Sunway Lagoon lancarkan permainan air terbesar di dunia pada 10 Mei 2013. Vuvuzela namanya. Wow! Excited aku bila tau pasal benda ni. Meh aku citer sikit pasal vuvuzela ni. Benda alah ni setinggi bangunan 11 tingkat (30 meter tuuuuuu)*dah sama dengan ketinggian aku jatuh gaung dulu. Tinggi giler kotttt!! Wuuuu.... Vuvuzela ni kira hadiah untuk pengunjung Sunway Lagoon sempena ulangtahun yang ke-20. Ha, dah 20 tahun rupanya Sunway Lagoon ni. Ni kira koleksi permainan ekstrem terbaru kat sana lah.
Korang bayangkan bila kita kat atas pelampung tu, terhayun ke kiri-kanan sampai tahap zero gravity dan tak tahu mana penghujungnya sebab kita takkan nampak. Waduh, ni yang buat aku lagi excited!
Baru tengok poster je dah seriau!
Tapi inilah cabaran namanya kan...
Vuvuzela sepanjang 152 meter ni berdiameter 22 meter memang bakal mencabar adrenalin orang macam aku. Macam aku? Ye, macam aku yang sukakan cabaran ni =)
Untuk merealisasikan impian aku ni, haruslah aku join Blogger's Day-Out anjuran Nuffnang pada 11 Mei 2013 (Sabtu) ni. Rugi wooo kalau tak join. Dah la ni antara aktiviti yang aku naakkkkkk sangat buat.
Kenapa?
Sebab aku nak cabar diri aku yang takut tinggi ni dan sudah tentu aku nak hang out dengan Nuffnangers yang lain!!!
Gendut suka perli-perli aku. Ni kali aku nak buktikan yang aku dah tak takut tinggi lagi!
Macam ni rupa aku kot bila naik vuvuzela ni....
Adios! Wish me luck, guys...
Nota kaki sHiLaziZi: Jangan aku mengigau naik vuvuzela dah la...mau jatuh katil lak..hahaha... Tak sabar dah ni!! First time nak hangout dengan Nuffnangers ni..
No comments:
Post a Comment