Lama dah entri ni berkepuk dalam draf..
Macam yang SA cerita kat sini, Gendut belanja makan BURGER SAIZ SUPER sempena birthday SA yang ke-27. Uishh...tetiba rasa tua pulak kan..hehe... Okay, okay, back to the topic, disebabkan Gendut teringin sangat nak makan burger giant tu lepas terbaca kat suratkhabar, kitorang terus ke Seksyen 7, Shah Alam.
Kedai burger ni tak susah nak cari sebab kedudukannya yang strategik, kat medan selera je. Kalau setakat student UiTM tu, memang tau sangatlah kan. Kitorang sampai dalam kul 6.00 petang.
Sampai-sampai je, ni yang aku nampak!
Panjang weh....barisannya...
Walaupun panjang, Gendut sanggup beratur jugak demi nak merasa keenakan burger besau ni. *kata orang la kan.. Kena rasa sendiri baru tau enak ke tidak. Dah la ngam-ngam je sampai turn kitorang, abg Yazid, owner kedai cakap diorang tutup order untuk sementara waktu. Gila! Dah la beratur lama, tetiba cakap tutup order, memang macam nak maki je dah. Nasib Gendut tu penyabar. Dia suruh aku sabar macam dia. Nasib baik, tak lama lepas tu diorang buka order balik. Rupa-rupanya, diorang takut stok daging burger tak cukup. Hmm..lain kali habaq la awai-awai...
Muka ngantuk... Time ni dah 3 jam tunggu.
Means time ni dah kul 9 lebih.
Besarkan burger diorang...
Abang baju merah: burger 250gm
Abang baju purple: burger 500gm & 1kg
Nasib Gendut kurang baik sebab burger bersaiz 1kg dah habis stok time kitorang nak order. Hmm...Tapi kitorang amik je yang 500gm tu 2 yakni 1 untuk aku dan 1 lagi untuk adik dia.
Punyalah besar burger diorang sampai takde kertas pembalut yang muat untuk bungkus burger tu.
Memandangkan burger kitorang lambat lagi siap, perut pun dah berkumandang rentak disko, Gendut ajak aku makan nasi dulu. Kat depan gerai diorang ni ada kedai nasi Arab. So, kitorang makan la kat situ sementara tunggu burger siap.
Lebih kurang pukul 11.00 malam baru burger kitorang siap. Lama tak kitorang tunggu?? Haruslah perut masuk hangin kan.. Bawa balik burger, semua orang dah tidur. Mana taknya, sampai rumah dah kul 12 lebih. Tengah malam kot... Rumah Gendut je yang belum tidur. Burger part aku, makan sampai pagi esoknya. Tak caya?? Caya je lah, memang macam tu pun.
Apapun, rasa burger ni kurang menepati selera aku berbanding yang ini. Setiap orang punyai pendapat berbeza dan rasa tekak yang tak sama. So, korang pergilah cuba sendiri ye.. Ni semua cuma pendapat aku je. =) Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment