Column

Tuesday, June 5, 2012

Persembahan Jemputan oleh AIM

Tarikh 14.4.2012 ni memang banyak bawa kenangan suka duka dalam hidup aku. Tahun ni je 2 peristiwa terjadi kat aku.  Siang kereta abah hilang, dah gelabah.  Sedih pun tak hilang lagi.  Malam kena bawa budak untuk dinner show kat Restoran Al-Rawsha, Kg. Pandan untuk Malam Amal Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Bahagian...urmm aku tak ingat la pulak.  KL aku rasa. (Maaplah ye, event dah hampir 2 bulan lepas, hilang ingatan dah aku..keke...)


Bayangkanlah, aku kena buat 2 perkara yang agak remeh dalam masa yang sangat singkat. Makeup & hair done just in 2 hours for 8 girls. Fuhh!! Memang berpeluh.  Nasib ada Anis, mak buyung yang tengah sarat tu tolong mekapkan.  Aku just setting rambut budak-budak ni je.


Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma makanan arab ni, memang bukan selera aku. So, aku cuma makan french fries je. Nasi dengan ayam tu makan sesikit je.

Dalam kelam-kabut, dah sampai destinasi, baru aku perasan henpon aku tercicir! Memang tak senang duduk wei.  Sanggup aku patah balik.  Siap minta budak joki tu reserve parking. Cecepat aku drive balik.  Nasib baik tak jauh tempat tu.  Fuhh! Rupa-rupanya tertinggal atas meja time aku betulkan tudung aku.  Yelah kan, takkan dancers je nak cantik, cikgunya pun nak cantik jugek.. =)

Time aku datang balik kat restoran tu, cecepat mamat joki tu minta semua orang bagi laluan kat aku.  Korang pernah rasa jadi VIP tak? Alah, yang turun bebetul depan pintu utama tu.  Pastu semua orang pandang kat ko sorang je. Ala-ala artis glamor yang nak lalu kat red carpet time award tu..  Ha, itulah perasaan aku bila si mamat joki tu bagi aku parking bebetul kat tempat VVIP.  Korang bayangkanlah, kiri kanan kereta aku tu, kereta import.  Sebelah BMW 7series, sebelah lagi tak ingat. Tapi mewah jugaklah.  Sekali terselit mr.VIVA yang comel pemalu tu kan. Hahaha... Jangan kata korang, aku pun tergelak sensorang time tu.  Orang semua pandang semacam je.  Dulik hape aku kan.

Apapun, aku happy sebab show malam tu success! Alhamdulillah... =)


Post a Comment