Column

Thursday, September 30, 2010

Birthday Present. What do you think?

Semua orang suka hadiah. Semua orang akan sayang pada orang yang bagi hadiah tu (Kat hadiah tu dah tentu korang sayang kan). Betul tak? Confirm time ni korang angguk-anggukkan kepala sebab setuju dengan apa yang aku cakap ni kan? Hehehe....Especially bila hadiah tu datang dari orang yang korang paling sayang such as parents korang, husband/wife, anak-anak, teman lelaki/wanita, kawan-kawan dll.  Biasalah kan, orang bagi hadiah mesti ada sebabkan. Mana ada orang bagi hadiah tak bersebab beb, gila namanya tu.

I started make my own collection gifts since my age of 4. At that time, I got my muqaddam as a present because I already can fully read without stammered by that age. (Wah, tetiba speaking London kan).  Lepas tu, banyak lagi hadiah-hadiah yang aku terima sampai tak terkira. Sampai sekarang pun masih terima hadiah lagi. Seronok tu jangan cakaplah kan ..Lagi-lagi bila dah masuk sekolah menengah, huh!! Hadiah macam-macam. Bila ada je hari-hari yang special kat sekolah je mesti aku dapat hadiah. Contohnya, Hari Ros dan Epal. Memang sekotak bunga ros (colourful) campur dengan coklat aku dapat. Member-member jealous gak. Tapi apa nak buatkan, dah rezeki aku.(Walaupun aku tak rasa pun aku ni glam sangat time sekolah dulu...skema je adalah..hehe...). Bila dah lagi besar, lain pulak hadiahnya, maklumlah, bukan parents atau kawan-kawan yang bagi tapi orang yang tersayang..(maluu..). Bila tengok hadiah-hadiah tu, tu yang terus teringat nak buat entry pasal hadiah ni. So, apa kata korang share entry hadiah ni dengan aku. Amacam??? Nanti ada masa, aku snap gambar2 hadiah tu untuk korang tengok. Takdelah segah mana pun hadiahnya tapi cukup bermakna buat aku. Nama pun hadiah kan.


Shilazizi: 
Korang dapat hadiah mula umur korang berapa tahun dan siapa yang bagi hadiah tu?



Wednesday, September 29, 2010

Alamak! Salah Kereta La...

Alkisahnya, malam semalam aku pergi makan dengan my gendut very the chubby. Maklumlah dah balik kerja kan kepenatan (walaupun seharian kat ofis, kerja tak banyak). Lepas makan, biasalah kan. Mulalah mata nak terkatup. Memang mengantuk sesangat tapi aku pergi washroom dulu. My gendut dah masuk kereta dulu. Keluar je washroom aku terus menonong je masuk dalam kereta tanpa toleh kiri kanan. Baringkan seat dan terus lelapkan mata. Korang tau apa jadi after that????

"Dik, adik ni dah salah kereta ni".  Terkejut aku dengar suara orang lain. Terus mata aku terbuka luas-luas.  Aku tengok brother tu pandang je muka aku. Memang sah! Aku dah salah kereta. Malunyeeeeee.....ngeee. Lepas aku say sorry kat brother tu, terus je aku keluar dan pergi kat kereta my gendut. Tetiba my gendut tanya, "Kenapa pergi toilet lama sangat? Sakit perut ke?". Aku pun terus je cerita kat dia what happen actually. Dia punya la gelakkan aku.

Shilazizi:  
Kalau nak masuk kereta walau dalam apa keadaan sekalipun, tengok sekeliling dulu, jangan main redah je. Huhuhu...Ngantuk punya pasal!!

Korang pernah alami benda macam ni tak?



Tuesday, September 21, 2010

New World!!!

Welcome to me!!! 
Eceh....macam baru belajar buat blog je kan aku ni. Padahal, sebelum ni aku dah pernah ada blog dah tapi maklumlah aku ni bukannya pandai sangat bab-bab edit-mengedit (ada ke frasa ni dalam Bahasa Malaysia???) ni. Jadi, aku pindah ke alam baru ni sebab aku tengok blogspot ni lebih mudah (yang sebelum ni agak complicated sikit especially untuk orang yang macam aku ni (rabun skit bab multimedia dan IT ni. bukan buta IT ok!!). Kat sini blog aku yang lama.

Tujuan aku buat blog ni pun bukannya apa. Sekadar nak isi masa lapang dan curahkan apa yang terlintas kat kepala aku ni je. Yang penting untuk share dengan kawan-kawan yang sudi baca dan dapatkan sikit pendapat/buah fikiran/komen atau apa-apa je sebagai respon kepada setiap tajuk yang aku poskan kat blog ni. 

Okaylah, cukup dulu setakat ni. Ni kan baru intro. Intro atau pembuka kata ni tak boleh panjang-panjang sangat, nanti korang semua muak nak baca, betul tak??? (sambil korang semua angguk-anggukkan kepala...hehehe).

Aku nak sambung tengok drama 'Epilog Syurga Cinta'. Minggu ni minggu akhir. Tak boleh ketinggalan ni. Nanti aku cuba poskan entri pasal cerita ni ye. Suka sangat tengok cerita ni. Okaylah drama dah mula. Bye. Salam.