Column

Wednesday, September 25, 2013

Mak Jatuh!!

Pagi tadi abah telefon aku bagitau mak jatuh kat umah sampai terduduk! Ha, memanglah jatuh terduduk, kalau jatuh berdiri, tu bukan jatuh namanya kan?? kan?? Hehe... 

Macam cuak gak la jap kan. Aku terus call mak lepas tu.

Aku: Mak, dengo citer mak jatuh tadi.
Mak: Hahaha...*gelak dulu* A'ah. Jatuh kat dapur. Baru nak letak punggung dah jatuh. Kerusi tu rupanya dah tak ada skru.  Hari tu ada jumpa skrunya tapi tak tau pulak skru kerusi ni.  Hari-hari mak duduk tak jatuh pulak. Pagi tadi baru nak jatuh. *sambung gelak lagi*

Aku dah konfius! Serius ke tak ni?  Siap boleh gelak-gelak bagai.

Mak: Tak ada apalah, long.  Sikit je. Mak ok lagi. Tu lah badan beso beno. Tak sempat nak duduk betul-betul pun.  Kerusi tu patah. 

Ni kali, aku pulak gelak..hahahaha...

Aku: Mak ni buat lawak je 
Mak: Terima kasih telefon mak.  Meja makan tu kan dah lebih 10 tahun...reput la tu...

Itu namanya ayat minta set meja makan baru...hahaha... mak...mak....nanti lepas selesai urusan kahwin kaklong, kaklong belikan yang baru ye...sekarang tak mampu lagi...muahaha....


Nota kaki sHiLaziZi:  Di saat aku tension, sedih dan berduka mesti akan datang suatu perkara yang menggembirakan.

Thursday, May 23, 2013

La Senza Body Kiss Blogger Party

First time aku join event yang sangat 'ladies' ni. Memang happening gegiler sebab semua blogger pun sporting termasuk Tammy, The Plus Size Kitten, Sarah dan staf La Senza yang sangat friendly. 

Di awal sesi, kitorang diberi cabaran mencari lollypop.  Eh, apa kaitan lollypop dengan bra?  Ha, siapa yang dapat lollypop paling banyak, dia dikira sebagai pemenang dan pemenang tu boleh amik apa sahaja bra dan panties dalam koleksi Body Kiss dalam masa 30 saat mengikut saiz sendiri. Best kan!  Aku hampir je nak menang tapi tak ada rezeki.  Rezeki lebih berpihak kepada Vlogger, Newrule Farah.  Dapat grab lebih dari 5 pasang bra dan panties.  Wow!  Memang lots of love betullah!! Dari mula asyik gelak je... 

Nak bagitau ni, La Senza dah launch produk baru, Body Kiss Collection.  Nama pun tersangatlah seksi kan. Aww!

Body Kiss Collection ni adalah koleksi musim panas yang menampilkan 7 warna ceria. 




Body Kiss Bra Collection




Warna-warna ceria


 Kitorang diajar cara-cara memilih saiz bra/coli yang betul.  Meh, aku share dengan korang:

1. Gunakan tape pengukur yang ukur baju tu kan, korang ukur saiz under bust.

2. Lepas tu, korang ukur pulak saiz middle bust (area nipples)

3. Lastly, korang check dengan bra fit chart kat bawah ni, korang akan tau saiz bra yang tepat untuk korang.

Senang je kan.



Bra Fit Chart




Korang tau tak, korang boleh dapat diskaun up to 40% dan Prestige VIP akan dapat tambahan 10% Off.  Best kan.. 

Tapi BILA?  25 Mei 2013 lah!!  La Senza Shopping Spree!!!

Jap...jap.... Ada lagi! Kalau korang beli Body Kiss Bra, korang akan dapat panty secara PERCUMA! Ya, percuma tau! 

