Column

Friday, June 1, 2012

Kereta Hilang!!!!!

Walaupun kisah ni dah lebih sebulan berlalu tapi aku tetap nak share thru my blog about it.  Kejadian 14.4.2012 (Sabtu) 



Bila Gendut call aku untuk bagitau kereta hilang pepagi buta, memang buat aku terus terjaga, even aku sebenarnya berniat nak bangun lambat pagi tu.  Korang bayangkanlah, aku termelompat bangun dari katil.  Sangat tangkas dan cargas!!  Gila la kan dengar benda-benda emergency camni leh lepak-lepak pulak kan. Aku capai tuala, terus mandi.  Then, keluar rumah terus.  Terserempak pulak dengan mak kat depan rumah.  Aku tak berani nak cakap banyak sebab confirm nanti mak marah sebab kereta yang hilang tu, kereta abah! Kereta yang paling banyak jasa kat aku & family. Time banjir aritu pun kereta ni la yang bantu aku untuk sampai ke tempat kerja setiap hari sepanjang tempoh kereta aku dok dalam workshop.  Sebulan lebih la jugak.. lastly, hilang pulak..hurmm...

Dengan kereta tu la, abah hantar aku ke poli untuk further study. Dengan kereta tu jugaklah abah dengan mak cari duit lebih. Jual nasi lemak! Kereta tu pun hasil jual nasi lemak jugak sebenarnya.  (Sebak saat taip entri ni..) Aduh. Memang kalut time tu. Bila dah jumpa Gendut, kitorang terus pergi buat police report.  Kat balai jugak aku call abah sebab macam tak sedap hati sebab tak bagitau dia.  Memang pasrah dah time tu.  Kena marah pun, kena marahlah. Aku terima je.  Ye lah, takkan dia nak marah bakal menantu kan... Haruslah anaknya yang kena.  Tapi 1 keajaiban telah berlaku.  Korang tau tak apa yang dah jadi?  Abah langsung tak marah weihhh... Just cakap, 'takpe la long, dah tak ada rezeki.  Lepas ni boleh beli kereta baru'.  Aku memang terkedu.

Andai aku yang hilangkan, confirm aku yang kena marah kaw-kaw punya.  Sayang menantu bakal menantu nampak! Kalau kes jenayah curi kereta ni memang makan masa yang lama kat balai.  Bayangkanlah aku dengan Gendut kat balai tu dari kul 8.00 pagi sampai 5.00 petang.  Dah la sepatutnya aku pergi makeup bebudak show aku kul 2.00 petang untuk dinner show malam tu. Terus tertangguh.  

Yang buat aku masih berfikir sampai sekarang kenapa abah langsung tak marah??? Aik?? Musykil...musykil...

Sehingga ke saat ini, kereta abah tu masih belum dijumpai..huhu...Proton Saga WBV5905


Post a Comment