Column

Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Monday, September 21, 2015

Belajar Menjahit Dengan Yasalma

SA ni kategori insan yang tak boleh dok diam.  Ada je terfikir nak buat memacam benda.  Terbaru, teringin nak belajar menjahit.  Bukan untuk amik upah atau meniaga.  Sekadar mengisi masa lapang dan suka-suka je.  Sambil-sambil layan Aisyah kat rumah tu kan.  Daripada tengok tv, habiskan masa, baik belajar menjahit.  Tambah kemahiran.  Terfikir nak cari kelas online je sebab payah kalau kena kelas yang 'face to face' ni.  Padahal dah beli buku jahit jubah dari Cikgu Yasalma ni tapi tak jalan jugak. Ye lah dah ada anak kecil ni memacam halangan.  Tapi halangan bukanlah alasan untuk tidak belajar ye.  

Time skrol timeline fb, Cikgu Yasalma ada post tentang Kelas Palazo Online.  Yuran promosi pulak tu.  Rugi kalau tak grab.  Terus whatsapp cikgu.  Alhamdulillah, ada slot kosong lagi.  Tapi tak lama lepas tu, cikgu cakap dah tutup.  Gila ramai yang rebut peluang belajar online ni. Dah la SA memang suka pakai seluar palazo ni.  Peluang la nak belajar buat sendiri.  Terima kasih Cikgu atas peluang yang diberikan :) 

FB Page: Yasalma Sewing School


Memula was-was gak, takut tak berjaya siapkan palazo.  Almaklumlah belajar online je kan, bukan ada cikgu depan mata untuk tunjuk ajar.  Segalanya hanya melalui whatsapp semata-mata.  Kelas ambil masa 3 hari.  Setiap hari cuma 1-2 jam je.  Memang best.  Excited ko! Hehe...

Nak tau macam mana bestnya pengalaman pertama belajar menjahit online dengan Cikgu Yasalma?  Next, SA cerita...hehe...  Sementara tu, korang boleh check fb page kat gambar atas tu dan laman web Yasalma Sewing School untuk tengok pelbagai jenis ebook menjahit.  Rasa macam nak beli je semua...hahaha....


Nota kaki sHiLaZiZi: Belajar memang menyeronokkan...lepas belajar masak, belajar menjahit pulak...suka!

Thursday, September 10, 2015

Fitness For Women

SA memang suka bab menaktifkan diri ni.  Tak kira apa aktiviti pun.  Sukan ke, kebudayaan ke, fitness ke.  Shopping pun boleh.  Hehe...Time SA dalam kursus, SA dapat whatsapp dari member bagitau ada Bengkel Kecergasan, Fitness For Women anjuran Jabatan Belia dan Sukan WPKL.  Haruslah SA nak kan.  Padahal time tu tak tau pun jadual bengkel tu macam mana.  Main setuju je.. Hehe... :)

Minggu tu memang sibuk sangat.  Dah la pergi kursus 2 hari, lepas tu naik je pejabat, kena join koir bidan terjun sebab event YB Menteri.  Esoknya bengkel kecergasan pulak.  Memang tak buat kerja pejabat la SA.  Alhamdulillah dapat bos yang baik dan colleagues semua pun best.  Time masuk pejabat, tengok surat kursus atas meja.  Terus selak muka belakang. Tengok jadual.  Zumba? Fitness Bootcamp? Wow! Interesting giler bengkel Fitness For Women ni.  Terkinja-kinja nak join. Hahaha....

Kami pergi berempat naik kereta sendiri. Guna apps waze sebab kami tak ingat jalan..Hahaha...Sekali GPS tu tunjuk jalan memana entah. Guna Pun Sesat namanya... Penyudahnya ikhtiar sendiri.  Ha, alhamdulillah sampai pun. 100% perempuan.  Tak ada langsung lelaki dalam tu termasuk yang jaga AV System.  Best giler...Bebas!


Muka happy keluar peluh

Memacam ilmu kecergasan SA dapat.  Dari bab jenis senaman, nama-nama otot, senaman yang sesuai untuk setiap bahagian otot, cara pemakanan, timing senaman, apa beza muscular training dan cardio training.  Banyak lagilah.  InsyaAllah ada masa nanti, SA buat entri pasal ni.  Kita share sesama.  Dari situ SA dapat tau kenapa ada di kalangan kengkawan SA ni bersenam beriya tapi tak loose weight pun.  Ada silapnya dalam exercise tu.  


Fitness for Women

Wefie dengan instruktor kami, Mdm Azizah Othman

Bagi SA, SA bukan nak kurus, cuma nak dapat body yang fit & firm je. Biarlah orang nampak gemuk pun, janji kita fit.  Bila balik kerja boleh terus masak dan gomol anak, tu buktinya kita fit.  Kalau tak, balik kerja je mesti nak melepek kat sofa dulu, buang lelah.  


Nota kaki sHiLaZiZi: Sekarang, SA buat zumba dan circuit training depan tv je lepas balik kerja sambil Aisyah dok sebelah.  Seronok bila peluh keluar dan no more stress.

Saturday, May 4, 2013

Juara Bowling? Yeay!

Jangan tak caye, aku juara bowling weyy!! Juara!!! Ceh, bukan aku sorang la..Team yang menang.  Aku punya mata tak banyak mana pun. Hahaha...tu la namanya rezeki...

Time cuti hari pekerja hari tu kan, ofis aku buat Bowling Tournament kat The Mines. Semua pakat bawa batalion memasing.  Anak, menantu, cucu, anak sedara, kawan, adik, biras, tunang (aku la tuh..hahaha...) semua depa pakat hangkut ramai-ramai.  No strict t&c. Best kan.. Baru boleh have fun! hadiah lucky draw je lebih dari 20.  Dah tu semua pemain akan dapat hadiah tak kira menang ke kalah.



 My group member of the day...Kak Maria, Pejal & me =)
eh..sorang lagi takde
Warna group: Merah Jambu
Nama group: APTB (Apa Pun Tak Boleh! Hahaha)



Lucky Draw...Are we lucky??



Yes, we are!! 
Sangat tak sangka hokay. Aku dan Gendut, dedua menang lucky draw!
Hadiah hitam tu hadiah special tau..hehe..nak tau? Tengok kat bawah ni



Gaya sang juara!
 Gendut diisytihar 'The Loser' a.k.a. Juara Longkang! 
Kira orait ar tu sebab ni kali pertama dia main bowling.  Selalunya dia teman aku main je.
Yang hadiah warna hitam kat atas tu, hadiah Gendutlah...hehe...


 

Kamilah JUARA! 

Dari APTB terus tukar APB (Apa Pun Boleh! Hahahahahahahaha)
Yang lagi best, Kak Maria jadi best bowler kategori wanita =)



Nota kaki sHiLaziZi: The best bowling tournament ever for me!

Thursday, April 18, 2013

2 in 1: Shooting Akua Ekstrem & Main Air!!

Cuti sekolah hari tu,  adik & abang tak dapat jenjalan ke mana-mana.  So, aku decide untuk bawa diorang join aku shooting kat Melaka.  Sambil aku shooting diorang boleh main air sampai lebam. Haha....Haruslah aku bawa bodyguard yang mantop untuk jaga diorang kan..Sape lagi kalau bukan Mr. Gendut tu. Dia memang selalu paksa rela kalau aku yang minta. Kesian dia...hahaha...

Eh, lupa nak cakap yang aku shooting ni for Akua Ekstrem, TV2. Game show ala-ala wipeout tu.  Ni musim ke-5.  Yang musim ke-4 tengah tayang kat tv, setiap Sabtu dan Ahad, jam 5.30 petang. Aku pun ada season lepas tu...hehe... *Eh, promote la pulak!  Dah dah, jom enjoy gambar kitorang time kat sana.


We are here: A Famosa Water World

Yang bestnya, aku masuk for free, tentera2 aku sume bayar masuk siap dengan lunch sekali.  So, dah jimat kat situ... Untung diorang, siap boleh pilih nak makan apa pulak tu...



Amboi ko bang, kemain lagik!



Meh kita me'register'kan diri dulu..hehe...



Eh, apsal muka aku nampak macam gelap sangat ha?? 
*dah tu ko ingat ko tu putih sangat kerrrrr cik Shila ooiii!!



Breakfast of the day  =)


Ni la lokasi shooting nyerrr
Cabaran setiap musim adalah berbeza dan untuk musim ke-5 ni, aku kalah lagik! Hahaha...



Make over yang memang OVER!!
*Over kan? Setakat nak main air kena mekap bagai...
dah macam opera cina...tak sukaaaaaaa!!!