Ada lagi!  Kalau korang ke  outlet terpilih iaitu: La Senza Pavilion, Suria KLCC, 1 Utama dan Sunway Pyramid, korang boleh dapat gift card bernilai RM300 jugak (tertakluk terma dan syarat) dan pelanggan pertama hingga yang ke-100 akan dapat goodie bag hokay! So, Sabtu ni korang pergilah awal-awal supaya tak terlepas hadiah istimewa tu =)




Kaunter yang seksi =P



What is in the bag?  

La Senza Body Kiss Collection - Leopard Printed Bra!!!  Auummmm!!

 Dapatkan La Senza Body Kiss Collection dari RM149



Hurry up ladies!! 
Ada diskaun sampai 60% tau! Rugi tak beli!


Dengan saiz cup yang tepat dan kualiti bra yang lembut, korang akan rasa sangat selesa walaupun pakai seharian.  Kalau korang nak beli sepasang (bra dan panty) yang sama warna/corak pun boleh.  Lagi seksi tau! Body Kiss is the only bra with a cushioned underwire for an invisibly sexy fit. Ha, kan aku dah bagitau tadi, memang sangat selesa, tambah pulk ada cushioned underwire kan..I dah pakai uols =)




The beauty bloggers



Terima kasih sangat kat Tammy, Beauty Blogger Malaysia dan pihak La Senza Malaysia yang sudi menjemput aku untuk sama-sama memeriahkan party ni.  Next time, boleh invite aku lagi kot...hahaha..




Nota kaki sHiLaziZi:  Aku terasa rendah diri (walaupun tinggi) sebab diorang semua pun cantik-cantik!!  Korang jangan lupa LIKE Facebook La Senza Malaysia.

Tuesday, May 21, 2013

Astro On-The-Go Live Explorer 2013

Wow!  Memang happening event ni.  Lelagi bila aku terpilih sebagai contestant untuk blogger explorer anjuran Astro dan Nuffnang tu. Hehe... Dari sejak sesi pendaftaran lagi sampai event habis, 10.00 malam, memang aku enjoy giler!  Walaupun tak menang Astro On-The-Go Explorer (AOTG Explorer) tapi banyak menang game yang lain.  Kira ok la tu (padahal frust jugak tapi tak nak ngaku!...ngeh).  Untuk korang yang tak berkesempatan nak join kitorang hari tu, don't worry...sebab aku akan bagi korang feel yang sama macam kitorang yang join AOTG Explorer tu.  Enjoy this bundles of photo =) Syiok woooo....

Kembara kitorang dah abis, now, kembara korang pulak....mengembara tengok gambar sepanjang event..haha...let's go!!


Sesi Pendaftaran untuk Astro On-The-Go Live Explorer

Sesi Pendaftaran dalam cahaya yang samar-samar sebab...shopping mall tak buka lagi. So, lampu pun belum terpasang sepenuhnya.  Semangat nih!





We are ready to explore!!

Nak citer sikit pasal explorer hunt tu.. berbekalkan iPad serta 2 apps penting; Live Explorer (soalan, klu dan task) dan Astro On-The-Go (jawapan), kitorang kena explore seluruh Sunway Pyramid tu.  Dari zon oren, zon merah sampai ke zon biru kitorang jelajah.  Penat kaki memang tak terkira la.  Tapi semangat punya pasal kan..lupakan penat untuk seketika! Hahaha...  Part yang aku paling suka adalah stesen sukan! Ni memang my best part lah! Sebab aku dapat main bola dalam shopping complex.. Kalau tak sebab AOTG ni, memang gilalah main bola dalam Sunway Pyramid!! Hahaha...


Perjalanan dalam pengembaraan =)

Ada 10 stesen semuanya; setiap stesen mewakili rancangan yang ada dalam Astro On-The-Go tu.  Contohnya; Sports, Maharaja Lawak, Geng Bas Sekolah, Hanna Montana, Korean Series dan banyak lagi...Setiap kali stop di stesen, lepas jawab soalan dan buat task yang diorang bagi, kena snap gambar dan post kat fb & twitter.  Lepas tu baru dapat soalan dan klu seterusnya.  Memang mencabar!  Team aku berjaya habiskan semua task dalam 1 jam 45 minit..Lama kan?? Hahaha... Penat berbalas apabila kitorang disajikan menu yang sangat sedap kat Delicious.  


