Column

Monday, May 6, 2013

Bila Budak Kecik Cakap Pasal Politik



Semalam habis mengundi, aku terus balik rumah.  Sampai je kat rumah, adik tanya.

'Along, kamu dah mengundi ke?'

'Dah'

'Tengok jari'
Aku pun tunjuk jari yang biru macam terkepit pintu ni...

'Kamu undi apa'

'Rahsia'

'Aku tau kamu undi BN'

Terkejut jap. Aik, memandai je dak ni serkap jarang! 
'Tak boleh bagitau.  Undi tu rahsia'

'Ye, aku tau kamu undi BN'

'Mana kamu tau'

'Tu jari kamu warna BN, kalau undi PAS mesti warna hijau'

'.....hmm...'  Malas layan dah!


Adoiiii....budak kecik yang baru umur 9 tahun pun pandai politik wei. Aku yang dah besar panjang ni pun tak berapa amik port bab-bab politik ni kecuali keluar mengundi, menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Post a Comment