Column

Friday, May 17, 2013

Bag of Love: Earth April

Seronok bila dapat review beauty product ni tau.  Kali ni aku nak citer pasal Bag of Love. Korang pernah dengar tak? Beg ni penuh dengan kasih sayang dan cinta gitu! Hehe...From head to toe katanya! Memacam ada dan yang paling best is bila every month Bag of Love tampil dengan tema yang berbeza.  Untuk bulan April, temanya adalah Earth April.  So let's going green ladies :) 

Sebelum aku terus membebel dengan lebih panjang lagi, meh aku kenalkan satu persatu produk yang ada dalam Bag of Love: Earth April ni.


Beg Eco-Friendly




Tag dalam beg comel ;)


Beg yang comel ni diperbuat dari material yang eco-friendly tau. Sangat lembut dan boleh diulang pakai. Yang penting, beg ni boleh basuh jugak tau.  Kat dalam beg ni ada tag 'Bag of Love'.  Comel kan tag nya? Mesti korang nak tau apa kat dalam kan??? 

Jom kita tengok!




DEFINITE Contour Brush, full size

Contour brush ni diberikan dalam saiz penuh. Berus sangat lembut dan kualiti berus memang memuaskan.  Yang penting bulu berus tu tak mudah tercabut.  Harganya cuma RM 88.00 seunit.  Almaklumlah, aku ni boleh tahan gak suka melawa. Dengan adanya berus ni akan lebih memudahkan kerja make over aku..hehe...




NUXE Brightening BB Cream SPF30/PA+++ (15 ml)

Aku suka dengan BB Cream dari Nuxe ni sebab muka tak berminyak bila pakai.  Dapat saiz 15 ml.  BB Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit.  So, untuk korang yang muka jenis berminyak ke, kering ke atau combination skin macam aku pun still leh guna Nuxe Brightening BB Cream ni.  Harga seunit yang bersaiz 30 ml, RM 120.



DECLEOR Hydra Floral Moisturizing Cream (50 ml)

Walaupun aku tak pernah dengar jenama Decleor sebelum ni tapi dengan pack Bag of Love ni dah buat aku jatuh cinta dengan jenama ni sebab bau moisurizing creamnya memang best.  Ada unsur bunga dan memang menyegarkan. Diberikan dalam saiz 15 ml.  Bolehlah aku simpan untuk travel nanti. Hehe... Harga seunit yang bersaiz 50 ml adalah RM 271.



THE BODY SHOP Quiet Night Dreamy Pillow & Body Mist (100 ml)

Ha, kalau korang susah nak tidur malam, ni 'ubat' terbaik untuk korang.  Confirm lenalah lepas sembur The Body Shop Wuiet Night Dreamny Pillow & Body Mist ni.  Baunya memang sangat best.  Aku terasa macam dalam spa pulak lepas pakai body mist ni.  Tenang je rasa kepala sebelum tidur.  Memang boleh release tension.  Harga seunit 100 ml ni cuma RM 59.



PHYTOCITRUS Restructuring Shampoo (50 ml)

Yang ni shampu khas untuk korang yang suka warna rambut atau pun suka buat highlight pada rambut.  Shampu ni melindungi rambut korang yang berwarna tu.  Shampu ni diperbuat dari bahan-bahan botanikal dan semulajadi. PH pun antara 4.3 - 4.8.  Memandangkan aku bukan orang yang suka warna rambut, memang tak guna lagi la shampu ni.  Harga untuk seunit bagi 200 ml, RM 88.



BURT's BEES Richly Repleneshing Cocoa & Cupuacu Butters Body Lotion (6.5 gm)

Body lotion dari Burt's Bees ni aku dah cuba.  Memang best sebab baunya rasa macam nak makan je. Hahaha... Diberikan dalam saiz 6.5 gram.  Memang melembapkan bahagian badan yang kita letak lotion tu.  Yang bestnya, kalau kita pakai sebelum tidur, nanti bila bangun tidur masih terasa kelembapannya tu.  Bau pun masih sama.  Tu yang best tu.  Untuk saiz 170 ml, harganya cuma RM 62.80 je. Boleh repeat beli asing ni..hehe...

Memandangkan tema bulan ni berasaskan alam, semua produk yang diberikan dalam Eco-friendly bag ni pun semuanya berasaskan bahan semulajadi, organik dan bahan-bahan yang menyumbang ke arah kehijauan alam. So, kuranglah bahan kimia yang boleh merosakkan kulit tuuu.. Kan bagus tu.  

Selain tu, korang akan dapat juga voucher diskaun dari Decleor Paris untuk rawatan muka selama 1 jam 45 minit; Signature Aromaplasty Facial pada harga cuma RM 98 je.  Harga biasa RM 230 tau.  Kan untung tu.. Bukan je dapat produk kecantikan, rawatan muka pun dapat sekali. ;)


Jumlah semua produk yang ada kat dalam Bag of Love ni lebih dari RM 200 tau tapi korang boleh dapat HANYA serendah RM 39.90 je sebulan. Tak caye? 

Korang pergi je kat: 

Semua info ada kat sana termasuk cara nak subscribe secara bulanan atau pun tahunan.  Tau dah , mesti korang teruja kan?  So, apa lagi?  


Nota kaki sHiLaziZi: Aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat Tammy dari Butterfly Project dan Mimi, pemilik Bag of Love sebab pilih Shilazizi untuk review produk yang penuh kasih sayang ni.hehe... 


No comments: