1 Oktober 2010: Bermulalah hidup aku dengan sesuatu yang baru. Kalau dulu dunia aku cuma, ofis, rumah dan hutan (sebab aku ni gila outdoor-camping, jungle trekking, daki gunung, etc). Tapi sekarang, dunia aku berubah sikit, ofis, rumah, set penggambaran (sebab aku dah mula bergiat jadi pelakon tambahan-extra). It's so interesting. Maklumlah, dunia baru aku kan. Walau pun penat tapi sangat best. Setakat ni dah ada 2 filem yang aku shoot. Filem 'Sekali Lagi' dan '321 Cinta'. Baru mula berlakon, terus ke layar perak. Tak ada dialog pun. Tunjuk muka je. Bak kata orang, interframe je lebih. Dua2 filem tu akan masuk panggung tahun depan (2011). Terbitan MIG Production.
 |
Asst. Director, Kak Eyra & Mia |
 |
Mia yang sangat comel |
 |
Aku, Katina dan Nad |
 |
Scene filem 'Sekali Lagi' |
 |
Pelakon utama: Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara, Bront Palarae |
 |
Lagi scene dalam filem 'Sekali Lagi' |
|
 |
Pelakon tambahan untuk filem '321 Cinta'. Scene playback |
 |
Korang kenal tak mereka ni? Teraju utama filem '321 Cinta' |
 |
Aku dengan Feeya Iskandar |
 |
Scene dalam filem '321 Cinta' |
 |
Extra filem '321 Cinta' |
Cukuplah gambar banyak tu je. Nak lebih-lebih, korang kena pergi tengok wayang sendiri tahun depan. Memang best filem-filem ni.
Shilazizi:
Merasalah jugak apa yang pelakon2 tu rasa. Dok seharian kat set. Memang penat tapi best!!