Column

Monday, January 31, 2011

Sate Kajang Haji Samuri

Hari ni aku dah mula ada mood cuti panjang (sempena CNY ni)..ahakz...ye ye je aku amik cuti macam aku pulak nak beraya ek....Angah dan abah masih bekerja macam biasa lagi hari ni.  Esok baru semua cuti sebab cuti Hari Wilayah.  Adik-adik aku tetap pergi sekolah macam biasa sebab diorang sekolah dalam Selangor.  Tak boleh la nak hooray! hooray! Macam kakak-kakak dan abahnya. Hehe... 

Disebabkan hari ni dah mula cuti dan semua family members aku ada, kitorang pun decide la nak makan kat luar malam ni.  Actually, memenuhi hajat adik aku yang nombor 3, Kak Chik.  Teringin sangat nak makan sate perut katanya.  Dan sebagai memenuhi hajat Kak Chik dan menyambut Hari Wilayah keesokan harinya, abah belanja kami 1 family makan sate kajang.  Kat mana? 


Kat sinilah!!!

Dah tajuk pun sate kajang kan?? For sure lah kat Kajang, Selangor.  Lebih kurang 30 minit je dari Hulu Langat tu.  Sekejap je kan 2011 dah nak masuk ke bulan kedua.  Sungguh cepat masa berlalu.  Happy giler rasa time ni sebab semenjak tahun baru, ni baru 1st time dapat dinner dengan semua family members.. Hari tu pergi dinner birthday mak, Kak Chik tak ada.  Kali ni, saya sangat-sangat suka!!! Chilll lah!!

Giler gambo


Keluarga tercintan...Abang as photographer

Adik aku si Angah memang tak suka bergambo ni. Ada masa meroyan dia datang, baru dia nak bergambo....Makan kat sini memang best la.  Kiranya ni sate terbaik antara yang terbaik kat Malaysia lah!

Meja tepi longkang...


Kuah sate & nasi impit...sate mane????

Kuah memang terbaek dari ladang.  Sedap giler...  Dari aku kecik lagi suka makan sate kat Kajang ni.


Taraa....dah sampai...banyak tak air untuk 7 orang??

Kitorang ni kalau bab minum air memang macam ni la pe'el nya.  Mesti kurang-kurang pun sorang 2 cawan.  Air manis 1, air suam/ais kosong 1.  Jawabnya atas meja ada 14 gelas.  Belum campur air yang order kendian lak.  Sampai budak yang hantar air tu buat muka pelik.  Aku tau dah apa yang dia pikir, 'orang ni ada 7 orang je tapi order air sampai penuh 1 dulang'.. 

Sate ayam, sate daging, sate perut lembu

Family aku kalau pergi makan sate macam ni memang tak banyak pun order.  Ntah kenapa malam ni banyak pula order sampai 60 cucuk.  Tapi yang peliknya boleh pulak habis tu!!  Siapakah yang tersangat lapar itu?? Semestinya bukan gue dong...Gue makan cuma 6 cucuk je dan nasi impit sepinggan.   Tak banyakkan??Hehe...

Apa-apa pun, memang malam ni dinner terbaik mengakhiri Januari 2011..
Welcome February!!!

Post a Comment