Column

Thursday, June 23, 2011

Tolong!!! Aku Trauma!!!!

Korang tau tak, semenjak kejadian pecah kereta tempoh hari, aku alami trauma yang maha dahsyat.  Korang bayangkanlah aku nak drive dari rumah pun aku takut.  Langkah je kaki masuk kereta, hati dah berdebar.  Risau segala benda.  Nak letak beg tangan kat sebelah aku pun takut, walaupun kat area foot rest tu.  Dulu aku accident yang lagi tragis pun, aku tak se'trauma' ni.  Ops, lupa pulak yang aku belum lagi citer pasal http://shilazizi.blogspot.com/2011/06/kereta-kena-pecah.html secara detailkan..Ok..ok..aku cerita dulu ek.

 

Jumaat, 3 Jun lepas aku nak gerak pergi Perlis sebab ada program bersama anak-anak yatim sekaligus nak attend wedding Meck, opismate aku.  Entah kenapa memang aku feel tak nak bawa luggage sebab aktiviti sempoi, tak payah la nak bawa banyak baju kan.  Setakat backpack je dah cukup.  Dah siap packing barang-barang yang nak aku bawa; backpack (pakaian, toiletries), paperbag (high heel, jajan, coklat) & shoe bag (telekung, mekap), aku pun terus gerak ke kereta.  Memandangkan malam tu ada pasar malam kat depan taman umah aku (kebetulan dah lama tak pergi pasar malam), aku pun singgah jap untuk beli makanan. Cadangnya nak makan dalam bas on the way ke Perlis la kononnya.  Aku letak kereta pun dekat je dengan warung yang jual cakoi tu.  Tak sampai 5minit pun, aku balik semula kat kereta. 

 

Ngam-ngam je aku masuk kereta, aku terasa angin kuat masuk dalam kereta, aku toleh ke kiri, 'eh, bila masa pulak aku buka cermin ni?'  Time tu tak fikir apa-apa pun. Elok je aku nak naikkan cermin kereta, ternampak macam berlian (serpihan kaca cermin tingkap tu). Aku dengan muka blurr, amik 1 serpihan tu, pegang kat tangan.  Hah! terus pucat biru tak berdarah muka aku.  Lemah segala sendi.  Kereta aku kena pecah!!!  Tapi masih lagi tak perasan beg aku hilang. 

 

Aku terus raba area foot rest kat seat penumpang depan tu, konon nak amik telefon dalam beg.  Baru tersedar yang beg aku dah dilarikan orang!!  Tak tau nak kata apa.  Nak nangis ke..nak menjerit ke...nak diamkan je ke...  Lama gak aku diam. Adalah dalam 5-10 minit.  Lepas tersedar diri, baru aku telefon abah. 

 

Dipendekkan cerita, aku tak jadi pergi Perlis sebab barang semua dah kena kebas.  Aku pergi buat report polis.  Hamlau je polis tu. Yang amik report tu kira ok la.  Bab penyiasatan tu, aku tak puas hati.  Ada hati kata kat aku, 'kami akan siasat'.  Camne wei nak siasat kalau spesimen cermin pecah tu dia tak amik.  Kereta aku pun dia tak check cap jari penyamun tu.  Setakat amik gambo cermin yang pecah je.  Mana cukup wei.. Aku yang ngokngok bab investigation ni pun boleh fikir sampai abah aku cakap, 'kalau macam ni buang masa je la kita buat report'.  Memang sangat membuang masa. 

 

Nak dijadikan cerita, aku demam hampir seminggu.  Dah tu darah aku turun mendadak!!  Dapat balik penyakit low blood pressure...huh...Dekat 2 minggu gak darah aku rendah sampai ke minggu ni...

 

Thursday, June 16, 2011

Cobaan...cobaan...1..2..3

Punyalah lama aku tak update blog ni sampai dah naik lalang bagai pun...Gara-gara lappy gue rosak.  Ingatkan nak update guna henpon je. Sekali henpon pun buat hal sama..huh!! Bengang giler..  Dah sebulan henpon aku rosak ni... Hari tu dah hantar pergi repair. Dekat seminggu dok kat kedai tu.  Alih-alih aku nak pergi amik, budak yang jaga kedai tu boleh cakap spare part tak ada la...susah nak cari la...kena order dulu la...Macam-macam alasan!  Penyudahnya, henpon tu dok la diam-diam kat umah.  Sekarang ni aku pakai henpon lama aku yang nokia 1110..ala yang ada torch light tu.  Senang kalau ada emergency, ye tak?
 
Sepanjang masa aku tak jengah masuk sini, macam-macam perkara berlaku dalam hidup aku.  Yang aku perasan cuma satu, setiap satu kejadian malang yang menimpa, akan ada satu lagi kejadian yang menggembirakan aku terjadi selepas itu.  Itulah kan, memang Allah dah tetapkan setiap kejadian tu mesti ada hikmahnya.  Allah tau apa yang terbaik untuk hambaNya dan Dia takkan menguji hamba-hambaNya melebihi kudrat mereka.
 
sHiLaziZi : posting ni pun dari emel.  1st time ni tau...

Sunday, June 5, 2011

Kereta Kena Pecah!!!!

3 Jun 2010, 7:50 malam- Kereta aku kena pecah!! Masih trauma lagi. Sampai hari ni pun terbayang-bayang lagi barang2 yang hilang. Belum ada mood nak update cerita penuh. InsyaAllah ada masa nanti aku update full story.