Eh, korang! Nak bagitau ni, ni adalah 1st time aku makan salmon tau... sedap!

Perut pun dah kenyang, apa lagi? Tunggu pengumuman pemenang lah!

Korang nak tau sape menang? Jeng...jeng...jeng....

-
-
-
-
-



Wajah-wajah kegembiraan =)

TAHNIAH !!

Grand Prize (Blablablabber & Leonhart90)
2 x Samsung Galaxy S4 + (Bonus: RM800 cash each IF you are an *Astro-On-The-Go subscriber)
1st Runner Up (Pena Berkala & By Rawlins)
2 x Apple iPad Mini + (Bonus: RM800 cash each IF you are an *Astro-On-The-Go subscriber)

2nd Runner Up (Mahamahu & Miracikcit)
2 x Nexus 7 + (Bonus: RM800 cash each IF you are an *Astro-On-The-Go subscriber)

Bonus prize for top-tweeting team (Eyriqazzoh-alicewonderland)
RM500 cash + (another RM800 cash if you are an *Astro-On-The-Go subscriber)

Bonus Lucky Draw (for ALL Astro-On-The-Go subscribers ONLY (sorry, I lupa nama dia..huhu..)
1 x Apple iPad Mini




Goodie bag by Astro

Nak tau apa isinya??



Hasil seharian join aktiviti di Astro On-The-Go event..


Korang nak tau, event ni dapat sambutan ke tak?  Tengok ni...


Kakak cantik ni sanggup berdiri atas kerusi nak tengok performance dan artis kesayangan mereka



Persembahan pentas dan peluang penonton untuk sama-sama ambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan...banyak hadiah yang Astro bagi wooo...rugi tak pergiiii... =P  Tengok tu, Nisa Kay yang comel pun ada tau!  Antara artis yang ada hari tu, Aaron Aziz, Johan Raja Lawak, Ajak Raja Lawak, Ila Damia, Altimet dan ramai lagi...Kira 1 Malaysia lah! Artis Melayu, Cina, India rangkum sekali.. 





Nampak tak betapa ramainya orang yang excited dengan event ni.
Lepas ni boleh la Astro buat lagi =)



Ni yang area belakang tabir..pun penuh jugak!!


Lepas je sesi penyampaian hadiah, majoriti blogger balik tapi aku tetap di situ sebab my family baru tiba.  Kena temankan diorang jenjalan pulak.  Petang tu ada sesi bersama Masterchef Celebriti, time diorang offer untuk pengunjung jadi juri, aku angkat je tangan, sekali terpilih!  Tau tak sapa yang masak? Dr. Fazley dan Sherry Ibrahim tuu...lagi syiok bila Dr. Fazley lap mulut I....waaaa.... terasa diawangan jap.. *muntah hijau cepat!!  Yang tak boleh blah bila ada orang ex-ofis aku tengok aksi tuu...


kecoh kat FB jap...huhu...maluuu...


Last but not least.....

-
-
-


Aku jumpa mak Merah a.k.a Redmummy!!

Excited mengalahkan jumpa Aaron Aziz uuuu....
Baru touch down dari Milan ni, terus datang event.  Komited sungguh ko kak.


Lepas ni aku tak payah risau rancangan tv kegemaran aku kalau keluar shopping!! Sebab dah ada Astro-On-The-Go dalam mobile device aku!! Yeay!! Confirm tak heran even tersangkut dalam traffic jam but I still can watch Maharaja Lawak dan Masterchef Celebriti =) Weeeee......

Di akhirnya, aku nak ucapkan tahniah untuk Astro yang berjaya menganjurkan event yang awesome ni. Thanks to Astro again and Nuffnang for inviting me to be part of this event.


Nota kaki sHiLaziZi:  Mood excited belum habis lagi ni.. =)





Friday, May 17, 2013

Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party


Cuba korang tengok kemeriahan video ni...




Memang gempaklah Ultrabook™. Inspired by Intel ni.  Tau kenapa gempak?? Tengok kat video atas tu... Dah la boleh pakai keyboard, pastu boleh guna touch skrin lagi. Siap boleh lipat-lipat lagi.  Pergi party pun relax je bawa.  Dah boleh ganti AV System yang biasa, yang besar gedabak tu.  Gila gempaklah! Kalau la aku dapat sebiji...hmm... 

'Explore Beyond Limits'

Nak bagitau ni..(kepochi sangat kan...) Aku dan family memang pengguna tegar Acer ni.  Sejak dari aku kecik lagi.  Dari desktop tu sebesar tv 29 inci sampailah saiz laptop yang sekarang.  Semuanya brand Acer.  Sekarang, Acer nak keluarkan produk baru. Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook™ macam dalam video tu.  Bukan desktop.  Bukan jugak laptop.  Tapi Ultrabook™. Inspired by Intel.  Bukan calang-calang company tau..Acer kerjasama dengan Intel tu. 



Tau kenapa namanya Ultrabook? Sebab lebih ringan dan mudah dibawa (Ultraportable) ke mana sahaja.  Macam Ultraman tu...boleh terbang ke mana-mana tanpa halangan..ha, camtu lah ultrabook ni..hehe... =)  Lagi fungsi best kat Ultrabook™. Inspired by Intel ni adalah detachable dan touch centric.  Boleh pasang keyboard, boleh jugak kalau nak buka dan ada skrin sesentuh macam android tablet tuuu...Best kan...

Nanti ada party untuk introduce Ultrabook™. Inspired by Intel ni.  Nak join! Nak join!!  I like party sooooooo muchhhh!!! Nak cuba sendiri Ultrabook tu.  Kalau ok, boleh sambar sebiji.  Lepas ni, lagi senang nak bersosial dan berblog. =)


Nota kaki sHiLaziZi:  Ada pihak yang sudi bagi saya review  Ultrabook™. Inspired by Intel ni? Hehe... =)

Bag of Love: Earth April

Seronok bila dapat review beauty product ni tau.  Kali ni aku nak citer pasal Bag of Love. Korang pernah dengar tak? Beg ni penuh dengan kasih sayang dan cinta gitu! Hehe...From head to toe katanya! Memacam ada dan yang paling best is bila every month Bag of Love tampil dengan tema yang berbeza.  Untuk bulan April, temanya adalah Earth April.  So let's going green ladies :) 

Sebelum aku terus membebel dengan lebih panjang lagi, meh aku kenalkan satu persatu produk yang ada dalam Bag of Love: Earth April ni.


Beg Eco-Friendly




Tag dalam beg comel ;)


Beg yang comel ni diperbuat dari material yang eco-friendly tau. Sangat lembut dan boleh diulang pakai. Yang penting, beg ni boleh basuh jugak tau.  Kat dalam beg ni ada tag 'Bag of Love'.  Comel kan tag nya? Mesti korang nak tau apa kat dalam kan??? 

Jom kita tengok!




DEFINITE Contour Brush, full size

Contour brush ni diberikan dalam saiz penuh. Berus sangat lembut dan kualiti berus memang memuaskan.  Yang penting bulu berus tu tak mudah tercabut.  Harganya cuma RM 88.00 seunit.  Almaklumlah, aku ni boleh tahan gak suka melawa. Dengan adanya berus ni akan lebih memudahkan kerja make over aku..hehe...




