Column

Wednesday, June 20, 2012

Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri

250_jom_kurus__54030
Aku sangat excited baca ni kat blog PuanBee Memang kebetulan aku tengah cari kursus atau seminar free tentang kesihatan ni.  Even aku dah kurus, tapi aku nak lebih sihat.  Badan tak berapa nak sihat sekarang ni sebab kurang bersenam.  Lagi satu kenapa aku nak sangat join Seminar Jom Kurus ni sebab ada idola kesihatan aku! Kevin Zahri!! Mesti banyak tips yang dia share dengan peserta kan. Harus pergi! Lepas habis tu siap dapat eBook yang memang dah lama aku idamkan..hehe...

Sekarang ni aku tengok masalah obesiti dah jadi masalah dunia. Tau ke korang obesiti tu apa? Bukan sakit Mak Siti ye.. Obesiti tu masalah berat badan yang berlebihan. Macam mak aku..(mak jangan marah ek :p) Akibat tak jaga makan, pastu makan junk food gila punya banyak. Akibatnya? Tanggung sendiri.  Macam mak aku tu sampai sakit lutut, sakit peha, sakit pinggang. Cuma yang agak hebatnya, mak aku belum ada sakit 3 serangkai. Hopefully 3beradik tu tak singgah kat mak aku la.

Di saat aku menulis ni, aku dapat perkhabaran abah sakit! Abah telefon aku, katanya mulut dah senget sebelah! (Air mata tak boleh tahan dah...sorry) Pegang handle motor pun tetiba tak kuat dah, nak berkumur pun tak kuat...arrgghhhh...tak mampu nak tulis lagi.. Dan ini jugak sebab aku nak pergi seminar tu secepat mungkin.  Sebab nak cari penawar sakit abah jugak! Prevention is better than cure.

Ni la details program tu:
  • Tarikh: 8hb Julai 2012 (Ahad)
  • Masa: 2-5pm
  • Lokasi: Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur
  • Speaker: Kevin Zahri (my health idol!!)
  • Bilangan Peserta: 40 sahaja
  • Penyertaan percuma , selain dari itu blogger yang hadir akan mendapat eBook percuma selepas sesi seminar.
Syarat Penyertaan : Untuk menyertai sessi percuma Jom Kurus ini, anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Mesti mempunyai blog yang aktif
  • Create satu blog post tentang: 1) kenapa anda ingin join seminar ini dan 2) kenapa rasanya ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan. (simple2 je )
  • Include logo Jom Kurus dalam blog post tersebut.
  • Penting! Sila email link blog post anda kepada PuanBee di puanbeedotcom@gmail.com
Kriteria Pemilihan
  1. Ada blog - yes!
  2. Buat blog post - yes!
  3. Submit url ke email puanbee - yes!
  4. Sebelum mencukupi 40 peserta penyertaan di terima - hopefully!
Semoga aku terpilih jadi peserta!!!

p/s: kawan-kawan, doakan abah sHiLaziZi cepat sembuh ye.