Column

Tuesday, August 2, 2011

Kahwin tu apa???

Khamis lepas aku berkesempatan menonton episod terakhir Dewa Cinta kat TV3 sebab aku mc.  Tetiba pulak boleh demam.  Tak larat nak bangun, nak drive pergi kerja.  Tengah syok tengok drama bersiri tu, part si Fasha tengah bersanding dengan Iqram, tetiba adik aku tanya,
"Along, kahwin tu apa?  Untuk apa? Amer tak paham ar...Tolong bagitau sikit..".  Ha, ternganga jap aku.  . 
Tengah-tengah aku pikir jawapan, abah balik.
"Ha, adik tanya kat abah la.  Abah dah kahwin. Abah mesti tau.  Along tak kahwin lagi, tak tau la"  Pandai tak aku elak dari jawab soalan 'genius' dia tu.
"Kahwin tu untuk bahagia lelaki dengan perempuan.  Dapat anak ramai-ramai. Halal."  <==  ni jawapan abah aku.
"Oo..paham dah. Amer nak kahwin la.  Nak anak ramai-ramai" :-/ confused Blurr....
Adik aku ni baru je 7 tahun...
Post a Comment