Column

Friday, July 6, 2012

Show Lagi...Suka...

Dah lama entri ni dalam draft box.  Berhabuk dah..Fuhh!!

Aku dapat job lagi. Persembahan sempena penubuhan Persatuan Penduduk Flat Sri Pulau Pinang. Last minute call.  Biasalah kan, so, training sempat buat 2 jam je.  Lepas tu tawakal je la.  Udah le aku mengantuk malam training tu.  Tapi tak boleh tunjuk yang aku mengantuk, nanti budak-budak tu semua pun ikut mengantuk sama kalau dah tengok cikgu dia mengantuk.

Ramai gak yang datang. Siap ada Pertandingan Pakaian Beragam lagi.  Dalam reramai contestants tu, aku tertarik tengok dua beradik ni.  Sweet & cute je.


Imam Muda a.k.a Hafiz AF Junior..hehe...


Ni pulak kakak dia, Puteri Rerama...cantik kan?


Ha, yang ni...
Inilah cikgu yang mengantuk tu tapi malam perform hilang ngantuk terus sebab ganti dengan excited. Muahaha....



Yang ni pulak?
Ni la anak-anak didik aku yang perform malam tu.
Biasalah kan ada yang dengar cakap, ada yang memain..hmm...

Habis perform je, aku minta diri balik sebab ada hal lain, sekali penganjur bagi aku 2 bungkus makanan. 1 untuk aku, 1 untuk photographer aku, siapa lagi kalau bukan pengikut setia aku tu, Mr. G. :)

Alhamdulillah rezeki kan, jangan ditolak.



2 comments:

akubiomed said...

Melihat muka anak-anak mereka bersemangat untuk menyertai pakaian beragam.

SHILAZIZI said...

memang semangat habis..mak ayah lagi excited :)