Adik yang kemain happy lagi sampai tak ingat nak balik..huhu..



Nik, aku & Ema
Diorang ni memang kepala ngokngek...macam aku..hahaha...
Kitorang kena time shoot yang sama, nak dijadikan cerita kitorang dapat markah sama! Kena masuk pusingan penentuan.  Tau tak apa kitorang kena buat? 
Haaaa........kitorang kena bergusti sesama sendiri.. 
Ini rasanya segmen gusti paling lama sebab memasing tak tahan tengok muka memasing.  Asyik gelak je sambil wrestling tu.  
Mana taknya, berlawan sesama kawan..Tak sampai hati weh.



Candid! 
Gaya macam tengah gaduh ke kan...Terbaekk!!!
Yang penting Ema juara untuk episod kitorang..Yeay! *tumpang happy



Habis shooting, turn kitorang la nak bermandi-manda pulak..



Nampak tak betapa tingginya slide ni..
Adik & abang naik more than 5 times..Wow!
Kaklong nya? Sekali cukuplah..tu pun tutup mata...tercabut jantung rasanya wei..

Special thanks to my Mr. Gendut for taking care of my brothers =) and.....
drive kitorang pergi balik...
1 more, thanks for defends me on that incident...
*ada insiden yang aku tak akan lupakan seumur hidup aku...pencabulan hak asasi manusia! I'll not share with u guys...so, jangan tanya bila nak share tau... It's tooooooooo private & confidential =) 



Nota kaki sHiLaziZi: Tengah planning nak berjalan ke mana pulak untuk next destination dengan my brothers ni..hmmm...any idea?

Monday, April 15, 2013

Mem'private'kan Diri di Private-I

Sesi memanjakan diri lepas kerja.  Hooray!!! Jom kita ke spa!! 

Actually aku ke spa bukan untuk mandi sauna ke apa, just untuk massage je.  Aku dah biasa bab urut-mengurut ni..hahaha...tapi tradisional la, kat rumah.  Takde nya nak ke spa bagai ni ha..unless ada yang nak sponsor! Macam kali ni, aku dapat refund by Groupon atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, so, aku redeem la untuk sesi mengurut ni.


Tempat khusus untuk WANITA!  
Best kan....

Kat sini, tukang urut semuanya peramah belaka.  Tak lekang dengan senyuman tau.



Loker yang besar dan luas.  Senang nak simpan barang.
Sebelum nak mulakan sesi urutan, kenalah simpan segala maknek barang yang korang bawa dalam ni.
Don't worry sebab loker ni dalam bilik urut korang. :) Sempoi kan...



Siap ada jakuzzi lagi! Tapi aku tak try pun.. 
*tak ada dalam pakej aku ler...



Ni lah bilik urutan saya! Yang pintu kaca tu, bilik mandi tau.
Yang penting memang selesa.  Dengan lampu yang ala-ala suruh kita tidur ni kan...
Memang ummphhh lah!

Aku punya pakej massage dalam 2 jam.  Urutan herba! Memang sedap bila badan dah kena urut ni.  Terasa fresh je.  Lepas sesi berurut, diorang hidangkan air pulak.  Bagi aku, harga kat sini antara yang termurahlah...  Kalau korang nak rasa pakej murah macam aku ni, rerajinlah check kat MyDeal, Groupon, Bigsale, Streetdeal dan lain-lain lagi...   Jimat sesangat tau...

Nak tau lanjut??  Ni details pasal Private I

Private-I
No 5, Jalan Kuchai Maju 7,
Enterpreneurs Park,
Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur

Tel: 03-79722330





Terjumpa Skuad Era Lah...

Aku baru nak jogging kengkononnya...Nak pergilah tukar baju kat toilet kan, sekali nampak kereta-kereta Skuad Era kat situ.  Kebetulan pulak tengah dengar channel Era.fm kan time tu, apa lagi...tangguhkan untuk tukar baju dan terus tuju kat 2 biji Perodua Myvi Hijau ni... :)


Diorang bawa banyak goodies for us =)




Wow, I dapat Blackberry lah!

Tang ni aku ada share kat fb dengan ig.  Ramai ingat aku menang henpon...
huwaaaaa......
-
-
-
-
Only the bag and vouchers only...Nak henpon, belilah sendiri...ahaksss


Ni hasil tangkapan di tepi taman...banyak kan..
Lepas jogging boleh minum Revive tu! Yeay!