NUXE Brightening BB Cream SPF30/PA+++ (15 ml)

Aku suka dengan BB Cream dari Nuxe ni sebab muka tak berminyak bila pakai.  Dapat saiz 15 ml.  BB Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit.  So, untuk korang yang muka jenis berminyak ke, kering ke atau combination skin macam aku pun still leh guna Nuxe Brightening BB Cream ni.  Harga seunit yang bersaiz 30 ml, RM 120.



DECLEOR Hydra Floral Moisturizing Cream (50 ml)

Walaupun aku tak pernah dengar jenama Decleor sebelum ni tapi dengan pack Bag of Love ni dah buat aku jatuh cinta dengan jenama ni sebab bau moisurizing creamnya memang best.  Ada unsur bunga dan memang menyegarkan. Diberikan dalam saiz 15 ml.  Bolehlah aku simpan untuk travel nanti. Hehe... Harga seunit yang bersaiz 50 ml adalah RM 271.



THE BODY SHOP Quiet Night Dreamy Pillow & Body Mist (100 ml)

Ha, kalau korang susah nak tidur malam, ni 'ubat' terbaik untuk korang.  Confirm lenalah lepas sembur The Body Shop Wuiet Night Dreamny Pillow & Body Mist ni.  Baunya memang sangat best.  Aku terasa macam dalam spa pulak lepas pakai body mist ni.  Tenang je rasa kepala sebelum tidur.  Memang boleh release tension.  Harga seunit 100 ml ni cuma RM 59.



PHYTOCITRUS Restructuring Shampoo (50 ml)

Yang ni shampu khas untuk korang yang suka warna rambut atau pun suka buat highlight pada rambut.  Shampu ni melindungi rambut korang yang berwarna tu.  Shampu ni diperbuat dari bahan-bahan botanikal dan semulajadi. PH pun antara 4.3 - 4.8.  Memandangkan aku bukan orang yang suka warna rambut, memang tak guna lagi la shampu ni.  Harga untuk seunit bagi 200 ml, RM 88.



BURT's BEES Richly Repleneshing Cocoa & Cupuacu Butters Body Lotion (6.5 gm)

Body lotion dari Burt's Bees ni aku dah cuba.  Memang best sebab baunya rasa macam nak makan je. Hahaha... Diberikan dalam saiz 6.5 gram.  Memang melembapkan bahagian badan yang kita letak lotion tu.  Yang bestnya, kalau kita pakai sebelum tidur, nanti bila bangun tidur masih terasa kelembapannya tu.  Bau pun masih sama.  Tu yang best tu.  Untuk saiz 170 ml, harganya cuma RM 62.80 je. Boleh repeat beli asing ni..hehe...

Memandangkan tema bulan ni berasaskan alam, semua produk yang diberikan dalam Eco-friendly bag ni pun semuanya berasaskan bahan semulajadi, organik dan bahan-bahan yang menyumbang ke arah kehijauan alam. So, kuranglah bahan kimia yang boleh merosakkan kulit tuuu.. Kan bagus tu.  

Selain tu, korang akan dapat juga voucher diskaun dari Decleor Paris untuk rawatan muka selama 1 jam 45 minit; Signature Aromaplasty Facial pada harga cuma RM 98 je.  Harga biasa RM 230 tau.  Kan untung tu.. Bukan je dapat produk kecantikan, rawatan muka pun dapat sekali. ;)


Jumlah semua produk yang ada kat dalam Bag of Love ni lebih dari RM 200 tau tapi korang boleh dapat HANYA serendah RM 39.90 je sebulan. Tak caye? 

Korang pergi je kat: 

Semua info ada kat sana termasuk cara nak subscribe secara bulanan atau pun tahunan.  Tau dah , mesti korang teruja kan?  So, apa lagi?  


Nota kaki sHiLaziZi: Aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat Tammy dari Butterfly Project dan Mimi, pemilik Bag of Love sebab pilih Shilazizi untuk review produk yang penuh kasih sayang ni.hehe... 


