Column

Thursday, May 16, 2013

Makan-makan: The Tranquerah, Hidangan Baba Nyonya

Firstly, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat Openrice sebab jemput aku untuk sesi makan-makan (food testing session) kali ni.  Selain tu, aku nak ucapkan terima kasih jugak kat abang blogger yang introduce aku dengan Openrice ni, tak lain tak bukan, food blogger tersohor, Abg Hazman.  Sebab dari blog dia la, aku tau pasal Openrice ni.  =)

Ni kali ke-3 aku join Makan Venture organised by Openrice selepas Restoran Songket dan Anggrek Kuring.  Kali ni kitorang hang out kat The Tranquerah, Kota Damansara.  Restoran yang menyediakan makanan Baba dan Nyonya.  

Ada peristiwa untuk kali ni...aku sesat dan lambat sampai!! Start 6.30 petang tapi aku sampai 8.00 malam! Hah???!  *Nanti aku citer kat next entri k!  Now, nak citer pasal makan je dulu..yummy...yummy...



Baru tengok menu dah terliur kan..



Inti untuk Pai Tee
(Turnips, telur hancur, daun ketumbar, hirisan cili merah dan sos istimewa)
Aku sampai lambat so dapat snap baki-baki je la untuk ni...huhu...



Pai Tee @ Top Hat - RM1.50 satu

Orang Melayu panggil Popia
Yang bestnya, inti tu kita isi sendiri.  Nak banyak mana pun ikut suka.  Memang puas hati.



Air Cincau - RM6.90
Memang gelasnya besar dan kuantiti cincau yang sangat banyak.  



Ikan Tenggiri Goreng Cili - harga tak ingat..sorry uols

Orang kita panggil Ikan Tenggiri Masak Berlada.
Ikan Tenggiri tu digoreng garing sebelum dicurahkan sambal cili yang telah dikisar bersama bawang putih dan bawang merah tu.  Rasa sambal cili tu agak manis.



Ayam Pongteh - RM40.00

Yang ni resepi istimewa dari Chef Florence Tan
Ayamnya memang sangat lembut sebab dimasak lama, lebih kurang sejam.  Kuah juga pekat.  Rasanya macam kari tapi bukan kari.  Ha, camne tu?  Pergilah try sendiri ek.  Yang penting resepi ni memang sangat manis bagi aku.



Sambal belacan - harga, I'm not sure
Nampak pekat kan? Memang pekat pun.  Tapi sambal belacan mesti dimakan bersekali dengan sayur Bendi Keluak.  Baru ummpphh kata pemilik restoran, Stephanie



Stir Fry Sweet Potato Leaves with Sambal Keluak - RM18.00

1st time aku makan sambal keluak ni.  Menu yang ni agak manis bagi aku.  Korang nampak tak kenapa sayur tu nampak lebam je? Sebab sambal keluak tu asalnya warna hitam (tengok kat Bendi Keluak).  Aku tak berapa suka dengan menu yang ni.



Cincaluk Platter - RM40.00

Kali ni aku cipta sejarah apabila aku makan CENCALUK untuk pertama kalinya!  Tak pernah seumur hidup aku makan cencaluk wei..Sambal belacan dengan budu pun sama.  Demi Makan Venture, kutelan jua tapi bukanlah cencaluk original tu.  Tak tolok den weh... Platter ni mengandungi udang, sotong dan ayam yang dah diperap terlebih dahulu dengan cencaluk sebelum digoreng.  Rasanya memang sedap. Cuma ada rasa masam cencaluk sikit-sikit.  Nak ratah macam tu je pun boleh.





Ni namanya buah keluak.  

Aku pernah dengar buah keluak ni tapi ni 1st time tengok kot. Dah macam biji getah je.  Takde bau.  Masyarakat Baba Nyonya dan Portugis memang familiar sangat dengan buah keluak ni. Some Indonesian's too.  Diorang panggil 'Rawon'.  FYI, buah ni BERACUN!  Hah!!  Abis yang buat sambal tu kenapa??  Adoii...  Belum abis explain lagi la sahabat sekalian.  Buah ni perlu direndam selama 10 hari dan ditukar airnya setiap hari bertujuan membuang racun yang ada padanya.  Lepas tu  kena buka kulitnya dan ambil isinya.  Mesti immediately masak.  Susah sebenarnya kerjanya.  Renyah! Untuk sebijik keluak ni, isi hanya sekitar separuh sudu kecil je. Sikit kan.



Keluak Bendi - RM18.00

Cuba tengok warna sambal kat atas tu.  Hitam kan?  Itulah sambal keluak. Untuk sepinggan ni je, 10-15 biji buah keluak digunakan.  Kalau makan sambal semata-mata, memang terasa pedasnya. Pedasnya agak lain macam sikit.  Tak sama macam pedas cili.  Yang bestnya, bendi still maintain segar dan rangup ketika dimakan.  Menu ni agak manis bagi aku.



Openricers yang hadir..
*sorry, gambar gigil...

Adalah dalam 10-15 orang rasanya.
Semua sibuk dengan 'sesi food photo'..hahaha...
Aku sorang je Melayu!  Yang lain semua cha ya nun alif =)


Sebelum majlis berakhir, adalah sesi kuiz ringkas dan...aku dapat niiii


Overall aku bagi: 3/5 sebab makanannya banyak yang manis..huhu...


Kalau korang teringin nak merasa, boleh ke:

Red Carpet Avenue, Encorp Strand
Jalan PJU 5/22, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor

No. Tel: 03-61424106



Nota kaki sHiLaziZi:  Makanan Baba Nyonya kurang sesuai dengan tekak aku...hmm...







Post a Comment