Column

Tuesday, August 16, 2011

Mata Aku Kena Mercun!!!

Kelmarin, aku balik rumah, aku tengok adik aku, si abang tengah nanges.  :(( crying Abah cakap mata dia kena mercun time balik solat terawih.  Ada geng yang main mercun tepi surau kat area umah aku tu.  Diorang baling mercun kat adik aku.  Terus meletup dekat depan mata.  Menggagau abang balik rumah.  Nasib baik ada kawannya tolong hantarkan.
 
Semalam, time aku nak pergi kerja:
 
Abang, mata ok tak?
Kabur.
Tak payah la pergi sekolah. Dok rumah je.
Takpe la, boleh nampak sikit-sikit..
 
Aku pun terus pergi kerja macam biasa.  Kat pukul 10.00 pagi, abah call aku suruh amik abang kat sekolah sebab cikgu call suruh amik.  Mata dia dah tak nampak.  Walhal, dia dok paling depan kat dalam kelas.  How come??  Memang cemas la aku time tu.  Terus minta permission bos nak balik.  Aku explain la kan nape nak balik awai.  Kang tak pepasal ada orang ingat aku suka-suka je nak balik.  Hati aku memang tak tenang time bawa kereta.  Risau giler. 
 
Sampai sekolah, aku jumpa cikgu abang, tanya kelas dia katne, then, terus amik dia bawa pergi klinik.  Hamik ko!! Tingkat 4 kelasnya.  Bapak tinggi!!  Mendaki la aku ke kelas si abang.  Semput aku sampai tingkat 4.  Kesian aku tengok abang, menggagau dia nak turun tangga.  Kabur katanya.
 
Abang kata malam sebelum tu dia mimpi yang mata dia yang kena mercun tu tak dapat diselamatkan.  Tu yang dia tak nak pergi klinik awal-awal.  Sabo je aku dengar. Budak-budakkan..
 
Sampai kat klinik, terus bawa ke bilik kecemasan.  MA cuci mata dia yang kena mercun tu.  Nasib dia senyap je.  Patuh pada arahan.  Hehe... Time vision test, memang aku terkejut sebab dia cuma nampak huruf yang paling besar je.  Yang baris kedua dan ke bawah, dia tak nampak.  Padahal huruf kat barisan kedua tu besar jugak.  Lepas tu refer kat doktor pulak.  Doktor bagi krim sapu dalam mata dengan antibiotik.  Next week kena jumpa doktor sekali lagi.. Apalah nasib matamu abang ooi...:( sad
 
Post a Comment