Column

Tuesday, May 21, 2013

Astro On-The-Go Live Explorer 2013

Wow!  Memang happening event ni.  Lelagi bila aku terpilih sebagai contestant untuk blogger explorer anjuran Astro dan Nuffnang tu. Hehe... Dari sejak sesi pendaftaran lagi sampai event habis, 10.00 malam, memang aku enjoy giler!  Walaupun tak menang Astro On-The-Go Explorer (AOTG Explorer) tapi banyak menang game yang lain.  Kira ok la tu (padahal frust jugak tapi tak nak ngaku!...ngeh).  Untuk korang yang tak berkesempatan nak join kitorang hari tu, don't worry...sebab aku akan bagi korang feel yang sama macam kitorang yang join AOTG Explorer tu.  Enjoy this bundles of photo =) Syiok woooo....

Kembara kitorang dah abis, now, kembara korang pulak....mengembara tengok gambar sepanjang event..haha...let's go!!


Sesi Pendaftaran untuk Astro On-The-Go Live Explorer

Sesi Pendaftaran dalam cahaya yang samar-samar sebab...shopping mall tak buka lagi. So, lampu pun belum terpasang sepenuhnya.  Semangat nih!





We are ready to explore!!

Nak citer sikit pasal explorer hunt tu.. berbekalkan iPad serta 2 apps penting; Live Explorer (soalan, klu dan task) dan Astro On-The-Go (jawapan), kitorang kena explore seluruh Sunway Pyramid tu.  Dari zon oren, zon merah sampai ke zon biru kitorang jelajah.  Penat kaki memang tak terkira la.  Tapi semangat punya pasal kan..lupakan penat untuk seketika! Hahaha...  Part yang aku paling suka adalah stesen sukan! Ni memang my best part lah! Sebab aku dapat main bola dalam shopping complex.. Kalau tak sebab AOTG ni, memang gilalah main bola dalam Sunway Pyramid!! Hahaha...


Perjalanan dalam pengembaraan =)

Ada 10 stesen semuanya; setiap stesen mewakili rancangan yang ada dalam Astro On-The-Go tu.  Contohnya; Sports, Maharaja Lawak, Geng Bas Sekolah, Hanna Montana, Korean Series dan banyak lagi...Setiap kali stop di stesen, lepas jawab soalan dan buat task yang diorang bagi, kena snap gambar dan post kat fb & twitter.  Lepas tu baru dapat soalan dan klu seterusnya.  Memang mencabar!  Team aku berjaya habiskan semua task dalam 1 jam 45 minit..Lama kan?? Hahaha... Penat berbalas apabila kitorang disajikan menu yang sangat sedap kat Delicious.  


Eh, korang! Nak bagitau ni, ni adalah 1st time aku makan salmon tau... sedap!

Perut pun dah kenyang, apa lagi? Tunggu pengumuman pemenang lah!

Korang nak tau sape menang? Jeng...jeng...jeng....

-
-
-
-
-



Wajah-wajah kegembiraan =)

TAHNIAH !!

Grand Prize (Blablablabber & Leonhart90)
2 x Samsung Galaxy S4 + (Bonus: RM800 cash each IF you are an *Astro-On-The-Go subscriber)
1st Runner Up (Pena Berkala & By Rawlins)
2 x Apple iPad Mini + (Bonus: RM800 cash each IF you are an *Astro-On-The-Go subscriber)

2nd Runner Up (Mahamahu & Miracikcit)
2 x Nexus 7 + (Bonus: RM800 cash each IF you are an *Astro-On-The-Go subscriber)

Bonus prize for top-tweeting team (Eyriqazzoh-alicewonderland)
RM500 cash + (another RM800 cash if you are an *Astro-On-The-Go subscriber)

Bonus Lucky Draw (for ALL Astro-On-The-Go subscribers ONLY (sorry, I lupa nama dia..huhu..)
1 x Apple iPad Mini




Goodie bag by Astro

Nak tau apa isinya??



Hasil seharian join aktiviti di Astro On-The-Go event..


Korang nak tau, event ni dapat sambutan ke tak?  Tengok ni...


Kakak cantik ni sanggup berdiri atas kerusi nak tengok performance dan artis kesayangan mereka



Persembahan pentas dan peluang penonton untuk sama-sama ambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan...banyak hadiah yang Astro bagi wooo...rugi tak pergiiii... =P  Tengok tu, Nisa Kay yang comel pun ada tau!  Antara artis yang ada hari tu, Aaron Aziz, Johan Raja Lawak, Ajak Raja Lawak, Ila Damia, Altimet dan ramai lagi...Kira 1 Malaysia lah! Artis Melayu, Cina, India rangkum sekali.. 





Nampak tak betapa ramainya orang yang excited dengan event ni.
Lepas ni boleh la Astro buat lagi =)



Ni yang area belakang tabir..pun penuh jugak!!


Lepas je sesi penyampaian hadiah, majoriti blogger balik tapi aku tetap di situ sebab my family baru tiba.  Kena temankan diorang jenjalan pulak.  Petang tu ada sesi bersama Masterchef Celebriti, time diorang offer untuk pengunjung jadi juri, aku angkat je tangan, sekali terpilih!  Tau tak sapa yang masak? Dr. Fazley dan Sherry Ibrahim tuu...lagi syiok bila Dr. Fazley lap mulut I....waaaa.... terasa diawangan jap.. *muntah hijau cepat!!  Yang tak boleh blah bila ada orang ex-ofis aku tengok aksi tuu...


kecoh kat FB jap...huhu...maluuu...


Last but not least.....

-
-
-


Aku jumpa mak Merah a.k.a Redmummy!!

Excited mengalahkan jumpa Aaron Aziz uuuu....
Baru touch down dari Milan ni, terus datang event.  Komited sungguh ko kak.


Lepas ni aku tak payah risau rancangan tv kegemaran aku kalau keluar shopping!! Sebab dah ada Astro-On-The-Go dalam mobile device aku!! Yeay!! Confirm tak heran even tersangkut dalam traffic jam but I still can watch Maharaja Lawak dan Masterchef Celebriti =) Weeeee......

Di akhirnya, aku nak ucapkan tahniah untuk Astro yang berjaya menganjurkan event yang awesome ni. Thanks to Astro again and Nuffnang for inviting me to be part of this event.


Nota kaki sHiLaziZi:  Mood excited belum habis lagi ni.. =)





Post a Comment