Nota kaki sHiLaziZi: Kena selalu jadi busybody macam makcik ni..ha, baru dapat habuannya...Jangan busybody rumahtangga orang dah lah!


Tuesday, March 26, 2013

Lepas Gian di Bukit Broga

WARNING: Entri ni penuh dengan gambar =)

Ha, mesti korang pelik kan dengan tajuk entri ni.. Actually, aku yang nak lepas gian sebab dah lama tak climbing ni.  So, aku ajak la adik yang agak sekepala dengan aku untuk daki sesama. 


Breakfast of the day...cukuplah kan..
Yang penting, coklat! =)



Semakin menghampiri destinasi..yuhuu...


Nice view



Bersantai jap



Gersang sungguh tanahnya



Agak seram gak nak turun sebab tak ada kawasan yang berumput
Semuanya....togel!!



View yang cantik kat belakang nun



Wooitt..


We've made it!!

Bila dah berjaya mendaki ni, so, kitorang pun reward ourselves with coconut shake! Kat mana? Tungguuuuuuuu.... =)


 Nota kaki sHiLaziZi:  Next time boleh datang lagik!








Monday, March 18, 2013

Menang RM300 dari Watson's

Yeay!! Menang lagi!  

Actually, aku dah lupa contest apa yang aku join sampai menang ni. Memang tak ingat langsung.  Terus aku refer kat facebook Watson's Malaysia.  Ooo... Christmas Candyland Contest rupanya.  Lama dah kot contest tu, hujung tahun lepas.  Tak sangka pulak boleh menang.  Huhu... Inilah rezeki namanya. 


E-mel untuk pemenang...Lepas kerja terus shoot pergi majlis penyampaian hadiahnya. Nasib jalan tak berapa nak jem.



Simple prize giving ceremony 
Takde pun ucapan panjang meleret..
Just ucapan terima kasih untuk peserta dan terus acara serah hadiah...very simple
Tak buang masa.


Memula ingatkan nilah hamper yang dimaksudkan tu..
*alamak, takkan datang jejauh (jauhlah sangat kan..) dapat 1 beg kecik ni je kan...



Sekali, bukan paper bag tu da....Woven bag yang inilah...
Worth RM300 of Watson's products
Berat wooo bagnya...



Inilah produk Watson's yang RM300 tu..Banyak kan...

Hadiah grand prize, dress by Carven Ong..Memang cantik.

Nota kaki sHiLaziZi: Sesekali menang hadiah macam ni yang buat aku excited nak join contest lagi nih! =)

Karnival WOW....Memang WoW! Panasnya

Semata-mata nak temankan Gendut join Pertandingan Makan Sosej, kitorang terjah Karnival Wow Putrajaya 2013 ni.  Berpanas teriklah kat sini sampai pertandingan mula.  Disebabkan bukan tujuan untuk shopping, so, kitorang just jenjalan je la.  Makanan pun tapau dari rumah tau.  *Berjimat uols..hikhik...


Senyum sebab dapat aircond di tengah hari rambang

Memang Putrajaya ni, aku rasa panasnya membahang.  Terasa menggigit kulit walaupun pakai long sleeve t-shirt.  Woohoo!!  Okaylah, back to the story, sebelum pertandingan mula, kitorang sempat la tengok Upin Ipin buat persembahan, Siti Nordiana nyanyi...banyak lagi lah...tak larat nak citer..hahaha *dasar pemalas kan! =P 

Aku join pertandingan makan tembikai terpantas.  Memang tak terdaya wei sebab tembikai tu sangat besar dan aku memang jenis makan lambat.  Confirm kalah punya..hohoho... Aku tengok adik yang sebelah aku tu, sekelip mata je selesai tembikai tu! Wow! Badan lagi kecik dari aku kot.. Nasib kitorang baik sebab untuk pertandingan ni semua orang dapat hadiah.. Best kan..

Layan je la gambar ni ek..

Muka ada ala-ala mat rempit gitu, sekali ukir buah, nah! Melopong aku!


Sampailah giliran Gendut untuk pertandingan makan sosej.  Malangnya, untuk pertandingan tu, penyertaan dah penuh, so, dia beranikan diri untuk Lawan makan burger giant 1kg. Giler besar kot.  Aku yang tengok pun takut.  Apetah lagi dia yang nak kena makan.



