Column

Wednesday, June 20, 2012

Abah Sakit.

Saat aku menaip entri ni, abah dah pun dimasukkan ke wad. Abah disahkan strok kecil. Doktor sahkan malam tadi, abah kena makan pakai tiub sebab anak tekaknya dah ke dalam.  Semua orang hairan camne orang sesihat abah boleh kena strok secara tiba-tiba. Inilah kuasa Allah. Dari Dia kita sihat, dari Dia juga kita diuji dengan penyakit.  Kami sekeluarga redha dengan ketentuan Allah.

Aku, mak dan adik-adik memang sangat rapat dengan abah. Harap kitorang dapat sambut birthday abah 25 Jun ni dengan keadaan dia yang masih ada sedikit kesihatan. Esok masih belum ada kekuatan untuk kerja. Jawabnya, aku apply cuti lagi.

Update: Abah aku tak jadi guna tiub untuk makan sebab abah boleh makan guna mulut lagi..Siap abah marah doktor pulak. Terdiam doktor tu. Alhamdulillah..
Post a Comment