Thursday, May 16, 2013

Makan-makan: The Tranquerah, Hidangan Baba Nyonya

Firstly, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat Openrice sebab jemput aku untuk sesi makan-makan (food testing session) kali ni.  Selain tu, aku nak ucapkan terima kasih jugak kat abang blogger yang introduce aku dengan Openrice ni, tak lain tak bukan, food blogger tersohor, Abg Hazman.  Sebab dari blog dia la, aku tau pasal Openrice ni.  =)

Ni kali ke-3 aku join Makan Venture organised by Openrice selepas Restoran Songket dan Anggrek Kuring.  Kali ni kitorang hang out kat The Tranquerah, Kota Damansara.  Restoran yang menyediakan makanan Baba dan Nyonya.  

Ada peristiwa untuk kali ni...aku sesat dan lambat sampai!! Start 6.30 petang tapi aku sampai 8.00 malam! Hah???!  *Nanti aku citer kat next entri k!  Now, nak citer pasal makan je dulu..yummy...yummy...



Baru tengok menu dah terliur kan..



Inti untuk Pai Tee
(Turnips, telur hancur, daun ketumbar, hirisan cili merah dan sos istimewa)
Aku sampai lambat so dapat snap baki-baki je la untuk ni...huhu...



Pai Tee @ Top Hat - RM1.50 satu

Orang Melayu panggil Popia
Yang bestnya, inti tu kita isi sendiri.  Nak banyak mana pun ikut suka.  Memang puas hati.



Air Cincau - RM6.90
Memang gelasnya besar dan kuantiti cincau yang sangat banyak.  



Ikan Tenggiri Goreng Cili - harga tak ingat..sorry uols

Orang kita panggil Ikan Tenggiri Masak Berlada.
Ikan Tenggiri tu digoreng garing sebelum dicurahkan sambal cili yang telah dikisar bersama bawang putih dan bawang merah tu.  Rasa sambal cili tu agak manis.



Ayam Pongteh - RM40.00

Yang ni resepi istimewa dari Chef Florence Tan
Ayamnya memang sangat lembut sebab dimasak lama, lebih kurang sejam.  Kuah juga pekat.  Rasanya macam kari tapi bukan kari.  Ha, camne tu?  Pergilah try sendiri ek.  Yang penting resepi ni memang sangat manis bagi aku.



Sambal belacan - harga, I'm not sure
Nampak pekat kan? Memang pekat pun.  Tapi sambal belacan mesti dimakan bersekali dengan sayur Bendi Keluak.  Baru ummpphh kata pemilik restoran, Stephanie



Stir Fry Sweet Potato Leaves with Sambal Keluak - RM18.00

1st time aku makan sambal keluak ni.  Menu yang ni agak manis bagi aku.  Korang nampak tak kenapa sayur tu nampak lebam je? Sebab sambal keluak tu asalnya warna hitam (tengok kat Bendi Keluak).  Aku tak berapa suka dengan menu yang ni.



Cincaluk Platter - RM40.00

Kali ni aku cipta sejarah apabila aku makan CENCALUK untuk pertama kalinya!  Tak pernah seumur hidup aku makan cencaluk wei..Sambal belacan dengan budu pun sama.  Demi Makan Venture, kutelan jua tapi bukanlah cencaluk original tu.  Tak tolok den weh... Platter ni mengandungi udang, sotong dan ayam yang dah diperap terlebih dahulu dengan cencaluk sebelum digoreng.  Rasanya memang sedap. Cuma ada rasa masam cencaluk sikit-sikit.  Nak ratah macam tu je pun boleh.





Ni namanya buah keluak.  

