Column

Wednesday, January 5, 2011

Saya ingin Menonton Filem FASTER!

Sekali lagi aku nak minta tiket wayang free!! (minta ke???LOL) Kali ni nak tengok FASTER pulak. Hey, korang ingat aku main minta-minta je ke?? Kena buat kerja jugak sikit tau. Ala, buat blog post je pun...bukan susah nau pun...(Ada macam bodek tak??hehe...)

 Nak tiket yang macam kat bawah ni, boleh??


 Genre: Aksi
Pelakon: Dwayne Johnson,
Carla Gugino, Maggie Grace,
Moon Bloodgood, Billy Bob Thornton

Pengarah Filem: George Tillman Jr

Sinopsis: 
Selepas 10 tahun dalam penjara, Driver mempunyai satu matlamat utama sahaja - membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Kini bebas, dia memulakan misinya - dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara dan seorang lagi pembunuh upahan. Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap.....

Pelakon pun bukan calang-calang. Semua yang hebat-hebat belaka. Tengok ni, Dwayne Johnson (Gridiron Gang, The Scorpion King, The Mummy Returns), Billy Bob Thornton (Eagle Eye, Bad Santa, Monster’s Ball) dan pendatang baru, Oliver Jackson-Cohen star alongside Carla Gugino (Watchmen), Maggie Grace (Taken) dan Moon Bloodgood (Terminator Salvation).

 Cepat!!! Cepat!!!! Kawan-kawan, jom pi nonton...

Rugi ooo kalau tak tengok..Lagi rugi kalau tak dapat tiket percuma ni. Huhu (nanges!!)  Ada lagi hadiah kalau menang blog post ni. Mangga Ad bagi BONUS!!  

BONUS: 13 blogger yang memberi ulasan filem blog post yang kreatif, menarik dan terbaik akan berpeluang memenangi salah satu Barangan Eksklusif filem Faster seperti berikut.

Aku nak!!! Semuanya nak kena FASTER!!
Kalau dapat, terima kasih bebanyak kat Mangga Ad sebab sudi bagi tiket tu kat saya. (buat muka kesian..)


No comments: