Column

Friday, February 25, 2011

Antara Lemah dan Lembut

Setelahku selongkar beberapa blogku yang lama, aku terjumpa kata-kata ini.  Aku nak share dengan korang semua.

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut…..
besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan …
kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..
kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam,
wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam,
wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani…
di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat …
celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…
di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…
bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…
bersantai di hadapan tv tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,
mengemas rumah yang berselerak
Lelaki, keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah…
terus berlumba dengan masa
Memandikan anak,
melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud…
menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,
anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati…
ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita….
memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adaptradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami membantu isteri mengemas rumah,
menjaga anak
Membasuh pakaian,
menyediakan keperluan isteri
alangkah gemberinya hati si isteri
andainya suaminya sebaik akhlak nabi…
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
Post a Comment