih Sampret (ada kaitan ker?)
Kuih yang bangun sendiri= Kuih Bangkit (opah aku suka guna word ni 'bangkit' bila kejut aku)
Kuih orang tak mandi= Kuih Bau-Lu (favorite aku ni-tapi aku mandi ye)
Kuih Paling Lembab= Kuih Siput (bila makan laju jer)
Kuih 1Malaysia= Kuih telinga Keling (Melayu, Cina, India...semua pun makan)

Unikkan nama kuih kat Malaysia ni... bunyi entah apa-apa je tapi rasa...pergh...memang kelasss uollsss...

Post a Comment