Ready...burger 1kg tu..
Abang baju belang tu yang menang.. Dahsyat woo...
psstt...akak baju biru tu ambil video ada stail lah!



Gendut dapat tempat ke-3, jadilah..


Nota kaki sHiLaziZi: Time makan biasa boleh la makan banyak, time pertandingan camni, dengan nervous lagi...huhu...



Gudang & Warehouse Bukan Sama Ke?

Ni first time dapat jemputan eksklusif ke Warehouse. Ni bukan warehouse belakang rumah tu tau, nama butik ni 'Warehouse'.  Aku pakai selipar je wei pergi sana.  Memang sempoi habis.  Tak ada pun nak beriya sangat since aku ni takde pun nak shopping kat kedai-kedai gini. Hehe... Alhamdulillah lah kan ada orang nak invite kita ke event ni. 

Asalnya ajak cousin teman, tetiba dia ada hal pulak.  Terpaksalah seret Gendut akhirnya.  Dia bukan suka sangat bab-bab shopping barang pompuan ni.  Always dia dok luar kedai, I je yang masuk dalam.  Sama la dengan event ni.  Aku dok masuk dalam tengok-tengok baju skirt bagai, dia dok luar je.  Kebetulan ada pameran F1 pulak kat situ, hah, memang sah-sah dia menebeng kat exhibition tu je.  Tak herannya kita ni.

You know what? Bila dah sampai tu, aku tengok ramai je yang pakai selipar!  Comfortable kan..hehe....  Actually, event ni diorang buat sempena memperkenalkan koleksi design Warehouse yang terkini.


Takmo amik gambo kaki sebab pakai selipar! Haha...

For me, pakaian kat Warehouse ni cantik jugak kalau pandai gayakan. Yang bertudung pun boleh pakai cuma agak mahal la bagi aku. Anyone yang suka fashion up to date especially untuk work attire, boleh la datang ke Warehouse ni.  Tak jauh pun, kat Sunway Pyramid je =)


Goodies from Warehouse
~Voucher produk Shu Eumura~
~Anting-anting~

Malangnya, aku tak pakai pun anting-anting ni...semua jenis subang, anting-anting bagai memang aku tak pakai, so, time to give to others =)  

Siapa nak??  Angkat pc/laptop/tablet korang tetinggi...yeehaaa!!


Nota kaki sHiLaziZi:  Pergi event, makan-makan, minum-minum, tengok-tengok apa yang ada, keluar dan balik...bestnya hidup...no need money for it, just for parking only =)


Fresh Air kat Bukit Gasing

Kelakar betul bila tersesat even dah guna gps (guna pun sesat) banyak kali.  Still tak jumpa-jumpa gak Bukit Gasing tu.  Padahal kat area Petaling Jaya tu ada 1 tu je kot  hutan simpannya.  Almaklumlah, first time ever..hahaha... Drebar dah jeling semacam je bila co-pilot still tak jumpa jalan sampai ke sudah. Penyudahnya aku pi tanya kat pekerja Shell tu.  Then, baru jumpa! 

Tau tak korang kenapa aku tak jumpa jalan masuk yang sepatutnya tu, padahal dah lalu more than 2 times kot.. Sebab.... Signboard dia bukan sekali dengan signboard nama jalan tu.  Dah tu signboardnya tulis 'Hutan Pendidikan Bukit Gasing'  Tu yang tak jumpa-jumpa tu...

Bila dah jumpa, alhamdulillah...


Muka tahan nafsu nafas! 
Semput weh, banyak nau anak tangga!
Adik gak yang slumber je...siap boleh senyum lagi..



Exercise, exercise jugak...bergambar tetap wajib! Hahaha...
Meh, panjat menara dulu lepas penat panjat tangga...huh!~



Bangunan tu kuil hindu tau..



View from the top


So fresh...





Ada banyak trek tapi berbeza jarak perjalanan la..Ada yang sejam, ada yang 20 minit.  Aku kan first time, mana aku tau trek yang aku amik tu cuma 20 minit je.  Tau-tau dah sampai kat luar balik.  Laaa....pendeknya.  Next time datang boleh try trek yang 2 jam pulak.  *Eleh, naik tangga pun dah termengah-mengah, ada hati nak ikut trek 2 jam...insyaAllah lah ye..




Nota kaki sHiLaziZi:   Nak cari trek lain pulak lepas ni...jom korang!