Aku pernah dengar buah keluak ni tapi ni 1st time tengok kot. Dah macam biji getah je.  Takde bau.  Masyarakat Baba Nyonya dan Portugis memang familiar sangat dengan buah keluak ni. Some Indonesian's too.  Diorang panggil 'Rawon'.  FYI, buah ni BERACUN!  Hah!!  Abis yang buat sambal tu kenapa??  Adoii...  Belum abis explain lagi la sahabat sekalian.  Buah ni perlu direndam selama 10 hari dan ditukar airnya setiap hari bertujuan membuang racun yang ada padanya.  Lepas tu  kena buka kulitnya dan ambil isinya.  Mesti immediately masak.  Susah sebenarnya kerjanya.  Renyah! Untuk sebijik keluak ni, isi hanya sekitar separuh sudu kecil je. Sikit kan.



Keluak Bendi - RM18.00

Cuba tengok warna sambal kat atas tu.  Hitam kan?  Itulah sambal keluak. Untuk sepinggan ni je, 10-15 biji buah keluak digunakan.  Kalau makan sambal semata-mata, memang terasa pedasnya. Pedasnya agak lain macam sikit.  Tak sama macam pedas cili.  Yang bestnya, bendi still maintain segar dan rangup ketika dimakan.  Menu ni agak manis bagi aku.



Openricers yang hadir..
*sorry, gambar gigil...

Adalah dalam 10-15 orang rasanya.
Semua sibuk dengan 'sesi food photo'..hahaha...
Aku sorang je Melayu!  Yang lain semua cha ya nun alif =)


Sebelum majlis berakhir, adalah sesi kuiz ringkas dan...aku dapat niiii


Overall aku bagi: 3/5 sebab makanannya banyak yang manis..huhu...


Kalau korang teringin nak merasa, boleh ke:

Red Carpet Avenue, Encorp Strand
Jalan PJU 5/22, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor

No. Tel: 03-61424106



Nota kaki sHiLaziZi:  Makanan Baba Nyonya kurang sesuai dengan tekak aku...hmm...







Tuesday, May 14, 2013

I Am The Unstoppable Explorer

Unstoppable Explorer? Apa tu?  Maksudnya, pengembara yang tak akan berhenti.  Siapa pulak tu?  Dah tentu SHILAZIZI lah orang nya! =)  Tak caye?

Aku adalah unstoppable explorer in terms of shopping.  Semua shopping mall aku pergi tak kira masa siang atau malam.  Kenapa aku kata aku ni unstoppable explorer? Sebab aku kalau aku pergi shopping, confirm Gendut bising sebab akan drag sampai lebih dari 6 jam. Hahaha...Nak tau explorer characteristics yang ada pada aku? Ha, jawapannya, UNSTOPPABLE dan gila shopping. Sambil shopping siap amik gambar. =)

Cabaran bila aku keluar shopping tu kan selalunya aku dengan Gendut mesti teringat cerita or movie kat tv tapi tak dapat tengok.  Especially Raja Lawak dan Masterchef Celebriti.  Mulalah fikir nak balik cepat.  Spoil betul mood nak shopping!   Ye lah, nak tengok tv la time tu, time tu jugak nak shopping.  Apa nak buat? 





Nasib baik sekarang dah ada Astro-On-The-Go =) 



Boleh tonton movie/drama dalam handphone je.  My handphone is my essential gadget when I do shopping! Takkan nak bawa tablet or kamera dslr yang gedabak tu kan.  Tak sesuai!  So, sekarang, sambil shopping pun boleh tonton, time tunggu orang pun boleh tonton.  Ha, 1 lagi, time kat ladies pun boleh tonton jugak..hehe... Nasib idea Astro ni brilliant.  Astro dah mengatasi masalah yang sering aku hadapi selama ini. Hahaha...


Korang pun boleh buat macam aku. Lepas ni tak payah nak risau-risau pasal channel tv lagi. Kan dah ada Astro-On-The-Go. Korang check kat sini www.astroonthego.com

Nota kaki sHiLaziZi:  Astro & Nuffnang ada anjurkan "Explorer-On-The-Go" lah....mesti join ni...I am the SHOPPING EXPLORER ON THE GO!!!! =)